Anda di halaman 1dari 1

5 Cara Kreatif Untuk Jadikan

Pembelajaran Lebih Menarik

1. Mengatur Masa
Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu
mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan
membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan
mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda
keputusan yang lebih dalam peperiksaan.
Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran
yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang
pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan
sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda
dengan baik.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri


Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan
dengan jadual waktu anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh
menangkap dengan baik, dan ada sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan
diri dan berikan penekanan pada bahagian yang anda kurang.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi


Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur
yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan
kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.

Anda mungkin juga menyukai