Anda di halaman 1dari 15

SOP (Standard Operation Procedure)

Aktiviti Keyakinan Di Air


Objektif:

- Mengenalpasti langkah-langkah persediaan, keselamatan, dan


mengaplikasikan kemahiran mengapungkan badan.
- Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri dalam keadaan air.
- Menguasai kemahiran berenang berdasarkan aktiviti yang diberikan.

Sebelum aktiviti:

1. Jurulatih

a) Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.

b) Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.

c) Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat aktiviti.

d) Bertanggungjawab dan menpunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta,


agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.

2. Peserta

a) Berpakaian yang sesuai untuk berada di air. Gunakan baju berlengan panjang
dan berkasut sewaktu berenang.

b) Peserta WAJIB memakai jaket keselamatan sepanjang masa tidak kira pandai
atau tidak tentang berenang.

c) Peserta hanya dibenarkan mengapungkan badan berkumpulan. Setiap


pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.

d) Sebelum memulakan aktiviti, semua peserta perlu membuat pemanasan badan


diri sendiri.
Semasa Aktiviti:

Peserta

a) Peserta dikehendaki berenang mengikut arah/panduan yang ditetapkan.

b) Bergerak ke hadapan dengan satu beris lurus ditekuai oleh seorang jurulatih.

c) Mempelajari isyarat/ simbol berenang, iaitu

- Isyarat berhenti

-Isyarat penentu arah haluan

- Isyarat panggil balik.

-Isyarat panggil balik yang digunakan semasa keadaan kecemasan.

-Isyarat semua peserta dalam keadaan baik (OK).

d) Mempelajari kemahiran Menyelamat seperti CPR, berenang dan sebagainya.

e) Berenang di kawasan yang selamat sahaja.

f) Berehat ketika penat. Jangan paksa tubuh badan bekerja dan mengalami
kekejangan otot.

g) Sentiasa mengamalkan cara Buddy System ( Melaksanakan aktiviti secara


berdua-dua).

h) Para peserta masuk ke dalam air dengan memegang tangan mengikut kumpulan
dan bentuk badan.

Jurulatih

a) Pastikan peserta berenang berkumpulan.

b) Mengenal pasti peserta tidak berenang di kawasan yang terlalu dalam dan jangan
berasing dengan orang yang lebih mahir.

c) Menentukan isyarat berenang kepada para peserta yang digunakan semasa


menjalakan aktiviti berenang.

Selepas Aktiviti:
a) Memastikan semua peserta selamat tiba di pangkalan.
b) Penyenggelaraan alatan:
- Pastikan bilangan alatan mencukupi.
- Membersihkan dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna.
Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.
c) Mengadakan sesi refleksi:
- Soal jawab kelemahan dan kekurangan semasa aktiviti.
- Menerangkan rasonal aktiviti yang dijalankan.
Manual Aktiviti keyakinan di air
Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum peserta
dibenarkan masuk ka dalam tasik, laut atau lain-lain yang melibatkan aktiviti air
seperti kayak dan snorkelling.

Semasa aktiviti keyakinan di air dijalankan, para peserta perlu memakai alat
apungan atau jaket keselamatan (Buoyancy Aid) yang mempunyai Cop Sirim dan
boleh bertahan 6 jam dalam air.

Jeket Keselamatan
Cop SIRIM yang sah oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia.
Cara Memakai BA (Jaket Keselamatan )
1. Memilih jaket keselamatan mengikut saiz yang bersesuaian.
2. Periksa Peluit yang ada di jaket keselamatan dan cuba fungsikannya.
3. Pakaian dengan memasukan lengan kiri-kanan.
4. Ikatkan tali pada bahgaian dada dan di bawah ketiak.
5. Ikatkan tali pada bahagian pinggan.

Tali bahagian
dada

Tali bahagian
pinggan

Gelang menyelamat
Apungan:
Teknik Asas Apungan:
1) Back Star Float

a) Teknik ini merupakan teknik apungan yang mana badan akan melentang di atas
permukaan air.

b) Kaki dibuka membentuk ‘v’ dan tangan didepa membentuk ‘T” atau “v” untuk
membentuk bintang.

c) Kedudukan badan adalah selari dengan permukaan air .


d) Muka memandang langit dan perut diangkat ke atas.

Muka yang memandang ke langit adalah lurus dan tidak membengkok ke arah kiri
atau kanan.
e) Kaki dibengkok

f) Tenangkan fikiran dan kawal pernafasan.

g) Tidak melakukan sebarang pergerakan pada seketika ini.

Kemahiran Asas Berenang

Kemahiran asas berenang:

a) Apungan

b) Campang

c) Pernafasan

d) Tendangan

a) Apungan (Rujuk kepada manual aktiviti keyakinan di air)

b) Campang
- Campang merupakan salah satu genre dalam sukan air memerlukan
keseimbangan , masa, koordinasi dan daya tahan yang tinggi.

- Campang ialah kayuhan tangan untuk mendapatkan daya pecutan yang membantu
pergerakan badan ke hadapan.

c) Pernafasan

- Bobbing ( mengeluarkan gelembung)

Ia sebagai cara untuk kita bernafas semasa aktiviti berenang.

Badan beroksigen lebih mudah terapung dan sebagai daya apungan badan.

Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang.

Cara melalukan “Bobbing”

1) Setiap kali akhir melakukan sesuatu renangan buat bobbing sebanyak 10 -20 kali.

2) Kawal ritma pernafasan semasa berenang.

3) Ritma pernafasan boleh dilakukan dengan kiraan 1-2 yang mana 1 ialah tarik
nafas manakala 2 adalah tolak nafas.

4) Semasa tarik nafas (memasukkan udara) secara perlahan-lahan dengan


menggunakan hidung.

d) Tendangan

a) Tendangan Flutter

b) Tendangan Breastroke

c) Tendangan Backstore
a) Tendangan Flutter

- Salah satu kaki ditendang ke bawah manakala satu lagi berada di atas kira-kira 1
kaki keluasan.

- Lutut dibengkokkkan sedikit untuk memudahkan tindakan menendang, tetapi


jangan terlalu bengkok berakan ianya akan mengurangkan daya tujahan yang
dilakukan.

- Kaki yang bergerak ke atas dan ke bawah memberikan tujahan.


b) Tendangan Breastroke

- Apabila gerakan kaki bermula, lutut bengkok, dan kaki dibawa ke arah punggung.

- Ketika gerakan ini, lutut perlu berasa berdekatan satu sama lain dan tidak boleh
dibawa ke hadapan terlalu banyak.

- Sebaik sahaja kaki di punggung lutut bersaingan dan kaki berpaling ke arah luar.

- Sekali kaki telah dilanjutkan, mereka ditekan bersama. Kaki berpaling ke dalam
sehingga mereka selari.
c) Tendangan Kuak Lentang

- Gerakan kaki sama dengan tendangan Flutter, tetapi dilakukan dalam keadaan
terlentang.

- Gerakan kaki dimulai dari pangkal paha, lutut sedikit dibengkokkan dan berakhir
dengan kibasan hujung kaki.

- Gerakannya harus lemas dan tidak kaku, gerakan ke atas dari pada gerakan ke
bawah.
Kemahiran Asas Menyelamat
Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara
untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana
mempunyai cara-cara dan panduan menyelamatnya yang tersendiri. Dalam
kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan
bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih
merbahaya contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan
atau kecacatan berpanjangan dan sebagainya.

PRINSIP-PRINSIP MENYELAMAT
1) Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab
·         Mengenali kewujudan masalah.
·         Menginterperastasikan peeristiwa.
·         Berasa tanggungjawab.
2) Penilaian
Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum memasuki air.
·         Keselamatan kendiri.
·         Kesedaran tentang kebolehan fizikal.
·         Bantuan yang diperolehi.
·         Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa.
·         Keadaan persekitaran.
·         Bilangan mangsa.
·         Pakaian yang perlu ditanggalkan.
3) Tindakan
·         Keadaan air.
·         Tingginya tempat memasuki air.
·         Jenis alat bantuan yang dibawa.
·         Jenis dasar air.
·         Keadaan mangsa.
·         Kepantasan yang diperlukan.
4) Cara-cara memasuki air
·         Melangkah masuk.
·         Lompat.
·         Junam.
·         Lompat “straddle”.
5) Mendekati mangsa
·         Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman mangsa.
·         Pendekatan bercakap.
·         Pendekatan menggunakan alat bantuan.
·         Mendekati mangsa yang tidak sedar.
·         Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air dan mencari
mangsa di dalam air.
·         Kecederaan tulang belakang.
·         Menyokong mangsa.
·         Memberi bantuan pernafasan.
6) Menunda mangsa
·         Mengiringi mangsa dengan alat bantuan.
·         Menunda tanpa sentuhan.
·         Menunda dengan sentuhan.
7) Mendaratkan mangsa

8)Rawatan kecemasan dan tindakan susulan


·         Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali.
·         Kecederaan.
·         Perkhidmatan kecemasan.

PEMULIHAN PERNAFASAN JANTUNG (CPR)


Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah
terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diikuti:
Baringkan mangsa dalam keadaan melentang
1. Tentukan keadaan mangsa – Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan tanyakan
keadaannya.
  - Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi ambulan.
- Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang rata dan keras dan
pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak.

2. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas.

3. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-benda di


dalam mulut     dan  kerongkong jika ada. Baringkan mangsa secara terlentang.
Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut. Periksa sama ada mangsa
bernafas
4. Letakkan muka anda dekat mulut mangsa dan perhatikan dadanya; lihat, dengar
dan rasa selama 10 saat kalau-kalau ada tanda pernafasan.

5. Sekiranya tiada tanda pernafasan,lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-


ke-mulut.

6.      Pastikan laluan udara terbuka. Picit hidungnya dan hembuskan nafas dua kali
ke dalam paru-parunya. Dada mangsa harus naik dengan setiap hembusan nafas.

7. Selanjutnya, periksa denyutan nadinya di bahagian karatid (kawasan leher)


selama 10 saat.

8. Jika ada denyutan, lakukan hembusan nafas mulut-ke-mulut pada kadar 12 kali
seminit sehingga pernafasan mangsa pulih.

9.  Jika tiada denyutan nadi, mulakan Pemulihan Pernafasan Jantung dengan segera
dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut.

10.  Sekiranya tiada denyutan nadi, lakukan tekanan dada dari luar seperti berikut:

11.  Tekan dengan telapak tangan anda di bahagian bawah tulang dada, elakkan
jaridaripada menekan tulang rusuk. Letakkan tangan yang satu lagi di atas tangan
ini.

12.  Luruskan tangan anda dan tekan ke bawah se dalam 4 hingga 5 sentimeter dan
kemudian lepaskan. Lakukan 15 tekanan dalam masa 10 saat. Usah angkat tangan
anda dari dada si mangsa sepanjang anda melakukan ini.

13.  Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Picit hidung mangsa dan
berikan 2 hembusan nafas mulut-ke-mulut.

14.  Teruskan dengan melakukan 15 tekanan diikuti dengan 2 hembusan nafas


penuh,dan periksa jika ada denyutan nadi selepas minit pertama dan selepas 5 minit
kemudian. Hentikan tekanan dengan segera apabila nadinya mula berdenyut dan
periksa jika mangsa mula bernafas

15.  Sejurus nadinya pulih, hentikan tekanan dengan segera dan periksa jika mangsa
mula bernafas. Sekiranya masih tiada pernafasan,ikuti dengan pemulihan
pernafasan mulut-ke-mulut sehingga pernafasannya pulih kembali.

Anda mungkin juga menyukai