Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG

BELUKAR, Talian : 09-5361285


KM7, JALAN GAMBANG, Faks : 09-5361249
KUANTAN, PAHANG. Email : cba4108.skkb@gmail.com

Ruj. Kami :
Tarikh : 21 Febuari 2020

YANG DIPERTUA,
PIBG SK KAMPUNG BELUKAR

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PERBELANJAAN ATLET KE KEJOHANAN


OLAHRAGA MSSP 2020

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan, JPN Pahang (Unit Sukan) akan menganjurkan kejohanan
seperti ketetapan dibawah:

Perkara : KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP 2020


Tarikh : 08 HINGGA 13 MAC 2020
Masa : 0800 HINGGA 1700
Tempat : KOMPLEKS SUKAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PEKAN.
Atlet : ASWAD DANIEL BIN ABDULLAH (6 TABLIGH)

3. Terdapat seorang atlet dari SK Kampung Belukar telah terpilih untuk mewakili
Daerah Kuantan untuk ke Kejohanan Olahraga MSSP 2020 di Pekan, Pahang. Sehubungan
itu, pihak sekolah dengan rendah diri ingin memohon untuk membantu dari segi
perbelanjaan (makanan serta pakaian) atlet ke kejohanan tersebut.

4. Selain itu, sebagai token kerana dapat mewakili sekolah ke peringkat negeri, pihak
sekolah ingin memohon sumbangan untuk membeli kasut untuk atlet kita agar dapat
menaikkan semangat atlet sekolah kita untuk mewakili sekolah.

5. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik pihak PIBG sebanyak
………………….. untuk menampung kos perbelanjaan atlet pada aktiviti tersebut.

6. Segala sumbangan dan kerjasama yang pihak tuan berikan diucapkan berbanyak
terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

(ZARADI @ ZURAIDI BIN AB WAHAB)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM ,
SK Kampung Belukar

Anda mungkin juga menyukai