Anda di halaman 1dari 2

SEK JEN KEB ( TAMIL ) NIGEL GARDNER

45600 BATANG BERJUNTAI , SELANGOR DARUL EHSAN.


BBD5055

Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah


Bil 02/2017

Tarikh : 20.4.2017 (Khamis)


Masa :1.30 tgh
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : 11/11
1. Cik.Shanti A/P Rajoo ( Guru Besar )
2. Pn. Vijiah a/p Rajoo ( Penolong Kanan Tadbir )
3. Pn. Anita a/p Uthamaputhiran ( GPK HEM )
4. En. Gajenthiran a/l Rangasamy (GPK KOKU)
5. Cik.Tussna a/p Ramachandran
6. Cik Tamil Arasi a/p Subrayan
7. En. Thayal a/l Munusamy
8. Cik Satya Vani a/p Bathumalai
9. Pn . Renuga a/p Sangaran
10. Cik Elangeswari a/p Archunan
11. En Zakaria

1.AGENDA

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan kadavul vaalthu. Mengucapkan terima kasih atas
kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat Pengurusan ketiga.
1.2 Guru Besar amat mengharapkan guru-guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya
untuk menjayakan program-program yang akan dilaksanakan.

Tindakan : Makluman

2.0 PERKARA –PERKARA BARU

2.1.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum menyatakan peperiksaan Pertengahan Tahun akan
dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan di takwim sekolah iaitu 18.5.2017
hingga 26.05.2017
2.2.2 Kertas soalan dari tahun 1 hingga 5 akan diedarkan oleh PPD Kuala Selangor manakala
kertas soalan peperiksaan bagi tahun 6 akan diberi oleh Majlis Guru Besar Kuala
Selangor.
2.2.4 Kertas soalan bagi mata pelajaran elektif pula perlu dibuat oleh guru mata pelajaran
masing –masing.
2.2.3 Kertas soalan elektif perlu diberi kepada su peperiksaan pada 12.05.2017 untuk
membuat salinan.

Tindakan : Semua Guru

2.3 Hal-Hal lain


2.3.1 Penolong kanan memaklumkan tentang kem Teknik menjawab soalan untuk murid
tahun 6. Kem ini dianjurkan oleh Sai Centre dengan kerjasama pihak sekolah dan
PIBG.
2.3.2 Kem ini akan berlangsung pada 19.5.2017 , 20.5.2017 dan 21.5.2017.
2.3.3 Kem ini akan dikendalikan oleh fasi dari Sai Centre dan di bantu oleh guru mata
pelajaran Teras.
2.3.4 MGBT Kuala Selangor akan mengadakan karnival Bahasa peringkat daerah. Karnival
tersebut akan berlangsung pada 2.5.2017 hingga 8.5.2017. sekolah kita menjadi tuan
rumah bagi pertandingan bercerita Bahasa Inggeris.
2.3.5 Kelas Tambahan cuti Mei dan Jun bagi murid tahun 6 akan diadakan seperti tahun-
tahun lepas. Guru-guru diminta mengisi jadual yang diedarkan untuk memilih tarikh
yang sesuai.
Tindakan : Semua Guru

3.0 Penutup

3.1 Pesanan dan harapan


3.1.1 Guru Besar mengharapkan agar semua program dilaksanakan seperti yang
dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ _________________________
( Pn Vijiah A/P Rajoo ) ( Cik Shanti a/p Rajoo )
GPK Kurikulum , Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai