Anda di halaman 1dari 9

SULIT

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 4
UJIAN BULAN MAC

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK


UJIAN MAC
2020
PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 4
1 Jam
NAMA: _____________________________________ KELAS:_________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI


SEHINGGA DIBERITAHU
BAHAGIAN
A
1. Kertas soalan ini mengandungi
BAHAGIAN
Bahagian A B
2. Jawab semua soalan di dalam SAHSIAH
kertas ini.

BAHAGIAN A

Arahan :

Setiap soalan disertakan dengan empat jawapan sebagai pilihan . Di antara empat jawapan
tersebut terdapat satu jawapan yang paling tepat menjadi jawapan kepadaa soalan . Bulatkan
jawapan tersebut.

1. Setiap hari Jumaat, penganut agama Islam akan bersembahyang di ___________ .

A surau
B masjid
C rumah
D di mana-mana sahaja

2. Penganut agama Buddha melepaskan burung merpati ketika menyambut Hari


Wesak sebagai tanda ________________ .
A kebebasan
B kesyukuran
C keimanan
D kerajinan

3. Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju
kamu. Apakah yang patut kamu lakukan ?

A Memaafkannya kerana tidak disengajakan


B Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan
C Tidak memaafkannya
D Melaporkan kepada guru disiplin

4. Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan
kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan ?

A Meminta bantuan ibu bapa.


B Mengulangkaji dan membuat latihan Matematik dengan tekun.
C Membuat ulangkaji di saat-saat akhir.
D Tidak membuat apa-apa persediaan.

5. Kamu akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Bagaimanakah kamu
dapat memastikan kamu mengulangkaji pelajaran dengan betul ?

A Menyediakan jadual waktu belajar.


B Belajar hanya pada waktu malam.
C Belajar hanya pada waktu siang sahaja.
D Menyediakan jadual waktu belajar seminggu sebelum peperiksaan.

6. Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha
tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha .

A gigih
B bijak
C rajin
D gemar

7. Munirah menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya setiap tahun kerana dia


mempunyai semangat ____________ dalam apa jua perkara yang dilakukannya.
A tolong – menolong
B kesukanan
C berdaya maju
D toleransi

8. Siew Meng sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan


sekelasnya.

A tingkahlakunya
B pertuturannya
C kesopanannya
D kecantikkannya

9. Senaman menolong mencergaskan badan dan __________ kita.

A hati
B minda
C jiwa
D perasaan

10. Antara yang berikut, yang manakah perlu dimakan dengan sedikit sahaja ?

A Mentega
B Ayam
C Ikan
D Sayur

11. Pilih mereka yang mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan .

A Leela makan empat pinggan nasi pada waktu tengahari


B Lazam memukul anaknya sehingga pengsan kerana bermain permainan
video
C Julia menghabiskan semua wang sakunya untuk membeli permainan
D Peter makan mengikut waktu

12. Azalia dan Leha merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa
mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam
pergaulan seharian.

A tingkahlaku , tutur kata


B sikap terbuka , bebas
C sikap bebas , perasaan benci
D tutur kata , sikap terbuka

13. Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia
mengamalkan sikap ___________ .

A sederhana
B belas kasihan
C kejujuran
D terima kasih

14. Norseh terambil buku Matematik Remoi . Dia patut ________________ .

A memberitahu Remoi
B beritahu apabila ditanya Remoi
C membuang buku itu
D tidak perlu beritahu sesiapa

15. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?

A Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir


B Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma
C Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma
terbanyak
D Saroja tidak menderma langsung

16. Sumbangan yang ikhlas akan sentiasa ______________ .

A dikenang
B disebut
C dicaci
D diragui

17. Carmen mengucapkan _____________ kepada jirannya yang menolong menjaga


rumahnya semasa ketiadaanya.

A syabas
B terima kasih
C tahniah
D selamat jalan

18. Mengamalkan sikap _________________ akan mengeratkan lagi perhubungan dengan


orang lain.

A berterima kasih
B pentingkan diri
C suka
D marah

19. Kita hendaklah _____________ terhadap anggota keluarga kita .

A benci
B tidak peduli
C sayang
D kurang ajar

20. Kasih sayang ialah ciri terpenting bagi melahirkan sebuah keluarga ___________ .

A berkonflik
B bahagia
C besar
D berdikar
BAHAGIAN B

Soalan 1 – 5
Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang disediakan.

terima kasih Cina hormat-menghormati

lembut tekun

1 Setiap agama dalam dunia ini menggalakkan penganutnya hidup tolong-menolong dan
___________________________ antara satu sama lain .

2 Makan dengan menggunakan penyepit adalah amalan kaum ____________ .

3 Ajman mengucapkan ______________ kepada Selen kerana membelikannya sebungkus


nasi lemak.
4 Ipon menegur sikap adiknya yang nakal dengan suara yang _______________ .

5 Tong Seng membuat kerja yang diberikan dengan ____________ .

Soalan 6 – 10
Tandakan (_/ ) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah.

6 Setiap cabaran haruslah dihadapi dengan tabah. ( )

7 Kita tidak digalakkan untuk mencuba perkara baru yang berfaedah. ( )

8 Suatu usaha yang bersungguh-sungguh akan mencerminkan maruah


diri seseorang . ( )

9 Encik Jogan memarahi pekerjanya dengan kata-kata kesat kerana


gagal menyiapkan kerja yang diarahkannya . ( )

10 Walaupun marah dengan tindakan adiknya, Biau tetap menegur


adiknya dengan bahasa yang sopan . ( )

Soalan 11 – 20
Gariskan jawapan yang betul .

11 Hodin sentiasa ( mencuci , mengelap ) tangan sebelum menyentuh sebarang makanan.

12 Kita perlu mandi sekurang – kurangnya ( dua , satu ) kali dalam sehari.

13 Samaon selalu mengamalkan sikap ( boros , sederhana ) semasa berbelanja .

14 Pek Wei bercakap ( bohong , benar ) walaupun tahu dia tahu yang dia akan dihukum
kerana tidak sengaja memecahkan pasu bunga ibunya .

15 Apabila menderma , kita hendaklah sentiasa ( angkuh , ikhlas ) memberikan bantuan


kepada mereka yang memerlukan .
16 Ucapan terima kasih selepas mendapat pertolongan dari orang lain dapat
( mengeratkan , memecahkan ) lagi hubungan persaudaraan .

17 Ibu bapa perlu ( dihormati , diderhakai ) sepanjang masa kerana mereka


membesarkan kita dan mengajar kita nilai – nilai yang baik .

18 Endol sentiasa ( berbuat baik , berbuat jahat ) dengan jiran tetangga demi menjaga
maruah keluarganya.

19 Setiap anggota masyarakat perlu ( bermusuhan , bekerjasama ) untuk mewujudkan


suasana hidup berjirang yang harmoni.

20 Penduduk Taman Paya Keladi telah ( memulaukan , menghadiri ) Majlis Hari


Keluarga di padang rekreasi di kawasan kediaman mereka .

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai