Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI SAINS GUNAAN

DIPLOMA SAINS

CTU 101

ASAS-ASAS DALAM ISLAM

ASSIGNMENT 1

TAJUK : BAB 1 TASAWWUR ISLAM

KELAS : AS1201B

NAMA PENSYARAH : USTAZ AHMAD FADHIR BIN MAT DAHAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA ID PELAJAR
DAYANA BATRISYA BT MOHD SAYUJI 2019408186
DAYANGKU NUR ATHILAH BT MOHD 2019447672
FAIZ
NUR ALIA HANIS BT ASMUEE 2019255388
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT


1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan
3.
4.
5.
6.
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan
tugasan yang diberikan ini. Dengan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz
Ahmad Fadhir kerana telah memberi segala tunjuk ajar kepada kami agar dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Tidak lupa juga, kami ingin berterima kasih kepada kawan-kawan kami yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir kalam, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan
kami ini, segala kekurangan harap dimaafkan sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah
SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri.

Sekian,
Terima kasih dan Assalamualaikum.
KEISTIMEWAAN ISLAM

Islam adalah agama wahyu yang datangnya dari Allah SWT sudah tentu mempunyai ciri-ciri yang
istimewa. Antara ciri-ciri istimewanya ialah rabbani, syamil dan kamil, wasatiyyah, waqi’e, dan ‘alami.

Menurut Abdul Aziz (2008), Ia bersifat rabbani kerana sumber syariah ialah Wahyu Allah SWT. Wahyu
ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dengan dua pendekatan. Pertama, wahyu dalam bentuk
lafaz dan makna iaitu al-Quran dan keduanya dalam bentuk maknanya sahaja iaitu al-Sunnah . Oleh itu,
Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta atau diilhamkan oleh penciptanya yang bersifat
lemah.

Menurut Saiful Bakri (2008), Syariah islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi
segala kepentingan mereka sama ada dalam bentuk daruriyyat, hajiyat dan juga tahsiniyyat.Ia menyusun
dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannya sama ada dengan Allah, sesama manusia
atau alam sekeliling mereka. Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana agama
tersebut tidak menentukan peraturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak
menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi mereka.

Menurut Haji Solihin (2008), Wasatiyyah bermaksud Islam dalam agama penuh dengan keseimbangan.
Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang. Setiap satu bahagian
dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya
oleh manusia., bukan bahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu
sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah
kehidupan masyarakat dan negara.

Menurut Roqiah (2012), Islam adalah agama yang praktikal iaitu Waqi’e. Ia bukan hanya teori semata-
mata bahkan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan Islam. Dalam konteks ini, seluruh system Islam
sama ada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa
bentuk kehidupan manusia yang tidak statis tetapi sebaliknya praktis.

Menurut Sofian Abu ( 2007), Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi semua
tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusia walaupun
mereka berada di planet Marikh sekalipun. Ia sesuai untuk dilaksanakan pada zaman Rasulullah SAW,
sekarang dan akan datang sehingga hari kiamat. Ajarannya merangkumi zahir dan batin menambahkan
lagi kekuatan dan kesejagatan Islam.

Pada pendapat penulis, keistimewaan ajaran Islam ialah disebabkan agama Islam merupakan agama
penyempurna, sekaligus penghapus ajaran agama yahudi dan nasrani yang mana ajarannya hanya
bersifat local yang membawa erti hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Islam merupakan agama yang
bersifat universal, kemudian di sisi lain islam mempunyai keindahan bagi pemeluknya yang tidak
ditemukan bagi orang ateis dan yang berlainan agama. Agama islam ialah satu agama yang teragong di
dunia yang fana ini kerana ianya diturunkan oleh ALLAH S.W.T kepada Nabi Muhammad SAW untuk
dijadikan petunjuk kepada manusia untuk kejalan yang benar.
KAEDAH PENYEBARAN ISLAM

Menurut Farhah Zaidar (2017), dalam memperluaskan ajaran Islam, kaedah utama yang digunakan ialah
dakwah dan jihad. Tercatat dalam lipatan sejarah bahawa agama Islam tersebar ke seluruh pelusuk alam
kesan daripada dakwah dan jihad yang dilakukan oleh para sahabat dan seluruh pejuang Islam. Selain
itu, dakwah merupakan penyebaran ilmu agama Islam yang dilakukan oleh seseorang atau sebuah
pertubuhan keagamaan kepada khalayak umum. Dakwah merupakan proses yang berkesinambungan
yang dilakukan oleh para dakwah (ulama’) dalam rangka mengubah sasaran dakwah agar
membawa umat Islam ke jalan Allah, dan secara berperingkat menarik umat manusia menuju
kepada kehidupan yang lebih islamik. Tidak semestinya ulama’ dan cendiakawan islam sahaja yang
boleh melakukan aktiviti dakwah ini, kita sebagai umat islam yang mempunyai ilmu juga boleh
melakukannya. Ia merupakan satu usaha untuk mengajak manusia agar memahami dan menghayati
Islam dengan betul.

Menurut Mej Mohamad Ramli (2015), Jihad dari segi bahasa ialah masdar kepada jahada yujahidu,
jihadan dan mujahadatan. Jihad menurut istilah ialah berusaha gigih untuk menegakkan sebuah
masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, yang seterusnya
membawa syariat Allah untuk memimpin seluruh alam. Jihad adalah tenaga yang mengekalkan
keutuhan umat Islam yang menjamin terselamat dari pencerobohan dan kezaliman.Jihad dalam
pengertian di atas jelas menunjukkan penggunaan senjata, nyawa, harta dan sebagainya untuk
menghadapi musuh adalah salah satu daripada bentuk jihad qital (jihad melalui peperangan). Tetapi
terdapat beberapa jihad lain yang lebih utama untuk diperhatikan oleh kita umat Islam di Malaysia
seperti:
Jihad memerangi hawa nafsu.
Jihad dalam melakukan perubahan pada diri daripada buruk kepada baik.
Jihad dalam konteks mencari keredaan Allah dengan mengikut seluruh tuntutan syarak.
Hukum jihad adalah fardhu kifayah, fardhu ain dan sunat. Konsep jihad dalam Islam merupakan
amalan murni bagi membentuk kesejahteraan dan menyebarluaskan kasih sayang dalam usaha
untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Ia dilaksanakan berdasarkan ketetapan hukum
berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru, pelaksanaannya hendaklah berdasarkan ilmu dan
kefahaman yang sebenar. Bukan hanya berdasarkan dakwaan dan tindakan melulu semata-mata.

Pada pendapat penulis, kaedah penyebaran Islam melalui dakwah dan jihad sememangnya
berkesan. Hal ini dapat dilihat melalui sejarah Islam zaman Nabi Rasullah mahupun zaman kini.
Bukan itu sahaja, dakwah juga semakin maju. Contohnya, ramai pendakwah di Malaysia mahupun
seluruh negara berdakwah melalui internet iaitu media massa seperti Instagram dan Youtube.
Dengan ini, masyarakat dapat mengetahui dan mendalami ajaran Islam di mana-mana sahaja. Oleh
itu, penyebaran agama Islam bergantung kepada kesungguhan seseorang untuk mendalami Islam.
Dan tidak mustahil melalui dakwah dan jihad ini masyarakat dapat hidayah seterusnya menerima
Islam sebagai pegangan dan panduan hidup.
KESAN PENGABAIAN ISLAM

Menurut Mohd Zuhairi (2012), sekiranya seseorang itu mengabaikan Islam, mereka akan
mengabaikan ibadah mereka. Ramai dari kalangan umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah
wajib seperti solat, puasa, zakat dan haji. Mereka seolah-olah tidak takut dengan balasan Allah.
Janji azab Allah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat dengan dimasukkan ke dalam neraka
Saqar tidak sedikit pun membekas di hati.Pengabaian ini menyebabkan berlaku perkara buruk
kepada individu, masyarakat dan negara. Hati mereka resah dan tidak tenteram. Kehidupan
berkeluarga tidak harmoni dan bahagia dan negara juga ditimpa kesusahan, kemelaratan dan
penderitaan. Umat Islam juga akan menjadi kurang berdisiplin.
Menurut Ain Khiruddin(2017), Islam hanya tinggal pada nama sahaja, sedangkan cara dan gaya
hidup tidak melambangkan mereka seperti orang Islam, ini termasuk cara berpakaian, penampilan
diri lelaki dan wanita Islam, cara berkeluarga, cara berfikir, cara mendidik anak-anak dengan agama
dan seribu satu macam karenah lagi tidak menampakkan diri mereka persis individu Muslim yang
beramal dengan ajaran Islam sebenar. Sebagai contoh perhubungan bebas antara lelaki dan
perempuan yang belum berkahwin. Perlakuan tersebut tidak menimbulkan rasa bersalah dalam jiwa
malahan berasa bangga dengan perbuatan tersebut.

Pada pendapat penulis, Pengabdian diri kepada Allah swt ketika dilihat dari sudut-sudut yang
berbeza seperti yang dihuraikan di atas, jelas kepada kita bahawa peranan ibadat atau pengabdian
diri kepada Allah swt atau dalam erti kata lain menyembah Allah swt sangat penting kepada
makhluk manusia. Kerana segala perkembangan dan pembangunan serta kemajuan di dunia ini
tidak akan memberi erti atau makna serta hakikat sebenar, kecuali setelah semuanya ini
dilaksanakan hanya kerana kepatuhan, ketundukan dan mencari redha Allah swt di dalam segala
bentuk aktiviti-aktiviti kebendaan dan keduniaan barulah segala bentuk usaha dan amalan manusia
tersebut dikira memperolehi pahala dan ganjaran syurga menunggu mereka yang beriman dan
beramal soleh dari kalangan lelaki mahu pun wanita. Ternyata pintu-pintu syurga akan terbuka luas
kepada mereka yang beribadat dengan berterusan menyembah Allah swt dengan baik di dunia ini.
Oleh itu, umat islam perlu mempraktikkan Islam dengan lengkap dari semua aspek meliputi jasmani
dan rohani agar tiada pengabaian Islam berlaku.
RUJUKAN

1. Abdul Aziz Bin Harjin,2008, Keistimewaan Islam Rabbani, UiTM Perlis.

2. Saiful Bakri Salahuddin,2008, Syariah Islam, UKM.

3. Haji Solihin Kamaruddin, 2008, Wasatiyyah salah Satu Keistimewaan Islam, Artikel.

4. Roqiah Sufian,2012, Islam adalah agama praktikal, UKM.

5.Sofian Abu,2007, Islam agama Alami, Artikel.

6. Farhah Zaidar Mohamed Ramli, 2017, Penyebaran dan Perkembangan Islam, KUIS.

7. Mej Mohamed Ramli, 2015, Konsep Jihad Dalam Islam, UniTAR

8. Mohd Zuhairi Safuan, 2012, Asas Islam Syariah, Artikel.

9. Ain Khiruddin, 2017, Kesan Pengabaian Islam Dan Syariah Islam, UiTM.

Anda mungkin juga menyukai