Kemahiranabadke21 PDF
Kemahiranabadke21 PDF
Manakala ciri-ciri pelajar abad ke-21 pula merangkumi pelbagai aspek iaitu;
• Berupaya membuat hubung-kait
• Bijak menyoal
• Yakin berkomunikasi
• Mengambil risiko
• Dahagakan ilmu
• Ingin tahu
• Menjana idea
• Fleksibel
• Tidak berputus asa
• Mendengar dan membuat refleksi
• Berkemahiran kritis
• Menguasai kemahiran literasi
• Berani mencuba
• Mampu berfikir sendiri
• Membuat inisiatif
• Mampu bekerja dengan orang lain
• Membuat perubahan
• Berintegriti
Antara buku-buku serta keratan akhbar yang berkaitan dengan Kemahiran Abad ke-21 ialah
Gambar 1: Learing For Life In Our Times, Bernie Trilling & Charles Fadel
Gambar 2: Creativity for 21st Century Skills, Jane Piirto
Gambar 5: Plagiat ialah satu jenayah karena mencuri hak cipta orang lain
Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar
membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa
menghiraukan penat lelah orang lain. Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah
mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan
idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu dilakukan mereka yang menggelarkan diri
sebagai ‘golongan intelektual’. Sudah tentu ia satu penipuan dan merendahkan martabat malah
masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan ini dalam menghasilkan
hasil bermutu dan bersifat akademik. Bukankah ini sungguh mencalarkan imej padahal mereka
mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak jujur?
Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak
memalukan diri sendiri dan institusi. Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis,
kertas kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara
idea, data, ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.
Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen
dan penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan. Beliau berkata,
mahasiswa dan pensyarah perlu memainkan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan
penumpuan serta integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu. Malangnya,
sebahagian besar hanya melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme
dan harga diri semata-mata memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai.
Mereka tolak ke tepi nilai ilmu yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu
kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi pengajian tinggi bermakna perlu menggandakan
usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum berjaya. Barulah hasil kejayaan dikecapi
itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil orang lain, apakah makna perjuangan
ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan karya perlu dilakukan
dengan penuh teliti. Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah pemikiran baru
selain meningkatkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum
diiktiraf.
Longgarnya aspek itu akhirnya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis
sedikit demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayangkan jika semua hasil adalah
plagiat, apakah kualiti yang mampu dicapai. Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan
tidak adil kepada kelompok lain yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap
mendapat pengiktirafan sama. Meskipun universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk
membendung budaya itu, masih ada yang berani melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa
tahu’ selain menjimatkan masa. Setiap institusi mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya
plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuhkan nama baik institusi. Bagaimanapun, masih
ada yang berani menongkah arus semata-mata memastikan misi tercapai. Lebih hebat, mereka
turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad hanya pada golongan
akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya. Cuma caranya berbeza dengan penilaian
atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana menjatuhkan
nilai ilmuwan dan intelektual.
Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh
penyelia selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenalpasti
bahagian diciplak penulis tanpa menyatakan sumbernya. Sama ada budaya ini boleh dikekang,
beliau berkata, semuanya terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta masa depan. Perkara ini amat subjektif, hanya
diri sendiri saja yang boleh menentukan dan merencanakan perjalanan kejayaan masing-masing.
Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar dihentikan. Perlu yakin pada kemampuan diri
sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci yang ada untuk mencapai kejayaan.
Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendahkan taraf seseorang yang mungkin dapat
mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha orang lain,
bukan diri sendiri;” soalnya
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemahiran abad ke-21 amat penting dalam konteks pendidikan. Hal ini
demikian kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi setiap individu untuk melaksanakan
tugasan-tugasan yang diberikan. Sebagai contoh, setiap guru perlu mempunyai Sistem Maklumat
Pelajar untuk dihantar kepada Kementerian Pendidikan sebagai rujukan bagi prestasi setiap
pelajar tersebut. Walaubagaimanapun, teknologi juga mempunyai pengaruh yang negatif
terhadap pendidikan iaitu plagiarisme. Kebanyakannya plagiarisme ini terjadi kepada penunut di
institusi pengajian tinggi. Hal ini demikian kerana, maklumat-maklumat yang ingin diperolehi
boleh didapati dengan mudah dalam pencarian internet seperti Google, Yahoo, Mozilla dan
sebagainya.
Kemahiran abad ke-21 ini mempunyai nilai positif dan negatif berdasarkan pendirian
individu tersebut terhadap teknologi. Oleh itu, amalan palgiarisme ini harus dibendung agar
dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti bagi menjana tenaga kerja negara.
Jelaslah bahawa, kemahiran abad ke 21 ini banyak memberi impak dalam pendidikan tidak kira
pelajar, guru dan masyarakat.