Anda di halaman 1dari 6

3.

    Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah, media dan bahan)           
Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu cirri model ASSURE. Guru perlu
mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai
dalam menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan. Sebelum
sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan yang sesuai untuk
memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai.          
    Memilih kaedah yang sesuai dalam sesuatu pengajaran daripada pelbagai kaedah adalah
penting untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi,
pengenalan kepada konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru perlu mampu menarik
perhatian murid kepada set induksi yang berteraskan pengetahuan sedia ada murid. Kaedah
perbincangan, latihan dan latih tubi boleh dijalankan sebagai satu kaedah
mencungkil pengetahuan yang baru.          
    Memilih media yang sesuai dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
faktor yang penting yang membolehkan mesej atau maklumat dapat disampaikan dengan
berkesan. Media yang sesuai seperti tayangan CD, televisyen, komputer dan gambar
statik. Media yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid.          
    ASSURE mencadangkan 5 prinsip dalam penggunaan media iaitu “preview” media,
memastikan media tidak bermasalah, menentukan lokasi, menentukan pelajar serta memastikan
media tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Penggunaan media
berdasarkan 5 prinsip di atas mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Walau bagaimanapun kos dan waktu pengajaran perlu diambil kira. Adakalanya media
yang bersesuaian dengan topik tidak dapat dipertontonkan pada waktu mata pelajaran tersebut.

    Memilih bahan sumber pengajaran dan pembelajaran perlu berpandukan kepada isi
pelajaran yang menjadi matlamat pembelajaran. Bahan yang boleh dipilih seperti buku
teks, carta, dan lembaran latihan.  Bahan yang tidak melibatkan pelajar secara aktif akan
menyebabkan pelajar pasif dan tidak efektif. Pemilihan dan penyediaan bahan yang kreatif
dan mempu merangsang pelajar dapat memupuk minat dan budaya berfikir. Oleh itu,
penyediaan bahan mengikut model ASSURE mampu merangsang tingkah laku dan minda
pelajar. Hal ini amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai
objektif guru. 

4.    Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)     


    Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan keberkesanan proses
pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet dalam menyediakan bahan
adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh menggunakan ninternet semasa
mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran latihan juga boleh diaplikasikan.                 
    Pemilihan dan penggunaan bahan dan media akan menjadi daya penarik dan
menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Namun begitu
dalam pemilihan dan penggunaan bahan dan media, guru perlu memastikan kesesuaian
dengan pengalaman sedia ada murid. Sekiranya murid tidak pernah melayari internet,
sekiranya pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan dan menjdai bosan.
Walaupun pelbagai media boleh digunakan, guru perlu mempertimbangkan media yang sesuai
seperti tayangan CD kerana ia lebihb menarik dan mampu memberi gambaran sebenar dan jelas
tentang sesuatu tajuk. Oleh itu guru perlu bersedia dengan pilihan lain seperti rakaman atau
siaran tertunda.   
    Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran. Pada masa
kini penggunaan bahan capaian daripada internet, e-learning, online learning,
laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan. Namun begitu kawalan, ubah
suai, tambah baik dan baik pulih perlu dipastikan agar sesuai dengan situasi
semasa. 
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and
materials)
     Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu
memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa
faktor berkut:
-Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
-Bentuk objektif (the nature of the objectives)
-Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
-Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional
situation)

        Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan


keperluan objektif. Ini bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh
digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh diubahsuai atau direka
bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan
digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin
dihadapi sama ada dari aspek perkakasan dan perisiannya.Dalam situasi
ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan semasa membuat pilihan agar
pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.

Persoalan
-Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap
pelajar?
- Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
- Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
- Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri
kemahiran tertentu?
- Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
- Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?

 
     Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan
pemilihan media, kaedah, dan bahan sumber yang dibuat secara
sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi
tiga langkah berikut:

1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif


yang hendak dicapai.
2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber
pembelajaran.
Penentuan Kaedah
      Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya
tidak ada sebarang kaedah yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan
latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam
satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah
hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada
pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektifpembelajaran yang
hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk
menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran
membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran
kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti konteksual, kajian
lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

Pemilihan Format Media


       Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat
yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar,
petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan computer multimedia.
Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa
criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/
individu), keupayaan pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas
yang akan dihasilkan.

Pemilihan Bahan Sumber


       Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi
pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk
petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga
langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai
bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999),


untuk memilih bahan sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu
ditanya:

1.      Adakah bahan ini menepati kurikulum?


2.      Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
3.      Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
4.      Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
5.      Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
6.      Adakah bahan ini ada kualiti?
7.      Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
8.      Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan
memihak?
9.      Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?
     Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif
pengajaran-pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika
bahan sumber sedia ada tidak sepenuhnya menepati criteria dan objektif
pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan tersebut secara kreatif.
Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja,
memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan
sebagainya. sekiranya tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh
menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti memerlukan masa, biaya dan
kreativiti yang tinggi.

U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)

        Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber


pengajaran-pembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan
fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan
pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar
lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika
kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut
perlu dilakukan oleh guru.

1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam


kelas.
Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah
dipilih sebelum menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat
membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan
kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi
unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya.
dengan itu, guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-
pembelajaran.

2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.


Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang
langkah penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam
penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua
kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga
hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia
dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

3.  Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.


Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media
dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga
patut memastikan alatan dan media dalam keadaan baik dan boleh guna.
Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga hendaklah
dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk
perbincangan kumpulan.

      Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur


baik dari segi kedudukan kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti
yang hendak dijalankan supaya sesuai dengan bjektif pembelajaran.

Persoalan
·  Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian
tertentu?
·  Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan
media yang hendak disampaikan?
·  Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah
dilihat oleh pelajar serta mudah digunakan oleh anda sendiri?
·  Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan
media tersebut?
·  Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya
bahan tersebut perlu ditayang?
· Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel
penyambung elektrik dapat digunakan sekiranya media tersebut          
memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan kuasa elektrik?
·  Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber. 


  Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya
dengan menawarkan pengalaman yang meransangkan. Induksi yang
terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar
untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh disediakan untuk
menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka
dengan advance organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh
berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Seterusnya, wajar
bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta
kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat
dimotivasikan untuk belajar. Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang
diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

5.  Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.


    Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya
memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah
menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat
menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru
boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya
untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam
perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi
keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk
melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru
berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik
yang sesuai ialah simulasi, lakonan, perbincangan, kajian lapangan,
bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar terlibat
secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai