Anda di halaman 1dari 8

3.

1 PERNYATAAN SEBELUM PBS

Taklimat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah dijalankan pada 13 Februari


2020 pada pukul 2.00 hingga 3.30 petang iaitu pada hari Khamis di Dewan Idris
Marbawi IPGKPI yang telah disampaikan oleh Encik Badrol Hisham bin Abdul Malik.
Sewaktu taklimat itu, penceramah menyampaikan taklimat tentang pelaksanaan
tugasan yang kami perlu lakukan sewaktu PBS kali pertama ini. Seterusnya, fokus
utama tugasan PBS adalah untuk memperkenalkan kepada pelatih guru tentang
sistem organisasi sekolah, menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya bilik
darjah di sekolah dan juga memberi pendedahan tentang cara pengajaran yang
berkesan selaras dengan Pendidikan Abad ke-21 mengikut cara pembelajaran murid
itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kepada guru
pelatih untuk membina sikap yang positif di dalam profesion keguruan selain dapat
memberikan ruang kepada guru pelatih untuk bergaul dengan warga sekolah.

Di samping itu,selepas daripada taklimat PBS, kami merancang perkara yang


perlu dilaksanakan semasa menjalani PBS. Antaranya, merancang untuk perjalanan
setiap hari iaitu menemu duga para pentabir, murid dan pihak-pihak yang terlibat,
seterusnya meninjau kelas-kelas yang terlibat dan akhir sekali, bergaul dengan
warga sekolah.

3.2 PERNYATAAN SEMASA PBS

Pada hari pertama PBS iaitu 17 Februari 2020, saya telah melaporkan diri
kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dan memberitahu tujuan
melakukan PBS. Sepanjang berada di sekolah, saya dikehendaki untuk melaporkan
kehadiran kepada kerani dan mengisi buku pelawat setiap hari supaya guru besar
mengetahui kehadiran saya di sekolah. Di samping itu, saya melaksanakan tugasan
semasa PBS dan tugasan Kerja Kursus Subjek Murid dan Pembelajaran iaitu
melakukan temu bual bersama pentadbir, guru-guru dan murid di sekolah. Saya
mendapati bahawa warga sekolah sangat peramah dengan saya dan memberikan
maklum balas yang positif ketika saya melaksanakan PBS.

Seterusnya, saya juga membuat pemerhatian ketika berada di sekolah


seperti melihat suasana pembelajaran di sekolah. Ketika minggu PBS saya,
kebetulan minggu itu merupakan “English Week” di mana murid akan menyertai
pelbagai pertandingan yang diadakan seperti “Story Telling”, “Word Puzzle” dan lain-
lain lagi. Pada hari akhir PBS, saya telah menjamu guru-guru dengan pencuci mulut
yang menyelerakan iaitu “brownies” dan “cheese tart” sebagai tanda terima kasih
kepada semua warga sekolah.

3.3 PERNYATAAN SELEPAS PBS

Setelah tamatnya PBS selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu,


apa yang saya dapat telah saya rekodkan pada Lampiran 1-5 iaitu pada halaman
amalan refleksi. Antara perkara yang saya dapati ialah terdapat pelbagai jenis murid
yang ada di sekolah iaitu antaranya, murid hiperaktif, murid yang mempunyai tahap
cemerlang, tahap sederhana dan sebagainya. Oleh disebabkan itu, sebagai seorang
bakal guru, saya perlu mempelbagaikan jenis pengajaran agar semua murid dapat
menguasai pembelajaran dengan cemerlang. Seterusnya, saya juga mendapati
bahawa suasana di sekolah menarik kerana mempunyai persekitaran pembelajaran
yang kondusif seperti susun atur bilik darjah, kebersihan kelas, info-info yang
berkaitan dengan Pembelajaran Abad ke-21 ditampal di belakang kelas dan
sebagainya.

Tambahan pula, saya juga menampakkan bahawa hubungan antara guru dan
guru, guru dan staf dan guru dan murid-murid amat baik. Sebagai contoh, murid-
murid akan bertegur sapa dengan menanyakan khabar guru dan memberi salam
kepada guru-guru apabila mereka berjumpa. Oleh itu, semasa saya melaksanakan
PBS ini, saya secara tidak langsung dapat melatih diri supaya menjadi seorang guru
yang berdedikasi dan sentiasa bersedia dengan keadaan serta cabaran di dalam
profesion keguruan ini.
3.4 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

BIL HARI/TARIKH AKTIVITI


1. Isnin / 17 Februari 2020 - Melaporkan diri kepada Guru Besar
- Menghadiri perhimpunan yang dijalankan di sekolah
- Berkenalan dengan pentadbir dan guru di sekolah
- Meninjau persekitaran sekolah
- Berjumpa dengan Guru Besar untuk memberitahu
tugasan yang perlu dilaksanakan
- Mendapatkan Buku Panduan Kerja Sekolah dari Guru
Besar bagi mendapatkan maklumat umum sekolah
- Meninjau persekitaran pembelajaran bagi murid
Pendidikan Khas
2. Selasa/ 18 Februari 2020 - Melaporkan diri kepada Guru Besar
- Melakukan soal jawab bersama GPK Pentadbiran
- Melakukan soal jawab bersama GPK Hal Ehwal Murid
- Melakukan soal jawab bersama GPK Kokurikulum
- Melakukan soal jawab bersama guru dan murid yang
terpilih
- Meninjau suasana pembelajaran di kelas
- Memerhati keadaan murid semasa proses PdPc
- Mengambil gambar persekitaran sekolah
- Menyertai aktiviti kokurikulum
- Melihat suasana aktiviti kokurikulum yang dijalankan
3. Rabu/ 19 Februari 2020 - Melaporkan diri kepada Guru Besar
- Melakukan pemerhatian di kawasan sekolah
- Meneruskan sesi soal jawab bersama murid
- Meninjau suasana pembelajaran di kelas
- Memerhati keadaan murid semasa proses PdPc
- Mendapatkan maklumat tertentu terhadap murid yang
ditemu duga
- Memerhati cara guru menganjurkan pertandingan
sempena “English Week” di sekolah
- Mengambil gambar aktiviti PdPc dilakukan sama ada di
dalam kelas mahupun luar kelas
- Mengemaskini laporan

4. Khamis/ 20 Februari 2020 - Melaporkan diri kepada Guru Besar


- Melakukan pemerhatian di kawasan sekolah
- Meninjau suasana pembelajaran di kelas
- Memerhati keadaan murid semasa proses PdPc
- Mendapatkan RPH dan RPT daripada beberapa orang
guru
- Mengambil gambar kemudahan yang disediakan di
sekolah
- Mengemaskini laporan
5. Jumaat/ 21 Februari 2020 - Melaporkan diri kepada Guru Besar
- Menghadiri majlis bacaan yasin bersama guru dan
murid di perhimpunan
- Menyemak bahan-bahan yang telah diperolehi
- Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk
pengesahan kehadiran sepanjang PBS
- Mendapatkan penilaian deripada Guru Besar semasa
menjalankan PBS
- Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas
kerjasama yang diberikan
4.1 PEMERHATIAN

Pemerhatian ialah salah satu cara untuk mengetahui dan mengumpulkan maklumat
berkaitan tugasan PBS ini. Pada minggu PBS itu, saya telah memerhati aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah terutama pada setiap waktu pagi, rehat dan balik. Sebagai
contoh, setiap pagi, murid perlu beratur di tapak perhimpunan sebelum memasuki
kelas. Pada hari isnin, sekolah akan mengadakan perhimpunan rasmi di mana
semua murid dan guru perlu berada di tapak perhimpunan dan selalunya, akan ada
perasmian apa-apa program yang bakal dilaksanakan pada minggu itu seperti pada
hari Isnin 17 Februari itu, telah wujud perasmian program “Jom Ke Sekolah” dan
“English Week”. Kemudian, pada waktu rehat, penyediaan makanan RMT bagi
pelajar yang kurang berkemampuan telah dilakukan. Oleh itu, perkara-perkara di
atas dapat membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat
dalam membuat laporan.

Selain itu, saya turut memerhatikan proses Pengajaran dan Pemudah Cara
(PdPc) yang dilaksanakan oleh guru di sekolah ini. Menurut pemerhatian saya, guru-
guru SK Parit Penghulu ini sangat komited dengan kerjaya mereka sehinggakan
guru-guru di sini sentiasa membuat kelas tambahan pada waktu petang dan malam
bagi memastikan pembelajaran dikuasai sepenuhnya oleh murid khususnya kepada
murid Darjah 6. Di samping itu, landskap sekolah yang amat menarik juga
membuatkan saya tertarik untuk meneroka dan meninjau kawasan sekolah itu.
Buktinya, terdapat banyak ruang pondok yang disediakan agar murid dan guru dapat
menikmati rehat dengan aman damai terutama apabila kerusi di kantin sudah penuh.
Bukan itu sahaja, mural-mural dan kata-kata pujangga juga telah dilakar dan ditulis di
dinding-dinding sekolah bagi menarik minat murid untuk pergi ke sekolah seterusnya
membolehkan mereka belajar secara tidak langsung.

4.2 TEMU BUAL

Selain daripada kaedah pemerhatian, saya juga telah menggunakan kaedah temu
bual bagi memperolehi maklumat yang tepat mengenai sekolah. Sewaktu minggu
PBS itu, saya telah menemu bual para pentadbir yang terdiri daripada GPK
Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum, para guru yang terpilih
dan dua orang murid SK Parit Penghulu bagi membantu saya dalam menyiapkan
laporan PBS dan Kerja Kursus Murid dan Pembelajaran tersebut. Antara isi
kandungan yang saya tanyakan kepada responden ialah mengenai kaedah PdPc
yang dilaksanakan di sekolah, pelaksanaan aktiviti Kokurikulum di sekolah dan
sebagainya. Alhamdulillah, semua warga sekolah telah memberikan kerjasama yang
sangat baik kepada saya semasa saya melakukan kaedah temu bual ini.

6.1 Pemerhatian

Instumen pemerhatian membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam


tentang hasil daripada sesuatu tugasan yang dilakukan. Pemerhatian bukan hanya
menggunakan deria mata sahaja tetapi memerlukan kepada pemantauan yang rapi
dan kaedah-kaedah yang lain seperti soal selidik dan temu bual dengan warga
sekolah. Di samping itu, pemerhatian juga dapat membuatkan saya memperoleh
ilmu baharu sebelum bergelar sebagai seorang guru suatu hari nanti. Sebagai
contoh, suasana persekitaran sekolah sama ada dalam bilik darjah mahupun luar
bilik darjah. Jadi, secar tidak langsung, ia dapat membuatkan saya lebih bersedia
menghadapi pelbagai onak duri ketika berada dalam dunia profesion keguruan kelak.

6.2 TEMU BUAL

Kaedah ini mampu mendapatkan fakta dan maklumat dengan lebih pantas daripada
kaedah yang lain. Hal ini demikian kerana konsep ini melibatkan interaksi dua hala
secara bersemuka di mana kita boleh mendapatkan info pada waktu itu juga. Bukan
itu sahaja, kaedah ini juga sebenarnya secara tidak langsung membolehkan kita
membina hubungan intrapersonal yang lebih baik terutama dengan rakan sejawat
kita dan para murid kita nanti.
Selepas menjalani PBS di SK Parit Penghulu, Melaka selama seminggu, saya telah
menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk menulis laporan PBS ini. Saya
telah mengumpulkan kesemua data dan meletakkannya dalam satu portfolio.
Berdasarkan pengalaman PBS ini, saya telah mendapat banyak ilmu daripada warga
sekolah khususnya daripada para guru sebelum menghadapi pelbagai cabaran yang
perlu ditempuhi dalam profesion keguruan ini.

Saya mendapati bahawa diri saya telah membina pelbagai sikap positif dalam
diri sesudah tamatnya PBS selama satu minggu. Antaranya, saya telah membina
sikap keyakinan diri yang tinggi. Hal ini demikian kerana pada mulanya saya agak
pemalu apabila memasuki sekolah itu pada hari pertama. Namun, pada hari
seterusnya, saya telah mendapati orang sekeliling sangatlah peramah dan
menyebabkan saya mempunyai sikap yakin yang tinggi untuk bergaul dengan warga
sekolah. Antara warga sekolah termasuklah para pentadbir, guru-guru, murid dan
kakitangan sekolah seperti mak cik kantin dan pengawal keselamatan. Semasa
berinteraksi dengan murid, saya dapati setiap murid mempunyai perangai yang
berbeza dan hal itu menyebabkan saya perlu bersedia sebelum menjadi guru
sekolah rendah kelak. Saya juga belajar cara untuk mengawal keadaan kelas dan
cara mengenakan denda terhadap murid sekola rendah ini.

Bukan itu sahaja, program-program yang dianjurkan di sekolah ini menarik


minat saya untuk belajar cara menerapkan nilai-nilai murni dalam diri sendiri dan
dalam hati para murid. Antaranya Program Bacaan Yasin setiap hari Jumaat,
Program Solat Hajat bersama Ibu Bapa, Program Syoknya Belajar, Program Tadarus
AlQuran dan lain-lain lagi. Program yang dijalankan bukan sahaja dapat menerapkan
nilai murni malah mengajar mereka cara mendekatkan diri kepada tuhan agar kita
sentiasa berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Jadi, berdasarkan
tugasan ini, saya dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan
prasarana sekolah yang perlu ada semasa berada di sekolah.

Setelah berakhirnya minggu PBS ini, saya dapati bahawa objektif PBS yang
disampaikan semasa taklimat PBS pada hari itu telah tercapai dengan jayanya.
Antara objektinya, dapat memberi pendedahan awal kepada bakal guru tentang
suasana pembelajaran murid di sekolah rendah dan sistem organisasi sekolah bagi
mewujudkan sekolah seimbang. Namun, saya juga menyedari bahawa terdapat
banyak kelemahan yang saya perlu perbaiki semasa PBS dan praktikum yang akan
datang. Sesungguhnya segala kekuatan akan saya kekalkan dan segala kelemahan
akan saya usaha untuk perbaiki dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai