Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN PERDANA
SMAF 2019
“KO-KURIKULUM GEMILANG, SAHSIAH CEMERLANG, SMAF
TERBILANG”

SEKOLAH MENENGAH AGAMA FAUZI


YAN, KEDAH
1. PENDAHULUAN

Penyertaan para pelajar dalam badan beruniform sangat memberi kesan dalam
membentuk disiplin, akhlak, keselarasan, semangat kerjasama dan sifat kepimpinan.
Justeru pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat pelajar dalam menyertai
badan beruniform di sekolah.

Walau bagaimanapun, didapati penglibatan pelajar hanya terhad dalam badan


beruniform masing-masing. Mereka kurang didedahkan kepada unit beruniform
yang lain. Justeru, unit Kokurikulum SMA Fauzi merancang progam ini agar dapat
mengumpulkan ahli-ahli dalam semua unit beruniform yang terdapat di sekolah
disamping dapat menambah pengetahuan para pelajar.

2. OBJEKTIF

2.1. Melatih, membimbing dan meningkatkan sifat kepimpinan yang positif


dikalangan para pelajar.

2.2. Melahirkan pelajar yang mampu bekerjasama dengan orang lain.

2.3. Membentuk semangat jati diri dan daya saing yang kuat dikalangan pelajar.

2.4. Melahirkan pelajar yang kreatif, ceras dan cerdas serta sentiasa ceria.

2.5. Membentuk pelajar yang sentiasa berdisiplin dan berani.

3. TARIKH

27 - 29 Jun 2019 (Khamis hingga Sabtu)

4. MASA

8.00 pagi (Khamis) – 1.00 petang (Sabtu)

5. TEMPAT

KEM AMANDARA MANDI, YAN

6. SASARAN

160 orang pelajar dari pelbagai Unit Beruniform.


7. KEWANGAN

7.1. Anggaran perbelanjaan:

7.1.1. Makanan dan minuman


RM18 x 160 pelajar x 3 hari = RM 8640
7.1.2.Sewa Kem (Kem Amandara)
RM15 x 160 pelajar = RM 2400
7.1.3. Sewa peralatan memasak = RM250
7.1.4.Hadiah dan sijil = RM 360
7.1.5.Bayaran Jurulatih Luar
RM8 x 160 = RM 1280
7.1.6. Chalet (penginapan guru bertugas)
RM100 x 2 malam x 2 unit = RM 400
7.1.7. Bayaran kolam
RM3 x 160 pelajar = RM 320
7.1.8. Banner = RM150
7.1.9. Kontigensi/lain-lain perbelanjaan = RM1290

JUMLAH = RM 15090

7.2. Sumber kewangan

7.2.1.Kutipan dari pelajar: 160 pelajar x RM50.00 = RM 8000


7.2.2.PIBG = RM 1000
7.2.3. LPS = RM 500
7.2.4.Unit Kokurikulum = RM1000
7.2.5. Dewan makan asrama (pelajar asrama)
RM18 x 85 pelajar asrama x 3 hari = RM4590

JUMLAH = RM 15090

8. JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI 1
En. Ahmad Busthomi bin Muslim
(P. Kanan Ko-kurikulum)

PENGARAH PROGRAM
MOHD FARAHAN BIN HALIM

SETIAUSAHA
Ahmad Farhan bin Ramli

AJK
Guru-guru Penasihat Unit Beruniform

9. PENUTUP

Adalah menjadi harapan Unit Ko-kurikulum serta semua guru SMA Fauzi
supaya program perkhemahan perdana ini dapat membentuk pelajar
menjadi generasi yang berketrampilan dan mempunyai ciri-ciri yang
berkualiti untuk menjadi pemimpin yang dihormati dan disegani di masa
akan datang.

Disediakan oleh:

…………………………………
(En. Ahmad Farhan bin Ramli)
Setiausaha Program

Disemak oleh:

……………………………………..
(En. Mohd Farahan bin Halim)
Pengarah Program

Disemak oleh:

………………………………….
(En. Ahmad Busthomi bin Muslim)
P. Kanan Ko-kurikulum

Disokong oleh:

…………………………………….
(Tn. Hj. Ahmad Shazali bin Hj. Ahmed Pauzi)
Pengetua SMA Fauzi

Anda mungkin juga menyukai