Anda di halaman 1dari 4

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN 2019:

RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Pengenalan ‫بسم هللا وامحلدهلل ! السالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬


Salam
Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel
Salutasi
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya
sidang hadirin yang dirahmati Allah.

Hijau berkilauan permata zamrud,


Terselit di jari jadi tatapan,
Tajuk Cerita
Dengarkan kisah keangkuhan Raja Namrud,
Jadikan iktibar, panduan kehidupan.                          (Pantun)

Kawan-kawan,

Raja Namrud ialah pemerintah kerajaan Babylon. Dia seorang yang


Isi 1 gagah, namun tidak beriman kepada Allah dan mengiktiraf dirinya
sebagai Tuhan. Di saat penduduk Babylon tenggelam dalam kesyirikan,
Allah mengutus nabi Ibrahim bagi menyeru mereka kembali
mentauhidkan Allah. Pada suatu hari, berlakulah perdebatan antara nabi
Ibrahim dan Raja Namrud:

“Hanya Tuhanku yang memberi dan mengambil semula nyawa”, tegas


nabi Ibrahim. Namrud menjawab dengan sombong “Aku juga boleh
membunuh manusia dan menghidupkan”. “Tapi, bolehkah kamu
menjadikan matahari terbit dari timur?” balas nabi Ibrahim. Mendengar
akan itu, Namrud terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang berkuasa
seperti itu.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 258 ada dinyatakan:


Ayat Al-
Quran
Maksudnya: Tidakkah Engkau memikirkan (Wahai Muhammad)
tentang orang Yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan
sombongnya) mengenai Tuhannya.

Begitulah Raja Namrud yang sesat malah menyesatkan orang lain. Pada
 Isu Semasa masa kini juga terdapat ajaran sesat yang cuba memesongkan akidah
orang Islam seperti ajaran Syiah dan Tuhan Harun.
 
Ingatlah rakan-rakan,
Pengajaran Menyekutukan Allah merupakan dosa besar.
Kawan-kawan,
Isi 2
Pada suatu malam, penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk
meraikan hari raya bagi tuhan mereka. “Hmmm, inilah peluangku untuk
mengajar kaumku bahawa berhala bukannya Tuhan”, nekad Nabi
Ibrahim. Lalu, Nabi Ibrahim menghancurkan semua berhala. Ktak!
Ktak! Ktak! (bunyi kapak). Tinggallah sebuah berhala yang paling
besar. Lalu, kapak yang digunakannya digantungkan pada leher patung
besar tersebut. Hal ini diceritakan dalam surah Al-Anbiya’ ayat 58:

 
Ayat al-Quran Maksudnya: Lalu dia memecahkan semuanya kecuali sebuah berhala
mereka Yang besar , supaya mereka kembali (untuk bertanya)
kepadanya.

Sikap keberanian nabi Ibrahim perlu diamalkan di dalam kehidupan


Isu semasa kita. Apatah lagi di era globalisasi ini, menuntut agar kita sentiasa
bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang ingin menghancurkan
Islam. Contohnya pergerakan Zionis yang diasaskan oleh Israel.

Pengajaran Oleh itu, sebagai umat Islam, kita disarankan agar menggunakan fikiran
yang waras untuk membezakan kebaikan dan keburukan.

Kawan-kawan,

Suasana menjadi semakin genting,


Nabi Ibrahim ditangkap penuh zalim,
Dipersalahkan memusnahkan berhala,
Raja Namrud berang, penuh kemarahan! (Sajak)

“Kamu tahu! Kamu tahu… bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau
berbuat apa-apa”, kata Raja Namrud. “Jadi kalau begitu, kenapa kamu
Isi 3 menyembahnya?” balas Nabi Ibrahim. Raja Namrud menjadi sangat
marah. Lalu, menjatuhkan hukuman dibakar hidup-hidup kepada Nabi
Ibrahim di kawasan lapang. Namun, Allah telah menyelamatkan Nabi
Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan ke sana-sini
dalam api tersebut. Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 69:

Maksudnya: "Hai api, Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera


Ayat al-Quran kepada Ibrahim! ".

Masihkah rakan-rakan ingat? Ketika Tsunami melanda Indonesia tahun


lalu, terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan
Allah. Contohnya Masjid di Palu tidak terjejas walaupun dilanda
Tsunami. Masya Allah!
Isu semasa
Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya bahawa setiap nabi dikurniakan mukjizat dan
orang yang beriman seperti Nabi akan dibantu oleh Allah.
Pengajaran
Kawan-kawan,

Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim dengan angkuh. “Sekiranya


Isi 4 Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka hantarlah kepada aku. Mari kita
berperang! Hahaha”, katanya kepada Nabi Ibrahim. Justeru itu, Nabi
Ibrahim memohon bantuan daripada Allah. Tentera Raja Namrud
ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi
dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh
nyamuk-nyamuk tersebut.

Namun, Allah memberi masa 3 hari kepada Raja Namrud untuk


bertaubat dengan menangguhkan kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia
sahaja kerana dia enggan bertaubat. Lantas Allah memerintahkan seekor
nyamuk masuk melalui lubang hidung Raja Namrud dan memakan
otaknya. Matilah Raja Namrud dek seekor nyamuk.

Ayat al-Quran Firman Allah dalam surah Al-Muddassir ayat 31:

Maksudnya: Dan tiada Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan


Dia sahaja.

Masha Allah, memang benarlah Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya
seekor nyamuk kecil dapat menewaskan Namrud yang gagah perkasa.
 Isu Semasa Begitu juga yang berlaku pada masa kini, wabak denggi yang dibawa
oleh nyamuk aedes telah meragut banyak nyawa.

Jelaslah, setiap ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu,


kita tidak boleh sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada
Pengajaran kita.

Demikianlah kisah Nabi Ibrahim menentang Raja Namrud.


Penutup

Wahai rakan dan juga Taulan,


Raja Namrud bukan ikutan,
Zalim dan sombong kepada Tuhan,
Dimurkai Tuhan.                                             (Lagu)

Sekian.
!‫السالم عليمك ورمحة هللا وبراكته‬ ‫وابهلل التوفيق والهداية‬

Anda mungkin juga menyukai