Anda di halaman 1dari 11

JENIS – JENIS KURIKULUM

Terdapat 10 iaitu :-
1. Kurikulum Ideal
2. Kurikulum Rasmi
3. Kurikulum Formal
4. Kurikulum Operasi
5. Kokurikulum
6. Kurikulum Teras
7. Kurikulum Integrasi
8. Kurikulum Aktiviti
9. Kurikulum Lingkaran
10. Kurikulum Tersirat
Kurikulum Ideal

- Berlandaskan pedagogi, psikologi dan teori kurikulum


- Mengandungi unsur-unsur utama yang terdapat dalam
falsafah dan matlamat pendidikan negara, kehendak dan
aspirasi masyarakat.
- Merangkumi komponen seperti :-
a. matlamat dan tujuan kurikulum
b. Sukatan pelajaran dan huraiannya
c. Bahan-bahan pelajaran
d. Sistem pelaksanaan dan penilaian kurikulum
- Kurikulum yang lengkap dan sempurna.
Kurikulum Rasmi

- Dikenali sebagai kurikulum formal atau


kurikulum piawai.
- Menjadi panduan asas untuk penulisan buku
teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta panduan
penilaian dalam setiap peringkat persekolahan
kebangsaan.
- Mengandungi dua bahagian:-
a. kurikulum formal
b. kokurikulum
Kurikulum Formal

- Dikenali sebagai kurikulum rasmi, kurikulum terbuka,


atau kurikulum nyata.
- Merangkumi kurikulum akademik yang dilaksanakan
melalui :-
a. Kurikulum pengajaran
b. Kurikulum operasi
KURIKULUM OPERASI

- Dikenali sebagai kurikulum pengajaran atau kurikulum


praktik.

- Merujuk kepada:-

a. ringkasan mengajar yang disediakan oleh guru


b. mengikut jadual waktu sekolah dan
c. Sukatan pelajaran
KOKURIKULUM
- Dikenali sebagai kurikulum tambahan atau pendidikan
untuk waktu lapang atau aktiviti kelas tambahan.
- Prinsip-prinsip melaksanakan aktiviti kokurikulum
ialah:-
a. Isi kandungan dan organisasinya hendaklah
berlandaskan dasar pendidikan negara.
b. Penyertaan pelajar hendaklah berlandaskan minat,
kebolehan , bakat kegemaran dan kesukarelaan.
c. Guru hanya memainkan peranan sebagai
pemudahcara dan penasihat sahaja.
d. Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan
peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar.
e. Aktiviti kokurikulum hendaklah sesuai dengan situasi,
alam sekitar, ekonomi, kebudayaan masyarakat dan
keadaan sekolah.
Kurikulum Teras

- Masa kini ia dibentuk berlandaskan kurikulum


roda.
- Pembentukannya ialah menggabungjalinkan
satu demi satu temanya agar menjadikan
perhubungan baru di antara mata pelajaran -
mata pelajaran.
- Mengutamakan perkembangan individu dan
keperluan masyarakat .
- Setiap pelajar wajib mengambil mata pelajaran
teras.
Kurikulum Integrasi

- Menggabungjalinkan beberapa mata pelajaran yang


berkaitan untuk menjadikan sesuatu mata pelajaran
yang baru.
- Mata pelajaran alam manusia (KBSR)
- Mata pelajaran kajian tempatan (KBSR)
- Mata pelajaran sains (KBSM)
Kurikulum Aktiviti
- Dikenali sebagai kurikulum pengalaman atau
kurikulum berpusatan pelajar.
- Berlandaskan minat dan keperluan kanak-kanak.
- Kurikulum aktiviti ini diperkenalkan oleh John Dewey.
- Ciri-ciri kurikulum aktiviti ini ialah:-
a. Aktiviti kanak-kanak digunakan sebagai pusat
kurikulum.
b. Isi kandungan kurikulum adalah dipilih berdasarkan
minat dan keperluan kanak-kanak serta mengikut
perbezaan individu.
c. Bentuk mata pelajaran diubah dengan menjadi bentuk
sintesis sebagai tugasan, aktiviti dan kerja kursus.
Kurikulum Lingkaran
- Berlandaskan perkembangan isi pelajaran yang disusun
mengikut bulatan-bulatan sepusat.
- Diperkenalkan oleh Johann Amos Comenius (1592-
1670).
- Diperbaiki oleh Bruner- memperkenalkan rancangan
bahan pelajaran mengikut perkembangan pemikiran
kognitif kanak-kanak.
- Menurut Robert E.Mason kurikulum lingkaran ini
merangkumi:
a. fakta-fakta yang penting
b. idea-idea asas
c. konsep-konsep
d. sistem pemikiran
Kurikulum Tersirat

- Juga dikenali kurikukum terlindung, kurikulum


tersembunyi atau kurikulum tersisip.
- Ciri utama ialah mempunyai sifat tersembunyi dan sifat
tidak dijangkakan atau diaturkan.
- Merupakan kurikulum informal yang mengutamakan
pembelajaran sikap,nilai dan norma.
- Terdapat tiga unsur iaitu budaya yang diwakili dalam
kurikulum spesifik, budaya yang diwakili di kalangan
guru, dan budaya yang diwakili dalam klik pelajar.
- Adalah merujuk kepada hasilan interaksi di antara
ketiga-tiga unsur yang berlaku dalam proses
pembentukan budaya sekolah.