Anda di halaman 1dari 8

Sumbangan Tamadun Cina

PENGERTIAN TAMADUN Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab.


Bagaimanapun perkataan ini tidak asing lagi pada masa ini. Perkataan yang sama erti dengan
tamadun ialah peradaban atau dalam bahasa Inggeris ialah Civilisation . Walaupun semua
istilah di atas adalah berbeza tetapi secara umumnya bererti maju atau mencapai kemajuan.
Para Sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek
iaitu:- 1. Aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup
manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar. 2. Aspek Kedua
tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam
kehidupan. 3. Aspek ketiga, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek
pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia. 4. Aspek keempat tamadun adalah
keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak
hanya setakat hidup di kota atau di Bandar atau mencapai kemajuan material.
LATARBELAKANG TAMADUN CINA Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada
milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka
bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria
(Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan Tamadun
Yunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain,
integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh
tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses
perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun
berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya. Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-
bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman batu baru) di
Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan, Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium
ke-5. Tapak tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-
cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah
yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai kawasan pertanain dan penempatan.
Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakan babi dan mengukir tembikar
(painted pottery). Adalah dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi bangsa
Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa di bahagian tengah dan utara negara
Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum diambilalih oleh
kebudayaan Longshan. Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2 dan
zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2 atau milenium pertama. Pertemuan
arkeologi menunjukkan peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan
juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan. Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan
Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan berkualiti, kerana dipercayai
menggunakan mesin peroda tembikar (potter’s wheel) dalam pengeluarannya. Dalam tahun
1766SM – 1122SM, gangsa dinilai sebagai simbol elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang
gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasa pemerintahannya. Zaman
Dinasti Shang memperlihatkan perkembangan tamadun yang lebih komplek dengan
pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan
dan wujudnya sistem masyarakat yang berlapis. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara
He’nan di mana dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah
ketamadunan Dinasti Shang. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAMADUN CINA1.
Alam Sekitar Tempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yang unggul dalam
sejarah perkembangan peradaban China. Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet)
sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapak
peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh
angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk
kegiatan pertanian. Penemuan benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan Teluk Hangzhou,
provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telah dilakukan secara meluas. Geografi
Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah
mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah
Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China. Pada asasnya,
bahagian timur China menghadap lautan, bahagain barat-laut direntangi oleh gurun yang luas
dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di dunia
dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan
sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya menggalakkan
pergerakkan penduduk, terutamnya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China.
Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke Selatan China.
2. Bahasa dan sistem tulisan cina Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam
dan ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Ini adalah
kerana, walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu tulisan bercirikan
karektar digunapakai oleh semua rakyat cina. Ini merupakan faktor penting dalam
menyatupadukan rakyat cina dan perkembangan tamadunnya. Karektar yang digunapakai
dalam tulisan cina biasanya berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali
sabagai Hanzi (tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan
gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan
erti atau penggunaan sesuatu huruf cina, iaitu ‘mutual semantik transfer’ (zhuanzhu) dan ‘loan
character’ (jiajie). Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai ‘six principles of writing’
(liushu). Perkembangan tulisan cina telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain terutamanya si
Asia Timur seperti Jepun, Korea dan juga Vietman, yang telah mengadaptasi karekter tulisan
cina ke dalam bahasa mereka, walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri. 3. Pembentukan
bangsa Tionghoa China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknya terdiri
daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik dan zaman batu menduduki tiga kawasan
utama, iaitu Utara, Tengah dan Selatan. Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan
bangsa yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang,
kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan
China. Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa
tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya dikalangan
bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa
(Zhonghua minzu). 4. Pandangan semesta dan kepercayaan Pandangan animisme merupakan
pegangan dan kepercayaan penduduk primitif cina di mana pemujaan binatang, tanaman,
matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik
dengan bangsa Yangshao dan Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini,
konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib
seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM). Tian dalam kontek
kepercayaan konfusianisme bermakna prinsip tertinggi dalam alam semesta. Konfusianisme
merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik.
Asas utama dalam pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang mulia,
terutamanya mengenai perikemanusian (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa
(xiao). Pujangga agung konfusianisme, Mencius (372 SM –289 SM), berpendapat semasa
dilahirkan manusia mempunyai empat sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran
(yu), kesusilaan (li) dan kearifan (zhi). Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM), seorang lagi
pujangga konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang
menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu
pertalian di antara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan
menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi
amarannya. Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap Daoisme dan Yijing
menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai
akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao. 5. Sistem politik dan
pemerintahan Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman
pemerintahan dinasti Qin (221 SM – 209 SM). Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah
Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme bermula
sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaan konsep Legalisme telah berjaya membawa
pembaharuan dalam sistem pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahan feudal
yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran
commendaries dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized
bureaucractic government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalan pentadbiran
dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan cina. Pemikiran politik berasaskan
Daoisme bertentangan dengan apa yang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme
berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa sebarang usaha yang keras
(wuwei) dan meneruskan kehidupan secara primitif yang menghormati diri dengan alam
semesta. Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan
pembentukan kuasa pusat (shangtong) tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah
kerana ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan pelantikan pegawai
kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk
dilaksanakan. 6. Kemasukan Islam di Cina Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman
khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam
ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada
penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini telah
menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada mengekalkan kuasa di
Asia Tengah. Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar ke negara China: i.
Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi
Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Nabi telah menyambut
baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripada pendakwah itu meninggal dunia
semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China.
Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula
menyebarkan Islam di negeri China. (Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi
Arabia, page. 495, in Arabic) . ii. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu
Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri China pada
tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil daripada
lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah
di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994). iii. Tentera Islam
dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota
Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. (Turkestan
Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759.
Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia
di kuasai oleh kerajaan komunis China). iv. Dalam tahun 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen
memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah
iaitu Khalifah Al-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang
Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut.
Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita
tempatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di China. (Abdur-Rauf, 1994). v. Sesetengah
pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar
seperti Shanghai, Guangzhou, dan sebagainya (Abdullah, 1994). vi. Dalam kurun ke 4 Masehi
(10Hijrah), Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di
Turkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan, 1987). vii. Bila masyarakat berbangsa Uyghur
yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di
Turkestan Timur dan China.( Abdur-Rauf, 1994). viii. Bila Maharaja China mula tertarik dengan
kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi.
Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. (Jameel Abdullah).
Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal. 1- Zaman Tang berakhir
907 Masehi 2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi 3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi 4-
Zaman Ming 1368-1644. Masehi Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari
semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. (Muhyiddin
Hasan, 1987). SUMBANGAN TAMADUN CINA 1. Kesusasteraan dan Kesenian Sejarah
kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM dan diteruskan perkembnagannya
sehingga lebih 300 tahun. Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China
pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol (dinasti Yuan, 1279 –1368) dan orang Manchu
(dinasti Qing, 1644 – 1911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya
berbentuk grafik. Sifat yang berbentuk grafik ini telah meninggalkan kesan terhadap
kesusasteraan cina dan penyebarannya. Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti
puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang terawal ialah Shi jing yang
mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh
antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM –771 SM) hingga zaman Musim Bunga Musim
Luruh (770 SM – 476 SM). Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM – 479 SM) di
kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina berhubung rapat dengan muzik dan ia
bersifat padat dan singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang mempunyai fungsi
sosial dan politik. Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa dikategorikan kepada
beberapa jenis iaitu prosa bercampur puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose),
rapsody (rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosa klasik atau dikenali guwen
adalah dominan dalam sastera klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik. Drama
cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti Yuan (1279 –1368).
Walaubagaimanapun, drama cina dari jenis zaju – drama berbentuk puisi yang digubah
mengikut kesesuaian muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama digunakan
oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dan mengkritik
kerajaan pemerintah seperti drama Dou’er Yuan (ketidakadilan Yuan). Menjelang lewat kurun
ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum.
Dari sini, lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cina dalam drama.
Drama juga digunakan oleh konfusius untuk menerapkan nilai-nilai moral dan etika. Tamadun
cina juga tidak ketinggalan dalam mencipta keseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan
seni pembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamadun cina. Sistem melodi muzik
klasik cina adalah kompleks di mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahan
akustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagi tamadun cina adalah sesuatu yang
berharmoni dengan alam semesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting pada fahaman
konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari tamadun lain telah memeriahkan lagi
suasana muzik di cina terutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan Asia Tengah.
Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam
tamadun cina. Kaligrafi ditulis dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-kadang
sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan
mempunyai hubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo (1037 – 1101) pada
zaman dinasti Song merupakan seorang pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan
cina pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi (freehand) dan juga gongbi
(menggunakan garis halus). 2. Sains dan teknologi Kajian arkeologi menunjukkan sain dan
teknologi Cina telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi
kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning.
Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman
dinasti Zhou dalam kurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakan
maklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatan astronomi. Sampoa
digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue dalam kurun ke2 SM. Buku
jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2
menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan cina tradisional yang terdiri dari
teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori yin dan
yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini mempengaruhi kesihatan manusia. Teori
lima elemen menganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ luaran dan dalaman
adalah berpadanan dengan lima elemen dalam alam semesta. Teori jing dan luo merupakan
asas kepada rawatan terapeutik seperti moxisbustion (membakar daun moxa) dan akupuntur.
Teori ini berpendapat bahawa, organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Gangguan pada
sistem ini akan menyebabkan seseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina seperti Huangdi
neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan
modem oleh barat. Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun cina iaitu teknik membuat
kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya membuat kertas dengan
menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi pencetakkan telah mula
diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618 –906) di mana buku jingang jing
dipercayai buku yang terawal dicetak iaitu pada 11 Mei 868. Bahan letupan telah dihasilkan
oleh ahli kimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli kimia Daois berjaya mencampurkan
saltpetre dengan sulfur dn karbon. Pada zaman dinasti Tang, pihak militari telah
menggunakannya dalam peperangan. Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206 –220 SM)
sifat-sifat magnet telah ditemui di cina. Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced
magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity)
pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas oleh orang cina dan
digunakan semasa pelayaran. RELEVANSI TAMADUN CINA DENGAN TAMADUN LAIN 1.
Pengenalan Tamadun Cina yang telah lama bertapak mula berinteraksi dengan tamadun luar
apabila orang-orang Cina mula berhijrah ke tempat luar. Sistem politik yang berwibawa, kuat
dan stabil telah menggalakkan penghijrahan orang Cina ke luar samada untuk melakukan
aktiviti ekonomi ataupun mencari penempatan baru. Penggabungan etnik-etnik cina yang
kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina telah membentuk tamadun yang besar dan
berpengaruh. Interaksi tamadun Cina dengan tamadun luar boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu interaksi budaya Cina dengan kawasan bulatan budaya dan juga interaksi
budaya Cina dengan kawasan luar lingkaran bulatan budaya. 2. Interaksi dengan kawasan
bulatan budaya – Korea, Jepun dan Vietnam Pada zaman dinasti Shang (kurun ke-16 hingga ke
11 SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai satu entiti kawasannya tersendiri. Orang-
orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk mengelakkan peperangan dan seksaan politik.
Dipercayai pada kurun ke-2 SM, Wiman, iaitu seorang pelarian Cina telah memerintah sebuah
wilayah Korea iaitu Chosan. Pada tahun 108 SM, empayar Han berjaya diperluaskan ke
kawasan orang-orang Korea termasuk kawasan yang diperintah oleh Wiman. Semasa
pemerintahan Han, orang Korea telah dipaksa supaya mengamalkan kebudayaan Cina. Proses
perkembangan kebudayaan Cina mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai
sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa pemerintahan dinasti Li (1392 – 1910).
Antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah konfisianisme dan
Buddhisme. Pengaruh konfusianisme dan buddhisme pada Korea sangan kuat sehingga
kerajaan Korea menubuhkan institusi pendidikan untuk mengkaji konfusianisme dan buddhisme
disamping menjadikan fahaman ini sebagai bahan pengajaran. Tidak cukup dengan itu, demi
mengukuhkan lagi fahaman ini, kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke China untuk
mempelajari konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China. Oleh itu, setiap
perkembangan dan konsep konfusianisme telah diamalkan sepenuhnya oleh Korea. Selain
daripada kepercayaan, bahasa dan tulisan Cina juga mempengaruhi Korea. Pada kurun ke-15,
pemerintah dinasti Li Korea telah mencipta sistem tulisan Korea berpandukan kepada grafik
tulisan Cina. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan
atau bahasa Cina. Pengaruh Cina mula terhakis apabila Jepun menakluki Korea pada tahun
1910. Hubungan Cina dengan Jepun bermula seawal kurun ke-2 SM iaitu di zaman dinasti Qin
(221-206SM). Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pertanian, pemeliharaan
ulat sutera dan perbuatan perkakas besi dan gangsa dibawa masuk ke Jepun oleh pedagang
Cina. Pengaruh kebudayaan Cina berkembang denga pesatnya pada zaman Nara hingga
zaman Kesyogunan Tokugawa (664-1867) di mana bahasa, sejarah, falsafah, agama,
kesenian, sistem politik dan sebagainya dipelajari oleh pelajar-pelajar Jepun yang dihantar ke
China. Sistem tulisan Jepun, Kana dicipta berasaskan kepada sistem tulisan Cina iaitu Kanji.
Buku sejarah terawal Jepun iaitu Nihongi ditulis menggunakan bahasa Cina. Falsafah
konfusianisme Cina yang bersendikan Dao begitu terpengaruh dalam sistem pembelajaran,
politik dan tatasusila orang-orang Jepun. Perkembangan falsafah konfusianisme di jepun boleh
dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama pada kurun ke-5 hingga kurun ke-12, fasa
kedua pada kurun ke-12 hingga kurun ke-17 dan fasa ketiga bermula pada kurun ke-17 iaitu
zaman pemerintahan Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867). Vietnam merupakan
negara Asia Tenggara yang paling kuat dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Ini adalah kerana
Vietnam merupakan negara yang terdekat dengan China dan pernah menjadi sebahagian
daripada empayar China untuk jangka masa yang panjang (111-939). Penaklukan ini
meniggalkan kesan yang mendalam kepada pembentukan kebudayaan tempatan. Bahasa,
pemikiran, adat resam dan nilai-nilai kehidupan penduduk Vietnam banyak dipengaruhi oleh
kebudayaan Cina. Bahasa Cina merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran,
pendidikan, kesusateraan dan sebagainya sebelum Vietnam ditalukki oleh kuasa Perancis.
Klasik konfusisnisme yang diasaskan oleh ahli falsafah Cina merupakan pegangan dan
pedoman hidup masyarakat Vietnam. Ajaran konfusius juga dijadikan panduan dan rujukan bagi
golongan pemerintah dalam pengetahuan politik, ekonomi ddan juga perancangan pendidikan.
Selain daripada itu, terdapat juga aspek-aspek harian lain seperti pakaian, seni binaan dan juga
budaya hidup orang-orang Vietnam seolah-olah mencerminkan kehidupan orang-orang Cina. 3.
Interaksi dengan kawasan luar budaya – Asia Tenggara, India, Dunia Islam dan Barat
Hubungan tamadun Cina dengan Asia Barat dan Eropah agak lambat. Ini adalah kerana
kedudukan geografi yang agak jauh dan dipisahkan oleh permukaan bumi yang bergunung
ganang serta padang gurun. Negara-negara Asia Tenggara, yang kedudukannya agak dekat
dapat berinteraksi dengan kebudayaan Cina seawal zaman pemerintahan dinasti Han (206-
220TM). Kerajaan Dinasti Han telah menghantar utusan ke Funan (Kampuchea) dan negara-
negara Asia Tenggara lain dalam usaha mencari jalan untuk menembusi Tamadun Rom dan
Parsi. Penghijrahan orang Cina ke Negara-negara Asia Tenggara secara tidak langsung juga
menyumbang kepada interaksi antara budaya. Dalam kurun ke-19, kemasukkan beramai-ramai
orang Cina dan India oleh penjajah Barat dalam usaha mereka untuk memenuhi permintaan
tenaga buruh telah mewujudkan satu kolompok masyarakat Cina dan India di Negara-negara
Asia Tenggara. Budaya dan pegangan kehidupan pendatang ini telah mempengaruhi
kehidupan penduduk tempatan. Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula
sebelum kegemilangan kerajaan Parameswara Melaka, tetapi hubungan ini bertambah baik
apabila Laksaman Ho Chi Ming, yang di hantar Maharaja China untuk berdagang dengan
kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan Melaka. Asalnya hubungan perdagangan ini telah
bertukar kepada hubungan perkahwinan apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sulatan
Melaka. Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara. Kedua-dua
tamadun ini mempunyai keagungan masing-masing. Interaksi antara dua tamadun ini, telah
membuka lembaran baru dalam konsep kepercayaan buddha. Ajaran buddha yang konsepnya
hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam
tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu
koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana.
Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini terus berlaku bukan sahaja dalam
kontek pegangan kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua
tamadun ini. Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pembuatan kertas dari
China telah dibawa masuk ke India dan teknologi membuat gula dari India telah dibawa masuk
ke China. Walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat, pertembungan dua tamadun
ini banyak memberi kesan positif kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini. Tamadun
Barat yang terkenal dengan kemajuan sains, telah menggunakan kesempatan ini sepenuhnya
apabila mengkaji secara lebih mendalam empat penemuan agung tamadun Cina. Tamadun
Cina yang mengutamakan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara dianggap oleh para
intelektual cina sebagai penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi. Pertembungan
tamadun ini telah menyedarkan para intelektual cina supaya melancarkan satu revolusi yang
dikenali sebagai Gerakan Kebudayaan Baru dalam usaha untuk memajukan negara China.
Penutup Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Perkembangan
tamadun Cina sehingga ke dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupaya bersaing dengan
tamadun-tamadun lain. Tamadun Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadun lain.
Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepada sesebuah negara agar beretika dalam
penubuhan sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yang mementingkan humanisme,
humanitaarianisme, intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaian untuk diamalkan
dalam kehidupan harian manusia. i. Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan
menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia menunjukkan tamadun Cina telah awal
lebih maju berbanding dengan tamadun lain. Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng
(1723-1735), dasar isolation telah diperkenalkan, ini tidak memundurkan masyarakat cina.
Namun sedikit sebanyak memberi impak kepada kemajuan secara global. Kebangkitan para
intelektual Cina setelah China kalah beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesan
positif kepada pembangunan China. Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yang dilancarkan oleh
para intelektual Cina telah menyedarkan kerajaan China bahawa pembaharuan perlu dilakukan
untuk memajukan tamadunnya sendiri. Pegangan kosnfusianisme semakin terhakis apabila
ramai rakyat China diberi pendidikan sekularisme Barat.

Anda mungkin juga menyukai