Anda di halaman 1dari 17

1.

0 LATAR BELAKANG

Kaunselor perlu mahir dan fahami secara mendalam tentang teori-teori serta kaedah-kaedah
terapi yang dipelajari supaya dapat mengaplikasikannya ke dalam sesi sama ada sesi individu
mahupun sesi kelompok. Kebanyakan teori atau terapi yang dipegang oleh kaunselor-
kaunselor pelatih tidak terlalu banyak dan hanya mengetahui beberapa sahaja seperti Teori
Psikoanalisi, Teori REBT, Teori Realiti dan sebagainya. Berbalik kepada Terapi Analisis
Transaksional ini, kepada pandangan pakar kaunselor yang lebih berpengalaman mungkin
sudah mahir tetang terapi ini, tetapi tidak pada kaunselor pelatih yang baru melangkah masuk
ke dunia kaunseling ini.

Terapi Analisis dan Transaksional ini dikenalkan oleh seorang tokoh yang bernama
Eric Berne atau nama sebenar beliau iaitu Eric Lennard Bernstein dan juga dilahirkan pada
tanggal 10 Mei 1910 di Montreal, Canada. Beliau mendapat ijazah di dalam bidang
perubatan. Buku pertama yang diterbitkan oleh beliau adalah The Mind In Action pada tahun
1947 di mana ianya berlatar belakangkan tentang psikatri dan juga psikoanalasis.

Eric Berne pertama kali menggunakan Terapi Analisis dan Transaksional ini adalah
terhadap sekelompok tentera yang mendapat trauma setelah terlibat dengan Perang Dunia
Kedua di mana kesemua tentera yang terlibat di dalam program beliau ini mengalami
gangguan emosi yang dasyat. Terapi ini membincangkan tentang bagaimana individu-
individu berinteraksi serta perubahan di dalam ego mereka Terapi ini boleh digunakan
terhadap individu tetapi lebih sesuai digunakan di dalam sesebuah kelompok. Terapi Analisis
dan Transaksional ini sebenarnya adalah terpi yang diperluaskan lagi berdasarkan teori
psikoanalisis dengan berkonsepkan serta teknik-teknik yang khusus yang dilaksanakan di
dalam sebuah kelompok.

1
2.0 PANDANGAN SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Setiap teori ada pandangan terhadap sifat semulajadi manusia yang tersendiri.
Terapi Analisis Transaksional ini percaya kepada kemampuan diri sendiri dalam mengatasi
gaya kebiasaan dan memilih matlamat serta tingkah laku yang baru. Berne mempercayai
bahawa manusia dipengaruhi oleh jangkaan dan permintaan orang yang signifikan. Hal ini
adalah kerana keputusan seseorang itu dibuat dengan bergantung dengan keputusan yang
orang sekeliling berikan. Seterusnya manusia akan membuat keputusan tertentu agar mereka
dapat bertahan dari segi fizikal dan juga psikologi di suatu masa-masa yang tertentu. Tetapi
keputusan awal ini dapat dikaji semula dan dicabar, dan jika tidak memberi kesan atau hasil
yang diinginkan, seseorang itu boleh berubah kepada kaedah yang lain.

2
3.0 PERANAN DAN FUNGSI KETUA KELOMPOK

Antara peranan dan fungsi ketua kelompok berbeza mengikut jenis-jenis terapi atau teori-
teori didalam kaunseling. Peranan yang dimainkan oleh kaunselor hendaklah relevan dengan
matlamat yang hedak dikecapi. Jadi, dalam terapi ini kaunselor mempunyai beberapa peranan
untuk menjayakan sesi kaunseling dan seterusnya membantu klien membebaskan diri
daripada permasalahan yang sedang dihadapi. Sebagai satu bentuk terapi yang menekankan
kepada celik akal, emosi dan intelektual, kaunselor perlu memainkan peranan yang
mempunyai kemahiran berorientasikan kea rah analisa perlakuan klien. Antara peranan `yang
dimainkan oleh kaunselor didalam terapi ini ialah seperti,

1. Kaunselor pelu menyedari bahawa dia merupakan seorang yang menjadi model
kepada kliennya atau lebih dekat lagi boleh dipanggil sebagai guru ataupun sebagai
pakar yang menganalisa perlakuan kliennya serta pengalaman-pengalaman yang
pernah dilakukan oleh kliennya. Kaunselor akan menolong klien melihat da
menganalisa dengan teliti sejarah hidupnya semenjak kecil dan pengaruh-pengaruh
yang masih tinggal dalam dirinya hasil interaksi dengan keluarga, masyarakat dan
alam sekeliling. Contohnya, seorang wanita jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki
yang suka menganiyainya. Apabila dia bercerai dengan suaminya, dia akan berkahwin
dengan lelaki yang hampir serupa tingkah lakunya. Apa yang berlaku wanita itu telah
membuat Skrip Hidup bahawa untuk mendapat perhatian dan kepuasan hidup, hanya
lelaki begitu sahaja yang boleh membahagiakannya. Kemungkinannya, pada masa
kecil, kecil, bapanya atau saudara lelakinya pernah menganiyainya atau dia telah
melihat cara bapanya menunjukkan kasih seorang suami kepada ibunya melalui
kekerasan dan ibunya hanya menerima sahaja.

Dengan menganalisa segala maklumat dan skrip hidup kliennya sebelum ini melalui
pemerhatian kepada pengaruh Ego Stat Ibu Bapa dan Kanak-kanak, kaunselor akan dapat
menolong ahli-ahli dalam kaunseling kelompok atau kliennya memahami dan mengenal pasti
tentang kedudukan kehidupan mereka yang sebenarnya. Dengan ini, mereka akan berupaya
untuk berfikir dan membuat keputusan sama ada untuk menukarkan skrip hidupnya yang
tidak sihat kepada sikap yang lebih positif. Peranan yang seterusnya ialah,

3
2. Perlu berusaha untuk menunjukkan kepada klien bahawa ia mempunyai kedudukan
atau taraf yang sama dengan klien walaupun seorang kaunselor itu mempunyai
kepakaran dan pengalaman yang lebih. Kaunselor juga perlu mengingatkan dirinya
bahawa dia dan kliennya adalah pasangan di dalam terapi tersebut. Disini kaunselor
akan menegaskan tentang persamaan taraf di antara kaunselor dengan kliennya
dengan cara membina hubungan ikatan janji. Klien atau ahli kelompok membuat
perjanjian yang mereka akan berusaha untuk meneroka isu-isu yang membawa
kebimbangan kepada mereka ketika berlangsungnya sesi kaunseling. Penegasan
mengenai persamaan taraf ini adalah amat penting untuk menyatakan tentang
perasaannya yang sebenarnya.

3. Mengajar dan menunjukkan kepada klien bagaimana dia boleh mengubah skrip
hidupnya dan menggantikannya dengan yang baru.. skrip hidup ialah rancangan hidup
yang telah dibina semenjak kecil lagi untuk menemui keperluan kita dari kaca mata
kita sendiri. Di sini, seorang kaunselor akan menjadi umpama seorang guru yang akan
mengajar kliennya untuk mengubah mana-mana skrip hidupnya yang tidak sesuai. Di
sini kaunselor akan memainkan peranan untuk memberi tunjuk ajar kepada kliennya
atau ahli kelompok yang menghadapi masalahmdidalam membuat keputusan.

4. Menunjukkan kepada klien bahawa dia memang mempunyai keupayaan dan kuasa
untuk membuat keputusan-keputusan yang baru. Dia harus sedar bahawa dia tidak
seharusnya dibelenggu oleh keputusan-keputusan yang lepas dan lapuk serta usang.
Setelah klien disedarkan bahawa kehidupan mereka ini banyak dipengaruhi oleh skrip
hidup lamanya, klien tersebut haruslah juga sedar bahawa mereka perlu membuat
keputusan baru dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh pengalaman lepas. Dengan kata
lain, klien tersebut mempunyai kuasa ke atas dirinya sendiri dan dia mempunyai
kuasa dan kebebasan untuk menukarkan skrip hidupnya supaya sesuai dengan
keadaan semasanya. Dia tidak lagi perlu berpegang teguh kepada mesej-mesej yang
pernah diterimanya sejak awal kehidupannya lagi.

5. Perlu menjelaskan dalam kaunseling kelompok, bahawa kaunselor dank lien


hendaklah membuat satu ikatan perjanjian yang mentukan perkara-perkara tertentu,
seperti perlunya klien menemui kaunselor mengikut jangka waktuyang tertentu.
Mengubah skrip kehidupan kerana ianya telah sebati dengan dirinya untuk sekian

4
lama adalah amat sukar. Bagi mencapai persetujuan antara klien dan kaunselor untuk
menentukan satu perubahan yang hendak dibuat, kata sepakat perlu. Selalunya
kandungan persetujuan ini adalah perkara-perkara yang bertujuan untuk perkara-
perkara yang khusus dan tertentu sahaja. Perkara tersebut hendaklah khusus dan
deskriptif.

Dalam melaksanakan proses kaunseling dengan menggunakan Terapi Analisis


Transaksional, kaunselor juga memerlukan satu garis panduan mengikut kehendak dan
matlamat dalam terapi. Terapi ini juga menggariskan tiga prinsip atau pegangan yang
harus diingati oleh kaunselor semasa proses kaunseling berjalan. Ketiga-tiga prinsip
pokok yang menjadi panduan kepada kaunselor ialah

i. Campur tangan kaunselor hendaklah dibuat apbila perlu sahaja, dan sekadar
yang diperlukan sahaj. Ini bertujuan memberi peluang yang lebih banyak
kepada klien untuk bercakap dan meluahkan segala yang terbuku didalam
dirinya. Dengan ini, kaunselor akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
dengan dengar permasalahan dan pengalaman kliennya dan seterusnya
kaunselor dapat menganalisa skrip hidup kliennya. Ini juga untuk mengelakkan
pergantungan klien kepada kaunselor.
ii. Kaunselor haruslah menyedari bahawa individu itu mempunyai kecenderungan
semulajadi kearah kesihatan jasmani dan jiwa. Oleh itu, peranannya hanyalah
sekadar mengubah dan menghapuskan rintangan-rintangan yang menyekat yang
menyekat pertumbuhan, perubahan dan perkembangan klien.
iii. Kaunselor perlu usaha sebaik mungkin untuk memberikan rawatan. Terapi yang
menentukan sembuh atau tidak sembuhnya penyakit klien ialah Tuhan.
iv. Kauselor sememangnya mempunyai kuasa dalam menjalankan kaunseling
dalam terapi ini,, namun dalam terapi ini juga telah digariskan peranan yang
harus dimainkan oeh seorang kaunselor.

5
4.0KONSEP UTAMA TERAPI

Analisis transaksional merupakan pendekatan kauseling yang tergolong berorientasi kognitif.


Sebagai pendekatan kaunseling, analisis transaksional memiliki ciri ciri:

a) Lebih menitik beratkan perhatiannya pada pemahaman dalam membantu klien mencapai
perubahan tingkah lakunya.

b) Menekankan kepentingan kontrak dalam proses kaunseling, aitu kefahaman antara


kaunselor dengan klien yang mencerminkan adanya persamaan hak dan kewajiban antara
keduanya dalam mengelola proses kaunseling untuk mencapai tujuan yang diinginkan.

Menurut Lutfi Fauzan (1994:51) Analisis transaksional didasarkan anggapan bahawa orang
mampu memahami keputusan-keputusannya pada masa lalu dan kemudian dapat memilih
untuk memutuskan kembali atau menyesuaikan kembali keputusan yang telah pernah
diambil. Berne dalam pandangannya meyakini bahawa manusia mempunyai kapasiti untuk
memilih dan dalam tingkat kesadaran tertentu individu dapat merawat dirinya dalam
menghadapi persoalan-persoalan hidupnya.

Menurut Eric Berne status ego adalah suatu pola perasaan dan pengalaman yang tetap,
keadaan ego seseorang tidak tergantung pada umur. Oleh karena itu apa pun
pekerjaan/jabatan seseorang, ia tetap memiliki 3 jenis status ego.

1. EGO STAT ORANG TUA

Bahagian dari keperibadian yang menunujukkan sifat-sifat orang tua. Ego state orang tua
memiliki ciri-ciri antara lain:
Menasihati, kritik, berperilaku sesuai keadaan. Orang tua dalam pandangan kita selalu akan
memperlihatkan sebagai nurturing parent (orang tua yang mengasuh) dan critical parent
(orang tua yang kritis).

2. EGO STAT DEWASA

Bahagian dari keperibadian yang menunjuk pada berbagai gambaran sebagai bahagian
objektif dari keperibadian. Status egonya memperlihatkan kestabilan, tidak emosional,
rasional, bekerja dengan fakta dan kenyataan-kenyataan, selalu berusaha untuk menggunakan

6
informasi yang tersedia untuk menghasilkan pemecahan yang terbaik dalam pemecahan
berbagai masalah.

3. EGO STAT ANAK

Bahagian dari keperibadian yang menunujukkan ketidakstabilan, masih dalam


perkembangan, berubah-ubah, ingin tahu. Status egonya berisi perasaan-perasaan, dorongan-
dorongan, dan tindakan-tindakan yang spontan.

Berdasarkan teori dasar status ego, maka Harris mengidentifikasi dan menggambarkan empat
posisi utama dalam interaksi individu dengan yang lainnya, menunjukkan sifat-sifat dan
karakteristik keperibadiannya.

POSISI HDUP

Ianya terbentuk sejak kecil lagi, pengalaman semasa kecil akan membentuk posisi hidup
seseorang individu itu jika seseorang kanak kanak itu mengalami zaman kanak kanak yang
bahagia dan selalu menerima strok positif, maka posisi hidupnya positif dan begitulah
sebaliknya. Oleh itu ia akan membina posisi hidup bahawa saya tidak ok, tetapi apabila
kanak-kanak diberi belaian dan sentuhan yang mencukupi ia akan mengubah posisi hidupnya
kepada saya ok. Sebaliknya jika kanak kanak dibiarkan (kurang mendapat kasih sayang)
mereka akan membentuk posisi hidup saya tidak ok. Pembentukan posisi hidup di peringkat
awal zaman kanak kanak amat penting kerana konsep ini akan membentuk skrip hidup
seseorang itu.

A. I’m Ok – You’re Ok

Posisi ini disebut sebagai dasar manuskrip hidup pemenang (winning script) karana
mempunyai potensi untuk mengembangkan mental yang sihat. Individu yang memiliki sistem
OK-OK menentukan manuskrip hidup pemenang yang menentukan bahawa ia
menyenangkan orang lain dan ia disenangi oleh orang lain. Individu yang memiliki posisi ini
akan merasa aman dalam keberadaannya sebagai manusia dan keberadaan orang lain
disekitarnya.

B. I’m OK – You’re Not OK

Posisi ini digunakan individu yang merendahkan orang lain atau mencurigai motif-motif
orang lain. Posisi ini berkembang dari suatu reaksi yang berlebihan terhadap perlakuan not

7
OK. Contoh dari ini adalah perilaku kejahatan, hal ini terjadi akibat dari pengambilan posisi
I’m OK – You’re not OK. Individu yang memiliki posisi ini, mereka adalah individu-individu
yang selalu merasa betul dan orang lain salah.

C. I’m Not Ok – You’re Ok

Posisi ini menunjukkan gambaran keperibadian seseorang sebagai individu yang memerlukan
kasih sayang, bantuan, mengharapkan sesuatu, memerlukan penghargaan, kerana orang itu
merasa inferior (bahawa anak sering mengatakan dirinya tidak mampu dan lemah atau not
OK) dari yang lain dan pada posisi ini sering kali menyebabkan anak melakukan
pengunduran diri, depress, dan tindakan bunuh diri kerana anak menganggap dirinya itu not
OK.

D. I’m Not Ok – You’re Not Ok

Posisi ini menunjukkan gambaran keperibadian seseorang dimana orang tersebut berada
dalam keadaan pesimis, putus asa, tidak dapat mengatasi dirinya, juga orang lain tidak dapat
membantu, frutasi kerana dari transaksi yang ada, baik dirinya sendiri mahupun orang lain
tidak ada yang OK. Contoh : kerana pengaruh orang tua yang mengetahui anaknya telah
cukup umur, maka orang tua akan mulai menjauh diri dari anaknya kerana orang tua berfikir
bahawa anaknya sudah cukup umur dan boleh memelihara dirinya.

Posisi ini yang dipilih oleh individu, maka dalam kehidupannya individu tersebut akan hanya
mengharungi hari-hari dan kehidupannya tanpa erti. Dan akan berdampak pada tindakan anak
atau perilaku seperti bumuh diri atau pembunuhan.

PERMAINAN HIDUP

Dalam interaksi, kita menggunakan permainan hidup untuk melindungi diri dari rasa takut
dan risau. Permainan hidup ini wujud berdasarkan tafsiran yang dibuat mengenai mesej-
mesej yang diterima sejak kecil dan keputusan yang diambil berdasarkan tafsiran tersebut
(Berne, 1964). Tafsiran yang dibuat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam skrip hidup
seseorang dan digunakan berulang-ulang kali dalam hubungan interaksi. Ini kerana mereka
yang memainkan peranan hidup ini merasakan dirinya selamat.

Kebanyakan permainan hidup dimainkan ego stat Ibu Bapa Kritikal dan ego stat
Profesor Kecil. Tujuannya ialah untuk mendapatkan perhatian dan meneguhkan lagi posisi

8
hidupnya samada saya OK atau saya Tidak OK. Mereka yang sering memainkan peranan
hidup ini memiliki ego stat Dewasa yang rendah. Tanda- tanda seseorang itu mempraktikkan
permainan hidup ialah seseorang itu tidak jujur ketika berhubung (transaksi berlapis) dan
seseorang diperkecil-kecilkan.

Antara sebab seseorang itu suka menggunakan permainan hidup ketika berinteraksi
ialah untuk mendapatkan strok, menguatkan posisi hidup pdikologikalnya dan mengelakkan
kemesraan atau kerapatan dengan orang lain. Antara jenis permainan hidup yang digunakan
‘’kalau tidak kerana dia..’’, ‘’tengok apa awak suruh saya buat…’’, saya Cuma ingin
menolong…’’, ‘’cari salah…’’, ‘’bodoh…’’, ‘’kasihan saya…’’, ‘’sibuk..’’.

Untuk mengenalpasti permainan hidup, konsep Tiga Segi Karpman boleh digunakan.
Model ini menggunakan konsep mangsa, penyelamat dan penghukum.

Mangsa ialah individu yang sengaja membangkitkan kemarahan orang lain dengan
memperkecilkan dirinya sendiri atau individu yang suka memberi mesej bahawa dia seoarang
yang tidak berkeupayaan atau individu yang mengambil kesempatan iaitu sengaja lupa atau
sering keliru. Manakala penghukum pula ialah individu yang suka membuat peraturan yang
tidak munasabah atau individu yang sengaja mencari kesalahan orang yang lebih lemah atau
tidak setaraf dengannya.

Penyelamat pula ialah individu yang memberi pertolongan tetapi tidak bersikap jujur.
Contohnya, dalam hidup ini ‘’mengapa awak tidak…ya…tapi..’’, individu dalam permainan
ini tidak bersikap jujur. Dia berpura-pura meminta nasihat atau cadangan orang lain
(mangsa).

Akan tetapi apabila nasihat diberi, individu itu enggan menerimanyan dan cepat
memberi dalih (penyelamat) menyebabkan orang yang menolongnya berasa ditolak kerana
semua nasihatnya tidak diterima (mangsa). Oleh itu, individu itu memainkan satu lagi
peranan hidup ‘’sekarang saya kenakan anda, bodoh !’’ (penghukum).

RAKET

Raket ialah perasaan yang tidak selesa yang dirasai selepas sesebuah permainan hidup tamat.
Konsep ini merupakan sebahagian asas daripada skrip hidup seseorang. Perasaan ini telah
wujud sejak kecil pada zaman kanak-kanak lagi serta disimpan dan ditambah hinggalah

9
dewasa. Seseorang itu mempumyai raket marah, rasa bersalah, depresi dan lain-lain.
Contohnya, raket rasa bersalah, perasaan ini diperolehi sejak kecil lagi apabila seseorang itu
tidak memperolehi apa yang dikehendakinya.

Apabila individu itu meningkat dewasa, peristiwa-peristiwa lain yang membawa


kemawrahan yang sama kepadanya telah menguatkan lagi kedudukan raket individu tersebut.

MENGUMPUL SETEM

Konsep ini membawa maksud bahawa seseorang individu itu ada menyimpan prerasaan
positif dan perasaan negatif. Mengumpul dan menyimpan setem positif boleh membawa
kebaikan kepada kehidupan seseorang kerana dengan adanya perasaan positif ini boleh
menjadikan seseorang itu memiliki kesihatan fizikal dan mental yang baik. Sebaliknya, jika
individu itu terus mengumpul banyak perasaan negetif, menyebabkan ia tidak boleh
mengawal dirinya dan pada satu ketika perasaan itu akan meledak dalam bentuk kemarahan
yang spontan.

SKRIP HIDUP

Pada peringkat awal, nilai-nilai hidup yang paling banyak didedahkan kepada kanak-kanak
adalah melalui ibu-bapa dan anggota keluarganya. Apa sahaja yang dilakukan ibu bapanya
menjadi ikutannya.

Walau bagaimanapun, skrip hidup seseorang akan mengalami perkembangan dan


perubahan apabila ia memasuki alam kehidupan bermasyarakat. Samada skrip hidupnya
berbentuk positif atau negative. Individu tersebut boleh membentuk skrip hidup sekiranya
skrip itu bersifat negatif. Individu tersebut boleh membentuk skrip hidup yang baru dengan
syarat dia sedar akan kesilapannya dan mempunyai keinginan ungtuk mengubahnya.
Pembentukan skrip hidup dipengaruhi oleh posisi hidup, jenis hidup yang diterima,
permainan hidup yang sering digunakan, larangan dan jangkaan yang pernah diperolehinya.

STROK

10
Strok juga fdikenali sebagai pengiktirafan yang diberikan kepada seseorang individu secara
lisan atau bukan lisan. Apabila seseorang itu memperolehi strok, menyebabkan indivoidu itu
merasai sesuatu.

i. Strok Positif

Strok jenis ini diberi secara ikhlas dan jujur. Mendengar dengan teliti, senyum,
memberi pujian, memberi hadiah, memberi hormat, membelai, dan menganggukkan
kepala adalah strok positif. Seseorang itu memerlukan strok ini untuk
mengembangkan emosi supaya ia mempunyai posisi hidup saya OK, anda OK.

ii. Strok Negatif

Strok ini diperolehi apabila individu itu menghendaki strok positif tetapi tidak
memperolehinya. Individu tersebut cuba mendapat strok ini supaya mendapat
perhatian. Antara strok negatif ialah ditengking, mencemuh, memperli, bermasam
muka dan sebagainya.

iii. Strok Bersyarat

Strok ini diberikan dengan syarat individu tersebut melakukan sesuatu, barulah ia
mendapat pengiktirafan. Strok jenis ini menyebabkan individu itu berasa tidak selesa
dan tidak yakin pada dirinya sendiri, oleh itu, strok jenis ini tidak elok diamalkan.

iv. Strok Plastik

Ia merupakan pujian yang diberi secara melampau atau berlebih-lebih dan biasanya
orang yang memberi strok itu tidak jujur kerana mengandungi maksud tertentu sebalik
pujian tersebut. Sekiranya individu yang menerima pujian tersebut tidak sedar, maka
ia menjadi strok positif tetapi jika sebaliknya individu itu akan merasa tidak
mempunyai harga diri.

v. Strok Kebiasaan

Strok diberi kerana kebiasaan dan menjadi norma-norma masyarakat membentuk


strok sedemikian penting untuk menjalankan hubungan antara individu. Contohnya,
mengucapkan selamat pagi, memberi salam dan bertanya khabar.

Larangan

11
Larangan ialah mesej ego stat yang dikeluarkan berasaskan penderitaan, kedukaan, desakan,
kekecewaan, kemarahan, dan keinginan mereka. Apabila kanak-kanak membesar, ibu bapa
meletakkan larangan dengan tujuan untuk mengasuh anak-anak dan menanam sekatan
terhadap perlakuan kanak-kanak berbentuuk ‘jangan’. Larangan ini menjadi sebahagian
daripada kehidupan kanak-kanak untuk membina skrip hidupnya.

12
5.0 MATLAMAT TERAPI

Matlamat sesi adalah untuk memberi keselesaan kepada klien ataupun individu yang
menghadapi tekanan dan masalah dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai manusia yang
sempurna. Matlamat dalam terapi Analisis Transaksional lenih menekankan kepada usaha
untuk membantu klien membebaskan diri daripada kongkongan skrip hidupnya yang lampau.
Matlamat utama terapi adalah untuk membebaskan klien daripada permasalahan atau
kesulitan tersebut yang disebut sebagai skrip hidup yang terus mengongkong terutamanya
dalam cara-cara mereka bertindak, berfikir dan menaakul satu perkara dan seterusnya kepada
perjalanan hidup mereka itu sendiri.

Selain dari membebaskan klien agar terlepas dari kongkongan skrip hidup yang lepas,
terapi ini juga bermatlamat untuk membantu klien membuat keputusan-keputusan yang baru
didalam menjalani kehidupan mereka.. kaunselor akan berusaha menyedarkan klien mereka
berhak ke atas diri mereka sendiri dan begitu juga dalam membuat satu keputusan.

Matlamat lain dalam terapi Analisis Transaksional untuk memberi kemesraan kepada
klien terutamanya didalam berinteraksi dengan masyarakat. Terapi ini juga menyedarkan
klien bahawa mereka tidak perlu takut kepada bayangan lepas yang menghantui diri mereka.
Mereka boleh memahami dan menyedari bahawa segala keputusan yang mereka lakukan
pada masa dahulu boleh diubah, boleh dipinda dan boleh diganti serta boleh ditukar dengan
keputusan-keputusan yang baru. Matlamat terapi ini juga, adalah untuk membebaskan klien
daripada belenggu ego dewasa agar ia dapat berfungsi dengan baik dan ia tidak akan
mengalamki tekanan atau perkmasalahan didalam kehidupan.

13
6.0 PROSES DAN TEKNIK

14
7.0 APLIKASI TEORI

Contoh kes Lyn adalah anak yang taat dan taat kepada ibu bapanya. Baginya, ibu bapa adalah
orang yang sentiasa dihormati dan dipatuhi. Sejak zaman kanak-kanak, Lyn sentiasa
diarahkan oleh ibu bapanya. Ini tidak boleh, tidak boleh. Dia jarang dibenarkan membuat
pilihan sendiri. Ini juga berlaku dalam memilih arah pendidikan. Dari tadika ke sekolah
menengah, semuanya ditentukan oleh ibu bapa. Tiada sesiapa yang dipilih oleh Lyn. Ibu
bapanya mahu Lyn menjadi doktor. Lyn merasakan dia tidak mahu menjadi doktor tetapi dia
tidak mahu dan tidak boleh melawan kehendak ibu bapanya. Dia merasa dia tidak
mempunyai kekuatan dalam cara hidupnya sendiri. Lyn mengikutnya jika bersedia menjadi
doktor dengan tunjuk ajar tambahan dalam tunjuk ajar.

Kemudian Lyn diterima masuk ke Jabatan Perubatan Umum. Ibu bapanya sangat
gembira, merasakan mereka telah berjaya mengarahkan anak-anak mereka. Tetapi Lyn tidak
selesa dengan itu. Sebenarnya dia mahu belajar kesusasteraan. Lyn pernah menyatakan
keinginannya. Tetapi ibu bapa tidak mahu tahu dan sentiasa melarang Lyn daripada
mempelajari kesusasteraan. Menurut Lyn, orang tuanya berpendapat bahawa pilihan terbaik
adalah apa yang diputuskan oleh ibu bapa, bukan Lyn yang hanya seorang anak. Lyn pergi ke
kolej dalam bidang perubatan tanpa semangat dan tekanan.

Dia benar-benar mahu keluar dari jabatan perubatan. Akibatnya, pada semester
pertama, nilai itu sudah turun. Orang tua hanya boleh marah, memberitahu Lyn untuk
mengambil pelajaran secara serius, tidak memikirkan apa-apa lagi, apalagi kesusasteraan.
Kerana itu, Lyn merasa semakin tertekan dan tertekan. Dia mahu mempunyai kuasa atas
pilihan hidupnya sendiri, tetapi tidak dapat melawan ego ibu bapa.

Dari contoh kajian kes di atas boleh dikaitkan dengan terapi Analisis Transaksional
kerana dapat dilihat bahwa di Lyn terdapat wakil "Ego Ibu" yang membolehkan ego ibu bapa
menjadi perintah "harus" dan "harus" itu adalah bahagian dari kepribadian yang introjeksi
daripada ibu bapa. Menurut Haris (1967) melihat tujuan Analisis Transaksi itu sendiri adalah
membantu individu untuk "memiliki kebebasan memilih, kebebasan untuk mengubah
keinginan, kebebasan untuk mengubah tanggapan terhadap rangsangan yang sama dan baru".
Dalam terapi ini Lyn bertanggungjawab menanggung dan menyelesaikan tanggungjawab
yang lebih besar yang ada padanya, dan mendorongnya untuk mengenali dan memahami
wakil-wakil ego. Sebabnya, adalah untuk mengenali tiga wakil ego, iaitu ego ibu bapa, ego

15
dewasa dan ego kanak-kanak, dari mana Lyn dapat membebaskan dirinya dan dari Ibu bapa
yang tidak rasional yang menjadikan Lyn sukar.

Dalam kes ini, beberapa prosedur terapeutik boleh digunakan, salah satunya ialah
kerusi kosong, di sini Lyn diminta untuk membayangkan bahawa ibu bapanya duduk di
kerusi kosong di hadapannya dan menjemputnya untuk berdialog untuk menyatakan
fikirannya, perasaannya selagi Lyn melaksanakan peranan ego ibu bapa. Lyn akan merasa
lebih lega dan mampu bercakap dengan orang tuanya.

16
8.0 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TERAPI

KELEBIHAN MENURUT GERALD COREY : 

1.      Sangat berguna dan para kaunselor dapat dengan mudah menggunakannya. 


2.      Memberi kepada kaunselor untuk lebih sedar akan keputusan awal mereka. 
3.      Integrasi antara konsep dan praktis analisis transaksional dengan konsep   tertentu dari
terapi gestalt amat berguna kerana kaunselor bebas menggunakan prosedur dari
pendekatan lain. Bab ini menyoroti perluasan pendekatan Berne oleh Mary dan Robert
Goulding (1979), pemimpin dari sekolah redecisional TA. The Gouldings berbeza dari
pendekatan Bernian klasik dalam beberapa cara. Mereka telah menggabungkan TA
dengan prinsip-prinsip dan teknik-teknik terapi Gestalt, terapi keluarga, psikodrama, dan
terapi perilaku. Pendekatan yang redecisional pengalaman anggota kelompok membantu
kebuntuan mereka, atau titik di mana mereka merasa terkesan. Mereka menghidupkan
kembali konteks di mana mereka membuat keputusan sebelumnya, beberapa di antaranya
tidak fungsional, dan mereka membuat keputusan baru yang fungsional. Redecisional
terapi ini bertujuan untuk membantu orang menemui diri mereka untuk menemukan cara-
cara di mana mereka menganggap diri mereka dalam peranan dan victimlike untuk
memimpin hidup mereka dengan memutuskan untuk diri mereka sendiri bagaimana
mereka akan berubah. 
4.      Memberikan sumbangan pada kauseling multikultural karena kauseling diawali dengan
larangan mengaitkan permasalahan peribadi dengan permasalahan keluarga dan larangan
mementingkan diri sendiri

      KELEMAHAN GERALD COREY (1982:398) 

1. Banyak Terminologi atau istilah yang digunakan dalam analisis  transaksional


cukup membingungkan.
2. Penekanan Analisis Transaksional pada struktur merupakan aspek yang meresahkan. 
 3.Konsep serta prosedurnya dipandang dari perspektif behavioral, tidak dapat di uji
keilmiahannya.
  4.Kaunseling boleh mengenali semua benda tetapi mungkin tidak dapat merasakan dan
menghayati aspek diri mereka sendiri.

17

Anda mungkin juga menyukai