Anda di halaman 1dari 1

Diantara yang saya pelajari daripada kursus ini adalah saya dapat mengetahui ciri-

ciri tamadun pada zaman terdahulu.Seperti yang saya pelajari , ciri-ciri tamadun seperti
stratifikasi dan organisasi sosial, pertumbuhan pembinaan dan perkembangan kata,
pembahagian kerja secara kolektif. Hal ini menunjukkan perubahan pemikiran untuk
menjadikan mereka lebih kreatif dan inovatif dalam kehidupan. Selain itu, saya juga
dapat mempelajari prinsip sesebuah tamadun. Sebagai contoh prinsip tamadun seperti
sosioekonomi dapat kita lihat bagaimana sesebuah tamadun menjalankan aktiviti
pengekonomian seperti yang berlaku di negara kita pada zaman penjajahan british
yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

Disamping itu,saya juga dapat mempelajari matlamat sesebuah tamadun, matlamat


sesebuah tamadun seperti ilmu pengetahuan sangat penting dalam pembinaan
sesebuah tamadun dan kemajuannya. Ini kerana ilmu pengetahuan sangat dititik
beratkan sehingga sekarang agar dengan ilmu yang kita miliki dapat membimbing kita
kejalan yang baik. Juga, saya dapat mempelajari pencapaian material sesebuah
tamadun. Ia menjadi kebanggan sesebuah tamadun dan melambangkan kemajuan
yang telah dicapai melalui pelbagai sektor ekonomi dan banyak lagi.

Sepanjang kursus ini banyak pengalaman pembelajaran yang saya dapat semasa
kursus ini adalah teknik yang disampaikan oleh pensyarah memudahkan saya untuk
memahami apa yang disampaikannya. Selain itu, saya, sebagai seorang anggota
bomba telah banyak mempelajari dalam kursus ini betapa pentingnya ilmu pengetahuan
untuk kita lebih maju kehadapan. Kerja saya yang sentiasa terdedah dengan bahaya
perlu sentiasa saya lebih berdisiplin.

Disamping itu, kemahiran bertutur yang baik oleh pensyarah dapat saya pelajari dan
guna pakai ketika saya mengahadiri ke taklimat keselamatan. Hal ini kerana saya perlu
mempunyai keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi yang baik. Juga, saya juga
dapat berkongsi dan bertukar pandangan dengan pelajar- pelajar yang lain.

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini adalah
dengan memperkenalkan konsep mentor. Perkara ini mampu untuk mempertingkatkan
kualiti pembelajaran bagi seseorang pelajar. Konsep ini mampu memberikan impak
yang positif di oum.

Anda mungkin juga menyukai