Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
Pada arus zaman yang moden kini, proses pembelajaran di Malaysia semakin berkembang
dari segi penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pembelajaran yang berasaskan
permainan adalah satu usaha untuk menarik minat setiap pelajar untuk mempelajari sesuatu
perkara baru dan ianya juga merupakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar
untuk bermain permainan digital bagi tujuan pendidikan. Dengan menggunakan permainan
digital dalam pendidikan ini, para pelajar lebih berpotensi untuk membina maksud dan
pemahaman dalam setiap fasa pembelajaran. Menurut Connolly dan Stansfield telah
mendefinisikan permainan digital untuk pendidikan sebagai "penggunaan komputer
berasaskan pendekatan permainan yang bertujuan untuk menyampaikan, menyokong dan
meningkatkan  pengajaran, pembelajaran, pentaksiran dan  penilaian". Permainan digital
dalam pendidikan ini sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari murid-murid tadika
hingga mahasiswa-mahasiswi university serta pendekatan ini sesuai untuk kebanyakan
mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa dan Geografi.

Terdapat beberapa cadangan yang telah diutarakan bagi menggalakkan penggunaan


permainan digital. Antara cadangan penggunaan permainan digital dalam pendidikan secara
rasioanal adalah seperti berikut :

1)      Permainan wujud dalam sebahagian masa dalam pembelajaran. 

2)      Proses pembelajaran menjadi lebih senang  jika permainan berkenaan mempunyai


motivasi intrinsik, penglibatan dan keseronokan.

3)      Proses pembelajaran yang semula jadi wujud dalam genre permainan 


pengembaraan, sama ada jalan cerita  berkenaan digunakan secara tradisional atau secara
interaktif.

Permainan digital yang digunakan dalam pendidikan ia dikenali secara kolektif sebagai
permainan pendidikan. Para pendidik dan pelajar menggunakan permainan  pendidikan
dalam proses pengajaran dan  pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran seperti
Matematik, Sains, Sejarah dan Bahasa. Menurut Mat Zin, permainan digital dan teknologi
interaktif dalam persekitaran pembelajaran multimedia boleh memupuk pembelajaran yang
lebih berkesan dan menarik terutama di kalangan pelajar muda. Terdapat juga beberapa
kebaikan serta faedah yang terdapat di dalam permainan digital dalam pendidikan.
Antaranya ialah :

1)      Memotivasikan pelajar untuk terus mempelajari sesuatu yang baru.


2)      Meningkatkan kemahiran kognitif, termasuk kemahiran ruang dan fizikal serta
membantu meningkatkan kemahiran ICT dalam diri seseorang pelajar.

3)      Menggalakkan kerjasama di antara pelajar dengan persekitaran  pembelajaran


kolaboratif atau persekitaran kerjasama, yang mana para pelajar berkongsi maklumat dan
belajar daripada satu sama lain.

4)      Meningkatkan kepantasan dalam  pemikiran strategik dan penyelesaian masalah.

5)      Meningkatkan koordinasi antara tangan dan mata.

6)      Meningkatkan fokus di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah gangguan


perhatian.

7)      Meningkatkan pencapaian dalam sesuatu mata  pelajaran.

Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa setiap pembaharuan dalam bidang pendidikan pasti
akan memberi impak yang terbaik bagi setiap pelajar. Dengan adanya permainan digital
seperti ini dapatlah lagi meningkatkkan minat dan menjadikan pelajar-pelajar ini lebih
berkeyakinan dalam melakukan sesuatu serta tidak takut untuk mencuba sesuatu yang
baru. 

2.0 LAPORAN KEBOLEHGUNAAN PRODUK INOVASI DIGITAL “KATA KERJA”


2.1 Pendahuluan
2.2 Model Pembelajaran
2.3 Kekuatan
2.4 Kelemahan
2.5 Cadangan penambahbaikan dan Penyelesaian Alternatif

3.0 PEMBENTANGAN
4.0 RUMUSAN

Anda mungkin juga menyukai