Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN MENGAJAR YANG BERKESAN

PENDAHULUAN

Setiap jurulatih atau tenaga pengajar mengharapkan apa yang disampaikan kepada
pelatihnya dapat dihayati., diterima, difahami dan berkemampuan menlakukan secara
amali. Adalah sesuatu yang ajaib jika apa yang diharapkan itu ada pada semua pelatihnya
secara 100%. Ini kerana setiap pelatih itu mempunyai kebolehan berbeza dan gaya
pembelajaran yang berlain di antara satu sama lain. Perkara ini menunjukkan tiada satu
kaedah aktiviti mengajar yang terbaik yang untuk semua keadaan. Sesuatu kaedah itu
adalah bergantung kepada beberapa pekara lain. Ada 3 gaya pembelajaran iaitu:-

i. Visual – pelatih golongan ini suka belajar dengan melihat ;


a. huruf atau perkataan
b. benda, gambar atau gambarajah
c. demonstrasi, tindakan dan lakonan
ii. Audio – suka belajar dengan mendengar dan bercakap;
a. mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh jurulatih atau
pelatih lain
b. menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau
menghuraikan.
iii. Kinestatik – suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu;
a. menulis atau melukis sesuatu
b. membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau projek.

Perkara-perkara yang dinyatakan dalam nota ini adalah sebagai garis panduan dan
rujukan bagi kemudahan mengatur strategi mengajar.

PERMULAAN

Beberapa perkara perlu diambilkira dalam memulakan sesuatu kelas atau subjek yang
hendak disampaikan itu, ini melibatkan semua subjek samada teknikal, non-teknikal atau
keagamaan sekalipun. Ini bagi menarik minat pelatih terhadap apa yang hendak
disampaikan itu. Pekara-pekara tersebut adalah:-

a. Dorongan
Untuk mendatangkan minat atau kesedaran terhadap apa yang dikehendaki
terhadap pelatih perlu mengaitkan sesuatu dengan perkara yang diajar,
tumpuan ini terutamanya kepada yang kurang minat terhadap perkara yang
akan disampaikan.

b. Menenangkan kelas
Berbagai kaedah digunakan untuk menenangkan kelas, ini bergantung kepada
jenis pembelajaran dan tahap pelatih.

1
c. Menarik perhatian kelas
Waktu kelas petang kadangkala menjadi masalah kepada jurulatih, bagi
pelatih teknikal kebiasaannya akan menjalankan amali di bengkel, makmal
ataupun woksyop. Jika waktu ini diadakan kelas perlu kreativiti jurulatih bagi
mengelakkan pelatih kurang tumpuan atau mengantuk atau khayal.

d. Tajuk yang jelas dan spesifik


Terdapat sebahagian jurulatih tidak mengambil berat dengan tajuk yang diajar,
kerana dengan tajuk itu sendiri akan menjurus kepada kefahaman pelatih.
Contohnya tajuk matapelajaran adalah Tetikus (Mouse), semasa di dalam
kelas hanya menunjukkan buka dan pasang tetikus sahaja. Tajuk yang
sepatutnya adakah Tetikus : Buka dan Pasang ataupun Buka dan Pasang
Tetikus.

e. Pembentukan tujuan matapelajaran


Ini dibuat bagi mengelakkan jurulatih tersasar dari landasan yang sepatutnya.
Ini bagi memudahkan jurulatih menyampaikan sepertimana kehendak
matapelajaran tersebut. Pelatih dapat menerima dengan mudah jika tujuan
matapelajaran diadakan.

f. Mengambil tahu pengetahuan pelajar


Kaedah yang biasa dibuat ialah mengadakan ujian atau peperiksaan pada awal
kemasukan pelatih. Ujian secara oral juga boleh dilakukan ataupun
berdasarkan keputusan dari sijil, diploma atau ijazah yang dimiliki.

PENYAMPAIAN ISI KANDUNGAN

Matlamat mengajar yang utama adalah supaya segala yang telah dirancang dan
disediakan disampaikan kepada pelatih. Beberapa aspek perlu dititikberatkan dalam
penyampaian pembelajaran yang diajarkan. Aspek-aspek tersebut adalah:-

a. Mengajar dengan aturan logikal.


Aturan mengajar perlu diikuti satu persatu dari mula hingga ke penutup. Jika
diajar mengikut sesuka hati jurulatih tanpa diajar dari permulaan
kepentingannya, ini akan mengelirukan dan membahayakan pelatih dan
jurulatih itu sendiri. Contohnya dalam Pelajaran Tembak Pistol, jurulatih
hanya arahkan pelatih ambilkan pistol, isi peluru dan tembak sasar. Jika
langkah keselamatan diajar seperti arah muncung dan kunci keselamatan
mungkin berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

b. Menegaskan pekara-pekara mustahak.


Segala kandungan matapelajaran mestilah disampaikan kepada pelatih terlebih
dahulu. Ini kerana matlamat utamanya pelatih dapat apa yang dikehendaki
diterima oleh pelatih. Pekara sampingan yang lebih mendalam atau keadaan
semasa tidaklah ditekan dalam penyampaian jurulatih.

2
c. Menegakkan keperluan pelajaran.
Kepentingan matapelajaran yang diajar perlu diperjelaskan kepada pelatih
supaya difahami kenapa matapelajaran itu diajar.

d. Menegaskan keselamatan bila perlu.


Keselamatan bukan sahaja penting semasa menggunakan senjatapi atau di
bengkel sahaja, keselamatan meliputi semua aspek semasa pembelajaran.
Keselamatan adalah satu pekara yang subjektif, sekalipun semasa mengajar
teori didalam kelas. Contohnya kaedah penggunaan multimedia dengan betul,
susunatur kelas dan sistem pengudaraan kelas.

e. Mengajar mengikut taraf pelajaran.


Setiap pelatih itu pengetahuannya berbeza, kemungkinan ada pelatih yang
mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari pelatih lain. Contohnya ada pelatih
yang memiliki ijazah di dalam bidang yang berkaitan dengan matapelajaran
yang diajar, jurulatih tidak boleh memenuhi kehendak sesuatu pihak dan
mengabaikan kehendak yang terkandung dalam matapelajaran diajar. Jika ini
dilakukan menyebabkan kerugian kepada pasukan dan kegagalan perancangan
yang dibuat.

f. Penentuan tiap-tiap bahagian


Susunan mengajar perlu diikuti bagi memudahkan pembelajaran diterima oleh
setiap pelatih, jika tiada penentuan pelatih terpaksa berusaha sendiri ataupun
dalam kekeliruan. Contoh mudah ada pada anak-anak kita di tadika, jika terus
disuruh mengeja ayam tanpa di ajar A, B, C, hingga Z.

g. Menggunakan alat bantuan mengajar dengan betul.


Jurulatih adalah seorang menyampaikan kehendak matapelajaran atau
fasilitator, bukannya seorang pemidato atau memberi syarahan. Hanya
bercakap dihadapan pelatih dengan gaya, jenaka dan intonasi suara tidak akan
mendatangkan imput yang sepenuhnya kepada pelatihnya. Keperluan alat
bantuan mengajar seperti OHP, komputer, model, aktiviti, simulasi dan
berbagai lagi peralatan terkini.

h. Menggunakan white board dengan betul.


Sebarang tulisan yang dibuat atau gambar tunjukkan atau ditampal mestilah
dapat dilihat oleh semua pelatih yang berada di dalam kelas, jangan hanya
boleh dilihat oleh pelatih di hadapan dan jurulatih sahaja. Elakkan menulis
ayat yang lengkap di white board kerana ini akan menggangu masa dan
tumpuan pembelajaran.

i. Menggunakan cara menyoal dengan baik.


Keterbukaan dalam menyoal adalah mustahak bagi semua pelatih bersedia
terhadap soalan tersebut, kemudian barulah soalan tersebut diajukan kepada
pelatih yang berkaitan. Sesuatu soalan yang dikemukan adalah menguji

3
kepintaran dan kemahiran seseorang pelatih bukannya untuk menekan atau
menjatuhkan air mukanya.

j. Mengalakkan penyertaan pelajar.


Dalam kaedah pembelajaran dewasa adalah berbeza jika dibandingkan
pembelajaran di sekolah rendah dan menengah. Pelatih tidak menerima
sepenuh maklumat dari jurulatih, perlu mendapatkan dari pembacaan dan
perbincangan. Jurulatih lebih kepada menjadi fasilitator bukannya seorang
guru sekolah.

k. Membetulkan kesalahan dengan segera.


Kesalahan atau kesilapan yang disedari berlaku samada oleh pelatih atau
jurulatih itu sendiri hendaklah diperbetulkan dengan segera bagi mengelakkan
silap faham dan mungkin membabitkan keselamatan pelatih atau bahan yang
digunakan

SIKAP UMUM

Keperibadian yang unggul adalah teras penyampaian berkesan dan sempurna. Diantara
sikap yang perlu ada adalah seperti berikut:-

a. Mempunyai daya dan keyakinan.


Kalau seorang jurulatih tidak tahu benar apa yang hendak diajar akan
menyebabkan kekeliruan kepada pelatih-pelatih. Keadaan ini jangan dibiarkan
berterusan

b. Bercakap dengan jelas dan berkesan.


Penyampaian sesuatu pekara perlu jelas maksudnya tanpa perlu menggunakan
kiasan atau bidalan, dalam pelajaran teknikal fakta dan ketepatan adalah
pekara utama. Kebiasaan jawapan atau penerangan akan berakhir dengan YA
atau TIDAK.

c. Mempunyai pengetahuan yang baik.


Ilmu yang dimiliki oleh seorang jurulatih seharusnya lebih mendalam dari
pelatih itu sendiri bagi mengelakkan jurulatih itu diperlekehkan atau pelatih
berada dalam kebosanan semasa pembelajaran diberikan.

d. Keminatan
Sesuatu pelajaran tidak dapat diselesaikan dengan sempurna tanpa minat.
Seorang yang tidak berminat tidak dapat menumpukan sepenuhnya
perhatiannya terhadap apa yang hendak disampaikan kepada pelatih.

e. Mempunyai suara yang baik.


Suara yang baik bukan bermakna harus mengeluarkan suara yang memekik
yang membingitkan siapa pendengarnya atau sangat perlahan sehingga tidak

4
didengari oleh sesiapa pun ataupun merdu seperti seorang penyanyi. Ia
bergantung kepada suasana pembelajaran, jika didalam kelas yang hanya tak
lebih 20 orang sahaja, tidak perlu mengeluarkan suara yang lantang. Suara
yang agak tinggi dalam suasana kelas akan menggangu kosentrasi penerimaan
pelatih terhadap pelajaran.

f. Mempunyai isyarat-isyarat yang baik.


Jurulatih adalah seorang yang akan menjadi panduan dan mungkin juga
sebagai ikutan oleh pelatih, sebarang isyarat seperti memuji menggunakan ibu
jari atau berhenti dengan menggunakan tapak tangan dan sebagainya.

g. Tegas dan saksama


Tegas bukan berertinya garang tapi adil dalam melaksanakan tugas tanpa
memilih jantina, warna kulit, bangsa, pangkat atau kekayaaan dimiliki. Setiap
manusia mempunyai hati dan perasaan, apa yang dilakukan oleh jurulatih itu
dapt dinilai oleh pelatih itu sendiri walaupun penilaian itu tidak hampir 100%.
Berfikir sebelum membuat atau mengarahkan sesuatu pekara.

h. Dapat mengawal kelas


Kawalan kelas mustahak bagi memudahkan pembelajaran diterima dengan
sebaiknya oleh pelatih, sebarang ganguan samada dari dalam kelas itu sendiri
atau dari luar akan menarik perhatian pelatih kepada ganguan tersebut dan
tumpuan kepada jurulatih itu sendiri akan berkurangan. Contohnya ada pelatih
membuat bunyi-bunyian, menyanyi atau bunyi telefon bimbit.

i. Senang bersoal jawab


Jurulatih yang berketerampilan adalah mudah melakukan soalan spontan dan
berkemampuan menjawab soalan dari pelatih semasa pembelajaran
dijalankan. Jawapan atau soalan yang dibuat adalah tidak mengelirukan dan
menjadi bebanan terhadap pelatih.

j. Mengekalkan keminatan pelajar kepada pelajaran


Jika memang pada asalnya pelatih minat pada matalajaran itu adalah mudah
bagi jurulatih mengekalkan keminatan mereka. Bagi yang mula meminati atau
kurang minat adalah menjadi kreativiti jurulatih untuk menarik perhatian
pelatih terhadap matapelajaran. Berbagai cara boleh dilakukan, antaranya
dengan memberi motivasi, penggunaan carta, multimedia dan permainan yang
berkaitan dengan matapelajaran tersebut.

5
PENUTUP

Sebelum menghabiskan sesuatu subjek itu, keperluan mengenalpasti bahawa pelajaran


telah difahami dan diterima oleh pelatih :-

a. Menentukan pelajaran difahami


Berbagai kaedah digunakan oleh jurulatih bagi mengenalpasti pelatih
memahami apa yang dipelajari, kaedah yang mudah adalah hanya bertanya
kepada semua pelatih samada FAHAM atau TIDAK pelajaran tersebut. Antara
kaedah lain adalah mengadakan soalan berbentuk ujian ringkas, kuiz dan
menyoal beberapa orang pelatih dengan spontan. Jurulatih yang baik adalah
dapat mempelbagaikan kaedah.

b. Soalan dari kelas


Bukakan ruang bagi pelatih menyoal jurulatih jika ada sebarang kemuskilan,
kurang kefahaman atau inginkan penjelasan lanjut.

c. Ulasan yang logik


Dalam mengupas semula kandungan matapelajaran, pastikan apa-apa yang
diperjelaskan tidak terkeluar dari kehendak matapelajaran tersebut. Bagi
memastikan isi yang diulas berada dalam landasannya, adalah sebaiknya
dibawa catitan terhadap apa yang akan disampaikan.

d. Pengukuran pencapaian tujuan pelajaran.


Pencapaian tujuan pelajaran dapat diketahui jika pelatih memahami apa yang
disampaikan. Caranya boleh menggunakan sepertimana dalam kaedah
menentukan pelajaran difahami atau ujian ringkas atau aktiviti amali.

e. Ringkasan pelajaran akan datang.


Penerangan matapelajaran akan datang perlu sekiranya apa yang diajar
bersambung, dinyatakan dengan ringkas dan jelas tujuannya supaya pelatih
lebih bersedia

f. Kata-kata penutup.
Perkaitan isi dan objektif matapelajaran seharusnya ada. Nilai keberkesanan
sesuatu mata pelajaran dapat diketahui.

Disusun & disediakan oleh:-


DSP Abd. Kadir b. Hj. Osman
Pusat Penyelidikan Sumber & Kajian
MT PDRM – 12 Mac 2020

Anda mungkin juga menyukai