Anda di halaman 1dari 8

Laporan Pemantauan SEGAK

Objektif :
1. Memastikan pelaksanaan ujian SEGAK mengikut prosedur dan garis
panduan KPM.
2. Murid dapat mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal secara
kendiri.
3. Setiap murid melaksanakan ujian SEGAK pada HARI YANG SAMA
4. Murid membuat latihan SEGAK sebelum ujian dilaksanakankan

1|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

BAHAGIAN A : SEBELUM
YA TIDAK
BIL PERKARA CATATAN
(√) (X)

Penyelaras memberi taklimat pelaksanaan ujian SEGAK


kepada semua guru panitia PJPK
1. Prosedur dan teknik ujian mengikut jantina, keupayaan
1
murid, kondisi dan kuantiti peralatan serta tempat ujian
dijalankan.
2. Menekankan keselamatan dan kesihatan murid

2 Guru membuat hebahan berkaitan ujian SEGAK dan


menggalakkan murid membuat latihan ujian SEGAK secara
individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.

3 Guru memberi bimbingan awal dan taklimat yang jelas


berkaitan ujian SEGAK kepada murid supaya bersedia untuk
ujian akan datang.
1. Prosedur alatan: Guru membuat tunjuk cara ataupun
menggunakan pelajar cara melakukan setiap ujian.
2. Turutan ujian SEGAK
3. Cara mengukur, merujuk norma setiap item ujian SEGAK
untuk mendapatkan skor setiap ujian dan gred
4. Aktiviti memanas dan menyejukkan badan
5. Mengutamakan keselamatan.

BAHAGIAN B : SEMASA
YA TIDAK
BIL PERKARA CATATAN
(√) (X)

TAKLIMAT UJIAN SEGAK

Guru mengingatkan sekali lagi prosedur melaksanakan ujian


1 SEGAK

2|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

UJIAN 1 : INDEKS JISIM BADAN


Guru atau murid mengukur dan mencatat tinggi dan berat untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan

2 Alatan dan kemudahan yang digunakan


1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Kalkulator
4. Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang
SEGAK Sekolah Menengah (BSSM)

3 Pengurusan ujian
1. Ukuran Indeks Jisim Badan dilakukan sebelum
pelaksanaan ujian-ujian lain
2. Memakai pakaian yang ringan
3. Menanggalkan kasut dan stoking

4 Melakukan prosedur mengukur:

a. berat badan dengan betul seperti langkah di bawah:


1. Memastikan jarum penunjuk penimbang berada pada
angka 0 kg sebelum setiap ukuran diambil.
2. Berdiri tegak di tengah-tengah penimbang.
3. Pandang lurus ke hadapan.
4. Pembantu membaca ukuran berat secara pandangan
selari dengan jarum penunjuk penimbang.
5. Ujian ini juga boleh menggunakan penimbang digital

b. tinggi dengan betul seperti langkah di bawah


1. Berdiri tegak dan pandang lurus ke hadapan.
2. Kedua-dua belah telapak kaki menapak pada alas
pengukur ketinggian.
3. Pembantu menggerakkan palang pengukur ketinggian
ke atas kepala murid yang diukur.
4. Pembantu membaca ukuran secara pandangan selari
dengan senggatan di alat pengukur tinggi.

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN


Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan regangan dinamik

UJIAN 2 : UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT


Untuk mengukur daya tahan kardiovaskular

1 Alatan dan kemudahan yang digunakan


1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm atau 1 kaki
2. Jam Randik

3|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

3. Metronom atau rakaman metronom 96 detik seminit


4. Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang
SEGAK Sekolah Menengah (BSSM)

2 Pengurusan ujian
1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.
Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik
seminit.

3 Prosedur ujian:
1. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang
mana sesuai) diletakkan di atas bangku.
2. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
3. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri
naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian
kaki kanan naik atau sebaliknya).
4. Turutan naik turun bangku adalah “naik, naik, turun,
turun”. Lutut mestilah lurus semasa kedua-dua belah
kaki berada di atas bangku dan di atas lantai.
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman
atau metronom dengan kadar 96 detik seminit selama 3
minit tanpa henti.
6. Selepas tamat, murid dikehendaki duduk sera merta.
7. Selepas 5 saat , guru atau murid hendaklah mengira
kadar denyutan nadi dalam jangka masa 1 minit
8. Jika murid tidak menamatkan ujian selama 3 minit tanpa
henti, tiada skor untuk murid berkenaan.

UJIAN 3 : TEKAN TUBI


Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

1 Alatan dan kemudahan:


1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span (5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi).
3. Jam Randik.
4. Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
5. Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang
SEGAK Sekolah Menengah (BSSM)

2 Pengurusan ujian:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B mengira dan
mencatat.
3. Baju-T yang dipakai oleh murid perlu dimasukkan ke
dalam seluar (tuck in).

4|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

4. Murid perempuan yang bertudung perlu memasukkan


tudung ke dalam baju-T.

3 Prosedur untuk murid LELAKI:


1. Murid hendaklah bermula dengan keadaan bersedia
dengan sokong hadapan dan tangan dibuka seluas bahu.
Kedudukan badan dan kaki sentiasa diluruskan dengan
muka memandang ke lantai.
2. Turunkan badan dengan fleksi siku sehingga dada
menyentuh span yang tingginya 10 cm.
3. Luruskan tangan ke kedudukan asal.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit tanpa henti.
Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul.
5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi
secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira
berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga
murid berhenti.
6. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna.
7. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

4 Prosedur untuk murid PEREMPUAN:


1. Murid hendaklah bermula dengan keadaan bersedia
iaitu tangan dibuka seluas bahu dan lutut fleksi. Berat
badan disokong oleh tangan lurus dan lutut. Lutut
difleksi dan kedua belah kaki tidak bersilang. Kedudukan
badan dan paha sentiasa diluruskan dan muka pandang
ke lantai
2. Turunkan badan dengan siku difleksi sehingga dada
menyentuh span yang tingginya 10 cm.
3. Luruskan tangan ke kedudukan asal.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit tanpa henti.
Skor dikira jika murid melengkapkan lakuan yang betul.
5. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi
secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira
berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga
murid berhenti.
6. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan
aktiviti secara sempurna.
7. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

UJIAN 4 : RINGKUK TUBI SEPARA


Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

1 Alatan dan kemudahan :


1. Pita pelekat bersaiz 2.5 cm lebar.
2. Penanda 15 cm seperti straw minuman.
3. Pembaris 30.5 cm

5|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

4. Jam randik
5. Metronom atau rakaman metronome 50 detik seminit
6. Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat).
7. Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang
SEGAK Sekolah Menengah (BSSM)

2 Pengurusan ujian:
1. Ujian dilakukan secara berpasangan. Murid A sebagai
pelaku dan murid B mengira dan mencatat.
2. Lekatkan dua penanda dengan pita pelekat secara selari
di atas tilam senaman di kiri dan kanan pelaku.
3. Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.
4. Tilam senaman digunakan sebagai alas untuk menyerap
hentakan bahu dan kepala.

3 Prosedur ujian: Panduan Pemantau :


1. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia
dengan baring dan fleksi lutut 90º serta telapak kaki Lakuan ringkuk yang
sentiasa menyentuh tilam senaman. Buka kaki seluas tidak sempurna:
bahu. Kedua-dua belah tangan lurus disisi, selari dengan 1. Bahagian
badan, dan telapak tangan sentiasa rata di atas tilam bawah/belakang
senaman sepanjang ujian. Hujung jari yang terpanjang badan tidak
menyentuh penanda pertama. menyentuh lantai.
2. Pada setiap lakuan ringkuk tubi separa, bahagian bawah 2. Tumit diangkat.
belakang badan hendaklah sentiasa menyentuh tilam 3. Badan/ bahu
senaman semasa bahu diangkat. Kedua-dua belah senget.
tangan menggelongsor sehingga hujung jari menyentuh 4. Punggung
penanda kedua dan kembali ke kedudukan asal. terangkat.
3. Murid melakukan ringkuk tubi separa mengikut bunyi 5. Lutut tidak
metronome yang diperdengarkan selama 1 minit tanpa bersudut 90
henti. Lakuan maksimum ringkuk tubi separa adalah darjah (tegak).
sebanyak 25 ulangan.
4. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid:
i. Tidak dapat mengikut bunyi metronom.
ii. Tidak dapat melakukan ringkuk tubi separa dengan
teknik yang betul dua kali berturut-turut seperti
prosedur 2 hingga 3.
iii. Berhenti melakukan ujian sebelum tamat 1 minit.
5. Skor diambil kira berdasarkan ulangan dibuat selama 1
minit atau setakat murid berhenti.

UJIAN 5 : JANGKAUAN MELUNJUR


Mengukur fleksibiliti

1 Alatan dan kemudahan.


1. Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan
jarak meletakkan telapak kaki adalah pada 23 cm.

6|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

2. Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) atau Borang


SEGAK Sekolah Menengah (BSSM).

2 Pengurusan Ujian
1. Murid perlu memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang
bersesuaian tetapi tidak perlu memakai kasut dan
stokin.
2. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
3. Seorang murid melakukan ujian manakala rakannya
membaca dan mencatatkan skor.
4. Alat jangkauan melunjur perlu diletakkan rapat ke
dinding supaya tidak bergerak.

3 Prosedur Ujian
1. Murid hendaklah bermula dalam keadaan bersedia
dengan kedua-dua belah kaki lurus dan telapak kaki
menyentuh papan sepanjang masa ujian. Pembantu
meletakkan tangan di atas lutut pelaku bagi memastikan
lutut tidak difleksi.
2. Telapak tangan dominan ditindih di atas belakang
telapak
3. tangan bukan dominan dalam keadaan kedua-dua
hujung jari tengah hendaklah bertindih.
4. Jangkau tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin
atas skala pengukur.
5. Kekalkan jangkauan maksimum selama 3 saat.
6. Murid diberi tiga kali percubaan berturut-turut.
Jangkauan terbaik diambil kira sebagai skor. Skor tidak
akan dikira jika lutut difleksi semasa melakukan
jangkauan. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir
(tidak perlu merekodkan dalam titik perpuluhan).

4 Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada


HARI YANG SAMA.

AKTIVITI MENYEJUKAN BADAN


Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan regangan statik selepas tamat ujian Jangkauan
Melunjur.

7|PPDBAP
Laporan Pemantauan SEGAK

BAHAGIAN C: SELEPAS
YA TIDAK
BIL PERKARA CATATAN
(√) (X)

Guru dan murid merancang serta melaksanakan aktiviti


1
intervensi berdasarkan keputusan ujian SEGAK.

2 Guru merekodkan dapatan dalam Sistem Pentaksiran


Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

3 Guru menyerahkan laporan SEGAK kepada murid dan


penjaga.

4 Guru menganalisis dapatan SEGAK.

Sumber rujukan : Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK)

Ulasan :

Disemak oleh :

……………………………………………………………..

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

8|PPDBAP

Anda mungkin juga menyukai