Anda di halaman 1dari 2

Matapelajaran : Matematik Masa : 0720 – 0850

Kelas : 3A
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Bahagi
S.K : 5.1 Menulis ayat matematik bagi operasi S.P : (ii) menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti
bahagi tolak berturut-turut dan songsangan
operasi darab.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis ayat matematik bahagi dengan menola
berturut-turut dan membuat songsangan dengan operasi darab.
Aktiviti PdP :
(i) Enam guli dan tiga bekas disediakan di hadapan murid dan guru memasukan guli satu persatu ke
dalam bekas. Murid diminta menjelaskan aktiviti yang dilakukan dan menyatakan ayat matematik
yang terhasil.
(ii) Setiap kumpulan diagihkan 9 batang straw dan murid diminta mengambil tiga batang straw dan
menyatakan berapa yang tinggal. Murid diminta lagi untuk mengambil tiga batang straw dan
nyatakan berapa yang tinggal. Murid sekali lagi mengambil tiga batang straw, dan meminta murid
menyatakan apa yang berlaku. Setiap kumpulan diminta menulis proses penolakan berturut-turut
tersebut dalam bentuk ayat matematik.
(iii) Murid dipaparkan satu ayat matematik darab seperti 3 x 6 = 18 dan murid ditunjukkan satu operasi
bahagi yang boleh dihasilkan daripada operasi darab di atas iaitu 18 ÷ 3 = 6. Murid berbincang
dengan guru tentang kedua-dua operasi tersebut dan diminta membina satu lagi operasi bahagi
yang boleh dihasilkan.
(iv) Murid menyiapkan soalan pada buku aktiviti
Refleksi PdP:
Matapelajaran : Matematik Masa : 0850 – 0950
1010 – 1050
Kelas : 1A
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Nombor bulat hingga 100
S.K : Menama dan menentukan nilai S.P : (ii) menyusun kumpulan objek, kad gambar dan
kad angka mengikut tertib menaik dan
menurun serta membandingkan dua
nombor dan menyebut sebarang nombor
yang terletak di antaranya.
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menama dan menentukan nilai dengan menyusun kad
angka dengan tertib menaik dan menurun serta menyebut sebarang nombor yang terletak di
antaranya.
Aktiviti PdP :
(i) Guru menunjukkan dua ikatan batang aiskrim sepuluh-sepuluh dan 3 batang di luar ikatan. Murid
diminta membilang jumlahnya dan dibimbing untuk menyebut jumlah batang aiskrim. Murid
bersoal jawab dengan guru.
(ii) Murid dipaparkan kad gambar yang menunjukkan bilangan iaitu 40 hingga 100 dan diminta
menyebutkan bilangannya seterusnya menceritakan bagaimana ia tahu bilangan nombor tersebut.
(iii) Murid menyiapkan soalan pada buku aktiviti
Refleksi PdP:

Anda mungkin juga menyukai