Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
6.1 Pengenalan
Dalam pelaksanaan PBD, terlebih dahulu guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang akan
dicapai oleh murid masing-masing berdasarkan objektif pembelajaran yang ditentukan dari Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Bab ini membincangkan contoh instrumen dari beberapa mata pelajaran, mengikut kaedah
pentaksiran:
(i) Pemerhatian
(ii) Lisan
(iii) Penulisan
Pentaksiran menggunakan ketiga-tiga kaedah tersebut boleh dilaksanakan secara berasingan atau
digabungkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jelas tentang kebolehan dan tahap
penguasaan murid.
Contoh instrumen dalam bab ini hanyalah sebagai panduan dan memberi idea kepada guru tentang
bentuk instrumen yang boleh digunakan dalam melaksanakan PBD. Guru bebas memilih dan
menentukan kaedah serta instrumen pentaksiran berdasarkan kreativiti, situasi dan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai.
Pemerhatian dilaksanakan sepanjang proses PdP. Instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
semasa membuat pemerhatian ialah seperti berikut:
senarai semak,
anekdot, atau
44
Pentaksiran secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara
Guru boleh berinteraksi dengan murid melalui penyoalan dan membuat penilaian secara teliti
dengan memberi komen kepada respons murid untuk menggalakkan pembelajaran yang berkesan
seperti contoh di bawah. Mata pelajaran
Objektif
Pembelajaran
Pentaksiran kendiri boleh menggunakan rubrik, senarai semak, skala kadar atau bentuk-bentuk lain
yang sesuai.
Lembaran ini membolehkan murid membuat refleksi tentang prestasi mereka sendiri.
Lembaran pentaksiran kendiri atau refleksi di bawah dapat membantu murid mengimbas kembali
objektif pembelajaran dan memberi maklum balas tentang cara objektif dicapai, termasuk teknik
atau langkah yang digunakan sepanjang proses pembelajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.
Soalan yang diberi dalam lembaran ini adalah seperti: