Anda di halaman 1dari 19

BACHELOR OF SCIENCE IN PROJECT AND FACILITY MANAGEMENT WITH HONOURS

(BPFM)

MAY 2019
SEMESTER 2 / 2019

EBDM2103

BUILDING DESIGN MANAGEMENT


PENGURUSAN REKABENTUK BANGUNAN

NAMA : MUHAMMAD ZAKWAN BIN JA’AFAR

NO. MATRIKULASI : 960410045411001

NO. KAD PENGENALAN : 960410045411

NO. TELEFON : 0136557171

E-MEL : xzakwanx@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM LEARNING CENTRE


Pengenalan

“Universiti bukan sahaja berfungsi melahirkan tenaga kerja pada masa hadapan tetapi juga menjadi
pusat bagi menghasilkan modal intelektual dan pengetahuan baru”

-Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2000-2010)-

Penyelidikan ini bertujuan untuk merancang pembangunan dan pengubah suaian kampus di
UIAM dalam usaha memastikan institusi pengajian tinggi ini memenuhi piawaian tertentu dalam
aspek reka bentuk bangunan serta persekitarannya. Justeru, keseluruhan penyelidikan ini akan
menyorot isu reka bentuk kampus dalam konteks kemampuannya untuk memenuhi keperluan pelajar
dalam menyediakan persekitaran yang kondusif bukan sahaja untuk keperluan pembelajaran bahkan
juga pembangunan personaliti. Selain itu, pengubah suaian ini bertujuan untuk menampung keperluan
sesebuah organisasi dan menjimatkan kos berbanding pembinaan bangunan baru. Keperluan proses
reka bentuk yang betul melalui prosedur dokumentasi yang berkaitan, termasuk proses perolehan
projek mengenai pembinaan bangunan serta pensijilan bangunan mengikut spesifikasi dan
keberkesanan proses reka bentuk bangunan. Contohnya cara untuk membina struktur bangunan yang
baik, pemanfaatan penggunaan dan bagaimana untuk menghasilkan hasil terbaik bagi setiap projek. Ia
juga dapat menyediakan keselesaan berkerja dan menjimatkan tenaga dengan menggunakan elemen
reka bentuk pasif.

Perancangan kampus bukanlah sesuatu yang mudah. Perencanaan setiap kelompok bangunan
perlulah memberikan pertimbangan terhadap pelbagai aspek perancangan tapak dan isusenibina,
hubungan di antara bangunan dan kawasan lapang, skala, elemen landskap, akses, keperluan
penempatan dan sebagainya sambil berkompromi dengan kepentingan aspek persekitaran, teknologi,
sosial, ekonomi, politik serta budaya. Dalam pembinaan bangunan kampus, arkitek kini berdepan
dengan cabaran untuk menghasilkan suatu reka bentuk baru yang sekali gus menjadikan kampus suatu
kawasan yang menempatkan pelbagai bidang pembelajaran hari ini (Moore Ruble Yudell, 1997)

Untuk membentuk sesebuah bangunan institusi, kita memerlukan suatu garis panduan
berhubung perancangan dan reka bentuk institusi diwujudkan. Hal ini kerana ingin memastikan
piawaian tertentu dapat dicapai dalam mereka bentuk bangunan dan persekitarannya. Castaldi, Basil
(1977) menjelaskan bahawa institusi merupakan suatu persekitaran yang mampu merangsang
pengajaran, pembelajaran, ‘introspection’ dan pemikiran kreatif. Apa yang pasti, kita memerlukan
satu garis panduan perancangan dan reka bentuk yang lebih khusus dan bersesuaian dengan acuan
tempatan yang bukan sahaja dapat mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada bagi
mengelakkan pembaziran. Meskipun demikian, memandangkan kebanyakan institusi pengajian tinggi
menempatkan pelajarnya untuk tinggal di dalam kampus, persekitaran pembelajaran yang terancang
adalah sangat penting untuk dipertimbangkan (Castaldi, Basil., 1977).
Kajian Literatur

Bahagian kajian awalan ini yang merupakan antara tulang belakang utama kajian melibatkan usaha
mengenal pasti tiga aspek utama iaitu:

i. Kenal pasti isu dan masalah berhubung reka bentuk sedia ada. Ini melibatkan penelitian
terhadap isu semasa dengan tumpuan kepada perancangan jabatan pada masa akan datang
dan kecenderungan (trend) yang wujud di institusi dalam negara.

ii. Kenal pasti kaedah bagi menilai perancangan dan reka bentuk persekitaran institusi. Ini
dilakukan bagi memastikan pendekatan dalam menilai keberkesanan kemudahan
pengajian tinggi sedia ada dari perspektif pengguna khususnya dari segi reka bentuk. Ini
juga melibatkan pengenalpastian kriteria yang kejayaan reka bentuk yang teoritikal.

iii. Kenal pasti aktiviti harian pelajar dan pensyarah. Ini dapat membantu untuk menyusun
semula kemudahan yang sedia ada dengan lebih berkesan dan kondusif.
Latar Belakang Institusi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah ditubuhkan secara rasminya pada 23
Mei 1983. Universiti menerima 'Perintah Penubuhan' dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Ahmad
Shah Al-Mustai'n Billah, selepas pertukaran Nota Diplomatik penajaan bersama antara Kerajaan
Malaysia dan beberapa Kerajaan Islam serta OIC. IIUM mempunyai kampus 700 ekar di Gombak,
Selangor. Kampus asal di Petaling Jaya telah ditukarkan ke pusat matrikulasi yang dikenali sebagai
Pusat Pengajian Asas (CFS) untuk pelajar Sains dan Undang-Undang. Selain kampus Gombak, IIUM
mempunyai empat kampus lain di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor.

Program IIUM mempunyai 13 fakulti dengan dua fakulti unik; Ahmad Ibrahim Kulliyyah
Undang-undang (AIKOL) dan Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Islam dan Kemanusiaan (KIRKHS) dan
fakulti lain yang menawarkan disiplin Kejuruteraan, Pergigian, Kejururawatan, Sains Kesihatan
Sekutu, Seni Bina, Teknologi Maklumat, Sains Bioperubatan, Bioteknologi, Ekonomi dan Sains
Pengurusan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik
kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti
ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-
program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah.

Rekabentuk bangunan kampus UIAM mempunyai ciri-ciri istimewa berasaskan senibina


Islam, yang menggabungkan senibina moden dengan nilai-nilai estetika Islam yang indah. la
dilengkapi dengan perpustakaan yang mengandungi pelbagai koleksi dan bahan rujukan, masjid yang
tersergam indah, pusat perubatan 24 jam, kafeteria, pejabat pos, kemudahan komunikasi, makmal
komputer, kemudahan perbankan, serta kompleks sukan yang dilengkapi dengan stadium dan kolam
renang yang bersaiz olimpik.

Kulliyyah Kejuruteraan (KoE)


Dengan visi menjadi Pusat Pendidikan Kejuruteraan dan Penyelidikan Kejuruteraan dengan
Nilai dan Etika, Kulliyyah of Engineering menyediakan pendidikan kejuruteraan berkualiti dalam
bidang asas dan khusus, serta menyediakan pelajar dengan asas yang luas dalam pengurusan, etika,
dan kemanusiaan supaya bersedia untuk memenuhi keperluan masyarakat. Selain dari segi profesional
dan kompeten, graduan akan memperoleh ciri-ciri rohani, intelektual, moral dan etika, dan
membangun hubungan yang harmoni dengan Allah (pencipta), sesama manusia dan persekitaran
semula jadi. Kulliyyah menawarkan pendidikan bersepadu dan komprehensif semasa menggabungkan
konsep tawhid Islam, mengajar pelajar untuk menyatukan aspek rohani dan fizikal kehidupan ke
dalam kesinambungan harmoni. Terdapat tujuh buah Jabatan di bawah Kulliyyah Kejuruteraan iaitu
Jabatan Kejuruteraan Bio-teknologi, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrikal dan Komputer,
Kejuruteraan Pembuatan dan Bahan, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Kejuruteraan dan Kejuruteraan
Mekatronik. Gambar rajah dibawah menunjukkan susuan atur di Kulliyyah Kejuruteraan dan
persekitaran Kulliyyah.

Gambar Rajah 1. Susun Atur Kulliyyah Kejuruteraan

Gambar Rajah 2. Kawasan Persekitaran Kulliyyah Kejuruteraan

Jabatan Kejuruteraan Mekatronik


Jabatan Kejuruteraan Mekatronik di UIAM mempunyai misi yang sangat penting untuk
mempromosikan latihan dan pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan dalam bidang
Kejuruteraan yang penting ini. Dikatakan bahawa IIUM adalah perintis dalam menawarkan program
dalam Kejuruteraan Mekatronik pertama dalam mana-mana Fakulti Kejuruteraan di Malaysia yang
telah diakreditasi sepenuhnya oleh Institut Jurutera, Malaysia dan Lembaga Jurutera, Malaysia yang
akan diikuti oleh pengiktirafan Accord Washington. Program Kejuruteraan Mekatronik telah
ditubuhkan pada tahun 1994. Walau bagaimanapun, ia menjadi kewujudan sebagai jabatan pada tahun
1998. Kulliyyah Kejuruteraan dihormati sebagai fakulti pertama di Malaysia untuk memiliki Sarjana
Muda Kejuruteraan (Mekatronik) yang penuh. Gambar rajah 3. menunjukkan pelan aras bawah
Jabatan Kejuruteraan Mekatronik.

Gambar Rajah 3. Pelan Aras Bawah Kejuruteraan Mekatronik

Gambar Rajah 4. Lukisan Pelan Jabatan Kejuruteraan Mekatronik (Aras Bawah)


Jabatan Kejuruteraan Mekatronik menyediakan pendidikan bersepadu merangkumi disiplin
kejuruteraan elektrik, mekanikal, kawalan dan komputer yang membolehkan graduan memperolehi
kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi cabaran industri kontemporari. Kurikulum untuk
program ini dibangunkan untuk memberikan pengetahuan pelajar kepada kawalan dan instrumentasi,
robotika dan automasi, reka bentuk sistem mekatronik dan pembangunan produk mekatronik.
Terdapat makmal yang lengkap dan pakej perisian untuk meningkatkan pengajaran kursus dalam
disiplin kejuruteraan yang menarik dan inovatif ini.

Visi Jabatan Kejuruteraan Mekatronik


“Pusat Global Pendidikan Kejuruteraan Inovatif dan Penyelidikan dengan Nilai dan Etika
Profesional”

Misi Jabatan Kejuruteraan Mekatronik.

1. Memberi pendidikan kepada pelajar dengan sebaik mungkin untuk membolehkan mereka
menjadi pemimpin yang bijak dan berpengetahuan pada masa akan datang
2. Membekalkan pelajar dengan pendidikan kejuruteraan pepejal untuk melengkapkan
mereka untuk berfikir dengan jelas, secara logik dan asalnya apabila mereka merancang
penyelesaian kreatif untuk masalah yang mencabar
3. Untuk membangunkan kemahiran analitik dan mengembangkan cakrawala di luar alam
kejuruteraan tradisional
4. Untuk membolehkan pelajar mempunyai pengalaman tangan dalam proses reka bentuk
dan sintesis kreatif dengan mengintegrasikan pengetahuan teoritis dan aplikasi praktikal
5. Memupuk persekitaran akademik yang menggalakkan untuk penyelidikan dan
pembangunan yang berkualiti tinggi
Kaedah Pengumpulan Data

Menurut Mohd Majid Konting (1998), kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data
bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan. Menurut beliau penyelidik perlu terlebih dahulu
mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang ingin dijalankan. Menurut Abdul Rashid Moten
(1998) walau apa sekali pun metode yang digunakan, seseorang penyelidik perlu mematuhi dan
mengikuti prosedur-prosedur tertentu supaya data yang diperoleh dengan cara tersebut dapat
membantu menghasilkan kajian yang valid, relevan dan bernilai sesuai dengan sifat bidang kajiannya.
Perancangan yang rapi dalam proses mengumpulkan data juga dapat membantu penyelidik
menguruskan masa dan kos penyelidikan dengan baik.
Dalam membentuk sesuatu kaedah bagi proses penyelidikan dua aspek perlu diambil kira
iaitu kesahihan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability). Kesahihan merujuk kepada kemampuan
soalan, kalau temubual atau soal selidik untuk menanya sebagaimana yang dimaksudkan.
Kebolehpercayaan pula merujuk kepada kemampuan instrumen berkenaan untuk mengumpul data
yang dikehendaki dalam semua keadaan ianya akan dilaksanakan.
Kaedah untuk mengumpul data perlulah sesuai dengan objektif kajian. antara kaedah yang
boleh digunakan ialah:
1. Pemerhatian
2. Temu bual
3. Data dokumen
4. Soal selidik
5. Ujian
6. Senario
7. Catatan jurnal
Selain itu, memantau amalan dan tindakan juga bermakna menjana data sebagai asas kepada
proses proses refleksi dan penilaian terhadap apa yang berlaku dan merancang tindakan selanjutnya.
Sebahagian daripada tindakan tersebut adalah tindakan pengkaji sendiri dan sebahagian lagi dilakukan
oleh orang lain. Amalan dan tindakan yang dilakukan adalah tumpuan kepada keseluruhan proses
pengumpulan data. Data yang di kumpul berguna kerana ia dapat membantu memberikan gambaran
keseluruhan bagi sesuatu kajian
Dalam kajian ini dua kaedah penyelidikan digunakan untuk mengumpulkan data yang
diperlukan iaitu kajian temubual dan pemerhatian. Temubual Individu adalah kaedah yang paling
berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan
pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Temubual mendalam boleh
dilakukan kepada;

i) individu yang mengalami sesuatu fenomena,


ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami
fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan
iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena
tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang berkenaan.
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul
maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah
dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah
laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Antara maklumat yang diperolehi dari kajian ini ialah:
1. Kemudahan sedia ada dalam kawasan Kulliyah (Aras Bawah)
2. Aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar

Kemudahan sedia ada di Jabatan Kejuruteraan Mekatronik (Aras Bawah)


Jabatan Kejuruteraan Mekatronik menyediakan pendidikan bersepadu merangkumi disiplin
kejuruteraan elektrik, mekanikal, kawalan dan komputer yang membolehkan graduan memperolehi
kemahiran yang diperlukan dalam menghadapi cabaran industri kontemporari. Jabatan ini juga
dilengkapi dengan makmal dan pakej perisian untuk meningkatkan pengajaran kursus dalam disiplin
kejuruteraan yang menarik dan inovatif ini.
1. Bengkel Mekatronik

Bengkel yang mencukupi untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kesemua
eksperimen dijalankan dengan maksimum 4 pelajar setiap kumpulan

2. Bilik Persidangann Utama/Video


The Kulliyyah mempunyai dua pawagam kuliah yang dapat menampung sehingga 180 pelajar setiap
sesi dan dua lagi auditorium dengan kapasiti 200 pelajar setiap sesi.
3. Auditorium
Auditorium utama, yang boleh menduduki maksimum 400 pelajar, digunakan untuk perhimpunan
umum dan taklimat untuk pelajar baru.
4. Cafeteria
Tempat untuk pelajar dan pensyarah berehat dan membeli makanan dan minuman.
5. Courtyard
Ruangan ini terletak di aras bawah, halaman astaka merupakan antara salah satu ruangan yang
digunapakai oleh pelajar untuk sebarang perjumpaan rasmi ahli kelab/persatuan serta latihan kesenian
dan kebudayaan sesuatu kelab/persatuan.
Proses Reka Bentuk

Terdapat beberapa proses yang perlu dibuat untuk menyiapkan sesuatu projek. Antaranya ialah;
1. Pelantikan Pasukan Reka Bentuk
2. Pengaturcaraan
3. Pembangunan Reka bentuk
4. Reka Bentuk Skematik
5. Pentadbiran Kontrak
6. Pengurusan Pembinaan
7. Serahan

1. Pelantikan Pasukan Reka Bentuk

Pemilihan pasukan reka bentuk biasanya dilakukan oleh pengurus projek, pemilik projek dan
arkitek, yang biasanya merupakan anggota pertama pasukan dan dalam projek kecil, pengurus projek
akan bertanggungjawab untuk melakukan ini. Terdapat beberapa klien yang akan dilantik
merangkumi beberapa bahagian seperti arkitek, arkitek lanskap, jurutera, pereka pakar, kontraktor
khusus. Selain itu perunding lain juga akan dipilih seperti perunding kos, penasihat klien bebas,
pemeriksa tapak, pengurus projek, wakil pelanggan. Untuk kajian ini, klien atau perunding yang akan
dilantik akan melalui 'proses tender' atau 'kontrak'.

2. Pengaturcaraan

Pengaturcaraan dianggap sebagai fasa pengumpulan maklumat. Pereka bentuk ini bertujuan
mendapatkan seberapa banyak maklumat yang mungkin berkaitan dengan tanggungjawab yang
digariskan dalam skop perkhidmatan. Bergantung kepada projek, maklumat akan dikumpulkan dari
pelanggan, pekerja, arkitek projek, jabatan perbandaran (mengenai kod), dan lain-lain yang mungkin
diperlukan. Kod dan gred untuk menender mestilah merujuk kepada pengkhususann dan pengelasan
yang ditetapkan oleh CIDB. Jadual 1. menunjukkan gred, kategori dan pengkhususan.
Jadual 1. Ringkasan Gred, Kategori dan Pengkhususan

3. Pembangunan Reka Bentuk


Pembangunan reka bentuk adalah peringkat di mana pereka boleh menyelesaikan banyak
keputusan dengan klien yang berkaitan dengan projek. Reka bentuk juga mesti memastikan bahawa
barangan pelan perabot, perabot, dan peralatan tersedia supaya memenuhi keperluan pelanggan.
Sebagai contoh, pereka akan merancang pelan lantai untuk memastikan penginapan dan kemudahan
bangunan seperti ruang dan perabot akan mematuhi kod bangunan yang ditetapkan. Pelan lantai
mestilah disediakan bagi memudahkan proses penyusunan ruang dan perabot.
Gambar Rajah 5. Contoh pelan lantai

4. Reka Bentuk Skematik

Reka bentuk skematik adalah di mana perancangan permulaan dan membuat keputusan awal
berlaku. Di samping itu, pereka bentuk menyediakan pernyataan konsep reka bentuk, dan membuat
pilihan produk awal. Lukisan skematik mestilah terperinci dan menyatakan ukuran yang tepat. Reka
bentuk ini hendaklah merangkumi 3 pandangan, iaitu;

1. Pandangan Hadapan
2. Pandangan Belakang
3. Pandangan Sisi
5. Pentadbiran Kontrak

Pentadbiran kontrak melibatkan pembida kompetitif atau meletakkan pesanan untuk kerja dan
item yang akan dibina dan dipasang. Untuk projek yang lebih kecil dan banyak projek perumahan,
pereka mungkin bertanggungjawab untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan
untuk menyelesaikan projek tersebut. Segala penyedian tender mestilah lengkap dengan butiran
tawaran, harga dokumen, tempat dan tarikh, syarat pendaftaran, tarikh dan tempat lawatan tapat dan
tarikh tutup tender mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh LHDN dan JKR.
Gambar Rajah 6. Contoh Kenyataan Tender JKR

6. Pengurusan Pembinaan

Selepas butiran yang cukup disediakan, satu pasukan perunding (pasukan reka bentuk) yang
terdiri daripada jurutera, jurutera mekanikal dan elektrik, perancang, juruukur kuantiti dan pengurus
kontrak dipilih berdasarkan proses tender. Pengurus pembinaan akan memantau projek untuk
memastikan kemajuan yang baik dan lancar mengikut pelan seperti yang dijadualkan pada fasa
pertama. Pengurusan pembinaan memastikan projek itu disiap dan diserahkan dalam jangka masa
yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, pengurus projek mungkin perlu menyesuaikan jadual atau
melakukan apa yang diperlukan untuk memastikan projek tersebut berada di landasan yang betul.

7. Serahan

Selepas tugas projek berakhir, dan pelanggan telah meluluskan penyerahan projek dan
penilaian akan dilakukan untuk menyerlahkan kejayaan projek.
Reka Bentuk Sedia Ada dan Dicadangkan

Penyusunan tempat atau pejabat adalah sangat penting kerana ia merupakan satu strategi bagi
meminimumkan bebanan peralihan bahan dari satu bahagian ke satu bahagian dan dapat menjimatkan
masa. Susunatur yang kemas, teratur, efektif dapat meningkatkan kepantasan dan kecekapan
menjalankan sesuatu kerja. Sebaliknya, kesan jarak dengan interaksi antara dua lokasi (interaksi
ruangan) akan menunjukkan hubungan yang negatif, di mana apabila jarak meningkat bilangan
interaksi antara dua lokasi akan berkurangan. Menggunakan kesemua ruang yang ada seperti
bangunan atau pejabat dapat menambahbaikan pengaliran maklumat, peralihan maklumat, peralihan
bahan dan pergerakan. Ia juga dapat mengubah suasana persekitaran di tempat kerja.

Gambar Rajah 7. Susun Atur Sedia Ada (Aras Lantai)


Untuk memastikan segala kerja berjalan dengan lancar dan teratur, terdapat beberapa perkara
perlu di ubah suai. Teknik susun atur yang digunakan untuk menyusun kemudahan tersebut ialah
berpandukan Carta Perhubungan Aktiviti (ARC). ARC menggunakan pendekatan dengan melihat
jarak dekat setiap pasangan kemudahan. Dalam teknik ini, grid memaparkan penarafan kepentingan
relatif jarak antara yang berbeza jabatan organisasi. Grid ini juga dipanggil 'carta penilaian kedekatan'.
Carta ini penarafan untuk kemudahan A relatif kepada kemudahan B adalah sama dengan penarafan
kemudahan B ke kemudahan A. Penilaian peringkat diberikan kepada kemudahan dalam bentuk kod,
yang menggambarkan keakraban yang dikehendaki jabatan mengikut kekuatan relatif kedekatan
mereka. Hubungan antara satu kemudahan dan satu lagi kemudahan dapat dilihat dalam Jadual 2 dan
3.

Gambar Rajah 8. Activity Relationship Chart (developed by Thompkins)

Taraf Huraian
Kedekata
n Kod Sebab
A Mesti Didekatkan 1 Hubungan personal
E Perlu Didekatkan
2 Aliran maklumat sama
I Penting
O Cukup/Biasa 3 Fungsi yang sama
U Tidak Penting 4 Hubungan kerja sama
X Tidak Perlu
5 Lain-lain

Jadual 2. Taraf Kedekatan Jadual 3. Kod dan Sebab


Taraf kedekatan dapat menangani keadaan yang melibatkan beberapa kriteria dan dapat
memberikan input subjektif dari analisis untuk menunjukkan kepentingan relatif setiap kombinasi
pasangan kemudahan. Selepas analisis perhubungan, kawasan setiap unit perlu dipertimbangkan
untuk menggambarkan taraf hubungan kedudukan relatif dan kemudian untuk merangka jarak
hubungan ruang untuk mendapatkan skema susun atur yang sesuai. Gambar Rajah 9 menunjukkan
susunan yang di cadangkan mengikut Carta Hubungan Aktiviti (ARC)

Gambar Rajah 9. Susun Atur Dicadangkan (Aras Lantai)

Kelebihan konsep perancangan dan susun atur kampus yang direka bentuk ini supaya dapat
menampakkan dengan jelas hierarki keperluan dan tahap penggunaan yang wujud di antara pelbagai
fungsi guna kawasan termasuklah ruang terbuka. Terdapat satu lokasi pusat dan beberapa pusat kecil
dalam kampus yang menjadi nodus dan menempatkan pusat pentadbiran institusi serta pelbagai jenis
kemudahan awam untuk warga kampus dan pengunjungnya.
Kesimpulan

Kajian ini merangkumi aspek yang berkaitan dengan persekitaran kampus yang memberi
suasana pembelajaran dan interaksi sosial yang kondusif. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti
masalah serta persepsi pelajar sebagai pengguna utama kampus, terhadap persekitaran kampus dari
segi menyokong aktiviti harian mereka. Perancangan susun atur di kampus adalah penting dan tidak
boleh dielakkan kerana akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti fungsi setiap kemudahan.
Keputusan mengenai susun atur adalah perancangan jangka masa panjang dan harus dibuat dengan
perancangan yang teliti. Perancangan susun atur sistematik pendekatan diubahsuai untuk memenuhi
objektif setiap kemudahan. (2817 Patah Perkataan)
Rujukan

Castaldi, Basil., (1977), Educational facilities: planning, remodeling, and management.


Moore Ruble Yudell (1997) ,Campus & Community: Architecture and Planning. Rockport Publishers,
Inc.

Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. c. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Abdul Rashid Moten (1998), A Guide To Research Proposal And Report Writing. Selangor: Research
Centre International Islamic University, Malaysia,

http://www.iium.edu.my/my/kulliyyah/koe/mission-and-vision-3

http://k011tiumb.blogspot.com/2012/09/activity-relationship-chart-arc_15.html

http://www.cidb.gov.my/images/content/pdf/pendaftaran-kontraktor/Keperluan--Pendaftaran-
Kontraktor.pdf

http://jkrmarang.terengganu.gov.my/files/Muat
%20Turun/Buku_Panduan_Pentadbiran_Kontrak_Kerja_Raya_Edisi_Ketiga_2010.pdf
Soalan 2.
Sila rujuk link berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=IANtwPCDAPA&t=7s

Anda mungkin juga menyukai