Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : SEMESTER 1 / 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP 3083 Semester / Tahun: SEMESTER 2/ TAHUN 4


Ambilan: JUN 2016
Nama Kursus:
Kumpulan : PISMP MT/ PJK/ PKB1/ PKB2/
Asas Kepemimpinan dan Pembangunan PKP1/ PKP2/ PAKK/ BC/ BM/ SEJ/ BT/ SN/BA
Profesionalisme Guru

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Laporan Temubual 26 FEBRUARI 2020 13 MAC 2020

2. Penulisan Akademik 26 FEBRUARI 2020 23 MAC 2019

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai
seorang profesional. (C2, LO1, LO8, EM2)

2. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru serta
perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru. (C4, A2,LO1, LO8, EM2)

3. Menyediakan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya untuk menjadi


seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan guru.
(C5,LO3,L07,CTPS3, KK3)

4. Menganalisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek


pengajaran dan pembelajaran melalui temubual. (C4,A2,LO3, ,LO9, CTPS3,LS1)

5. Merangka pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan.


(C6,A4,LO1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 .


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :

1. Menjelaskan konsep amalan profesionalisme keguruan di sekolah.


2. Menghuraikan isu dan cabaran berkaitan etika dan perundangan yang berkaitan dengan
kerjaya guru.
3. Menganalisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengajaran dan pembelajaran.
4. Menjana pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik dalam merangka pelan
pembangunan diri dan kerjaya untuk menjadi seorang yang profesional berdasarkan
peringkat-peringkat perkembangan guru.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : LAPORAN TEMUBUAL (Wajaran 20%)


(Hadkan penulisan anda kepada 600 patah perkataan sahaja)

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di Port Dickson telah didakwa kerana
membaling kasut kepada seorang murid perempuan tahun dua sehingga menyebabkan kecederaan
di dahi dan menerima tiga jahitan. Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan murid
tersebut yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral.
(Sinar Harian Online)

Berdasarkan rangsangan di atas, anda dikehendaki menemubual (perlu disokong


dengan rakaman) seorang pentadbir pendidikan di sekolah. Dalam temubual tersebut anda
perlu memfokus kepada amalan profesionalisme keguruan yang menjadi amalan di sekolah
tersebut, isu-isu pelanggaran etika dan perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru.
Tuliskan satu laporan yang lengkap.

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK (Wajaran 30%)


(Hadkan penulisan anda kepada 1000 patah perkataan sahaja)

Pembangunan kerjaya adalah satu proses berterusan yang melibatkan pergerakan individu melalui
beberapa peringkat kehidupan (Greenhouse dalam Norhani, et. al., 2009).

Berdasarkan kenyataan di atas, sediakan satu pelan pembangunan diri dan kerjaya
anda untuk menjadi seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat
perkembangan guru.
Arahan Pelaksanaan Tugasan :-

1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :-


a. Fon Arial
b. Saiz huruf ialah 11
c. Langkau satu setengah (1.5) baris
d. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

2. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

3. Anda dikehendaki menyatakan sumber rujukan dalam senarai rujukan. Rujukan tidak
termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

4. Sisipkan bersama BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN di bahagian hadapan tugasan


anda.

5. Bahagian kulit luar untuk Tugasan 1 hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut :-

a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. No.Kad Pengenalan
d. Kod dan Nama Kursus
e. Nama Pensyarah Akademik
f. Tarikh Hantar

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________

(AHMAD RIDZWAN BIN BASRI) (NURCIANA BINTI NASARUDDIN)


Penyelaras EDUP3083 Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

_____________________________

(HJH/ FAIZAH BINTI A. KARIM)


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai