Anda di halaman 1dari 6

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2(PENULISAN)

SOALAN UJIAN FORMATIF 1 (2018)

BAHASA MELAYU 3 ARIF

BAHAGIAN A (10 MARKAH)

SOALAN 1 – 5

1) Gambar 1 :-

Melukis – dinding sekolah-cantik

Ali dan Abu melukis mural pemandangan yang sangat cantik pada dinding bangunan
sekolah.

2) Gambar 2:-

Menanam-taman sains -petang.

Empat orang murid lelaki telah bergotong – royong menanam pokok-pokok herba di
taman sains sekolah pada waktu petang.

3) Gambar 3 :-

Murid – pasu bunga – sekolah

Murid meletakkan pasu bunga bersebelahan dengan rostrum sekolah.

4) Gambar 4:-

Nasrul-Basyirah -bilik darjah

Nasrul dan Basyirah bekerjasama membersihkan bilik darjah supaya dapat belajar dengan

selesa.
5) murid – murid -sangat gembira -indah

Murid – murid berasa sangat gembira kerana sekolah mereka telah kelihatan bersih dan

indah pemandangannya.

(10 markah)

BAHAGIAN B (15 MARKAH)

a)Gariskan kata nama am hidup bukan manusia di dalam ayat – ayat yang diberikan.

1) cacing
2) bunga
3) pokok
4) buah
5) hutan ( 5 MARKAH )

b) Susun perkataan – perkataan berikut menjadi ayat yang lengkap.

a. Dompet itu kepunyaan abang Hakim


b. Niza suka membaca buku cerita berunsur penyiasatan
c. Adik masih lagi tidur dalam buaian.
d. Di belakang rumah nenek ada sebatang pokok kelapa
e. Nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan.

(10 markah)
BAHAGIAN C (25 MARKAH)

PILIH SALAH SATU SOALAN SAHAJA

SOALAN 1:-

A) Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1) Berpesan
2) Menjaga
3) Berada
4) Berdua
5) Menyampuk
1) Menemani
2) Berlaku
3) Berbual
4) Kenali
5) terserempak

(10 markah)

b) Bina ayat perintah yang diberikan.

(5 markah)

1) jangan

Jangan buang sampah di sini.

2) tolong

Tolong tutup pintu itu.

3) Sila

Sila pergi ke kaunter pertanyaan.

4) Harap

Harap dia masih mengingati saya.

5) Usah
Usah bersedih hati.

c) Tulis sebuah karangan mengenai aktiviti-aktiviti berdasarkan gambar.(10 markah)

Pada hari Isnin yang lalu,murid- murid tahun tiga Arif,sekolah Seri Kepong telah bergotong – royong
membersihkan kelas.Tujuan mereka ingin membersihkan kelas kerana mereka ingin belajar dalam
keadaan selesa.Guru kelas tiga Arif iaitu cikgu Alia telah membahagikan tugas untuk memastikan
kerja pembersihan dilakukan dengan cepat.

Mereka telah memulakan gotong – royong ini pada pukul lapan pagi.Terdapat pelbagai tugas iaitu
tugas menyusun kerusi dan meja,memasang langsir,dan lain – lain.Abu telah menyapu sampah
supaya lantai tidak dipenuhi sampah.Aina menyusun kerusi manakala Ali menyusun meja supaya
kelihatan kemas.Haziq pula memasang langsir supaya kelas kelihatan cantik.Kemudian , Soroush dan
Dania telah mengelap tingkap dengan menggunakan kain supaya tingkap tidak berhabuk.Aqilah dan
Aila membersihkan halaman di bahagian luar kelas.Haikal membersihkan papan hitam.

Murid – murid tiga Arif telah bertungkus – lumus membersihkan kelas mereka.Akhirnya, mereka
telah selesai bergotong- royong membersihkan kelas pada pukul 10:00 pagi.Kelas mereka kelihatan
bersih,cantik dan ceria.Mereka berasa sangat gembira kerana telah berjaya membersihkan
kelas.Cikgu Alia mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada mereka atas usaha mereka
membersihkan kelas.

SOALAN 2

a) Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


(10markah)

1)Bertugas

2)Pedalaman

3)Menjalankan

4)Merupakan

5)Berdedikasi

6)Tambahan

7)Berjaya

8)melatih

9)gembira

10) menyayangi
b) Bina ayat seruan yang diberikan.
(5markah)

1) Wah

Wah,besarnya rumah itu!

2) Amboi

Amboi, cantiknya baju awak !

3) Aduh

Aduh,sakitnya kepalaku!

4) Hai

Hai,selamat berkenalan!

5) Cis

Cis,berani engkau datang ke sini!

c)Tulis sebuah karangan cara- cara menjaga kesihatan berdasarkan gambar.(10 markah)

Sejak kebelakangan ini, media massa seringkali memaparkan tentang masyarakat kita yang
mengalami masalah penyakit kencing manis,sakit jantung, darah tinggi dan lain – lain.Oleh hal
demikian, Kita perlu menjaga kesihatan demi mengurangkan risiko mendapat sebarang penyakit.

Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan.Pertama, kita perlu menjaga cara pemakanan
kita.Kita hendaklah memulakan gaya hidup sihat iaitu mengamalkan cara makan yang
seimbang.Lebihkan pengambilan sayur,buah-buahan,dan protein untuk memastikan badan kita
kekal sihat.Lemak dan karbohidrat masih diperlukan tetapi pengambilannya tidak sebanyak
protein.Selain itu,banyakkan bersenam dan libatkan diri dalam bersukan atau aktiviti – aktviti
yang banyak pergerakan badan.Hal ini supaya badan kita sentiasa cergas dan kuat untuk
meneruskan aktiviti rutin sepanjang hari.

Kita juga perlu menjaga kebersihan diri seperti pastikan kuku dipotong,mandi dan gosok gigi
tiga kali sehari.Kesannya,kita berasa selesa dan dapat elakkan diri dari jangkitan
kuman.Pemeriksaan doktor sangat penting untuk memastikan keadaan kesihatan kita.Oleh itu,
pastikan diri kita mendapatkan pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun. Akhir
sekali, badan kita perlu dapatkan bekalan air yang secukupnya iaitu lapan gelas besar
sehari.Bekalan air yang secukupnya dapat membantu kulit kita sentiasa dalam keadaan sihat dan
kita tidak terhidrasi.Kesimpulannya,menjaga kesihatan dapat membantu kita hidup dengan lebih
ceria dan bahagia.Hargailah diri sementara kita masih ada kesihatan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai