Anda di halaman 1dari 8

1/7/2018 WACANA PENULISAN

WACANA PENULISAN
Tuesday, 17 January 2017 Contributors

Jackiesszz
KEUTUHAN WACANA
LuShul
Konsep keutuhan wacana
Puyi PY

Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi sekali, iaitu hadir selepas
tingkat ayat. Blog Archive

▼ 2017 (1)
Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit-unit bahasa atau unsur-unsur seperti kata, ▼ January (1)
frasa, klausa, dan ayat disusun dan dijalin dengan sempurna sehingga memperlihatkan KEUTUHAN WACANA
hubungan dan perkembangan fikiran yang berkesinambungan dapat melahirkan kesatuan
fikiran yang utuh. Kesatuan yang utuh itulah yang menunjukkan ianya sebuah wacana yang
baik.

Wacana yang baik dikenali sebagai keutuhan wacana. Keutuhan wacana terhasil apabila
wujudnya susunan yang teratur dan berurutan dalam sesuatu wacana. Keutuhan wacana
penting bagi menentukan sesuatu satuan itu dianggap sebagai wacana atau hanya
merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. (Raminah Hj. Sabran et. al., (1987). Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, hal. 221)

Keutuhan wacana boleh dinilai dengan melihat wujudnya hubungan-hubungan dari aspek
semantik, leksikal, gramatikal atau tatabahasa dan fonologis.

2.2 Ciri-ciri keutuhan wacana

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 1/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

Dalam Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar
Abd. Aziz, (1997) dinyatakan bahawa suatu wacana yang utuh secara umumnya mempunyai
empat ciri iaitu:
1. Hubungan dari segi semantik
2. Hubungan dari segi fonologi
3. Hubungan dari segi leksikal
4. Hubungan dari segi tatabahasa atau gramatikal

2.2.1 Hubungan dari segi semantik


Keutuhan wacana juga dapat dilihat dari aspek hubungan semantik iaitu berdasarkan kepada
kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kaitan dari aspek ini boleh dilihat
antara bahagian-bahagian wacana dan dari segi konteks atau latar wacana. Hubungan dari
segi semantik mengikut Winifred Crombie (1985), menyatakan secara umumnya terdapat
dua bentuk hubungan semantik iaitu:
a. Hubungan semantik umum
b. Hubungan semantik interaktif

(Sumber: Kamaruddin Hj. Husin, et. al., (1997). Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa,
hal. 79)

2.2.1.1 Hubungan semantik umum


Hubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan semantik antara bahagian-bahagian
wacana yang merujuk kepada penggunaan bentuk-bentuk pernyataan yang memperlihatkan
hubungan dalam bentuk berikut:
a. Hubungan yang berkaitan sebab dan akibat
Hubungan sebab dan akibat. Contohnya:
i. Siti tidak bersungguh-sungguh semasa belajar.(sebab) Dia gagal dalam peperiksaan.
(akibat)

Hubungan sebab dan tujuan. Contohnya:


i. Anwari belajar bersungguh-sungguh.(sebab) Dia ingin berjaya dalam pelajaran.(tujuan)
ii. Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Hubungan sebab dan hasil. Contohnya:


i. Adli seorang usahawan yang gigih.(sebab) Dia memiliki sebuah syarikat keselamatan
terbesar di Brunei.(hasil)

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 2/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

ii. Ibrahim sangat rajin bekerja. Dia dinaikkan pangkat.

Hubungan alasan dan kesan. Contohnya:


i. Oleh kerana dia hantar tugasan lambat.(alasan) Saya dimarahi guru.(kesan)
ii. Gara-gara Ibrahim jalan lambat. Saya tertinggal bas untuk pulang.

Hubungan syarat dan hasil. Contohnya:


i. Jika anda bekerja keras. Anda akan berjaya dalam perniagaan nanti.

Hubungan sebab dan kesan. Contohnya:


i. Pintu rumah Razi tidak dikunci semalaman. Beberapa barang berharga telah dicuri.

b. Hubungan pasangan
Hubungan pasangan boleh dilihat berdasarkan dua bentuk, iaitu:
a) Perbezaan
Contoh: Semua pelajar menangis kecuali Intan.

b) Perbandingan
Contoh: Kalau ayah pun berperangai buruk, apatah lagi si anak.

c. Hubungan tempoh masa


Hubungan tempoh masa dalam ayat boleh dilihat berdasarkan dua jenis hubungan yang
menunjukkan perkaitan dengan tempoh masa iaitu:

i. Mengikut turutan kronologi


Contoh: Syafik akan melawat adiknya yang sakit di hospital, kemudian ke rumah abangnya,
dan selepas itu bertolak ke Thailand.

ii. Pertindanan masa


Contoh: Ketika dia bertolak meninggalkan Merbok, hujan turun.

d. Hubungan kebenaran kesahihan


Bermaksud perkaitan yang menggambarkan pertentangan fakta. Berdasarkan Pengajian
Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997)
dinyatakan bahawa terdapat empat bentuk pernyataan yang dikaitkan dengan hubungan ini
iaitu:
a. Pernyataan pengesahan.

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 3/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

Contoh: Ali perlu meneruskan pengajiannya, saya percaya dia boleh berjaya.
b. Pernyataan penafian
Contoh: Dia memang lemah, itu semua tidak benar sama sekali.
c. Penafian pembetulan
Contoh: Dia bukannya lemah. Dia cuma dia tidak sihat ketika itu.
d. Luar jangkaan
Contoh: Mereka bercadang hendak menyerang tetapi sebaliknya terpaksa bertahan.

e. Hubungan ikatan
Hubungan ini menunjukkan perkaitan makna antara ayat-ayat. Ia terdapat dalam beberapa
bentuk, iaitu:
1. Berpasangan. Contoh: Dia memakai seluar merah dan baju biru.
2. Pasangan bertentangan. Contoh: Dia cuba mengingat kembali, tetapi dia seorang pelupa.
3. Pengecualian penyataan. Contoh: Kemiskinan menyebabkan manusia tidak bermoral. Dia
telah mula mencari pekerjaan untuk menampung belanja.

f. Hubungan prafrasa
Merujuk kepada bentuk pernyataan yang menyatakan semula kenyataan awal. Contoh:
Dia bukan seorang yang baik. Dia jahat.
Bakar memulakan serangan. Dia mula melawan.

g. Hubungan penekanan
Ia boleh dilihat berdasarkan bentuk-bentuk berikut:
a. Penekanan istilah. Contoh: Inilah pahlawan yang dibunuhnya.
b. Penekanan predikat. Contoh: Dia menyesali atas apa yang telah berlaku.

h. Hubungan suasana dan perlakuan


Menunjukkan perkaitan makna dalam ayat yang merujuk kepada tempat. Contoh berkenaan
dengan hubungan ini adalah seperti berikut:
a. Lokasi perlakuan. Contoh: Arif dikurung di dalam biliknya.
b. Arah perlakuan. Contoh: Dia menghalau lembu itu ke padang.
c. Keadaan perlakuan. Contoh: Dia merawat pesakit itu dengan baik.

2.2.1.2 Hubungan semantik interaktif


Hubungan semantik interaktif banyak berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan bagi
menimbulkan respon atau tindak balas daripada pendengar. Menurut Winfred Crombie
(1985) lagi, terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam pertuturan atau perbualan

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 4/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

iaitu:
a. Inisiatif : Contoh; Ke mana awak pergi?
b. Respon : Contoh; Ke sekolah.
c. Susulan : Contoh; Baguslah.

Hubungan semantik interaktif juga boleh dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran. Contoh:
a. Penyoalan : Contoh; Di manakah buku saya?
b. Arahan : Contoh; Nyah kau dari sini!
c. Persetujuan : Contoh; Ya, baiklah.
d. Pemberitahuan : Contoh; Buku Sejarah ada di atas meja.
Dalam Pengajian Melayu 1, ditulis oleh Ab. Rahman Ab. Rashid, et. al., (2003) dan juga
dalam Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan oleh Raminah Hj. Sabran, et. al.,
(1987) ada menyatakan ciri-ciri keutuhan wacana dari segi konteks atau latar wacana, ia
dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu:

a. Laras bahasa. Misalnya:


Laras bahasa dalam iklan. “Cepat, cepat! Jangan lambat! Jualan pengahabisan stok”.
(Walaupun ayat-ayat yang diungkapkan terputus-putus, tetapi kita masih dapat
memahaminya. Oleh demikian, ia masih dianggap sebagai wacana.)

b. Kesepaduan tajuk. Misalnya:


Muka Aishah semakin berseri-seri. Dia kini gembira dan tenang. Perubahannya sungguh di
luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan dahulunya sering dalam keadaan muram dan
kesedihan.)

c. Hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Misalnya:


Ali : Dah siap?
Abu : Belum. Dakwat habis. (Kedua-dua orang penutur memahami apa yang dimaksudkan,
walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

2.2.2 Hubungan dari segi fonologi


Hubungan dari aspek fonologi dapat dilihat melalui hentian atau kesenyapan suara, intonasi,
tinggi rendah tekanan suara dan nada suara. Sebagai contoh:

1. Abang Ali sudah makan nasi.


(Ayat ini mengandungi ketaksaan makna, bergantung kepada hentian atau kesenyapan
suara yang berlaku. Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan ‘abang’, maka

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 5/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

ayat ini membawa maksud ‘Ali’ yang sudah makan nasi. Tetapi, jika kesenyapan suara
berhenti selepas perkataan ‘Ali’, maka ayat ini bermaksud ‘abang Ali’ yang sudah makan
nasi.)

2. Begitu juga halnya dengan intonasi dan nada suara yang berbeza. Misalnya perkataan
‘makan’. Jika ia diungkapkan dengan nada suara yang keras dan intonasi yang tinggi di akhir
kata, ia akan menjadi ayat paksaan, arahan atau suruhan yang tidak boleh ditentang ataupun
ia juga boleh menjadi ayat soal, “makan?” Tetapi, jika ianya disebut dengan nada yang
lembut, ia akan berubah menjadi ayat silaan, ajakan atau pelawaan yang ikhlas.

2.2.3 Hubungan dari aspek leksikal


Hubungan ini dapat dilihat dari aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu
wacana. Hubungan leksikal dalam wacana tercapai melalui penggunaan kosa kata yang
serasi dan sesuai. Terdapat beberapa cara memperoleh hubungan leksikal. Antaranya ialah:
1) Mengulang kata yang sama (Pengulangan).
“Semalam dia menelaah pelajaran. Hari ini dia menelaah lagi. Tampaknya dia memang
seorang yang rajin menelaah.”

2) Menggunakan sinonim atau ekuivalensi leksikal.


“Sindrom skim cepat kaya semakin menular dalam kalangan masyarakat kini. Gejala ini
sungguh membimbangkan.”

3) Menggunakan antonim.
“Hidup segan, mati tak mahu.”

4) Menggunakan hiponim.
“Terdapat pelbagai jenis baju wanita di butik itu antaranya baju kebaya, kurung, kebaya
nyonya, sari, jubah dan cheongsam.”

5) Menggunakan kolokasi (hubungan kedudukan).


“Pencemaran sungai semakin berleluasa. Hal ini telah menyebabkan hidupan akuatik
semakin pupus dan hilang tempat tinggal.”

6) Memanfaatkan unsur bersambut.


“Guru mengemukakan soalan. Pelajar memberikan jawapan.”
7. Pembuka dan penutup wacana.
Contoh diambil daripada buku Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan iaitu alkisah,

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 6/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

sebermula, maka dengan hormatnya (dalam karya klasik), dengan bangga, dukacita dan juga
kata-kata seperti sekalian, wasalam, hormat dari kami dan sebagainya.

2.2.4 Hubungan dari aspek tatabahasa atau gramatikal


Keutuhan wacana seharusnya memperlihatkan hubungan berdasarkan binaan
tatabahasanya. Michael McCarthy (1991), menyatakan terdapat tiga faktor yang
mempengaruhi pertautan tatabahasa dalam sesebuah wacana yang utuh, iaitu:
i. Kata rujukan
Ianya boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu kerana fungsinya
yang menjadi rujukan dalam pembinaan sesebuah wacana. Penggunaan kata ini akan
menyebabkan makna yang cuba dimaksudkan lebih tepat dan menjadikan wacana itu sendiri
lebih rapi dan utuh. Contohnya:
Pengetua telah keluar dari biliknya. Dia nampak begitu cemas. Di luar, beberapa orang murid
sedia menunggunya. Mereka bertiga semuanya.

ii. Peleburan atau pelenyapan (elipsis) dan penggantian


Merupakan satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang dalam ayat yang sama
walhal biasanya ia akan diulang. Proses ini akan menjadikan sesebuah wacana yang
dipersembahkan itu lebih utuh dan jelas. Contohnya adalah seperti berikut:
1. Individu A: Nampaknya saudara menyokong semua pendapatnya. Ini bererti saudara telah
menyebelahi pihaknya.
Individu B: Memang. (Sepatutnya: Memang, saya telah menyebelahi pihaknya.)
2. Kanak-kanak mengangkat kotak kecil, dewasa mengangkat yang besar. (Perkataan ‘kotak’
tidak diulang dalam ayat itu, tetapi masih boleh difahami)
3. Ali suka kereta Proton Saga, adiknya suka Perodua Kancil. (Perkataan kereta tidak diulang
dalam ayat)
iii. Kata penghubung
Kata penghubung yang digunakan dapat memperlihatkan pertalian dan pertautan antara
ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dan menjadikan wacana tersebut
bermakna dan utuh. Michael McCarthy (1991) telah menggariskan tiga fungsi kata
penghubung iaitu:

1. Fungsi penghuraian
Fungsi penghuraian dalam bahasa Melayu boleh dibuat dengan menggunakan perkataan-
perkataan seperti seterusnya, pada sudut yang lain, selain itu, sebaliknya dan sebagainya.
Contoh:
Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri.

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 7/8
1/7/2018 WACANA PENULISAN

2. Fungsi pengembangan
Ianya sering kali digunakan bagi mengembangkan idea. Contoh perkataan ialah seperti, dan,
tetapi, oleh itu, sebab dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
a) Dia tidak hadir kerana hujan
b) Kereta itu sudah lama, tetapi enjinnya masih baik.

3. Fungsi penambahan
Ianya sering digunakan bagi menyatakan masa atau kejadian. Contoh perkataan ialah
kemudian, berikutnya, sebelum, selepas, pada masa, dalam hal itu, dan sebagainya. Contoh:
a) Sebelum mereka datang semua tetamu telah pulang.
b) Mereka datang, kemudian cuba mencari ayah.

Posted by LuShul at 04:02 No comments:

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Ethereal theme. Powered by Blogger.

http://hamburgergwp.blogspot.my/ 8/8

Anda mungkin juga menyukai