Anda di halaman 1dari 42

KULIAH LARAS SASTERA MINGGU KE 6

DI SAMPAIKAN OLEH : PN SALMIAH RAMLI

SEJARAH ROBOT
DEFINISI ROBOT

ROBOT PENERAJU
MASA DEPAN

FUNGSI ROBOT
CONTOH ROBOT
TERKEMUKA DIDUNIA
JENIS DAN KLASIFIKASI
MASALAH/ ROBOT
KEBURUKAN
KEGUNAAN ROBOT
Merujuk etimologi, perkataan "robot" itu
berasal daripada bahasa Czech, iaitu
robotovat yang beerti “menghambakan diri”.
la dicipta oleh seorang penulis bernama
Karel Capek pada tahun 1920an. Mengikut
istilah saintifiknya pula, sebuah robot
merupakan peranti elektro mekanikal (mesin
yang berfungsi dengan kuasa elektrik) atau
biomekanikal (berfungsi dengan kuasa
biologi) yang boleh bertindak mengikut
program asal manusia.
Webstar’s New World Dictionary 1969
mendefinisikan robotik sebagai sains dan
teknologi robot, termasuk reka bentuk
pengeluaran, applikasi dan lain-lain kegunaan.
Di Eropah, robotik didefinisikan sebagai sains
Robotologi dan Robotologi didefinisikan
sebagai cara bagaimana mesin robot
digabungkan dan melakukan sesuatu kerja.
Robotik meliputi pelbagai bidang teknologi
seperti mekanikal, elektrik, elektronik, sistem
perkakasan dan perisian Komputer serta
pelbagai teknologi canggih yang lain
Robot Peneraju Masa Depan
 Pada zaman serba moden ini, tenaga manusia
semakin kurang digunakan kerana banyak skop
pekerjaan digantikan dengan robot, khususnya
untuk kegunaan sektor perindustrian dan
membantu kerja-kerja berat terutamanya dalam
industri perkilangan.
 Perkembangan dunia robotik bermula apabila
terhasilnya sebuah robot industri yang
dinamakan Unimates pada era 60-an oleh pereka
barat, George Devol dan Joe Engelberger.
 Unimates diaplikasikan bagi membantu kerja-
kerja pemindahan perkakasan terutama dalam
sektor perindustrian.
Robot Peneraju Masa Depan

 Bagaimanapun, dengan arus kemodenan dan


kemajuan teknologi terkini, robot bukan sahaja
digunakan secara meluas dalam sektor perindustrian,
perkilangan, mengendalikan kerja-kerja berat atau
dalam bidang ketenteraan. Malah, kini sudah ada
usaha untuk melahirkan robot yang mempunyai
perasaan tidak ubah seperti manusia
Bagi masyarakat di Barat dan Jepun, kedua-
duanya menjadi negara yang paling maju dalam
industri robotik, kerana penggunaan robot bukan
sekadar membantu meringankan beban kerja
tetapi juga dijadikan teman untuk bermain

Malah lebih menakjubkan robot kini bukan


sekadar rangka besi, sebaliknya sudah ada yang
benar-benar menyerupai atau seiras dengan
manusia
.
 Kemajuan teknologi robotik semakin ketara,
termasuk membabitkan robot haiwan. Kini
robot dicipta bagi membolehkannya
menguasai tindakan sendiri tanpa
memerlukan arahan atau kawalan.
 Dengan kecanggihan teknologi
robotik,mungkin satu hari nanti tenaga
manusia tidak lagi digunakan sama ada dalam
bidang perindustrian mahupun ketenteraan
kerana semuanya akan diambil alih oleh robot
FUNGSI ROBOT:-
 Kerja-kerja robotik selalunya
melibatkan tiga tugasan D iaitu
Dull, Dirty, and Dangerous yang
bermaksud Hambar, Kotor, dan
Bahaya.
FUNGSI ROBOT:-
D-Dull (Hambar)
- Kebiasaannya, robot digunakan untuk
melakukan kerja hambar yang berulahg-ulang,
seperti menampal label kertas pada tin
makanan dalam landasan produksi kilang.
Manusia tentu kebosanan jika menampal label
jenama sardin pada setiap tin berjam-jam hingga
beratus ribu karton. Tetapi robot tidak kisah
membuat kerja yang berulangulang malah tidak
mengadu walau sepatah perkataan pun.
FUNGSI ROBOT:-
D-Dirty (Kotor) & D-Dangerous (Bahaya)
- Robot-robot juga kerap digunakan dalam situasi
kotor dan berisiko tinggi. Contoh aplikasi robot
adalah di dalam kawasan yang menyebarkan gas
bahaya (seperti bencana kebocoran gas sulfur)
atau mempunyai atmosfera yang dicemari virus
atau bakteria, kawasan asidik atau beralkali tinggi,
kawah gunung berapi, ombak kuat, dikerumuni
haiwan buas, gurun yang bahang, atau ke kancah
peperangan.Robot-robot seperti iRobot Packbot
dan Foster-Miller TALON, contohnya, digunakan
untuk melupuskan bom dalam perang Iraq dan
Afghanistan. Kerja-kerja seperti itu, jika dihantar
manusia untuk menjadi sukarela tentu tidak ada
yang mahu menjadi sukarela kerana ia boleh
mengancam nyawa mereka.
 LONDON: Dua anjing robot yang dihasilkan
Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan
Amerika Syarikat (AS) menampakkan kemajuan
luar biasa. Penyelidik kini merancang
mengembangkan kebolehan robot itu supaya ia
boleh bercakap.

 ‘Haiwan’ robotik itu dicipta untuk membantu


tentera melalui laluan paling mencabar, serta
membawa bebanan hampir 200 kilogram sejauh
lebih 30 kilometer tanpa perlu diisi minyak.
CONTOH-CONTOH ROBOT
TERKEMUKA DI DUNIA
ASIMO (ADVANCED STEP IN
INNOVATIVE MOBILITY)
- dicipta oleh honda’s research & development
wako fundamental technical research center di
jepun
- tinggi 130 cm, berat 54kg
- harga: mencecah rm4 juta
- memiliki perasaan sayang, sedih, gembira
seperti manusia
- kelajuan berjalan 2.7km sejam
- kelajuan berjalan ketika membawa barangan
1.6km sejam
- kelajuan berlari 6km sejam
- mampu menghantar makanan menggunakan
troli
- mampu melakukan kerja penyambut tetamu
dan penunjuk arah
AIBO
(ARTIFICIAL INTELLIGENT ROBOT)
 Dicipta Oleh Sony Intelligent dynamics
Laboratory.Inc
- Robot yang mengantikan haiwan peliharaan
- Boleh berjalan dan melihat persekitaran
melalui kamera dan mampu mengenal pasti
suara yang biasa didengar
- Ditakrifkan sebagai Robot autonomi
berdasarkan kemampuannya belajar dan
matang berpandukan rangsangan luaran
daripada pemilik robot atau persekitaran
QRIO(QUESTFORCURIOSITY)
- Dicipta oleh Sony Inteligence Dynamics
Laboratory.Inc
- Mampu bercakap dan mengenali serta
mengingati wajah manusia serta kegemaran
dan kebencian mereka
- Mampu berlari pada kelajuan 23sm/sesaat
- Disenaraikan dalam world of Records sebagai
robot pertama boleh berlari paling pantas di
dunia
Jenis dan
Klasifikasi
Robot
HUMANOID

Domotics ANDROID

Disabled GYNOID
Robotik

CYBORG A.I

• Humanoid
Robot yang memiliki fizikal asas manusia iaitu
kepala, sepasang kaki dan tangan. Contohnya, robot
Asimo ciptaan Honda.
• Android
Robot yang memiliki sifat dan persamaan serta
cukup anggota dan menyerupai lelaki. Tetapi tidak
kelihatan hidup
• Cyborg
Robot yang tidak menyerupai manusia, sebaliknya
mempunyai ciri fizikal dan memiliki fungsi manusia.
• Gynoid
Berasal dari perkataan ‘Gyne’ (Greek) bermaksud
wanita. Robot yang memiliki sifat dan persamaan
serta cukup anggota dan menyerupai wanita.
 • A.I (ARTIFICIAL INTELLIGENT)?
Robot yang mempunyai perasaan seperti
manusia atau haiwan.
• Disabled Robotik
Robot yang dicipta untuk membantu pergerakan
orang kurang upaya (OKU). Ia lebih kepada
bentuk penggunaan mesin beroda terkenal di
Jepun.
• Domotics
Perisian komputer yang mengawal robot.
Kebiasaannya digunakan dalam sektor
perindustrian.
Robot
perindustrian

Robot fiksyen

Robot
ketenteraan

Automasi catur

Robot lengan
Klasifikasi robot

• ROBOT PERINDUSTRIAN
Robot tidak menyerupai dan tidak
berperilaku seperti manusia tetapi mesin
satu Lengan yang beroperasi dari lokasi
tetap dalam kilang.
• ROBOT LENGAN
Robot yang dicipta untuk tujuan hiburan
• ROBOT FIKSYEN
Contoh AI (Artificial
Intelligence),Bicentenial Man,i-Robot dan
terminator.
Klasifikasi robot
• ROBOT KETENTERAAN
Robot untuk kegunaan ketenteraan.
Robot untuk tujuan peperangan. Ini
termasuk Robot dalam kapal selam dan
pasukan perisik.
• AUTOMASI CATUR
Robot yang mampu bersaing dengan
manusia dalam permainan catur dengan
pemain Terkemuka dunia dari
Russia,Sergei Ivanov.
Anjing robotik boleh berkata-kata
dicipta untuk bantu tentera Amerika
KEGUNAAN DAN
KEPENTINGAN ROBOT DALAM
KEHIDUPAN MANUSIA
Kegunaan Robot dalam bidang
Aeroangkasa
 Robot juga sering digunakan dalam projek
penerokaan angkasa lepas, seperti projek National
Aeronautics and Space Administration ( NASA ) ke
Marikh. Satelit Measat Malaysia yang baru-baru ini
dilancarkan dioperasi oleh robot dan peranti
kawalan.
 Kelak, apabila angkasawan Malaysia mula dihantar
ke angkasa lepas, beliau juga bakal bergantung
kepada robot untuk banyak eksperimen angkasa,
malah robot dan otak elektronik jugalah yang akan
membantu beliau bergerak, melupuskan barang
buangan, menentukan hala tuju orbit stesen
angkasa lepas, berkomunikasi dengan bumi, dan
mencatu oksigen untuk pernafasan.
Kegunaan Robot dalam bidang
Aeroangkasa
 Robot digunakan untuk
mengumpulkan maklumat.
 Dalam penyelidikan nuklear dan laser,
robot juga digunakan.
 Untuk mengelakkan masalah
kecuaian manusia, teknologi robot
digunakan
MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA
 Dalam dunia perubatan juga robot-robot semakin
giat digunakan. Sudah wujud robot-robot yang
berbentuk tangan atau kaki manusia, dengan
endoskeleton dilitup prostetik dan dikawal oleh
peranti pneumatik atau hidraulik dan dicipta untuk
membantu hidup orang yang kudung tangan atau
kaki.
 Tangan atau kaki palsu yang dikawal oleh
mekanisme robotik kemudiannya dipasangkan ke
tubuh, dan boleh bertindak seperti tangan atau kaki
biasa, malah dikawal terus oleh sistem saraf atau
neuron otak secara semula jadi.
 Para pesakit yang memakainya sering melaporkan
bahawa dengan tangan atau kaki robotik palsu itu,
mereka boleh hidup seperti manusia normal yang
lain, dan apabila sudah biasa, mereka seperti tidak
sedar kehadirannya. (VIDEO)
BIDANG PERUBATAN
 Pembedahan organ-organ kecil di dalam
badan memerlukan gerakan yang halus
 Sebarang kesilapan tangan doktor bedah
akan membawa padah
 Untuk mengurangkan risiko maut, robot
dicipta untuk menjalankan pembedahan
halus dalam badan pesakit.
 Robot dikendalikan oleh doktor bedah (video
cyberknife)
BIDANG DOMESTIK
 Robot-robot juga sudah memasuki pasaran
domestik. Selain Aibo, terdapat juga robot anjing
yang boleh dijadikan haiwan peliharaan. Syarikat
Sweden Electrolux pula telah memasarkan
penyedut hampagas yang dipanggil Trilobite. la
bukan seperti penyedut hampagas yang lain,
Trilobite boleh dibiarkan sendirian di lantai rumah
dan ia akan merayap menyedut habuk secara
automatik. la akan mengatur rancangan sendiri,
mengelak halangan ( perabot atau barang besar
di lantai ), dan akan pulang semula ke rumahnya
sendiri setelah kerja selesai bagi mengecas
kembali baterinya.(video)
BIDANG PERINDUSTRIAN
 Robot tidak mempunyai perasaan jemu, letih, atau bosan
seperti manusia.
 Robot menjalankan kerja tanpa pengaruh emosi dan
keletihan fizikal
 Tegasnya, produktiviti akan meningkat dan kos tenaga
buruh dapat dikurangkan (tidak perlu menggunakan
tenaga buruh asing)
 Kepantasan dan kecekapan robot melakukan kerja
memang tidak dipengaruhi oleh faktor stamina dan fizikal.
 Masa rehat yg agak panjang dapat mengurangkan stress
pekerja.
 Robot sesuai digunakan untuk penyelidikan yg memerlukan
tindakan berulang-ulang. Misalnya menutup dan membuka
pintu kereta tanpa henti di kilang kereta.
KEGUNAAN MENJALANKAN KERJA
BERBAHAYA
 Robot menggantikan manusia dalam menjalankan kerja
berbahaya.
 Robot membantu anggota bomba untuk menyelamatkan
mangsa kebakaran
 Robot juga digunakan untuk tujuan pengesanan bom
 Pemusnahan bom itu dijalankan oleh robot-robot khas
 Dalam bidang ketenteraan robot juga digunakan untuk
menentang musuh dan mengawasi tempat musuh yang
sukar ditembusi manusia
 Situasi dan keadaan tempat kerja yang panas, bahan-
bahan kimia beracun atau beradioaktif dan memanjat
tempat tinggi memerlukan penggunaan robot kerana
keselamatan manusia akan terancam dan tidak sanggup
melakukan tugas tersebut
DAPAT MELAHIRKAN RAMAI AHLI
SAINTIS PROFESIONAL
 1. Ledakan teknologi robotik yang canggih
 Negara-negara maju berlumba-lumba untuk
memajukan teknologi robotik. Negara Jepun
melancarkan “Fifth Computer Generation” untuk
mempertingkatkan penyelidikan dengan
peruntukan yang tinggi diberikan kepada ahli-ahli
sains Jepun.
KEBURUKAN PENGGUNAAN ROBOT

1. Manusia menjadi malas dan kurang berfikir


 Penciptaan robot akan menjadikan manusia
terlalu bergantung kepada robot untuk
melakukan kerja. Manusia menjadi semakin
malas dan tiada inisiatif untuk berusaha. Robot
mampu dibeli dan dgunakan oleh banyak
pengusaha. Pekerja hanya tahu mengendalikan
robt tetapi tidak tahu cara mencipta robot.
KEBURUKAN PENGGUNAAN ROBOT

 2. Robot menguasai bidang pekerjaan yang


dahulunya dimonoploi oleh manusia.
 Manusia akan kehilangan pekerjaan kerana robot
telah mengambil alih tugas mereka. Majikan lebih
gemar membeli teknologi robot yang dapat
mengurankan kos buruh. Oleh itu banyak orang
akan menggangur
Keburukan Penggunaan Robot

 3. Robot hanya bekerja mengikut apa-apa


yang diprogramkan
 Robot tidak dapat melakukan pekerjaan yang
tidak diprogramkan. Robot juga tidakmampu
melakukan pekerjaan lain.
 Robot tidak fleksibel seperti manusia. Robot juga
tidak mempunyai otak seperti manusia yang
boleh berfikir seseuatu yang abstrak dan kreatif.
Terdapat tugas-tugas yang tidak sesuai untuk
robot berkaitan dengan hubungan sesama
manusia, perasaan dan psikologi