Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN

Dewasa ini, pendidikan adalah perkara yang menjadi keutamaan. Kualiti pendidikan
sering sahaja menjadi kritikan sesetengah pihak, kualiti pendidikan perlu dipelihara oleh
sesebuah negara. Untuk memastikan kualiti pendidikan terpelihara, profesion guru
merupakan focus utama. Profesion perguruan atau bekerja sebagai seorang guru adalah
antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembentukan individu manusia,
masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupaka profesion paling utama di dalam
proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era
globalisasi ini, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru
hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke
semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Menurut perspektif agama, kedudukan
seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli
masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut.

Selari deangan itu, guru merupakan elemen yang paling penting dalam
mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dalam dunia pendidikan
dapat dicapai secara optimum. Sekiranya satu ketika dahulu tugas utama guru adalah
sebagai penyampai pengajaran namun pada masa kini guru lebih bertindak sebagai
fasilitator atau pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keunikannya
hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Selain
daripada itu juga, seorang guru itu mempunya tanggungjawab yang besar dalam
memastikan pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang kerana guru tidak hanya
penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang, ibu bapa, pemimpin,
pengurus instruksional dan lain-lain. Walaupun kanak-kanak boleh di didik oleh ibu bapa
mereka, televisyen atau internet, namun guru adalah pakar yang dilatih untuk mewariskan
pengetahuan dan kemahiran.

2. PROFESIONALISME KEGURUAN MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN


PERMUAFAKATAN KOMUNITI

Profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan
seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah
keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Mengikut Kamus Dewan,
profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan
khas misalnya dalam bidang undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan
lain-lain. Keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Dari
pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau
rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya
dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Mutu pendidikan juga dengan keberkesanan dalam penggunaan sumber pengajaran


secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian
pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan
menentukan iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait
rapat dengan keupayaan dalam usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan
tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan
dalam profesion ini ialah sejauh mana keberkesanan penggunaan sumber dan teknologi
pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang
sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan
menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar. Profesionalisme
keguruan mempengaruhi pembentukan permuafakatan komuniti. Pembentukan
permuafakatan komuniti dapat dilihat di sekolah. Sekolah merupakan sebuah institusi
pendidikan yang ditubukan oleh masyarakat. Dengan kata lain, sekolah merupakan salah
sebuah komuniti dalam masyarakat. Maka, perhubungan sekolah dengan komuniti boleh
diibaratkan bagai isi dengan kuku, mereka saling berinteraksi dan saling mempengaruhi
antara satu sama lain.

Komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil. Komuniti yang melaksanakan


permuafakatan dengan sekolah merujuk kepada individu dan institusi yang memberi kesan
kepada pembelajaran dan pembangunan pelajar. Komuniti tersebut merujuk kepada
keluarga, kejiranan , sektor kerajaan , institusi pendidikan, syarikat perniagaan, institusi
kebudayaan dan rekreasi, organisasi agama, organisasi kesihatan, organisasi sukan,
organisasi komuniti setempat dan individu dalam komuniti yang berminat dalam
pelaksanaan sistem akademik.jadi sekolah juga diertikan sebagai masyarakat kecil kerana
sekolah merupakan sebahagian daripada masyarakat di mana semua anggota hidup
bersama dalam kawasan sekolah, mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Bukan itu sahaja, sekolah juga berkonsepkan sebagai suatu
sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi
keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya.

Di samping itu, sekolah kini telah dipertanggungjawab untuk memberi pendidikan


dan penghasilan pelajar yang positif. Oleh itu, sekolah merupakan pengaruh utama sebagai
satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah
pelajarnya. Seperti yang sedia maklum , kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami
perubahan. Jesteru itu, pendidikan sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian
pengethauan dan cara hidup tradisi sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat
untuk menghadapi dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, sekolah juga memainkan
peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakaqt dalam semua bidang perkembangan
dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam Matlamat
Pendidikan Negara. Antara matlamat yang telah dinyatakan ialah melahirkan individu yang
bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai warganegara. Selain itu,
menghasilkan individu yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberi sumbangan
terhadap kemajuan dan perkembangan negara.

Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk


memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Maka di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang aktiviti kurikulum
dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri, dan negara , kosep sekolah
wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan , Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan diperkenalkan adalah untuk
memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan
berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih awal
lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum. Kerjasama di antara
sekolah dan masyarakat adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat
bersama-sama menuju kea rah kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua tidak saling
berinteraksi sudah pasti remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasiil. Benarlah,
sekolah merupakan tempat kemenjadian pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia. Oleh itu, generasi-generasi yang berilmu pengetahuan
dapat memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan
masyarakat dan negara. Hal ini kerana, dalam pelaksanaan slogan Satu Malaysia, remaja
dijadikan sebagai aset negara yang utama. Oleh itu, remaja seharusnya menghayati
falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum hanya boleh direalisasikan
jika wujudnya masyarakat yang mencukupi segala kriteria matlamat pendidikan negara dan
formula Satu Malaysia itu sendiri. Merekalah yang akan menentukan masa hadapan negara.

Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan
kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan
kedua-duanyaboleh diibaratkan bagai aur dan tebing. Oleh itu, remaja perlulah
berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif. Akhir sekali, remaja yang
berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang mampu berfikir dan
menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga ketamudunan bangsa dan negara.

3. PENGLIBATAN AGENSI LUAR TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Penglibatan agensi luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam bidang
pendidikan di Malaysia sangat digalakkan bagi memastikan sektor itu terus mencapai tahap
kualiti yang terbaik. ​Mereka turut boleh menjadi ejen dalam memastikan setiap pelajar
memperoleh sumber pembelajaran berkualiti seiring kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang negara kecapi​. Sumbangan dengan penglibatan agensi luar dapat
menunjukkan bahawa negara Malaysia mempunyai komuniti yang mempunyai kesedaran
untuk membantu dalam meningkatkan prestasi pendidikan negara sekaligus dapat
meningkatkan jumlah pelajar yang mempunyai daya saing dan holistik, seterusnya
meningkatkan taraf hidup rakyat menjelang tahun 2020.

Kini, kebanyakan kemudahan pendidikan yang terdapat di negara ini adalah disedia,
ditadbir dan dibiayai oleh kerajaan pusat kerana pendidikan memainkan peranan penting
dalam pembangunan negara, terutamanya mengimbangi sosioekonomi antara kaum untuk
membekalkan guna tenaga profesional dan separa profesional bagi memenuhi permintaan
sektor awam dan swasta. Namun kebergantungan yang berterusan kepada pihak kerajaan
boleh melembabkan proses pendidikan kerana kos pendidikan kini adalah sangat tinggi.
Oleh itu masyarakat dituntut memberi kerjasama dan memainkan peranan yang penting bagi
menjayakan matlamat pendidikan negara. Jadi, terdapat beberapa pihak yang boleh terlibat
bagi menjayakan program permuafakatan dan sanggup mengendali serta menguruskan
sesuatu program yang dirancang . enganjur-penganjur tersebut adalah pihak sekolah,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan bekas pelajar. Jawatankuasa kemajuan
kampung, jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan agama dan NGO. Sesuatu aktiviti yang
dijalankan pastinya memerlukan sumber kewangan yang banyak. Kebiasaannya pihak
penganjur perlu menguruskan sumber kewangan yang diperoleh bagi menjayakan program
berkenaan. Kejayaan program bergantung kepada sokongan daripada setiap ahli yang
terlibat.

PIBG merupakan satu saluran rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam mewujudkan
hubungan dengan pentadbiran sekolah. Fungsi PIBG adalah untuk membantu sekolah
memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan murid-murid, tempat ibu bapa dan guru
bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan, menambah kewangan sekolah.
Penglibatan murid dan ibu bapa secara langsung akan membabitkan penglibatan pihak
sekolah. Hal ini demikian kerana sekolah memainkan peranan penting di dalam dunia
pendidikan yang berperanan sebagai orang tengah antara guru dan murid dalam
menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Antara contoh kegiatan
sosialisasi PIBG yang sering diadakan di sekolah ialah menganjurkan kursus motivasi untuk
murid-murid dengan tujuan mewujudkan kesedaran kepada mereka demi meningkatkan
keyakinan kendiri ke arah kejayaan cemerlang. Dari bidang akademik pula, PIBG boleh
memainkan peranan mereka dengan memberi sumbangan dalam bentuk peralatan,
menderma buku-buku ilmiah, menganjurkan hari terbuka dan menganjurkan kelas tambahan
untuk murid-murid khasnya murid yang kurang cerdas. Jelaslah bahawa PIBG merupakan
satu-satunya saluran permuafakatan antara sekolah dan masyarakat. Sekolah perlu
sentiasa memaklumkan tentang kemajuan program sekolah dan maklumat-maklumat terkini
kepada ibu bapa dan murid-murid demi manfaat semua dalam hubungan timbale balik
antara sekolah dan PIBG.

Dalam erti kata lain, hubungan organisasi dengan sekolah. Dalam hal ini pengetua
sebagai pentadbir sekolah hendaklah mewujudkan hubungan harmoni dengan
organisasi-organisasi sekitar. Dengan adanya hubungan yang baik, kerjasama yang diminta
oleh pihak sekolah daripada sesuatu organisasi tersebut akan menjadi lebih mudah dan
lancar. Antara cara-cara yang boleh digunakan bagi meningkatkan hubungan antara
komuniti dengan sekolah dengan mengedarkan berita-berita sekolah kepada komuniti
dengan cara melalui media sosial. Terdapat banyak laman web yang dapat menyebarkan
maklumat secara meluas dan pantas, antaranya adalah melalui akaun Facebook, Instagram,
Twitter dan sebagainya. Selain itu, menggalakkan guru-guru untuk terlibat dengan aktiviti
luar sekolah yang banyak melibatkan aktiviti kemasyarakatan. Sementara itu, pihak komuniti
pula boleh memainkan peranan mereka dengan berkesan untuk membantu pihak sekolah
mengatasi masalah berkaitan dengan murid. Antara langkah yang dapat dilaksanakan
adalah memberi nasihat dan mengawasi perkembangan intelektual anak-anak di rumah dan
di sekolah. Tambahan pula, mengambil tahu latar belakang murid semasa berada di rumah
dan peka dengan perkembangan semasa.

Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu usaha berterusan untuk
melibatkan lebih ramai ibu bapa, komuniti kerajaan dan swasta, bekas murid, komuniti dan
masyarakat gglobal untuk bersama-sama memperkasakan sekolah. Sehubungan dengan
itu, sesetengah sekolah telah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan
hubungan kerja positif antara mereka. Ruang dan peluang dalam mewujudkan jalinan kerja
positif antara sekolah adalah melalui cara menjayakan Program Jasamu Dikenang. Program
ini boleh dilaksanakan oleh ahli-ahli bekas murid di sekolah untuk memberikan kata-kata
motivasi kepada murid-murid. Selain itu, mereka akan berkongsi pengalaman semasa dan
selepas bersekolah dengan mengulas bagaimana pembelajaran berlangsung dimana telah
membantu mereka semasa di institusi pengajian tinggi dan dunia pekerjaan.

Akhir sekali, melaksanakan program Menjana Minda Bersama Komuniti. Sebagai


contoh, Komuniti setempat sama ada darpada piak ibu bapa, agensi kerajaan mahupun
swasta telah dijemput untuk memberikan kata-kata motivasi serta berkongsi pengetahuan
kemahiran berdasarkan tema sesuatu minggu. Kemungkinan setiap sekolah mempunyai
tema yang berbeza. Contohnya minggu disiplin, minggu berdasarkan 28 subjek yang
dipelajari dan minggu Pusat Sumber Sekolah. Ahli komuniti yang dijemput adalah dalam
kalangan merekayang mempunyai kepakaran dalam bidang pekerjaan yang berkaitan
dengan tema setiap minggu. Program seperti ini dapat dilaksanakan bersama-sama dengan
ahli komuniti dengan pembelajaran yang meluas.

4. PENUTUP

Kesimpulannya, bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan.


Perubahan-perubahan yang berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara
merealisasikan hasrat wawasan 2020. Setiap perubahan yang dilakukan dalam kurikulum
pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan.. Isu memartabatkan profesion
keguruan perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara
berteraskan kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta
contoh pengamal ilmu yang terbaik.Namun begitu, penyertaan dan suntikan positif daripada
semua pihak di pelbagai peringkat amat penting untuk membolehkan diversiti proses berlaku
dala pendidikan. Dengan melibatkan ibu bapa komuniti, agensi kerajaan swasta, NGO,
komuniti setempat dan masyrakat global, pelbagai pengalaman pembelajaran dapat
diwujudkan. Ini akan meningkatkan kualiti moal insane yang dihasilkan an seterusnya
memperkasakan institusi pendidikan. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam
memperkasakan sekolah merupakan satu skop yang sangat luas. Sekiranya ketiadaan
ciri-ciri tersebut, bagaimanakah pihak sekolah dapat memupuk cirri-ciri kesediaan tersebut
dalam kalangan ibu bapa dan komuniti.
5. RUJUKAN

Buku

1. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subkhi Miskon(2016), ​Pengantar Pengajian
Profesional. ​Selangor: Sasbadi Sdn.Bhd

Internet

1. https://www.researchgate.net/publication/319794654_PENGLIBATAN_IBU_BAPA_D
AN_KOMUNITI_DALAM_MEMPERKASAKAN_SEKOLAHPENGLIBATAN_IBU_BAP
A_DAN_KOMUNITI_DALAM_MEMPERKASAKAN_SEKOLAH
2. http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2011_10180_74d8aeeba8f
d46a2be8ec9608c567f4b.pdf
3. https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/11/493517/perubahan-sistem-pe
ndidikan-usah-membebankan-lagi
4. https://moe.gov.my/index.php/my/244-penglibatan-sektor-swasta

Anda mungkin juga menyukai