Anda di halaman 1dari 8

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana telah
memudahkan urusan saya sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus GBM1103
sehingga ke akhirnya. Tidak lupa kepada pihak IPG Kampus Ipoh, jutaan terima kasih dan
penghargaan diberikan kerana saya dapat nneyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan lebih
mudah dengan adanya perpusataan untuk saya membuat rujukan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Nor
Hashimah Binti Haji Mohamed Said kerana memberikan penerangan yang lengkap dan
padat semasa tugasan ini diberikan dan sudi membimbing dan berkongsi idea semasa
tugasan kerja kursus ini disiapkan. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih
kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk menyelesaikan tugasan ini dengan
jayanya.

Begitu juga kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam menyelesaikan
kerja kursus ini dengan memberikan wang untuk mencetak dan membeli bahan bagi
menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa kalian, tugasan kerja kursus ini tidak akan dapat
dihasilkan dengan sepurna. Tidak terlupa kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk
ajar dan berkongsi buah fikiran dalam menjayakan kerja kursus ini, terima kasih saya
ucapkan.

Akhir sekali, diharapkan melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat menambah
ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi bakal guru kaunseling yang dapat melahirkan
modal insan yang cemerlang dunia akhirat. Harapan saya agar hasil penulisan ini akan
memberi kesan kepada diri saya begitu juga kepada diri pembaca seterusnya kita sama-
sama dapat menjadi pendidik yang berpengatuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pengajaran malah dalam kalangan masyarakat setempat
khususnya.

1
Isi Kandungan

Penghargaan 1
TUGASAN 1: PENULISAN ESEI
1.0 Pengenalan 3
2.0 Menilai Kepentingan Kemahiran-Kemahiran Dalam Komunikasi Berkesan 4
3.0 Komunikasi Berkesan Membantu Meningkatkan Pembangunan Kerjaya Seorang 5
Guru
4.0 Kesimpulan 6
Rujukan 7

2
TUGASAN 1 : PENULISAN ESEI 1
1.0 Pengenalan

Manusia telah diutuskan oleh Allah swt di atas muka bumi sebagai khalifah kerana
manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Hal ini demikian kerana manusia dikurniakan akal
fikiran bagi membezakan antara baik dan buruk. Manusia saling memerlukan antara satu
sama lain dalam menjalani kehidupan bagi memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
Manusia berhubung antara satu dengan yang lain melalui komunikasi. Menurut Kamus
Dewan edisi keempat (2010), komunikasi bermaksud perhubungan (secara langsung atau
dengan perantaraan serat, radio telefon, dll) ~ massa komunikasi atau perhubungan dengan
atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Berkomunikasi, Berhubung (secara langsung
atau dengan perantaraan surat, radio telefon dll) mengadakan perhubungan (bercakap,
berbincang, bertukar pendapat, dll ) bahasa ialah alat untuk berfikir dan melahirkan buah
fikir.

Menurut Maimunah Osman (2000), komunikasi merupakan asas kepada


perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Dapat difahami bahawa
komunikasi ini adalah satu medan perhubungan di antara dua manusia untuk
menyampaikan sesuatu perkara secara langsung dan tidak langsung. Dalam konteks
perguruan pula, komunikasi merupakan salah satu elemen penting dalam mendidik pelajar
supaya mencintai serta menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu pengetahuan. Melalui
penyampaian yang menarik di dalam bilik darjah, murid akan bersemangat untuk belajar dan
tidak mudah berasa bosan. Guru dapat menarik perhatian pelajar dengan mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran komunikasi berkesan. Komunikasi berkesan merujuk kepada sumber
atau penyampai maklumat yang dapat menyampaikan maklumat atau perutusan, idea atau
pengetahuan kepada penerima dengan tepat dan maksudnya sama tanpa menimbulkan
kekeliruan atau salah faham, (Zawiyah Mohammad Yusof ,2009). Tujuan komunikasi
merupakan salah satu aktiviti yang sangat penting kerana komunikasi merupakan satu
elemen penting yang diperlukan oleh manusia dari saat dilahirkan hinggalah di saat
kematian yang mana bertujuan untuk menyedarkan orang lain tentang kewujudanya.

3
2.0 Menilai Kepentingan Kemahiran-Kemahiran Dalam Komunikasi Berkesan

Kemahiran komunikasi amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran


supaya proses tersebut berjalan dengan lancar dan berkesan. Untuk membina kecekapan
berkomunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menguasai kemahiran
berbahasa. Kemahiran berbahasa melibatkan dua komponen asas iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur. Menurut Izani Daun (2001), bertutur merupakan satu cara
berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat
pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Penguasaan terhadap ilmu
ini penting dalam komunikasi supaya guru dapat memastikan input yang diberikan kepada
murid-murid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Contohnya, guru hendaklah menyebut perkataan dengan sebutan
yang betul. Oleh sebab itu, guru seharusnya menguasai terlebih dahulu penyebutan sesuatu
perkataan dengan betul sebelum proses pengajaran sesuatu topik itu dilakukan. Dengan
cara ini, para pelajar kan lebih yakin terhadap pengajaran gurunya. Akhirnya, kemahiran
bertutur dalam komunikasi berkesan ini menyumbang kepada suasana pembelajaran yang
berkesan.

Dalam usaha melahirkan modal insan yang unggul sebenarnya memerlukan


penguasaan kemahiran komunikasi yang unggul oleh seorang guru. Menurut laporan
Pembangunan Sumber Manusia (2003) menyatakan masalah masyarakat dewasa kini ialah
kurangnya interaksi dalam kalangan mereka. Kajian oleh Salleh dan Noah (2000) turut
menyokong kepentingan kemahiran komunikasi kalangan masyarakat. Mereka menyatakan
bahawa, bagi memastikan sesebuah masyarakat itu dapat terus maju kehadapan,
kemahiran berkomunikasi itu adalah sangat penting. Hal ini kerana, bagi menyampaikan
sesuatu maklumat itu secara telus dan tepat, komunikasi yang betul adalah amat diperlukan.
Bagi merealisasikan Hasrat ini, guru memainkan peranan besar dalam memastikan pelajar
gemar berkomunikasi secara lisan mahupun bukan lisan dan mengajarkan kemahiran-
kemhairan komunikasi kepada mereka. Contohnya, guru melatih pelajar kemahiran lisan
dengan mewujudkan komunikasi dua hala seperti mengajukan soalan kepada pelajar dan
menggalakkan pelajar memberi idea. Melihat kepada kepentingan komunikasi yang
berkesan, pelajar akan sentiasa melatih diri, agar mereka dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi yang ada di dalam diri mereka. Akhirnya, pelajar akan mampu berkomunikasi
dengan baik jika guru berjaya mengaplikasikan kemahiran komunikasi lisan kepada pelajar
di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, modal insan unggul dapat dilahirkan.
Kesannya, pelajar mampu berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan idea-idea
kreatif.

4
5
3.0 Komunikasi Berkesan Membantu Meningkatkan Pembangunan Kerjaya Seorang
Guru
Dua konsep pembangunan profesional guru ialah membangunkan pengetahuan dan
kemahiran berkaitan amalan profesional berkesan selaras dengan perubahan semasa dan
tanggungjawab baru yang dipikul oleh guru. Rotherham dan Willingham (2009)
menyatakan bahawa dalam menghadapi masyarakat berilmu abad ke-21, guru perlu
sentiasa mengikuti perubahan arus semasa dalam literasi media baru; timeless work skills
dengan memiliki motivasi kendiri yang tinggi, perancangan yang terancang, sistematik dan
ke hadapan, pengurusan masa yang baik dan komunikasi berkesan. Komunikasi berkesan
menyumbang kepada pembangunan kerja guru kerana guru mudah mendapat maklumat
dan menerima mesej dari pelajarnya kerana terdapat unsur komunikasi dua hala di antara
pelajar dan gurunya. Contohnya, guru menggunakan intonasi yang lembut ketika meminta
pelajar untuk menjawab dan mengemukakan idea berkaitan sesuatu mata pelajaran.
Kesannya, pelajar tidak akan berasa takut, berasa selesa dan bersikap terbuka terhadap
guru. Apabila keadaan di dalam kelas tidak terkawal, kemahiran komunikasi yang dimilik
guru membantu guru untuk mengawal keadaan di dalam kelas tersebut. Contohnya, guru
menggunakan suara yang lantang dan nada marah ketika menyuruh semua pelajar senyap.

Pada masa kini, guru menonjolkan isu kekurangan masa sebagai halangan utama
mereka melaksanakan pembangunan profesional dan membawa kesan yang besar ke atas
profesionalisme mereka, (Thang. at.al 2010). Masa tidak sepatutnya menjadi isu kerana kini
guru boleh sentiasa melakukan pembangunan kerjaya di dalam bilik darjah melalui
komunikasi berkesan. Salah satu daripadanya ialah komunikasi lisan. Komunikasi secara
lisan juga dapat membolehkan pelajar dan guru berkongsi pengalaman dan perasaan
pelajarnya ketika bertutur sekalipun pelajarnya berlainan budaya dan latar belakang yang
berbeza. Ketika ini, guru harus memainkan peranannya agar semua pelajarnya bersifat
terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama. Brown and Levinson (1978)
menyatakan bahawa strategi kesantunan dikembangkan untuk martabatkan pendengar dan
pihak yang terlibat. Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah berterus
terang, kesantunan positif, kesantunan negatif dan ia berlaku tanpa rekod. guru juga akan
dapat meningkatkan dorongan dan motivasi pelajarnya dengan menerapkan unsur nilai-nilai
murni kepada para pelajarnya. Oleh itu, komunikasi berkesan telah menyumbang kepada
pembangunan kerjaya guru itu sendiri.

6
4.0 Kesimpulan

Dengan globalisasi dan perkembangan teknologi yang meningkat di seluruh dunia,


semua rakyat Malaysia, guru-guru terutamanya hendaklah berusaha untuk menerapkan
kemahiran komunikasi ketika berkomunikasi antara satu sama lain kerana ianya menjadikan
komunikasi lebih baik. Kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan masyarakat turut
disokong oleh Hurley (2008), yang ada menyatakan bahawa keperluan bagi kemahiran
komunikasi ini adalah perlu di dalam kalangan masyarakat, kerana mereka akan sentiasa
berkomunikasi di antara satu sama lain, berseorangan atau di dalam kumpulan. Begitu juga
buat para guru. Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu, guru itu seharusnya memastikan
tujuan dalam menyampaikan seusatu ilmu itu akan tercapai objektifnya seperti yang di
rancang dalam buku penulisan pengajaran hariannya. Selain dari itu juga, guru itu
seharusnya bijak dalam memilih waktu dan tempat komunikasi supaya mesej yang hendak
disampaikan itu lebih jelas, menarik dan murid pula akan mudah memahami dan berupaya
menerima mesej tersebut dengan sempurna.

7
Rujukan
Andrew J. Rotherham, & Daniel Willingham. (2009). 21st Century Skill: The Challenge a
Head.
University of Virginia, USA: Jossey-Bass .

Hurley (2008). The Importance of Strong Business Communication Skills. McGraw Hill Inc
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, cet. 4.,
tahun 2010.

Izani Hj. Daud (2001). Peribahasa dan Amalan Negatif. Kuala Lumpur: Pelita Bahasa,


Mei 2001: hlm.16-17.

Kamus Dewan. Edisi Keempat, (2010), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala Lumpur:


Institut Tadbir Awam Negara (INTAN).

Penelope Brown and Stephen C. Levinson. (1978) Politeness: Some Universals in


Language
Usage, Cambridge: Cambridge University Press.

Salleh, L.M. & Noah, S.M. (2000). The Importance of Oral Communication among UPM
Business Students. University Putra Malaysia Press.

Thang, S., Murugaiah, P., Lee, K. W., Azman, H., Tan, L., & Lee, Y. S. (2010). Grappling
with
Technology: A case of supporting SMart School Teachers' Professional
Development. Australasian Journal of Educational Technology, 26 (3), 400-416.

Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai