Anda di halaman 1dari 5

PISMP PJ JUN 2016 PJMS 3113 – PENDIDIKAN LUAR

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN/TAJUK MUKA SURAT


1. Kekuatan 1
2. Kelemahan 2

3. Kesimpulan 4

1
PISMP PJ JUN 2016 PJMS 3113 – PENDIDIKAN LUAR

REFLEKSI INDIVIDU PROGRAM PENDIDIKAN LUAR

Pada 08 April 2019 hingga 12 April 2019, saya bersama dengan 14 orang guru pelatih

daripada PISMP PJM Ambilan jun 2016 telah mengikuti satu program yang sangat bermanfaat

buat saya dan juga buat guru-guru pelatih yang sama kos dengan saya. Program yang

dinamakan Pendidikan Luar ini telah dijalanakan selama 5 hari 4 malam yang bertempat di

Kem Rock View, Lundu, Sarawak. Program ini telah memberikan banyak faedah dan manfaat

serta impak yang sangat besar buat saya bagi menghadapi dunia yang penuh dengan dugaan

dan cabaran.

KEKUATAN

Sepanjang program Pendidikan Luar ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa

perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan dalam program yang

membina jati diri ini. Pertama sekali, program ini telah dikelolahkan oleh kami sendiri

disamping kami menjadi peserta. Oleh itu, kami telah menubuhkan jawatankuasa melalui

proses undian dan seterusnya kami telah membuat kertas cadangan bagi merangka

perjalanan program ini. Kami telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat berguna

daripada pensyarah yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang

ini iaitu Encik Mahdi bin Abdullah. Program ini agak sukar kami lakukan sekirannya tidak

mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah yang terlibat. Justeru itu, kekuatan

yang saya dapati melalui program ini ialah kami telah dibimbing oleh pensyarah yang hebat.

Kedua, dari awal proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, kemudian kepada

pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan

alatan-alatan pada hari akhir program ini kami sentiasa melakukannnya secara bekerjasama.

Kebanyakan perkara yang kami lakukan pada fasa awal, fasa semasa dan fasa akhir

memerlukan kami untuk bekerja sama. Sifat ini sangat penting kepada para guru pelatih agar

suatu tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekirannya bekerja secara individu terhadap

perkara yang sukar, maka kita akan menghadapi kesukaran serta kelewatan untuk

2
PISMP PJ JUN 2016 PJMS 3113 – PENDIDIKAN LUAR

menyiapkan tugasan. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah, “ Berat sama dipikul,

ringan sama dijinjing”. Semua jawatankuasa saling bantu-membantu dalam usaha

menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kami juga berjaya

dalam berpakat untuk mengenakan pakaian yang seragam sewaktu hendak bertolak ke kem

supaya dapat menaikkan imej kami sebagai bakal guru yang disegani. Melalui kerjasama ini

juga, hubungan antara guru pelatih dan pensyarah serta staf sokongan menjadi semakin erat

kerana pelbagai gaya yang sebelum ini tidak ditunjukan telah diperlihatkan semasa mengikuti

program ini. Walaupun program ini dijalankan dalam tempoh masa yang sekejap sahaja iaitu

lima hari dan empat malam, namun kami dapat merasakan bahawa hubungan antara kami

semakin akrab dan erat kerana kami semakin kenal antara satu sama lain.

Kekuatan ketiga program ini yang saya dapati ialah pengetahuan kami semakin

bertambah dan semakin kukuh. Walaupun kami mempunyai pengetahuan sedia ada dan

pengalaman melalui simulasi pendidikan luar yang dibuat sebelum ini dan melalui program

lain seperti Bina Insan Guru serta program rekreasi, namun banyak input tambahan yang

diperolehi. Sebagai contoh, saya bukan sahaja tahu mendirikan khemah, tetapi saya juga

telah menghafal dan mengetahui anatomi yang terdapat pada khemah. Selain itu, anatomi

seperti kayak, snorkling set, orientering dan alatan abseiling telah saya ketahui dan fahami

setiap bahagian yang terdapat pada peralatan tersebut. Kami juga dapat menerangkan fungsi-

fungsi alatan yang digunakan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kami telah melakukan

aktiviti dengan baik kerana setiap aktiviti yang kami lakukan akan dinilai oleh pensyarah.

Justeru, kami perlu lakukan dengan bersungguh-sungguh. Ramai antara ahli kelas kami yang

sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini

sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan

diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran

dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang

diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

3
PISMP PJ JUN 2016 PJMS 3113 – PENDIDIKAN LUAR

KELEMAHAN

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati semasa

mengikuti program pendidikan luar. Pertama sekali, saya dapati bahawa saya kurang serius

dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam pendidikan luar iaitu semasa aktiviti

kayak. Saya kurang bersemangat untuk menggerakkan kayak kerana berasa letih akibat

kurang tidur. Saya juga telah mengalami mabuk laut sewaktu berada di tengah-tengah laut.

Hal ini disebabkan oleh kelewatan saya mengambil sarapan menyebabkan makanan yang

saya makan tidak dapat dihadam secara sempurna dan menyebabkan saya berasa mual dan

seterusnya mabuk laut. Oleh itu, saya seharusnya mengambil sarapan sejam atau lebih

sebelum melakukan suatu aktiviti.,

Kelemahan lain yang dilihat adalah terdapat segelintir guru pelatih termasuk diri saya

sendiri yang datang lambat sewaktu taklimat sedang dijalankan. Alasan yang kami gunakan

ialah kerana pergi ke tandas. Saya seharusnya bijak menguruskan masa dan tahu bahagikan

masa untuk melakukan suatu perkara. Justeru itu, saya berharap bahawa kejadian

seumpama ini tidak akan berlaku lagi kerana sebagai seorang guru, ketepatan masa haruslah

diamalkan. Jika dilihat orang yang Berjaya dalam hidup mereka, kebanyakan mereka pandai

membahagikan masa yang baik dalam kehidupan mereka. Kelewatan yang dialami sedikit

sebanyak telah melambatkan perjalanan program kami pada hari tersebut. Namun begitu,

pada masa akan datang semua guru pelatih perlu menepati masa kerana ini sedikit sebanyak

memberi persepsi negatif kepada bakal guru yang tidak prihatin dengan ketepatan masa

mereka.

Seterusnya, kelemahan yang saya dapati pada diri saya ialah berkenaan dengan

pendirian saya yang masih kurang kukuh dan kuat. saya dapat kesan melalui ujian lisan

anatomi peralatan abseiling. Pensyarah telah melakukan sedikit provokasi terhadap saya

sewaktu melakukan penilaian terhadap saya. Tujuan pensyarah melakukan provokasi adalah

untuk melihat pendirian saya dan ketegasan saya dalam memberikan jawapan yang betul.

4
PISMP PJ JUN 2016 PJMS 3113 – PENDIDIKAN LUAR

Walaubagaimanapun, saya telah terpengaruh dengan provokasi yang dilakukan oleh

pensyarah. Apabila pensyarah mengatakan bahawa jawapan yang saya berikan adalah salah

dan memberikan jawapan yang lain, maka disitu saya kelihatan ragu-ragu dalam

mempertahankan jawapan saya. Oleh itu, sebagai guru yang baik, kita kena mempunyai

pendirian yang teguh dan kuat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang analisir luar

yang boleh menganggu profesionalisme seseorang guru.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang

tempoh lima hari empat malam kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari

peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post-mortem supaya

program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. Bagi memantapkan diri

kita menjadi guru yang disegani dan dipandang tinggi, jadikan pengalaman orang lain dan

pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk

menghadapi masalah yang mendatang. Selain itu, seorang bakal guru perlu merasai

pengalaman hidup bersama masyarakat dan membiasakan aktiviti-aktiviti bersama

masyarakat seperti gotong royong, dan lain-lain kerana ia dapat membantu para guru apabila

dihantar mengajar kelak. Setiap latar belakang komuniti dalam sesebuah masyarakat adalah

berbeza dan guru harus tahu petua dan larangan jika ke tempat orang. Jadi, melalui program

seperti ini, guru dilatih untuk memerhati dan cuba mengadaptasi dengan komuniti dengan

menggunakan kemahiran-kemahiran sosial seperti berkomunikasi.Oleh itu, guru yang hebat

akan melahirkan generasi yang hebat dan berguna kepada bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai