Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERSARAAN

‫من ْالرَّ ِحيْم‬


ِ ْ‫هللا ْالرَّ ح‬
ِ ‫بسْ ِم‬.ِ
َ‫أَجْ َم ِعيْن‬ ‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه َوأَصْ َح ِاب ِه‬
َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َحمْ ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعا َل ِميْن‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada .........................................................................................................
yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. semoga baginya
selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan
kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru.
Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak
pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin yang
sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa.
Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami
meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat.
‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْمعًا َمرْ ح ُْومًا‪َ ،‬و َت َفرُّ َقـَ َنا ِمنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‪َ ،‬والَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا‬
‫َ‪.‬والَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ‪4‬ـًًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬

‫‪.‬ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي األَخ َِر ِة َح َس َنة ًَوقِ َنا َع َذ َ‬
‫اب ال َّنار‬ ‫َ‬
‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‪َ ،‬و ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬
‫صلَّى هللاُ َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو َ‬
‫َ‪.‬و َ‬

Anda mungkin juga menyukai