Anda di halaman 1dari 8

Loading posts...

Log in
or register
DAPUR RASA
VIDEO
RESIPI TERBARU
RESIPI PILIHAN
PETUA DAPUR
HANTAR RESIPI
BULETIN

AYAM TRENDING
7 Resipi Masakan Paling Popular Yang Geng Ibu-Ibu Selalu Masak Hujung Minggu.
NurOctober 27, 20174984 views2 Add to favorites
Hujung minggu adalah waktu bagi ibu-ibu untuk masak pelbagai hidangan istimewa buat
keluarga. Maklumlah, inilah masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Jika hari
biasa, masing-masing sibuk dengan tugasan serta kerjaya. Jadi, di hari cuti ni
haruslah dimanfaatkan sepenuhnya. Barulah bertambah rasa kasih sayang, betul tak?
RASA kongsikan idea masakan yang anda boleh hasilkan di hujung minggu ini. Selamat
mencuba!

1. SAMBAL SOTONG BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:

6 ekor sotong segar ] bersihkan dan potong mengikut kegemaran saiz kegemaran anda
3 sudu makan santan pekat
6 ulas bawang merah ] tumbuk halus
2 ulas bawang putih ] tumbuk halus
1cm halia ] tumbuk halus
5 sudu makan cili giling
1 labu bawang besar ] dihiris
1 sudu teh pes asam jawa ] larutkan dengan 100ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
CARA MEMASAK:

Panaskan satu sudu makan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk halus dan cili
giling hingga garing. Gunakan api yang sederhana. Kacau selalu sehingga pecah
minyak.
Masukkan sotong yang telah dihiris dan garam. Kecilkan api dan gaul lagi. Biar
sambal mereneh. Kacau dan masukkan bawang besar dan santan pekat.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Gaul dan reneh
sehingga kuah pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Gula nipah atau gula apung lebih sedap untuk sambal ini. Sotong boleh
direndam dalam air halia yang ditumbuk sebelum menumis bagi mereka yang ada alahan
kepada sotong.

2. UDANG MASAK GULAI KERISIK


BAHAN-BAHAN:

500gm udang segar bersaiz sederhana


30gm nanas mengkal separuh masak dipotong kecil
1 biji bawang besar dihiris kasar
4 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
8 ulas cili padi | ditumbuk
2 biji cili masak | ditumbuk
2 cm halia | ditumbuk
250ml santan pekat
150ml air
1 sudu teh serbuk kunyit
50gm kerisik
Sehelai daun kunyit disiat kasar
Garam dan gula mengikut cita rasa
CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan yang telah ditumbuk, hirisan bawang besar, nanas, serbuk
kunyit, daun kunyit, separuh daripada santan dan air di dalam periuk dan masak
hingga mendidih pada api yang sederhana dan dikacau selalu.
Kemudian tuangkan baki santan dan baki air yang tinggal serta kacau lagi sehingga
kuah mendidih. Pastikan santan tidak berketul.
Setelah nanas telah empuk, baru dimasukkan udang, kerisik, garam dan sedikit sahaja
gula sekadar sesuai rasa. Kacau rata.
Kecilkan api dan reneh seketika gulai dan kacau selalu sehingga kuahnya pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka pedas, boleh tambah jumlah cili padi.

3. SUP GEAR BOX

BAHAN-BAHAN:

2 kg Tulang lembu Gear-Box


5cm halia ] dititik
1 biji bawang besar ] dihiris
3 ulas bawang putih ]ketuk
1 bungkus sup bunjut
2 sudu makan serbuk ketumbar ]jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan manis ] jadikan pes
1 sudu makan serbuk jintan putih ]jadikan pes
2 biji buah pelaga
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1kuntum bunga lawang
5 biji cili padi ] ketuk
Sedikit bawang goreng ] hiasan
Daun sup secukupnya ] hiasan
Air limau nipis secukupnya
Air untuk merebus secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:

Di dalam sebuah periuk, rebus tulang sampai empuk. Setelah empuk, angkat tulang dan
ketepikan.
Masukkan sup bunjut, halia dan bawang besar di dalam rebusan sup. Teruskan mereneh
menggunakan api yang kecil. Ketepikan.
Ambil kuali dan letakkan dua sudu makan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan
iaitu buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengih dan bunga lawang secara
berasingan. Kemudian masukkan pes rempah serta bawang putih dan halia yang dititik.
Setelah naik bau wangi, tuangkan bahan goreng ini ke dalam periuk air rebusan
tulang.
Kacau dan didihkan. Masukkan semula tulang tadi ke dalam sup. Perisakan garam dan
gula.
Tuang air limau nipis dan suaikan rasanya.
Masukkan beberapa biji cili padi yang diketuk dan suaikan rasa pedasnya. Dalam
mangkuk besar, masukkan tulang dan taburkan daun sup serta bawang goreng sebagai
hiasan.
Info Chef: Untuk cepat empuk tulang,rebus menggunakan periuk tekanan.

4. KERANG MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

1kg kerang segar ] cuci hingga bersih


100gm cili giling
6 ulas bawang putih ]cincang halus
5cm halia muda ]cincang halus
50gm sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
15 biji cili padi ] dihiris
150ml kicap pekat manis
2 sudu makan tepung jagung ] larutkan dengan 80ml air
Sedikit hirisan daun bawang dan lada sulah
Garam, gula dan cuka secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis cili giling, bawang putih serta halia
hingga garing.
Masukkan sos tiram, minyak bijan dan kicap pekat manis dan gaul rata. Setelah itu
perasakan dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
Kemudian masukkan kerang dan gaul selama lima minit.
Curahkan bancuhan tepung dan gaul hingga kuah pekat. Masukkan hirisan cili padi
dan daun bawang.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Elakkan menabur bawang goreng dan daun sup kerana masakan ini adalah
ala cina dan jika mahu, lebih sesuai ditabur daun ketumbar.

5. AYAM GORENG DAUN PANDAN

BAHAN-BAHAN:

Dua keping isi ayam | dipotong saiz 4cm sebanyak 8 keping


4 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
1.25cm lengkuas | dikisar
2 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm kunyit hidup | dikisar b
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula
Daun pandan secukupnya
Lidi pencucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:

Gaulkan bahan kisar dengan kepingan ayam. Perasakan dengan sos ikan dan gula.
Perapkan semalaman di dalam peti sejuk ( chiller ). Ketepikan.
Ambil sehelai daun pandan dan balutkan seketul ayam yang diperap dan sematkan lidi
supaya daun tidak tertanggal semasa menggoreng. Ulangi langkah hingga selesai.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dalam masa 15 minit
hingga garing.
Angkat dan tos.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan daun pandan dilayurkan dahulu supaya mudah membalut ayam.

6. AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam |belah lapan, digaram sedikit dan digoreng


1 sudu makan serbuk ketumbar | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan putih | dijadikan pes rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis | dijadikan pes rempah
4 ulas bunga cengkih | rempah penumis
4 ulas buah pelaga | rempah penumis
1cm kulit kayu manis | rempah penumis
2 ulas bawang putih | dihiris
5 ulas bawang merah | dihiris
10 cili kering direndam | dikisar
2 biji buah keras | dikisar
2.5cm kunyit hidup | dikisar
3 batang serai dihiris | dikisar
1.25cm lengkuas dihiris | dikisar
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:

Lumur ayam dengan sedikit garam dan goreng garing. Ketepikan.


Ambil sedikit minyak baki menggoreng ayam dan tumislah bahan penumis, pes rempah,
hirisan bawang tadi. Tumis hingga naik bau wangi.
Masukkan pula bahan kisar dan gaul rata. Goreng di atas api yang sederhana. Setelah
itu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan reneh di atas api kecil sehingga kering dan garing.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: juadah ini memerlukan anda bijak dalam mengawal asam garamnya untuk
mendapatkan rasa yang sesuai sekali.
7. UDANG MASAK TOMATO

BAHAN-BAHAN:

500gm udang segar|bersihkan


5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
5cm halia muda | dikisar halus
3 batang serai dihiris | dikisar halus
2 sudu makan cili boh
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1cm kayu manis
50ml sos tomato
50ml sos tiram
80gm bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:

Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang yang telah dilumur sedikit garam
hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan kira-kira dua sudu makan minyak baki menggoreng udang tadi dan tumis
buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau wangi. Masukkan
pula cili boh dan gaul hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
Masukkan sos tomato dan sos tiram , kecilkan api dan teruskan menumis. Perasakan
dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan udang goreng bersama bawang goreng dan gaulkan sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak suka, tidak perlu masukkan bawang goreng.

8. SOTONG BAKAR SUMBAT SAMBAL

BAHAN PES SUMBAT SAMBAL:

800gm sotong
5 biji cili masak | dikisar kering
3 biji cili padi | dikisar kering
5cm lengkuas | dikisar kering
3 ulas cili padi | dikisar kering
3 batang serai dihiris | dikisar kering
8 biji bawang kecil | dikisar kering
2 biji bawang putih | dikisar kering
5cm halia | dikisar kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jus limau nipis
½ biji kelapa parut
1 helai daun kunyit diracik halus
Garam dan gula secukupnya
Lidi untuk menyemat sotong
Foil aluminium secukupnya untuk membungkus sotong
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan tos. Ketepikan.
Di dalam satu mangkuk, bahan yang telah dikisar kering digaulkan dengan serbuk
kunyit, jus limau nipis, kelapa parut dan daun kunyit sehingga sebati. Perasakan
dengan garam dan gula secukup rasa. Ini menjadi bahan inti kepada sotong tadi.
Ketepikan.
Ambil sotong, sumbat bahan inti ke dalam sotong sepenuh mungkin dan sematkan lidi.
Pastikan inti tidak terkeluar. Ulangi langkah hingga selesai.
Ambil selembar kertas aluminium dan letakkan sotong di tengahnya serta taburkan
baki inti di atas sotong-sotong tadi. Bungkus sotong dan bakar di dalam ketuhar
dengan suhu 180 celcius selama 25 minit atau dibakar hingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada ketuhar, boleh bakar menggunakan kuali pemanggang ajaib.

Related posts

PETUA DAPUR SKILL & TEKNIK TRENDING


Nak Kulit Cantik Gebu Bermaya, Cuba Sembilan Makanan Ini.
FARIDAH TALIBMARCH 4, 2020

AYAM
Resipi Chicken Wing Sweet & Spicy Panggang Guna Kuali Je.
NURMARCH 4, 2020

AIR TANGAN VIP AYAM KERABU MAKANAN LAUT RESIPI PILIHAN SNEK UNCATEGORIZED
Datin Norlizah Attan Masak Kerabu Kerang Istimewa & Capati Gulung Ayam
FARIDAH TALIBMARCH 3, 2020

AYAM
Ayam Masak Merah Kesukaan Ramai
PUTRIMARCH 3, 2020

AYAM RESIPI PILIHAN


Nikmat Asam Pedas Ayam Johor
PUTRI ADILA SAARIMARCH 2, 2020

AYAM
Tak Payah Beli Dah. Ni Resipi Ayam Gunting Homemade Mudah.
NURMARCH 2, 2020
ARTIKEL POPULAR
Last week

Last month
All time

Resipi Chicken Wing Sweet & Spicy Panggang Guna Kuali Je.
March 4, 2020

Gulai Ikan Tenggiri Merah Menyala , Licin Pinggan Dibuatnya.


February 26, 2020

Sambal Belacan Sedap & Tahan Lama. Begini Cara Buatnya.


March 3, 2020

Ikan Temenung Goreng Masak Asam, Sedapnya.


February 26, 2020

Kek Kampung Kegemaran Ramai


March 3, 2020

Cara Mudah Buat Kuih Bakar Pandan


March 3, 2020

VERSI CETAK | VERSI DIGITAL

FOLLOW US:

EDITORIAL RASA:

03-51013889

About Us

Contact Us

Privacy Notice

Privacy Policy

Advertising

Terms and Condition

Ideaktiv

Nona

Mingguan Wanita

Keluarga

Media Hiburan

Pesona Pengantin

Pa&Ma

Maskulin
Remaja

Rasa

Impiana

Meremang

Hijabista

Kashoorga

Vanilla Kismis

Libur

Umpan

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

Anda mungkin juga menyukai