Anda di halaman 1dari 4

PERANCANGAN AMALI UJIAN MAKANAN

Objektif

Mengesan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protein dan lipid dari sampel
makanan terpilih.

Mereka bentuk amali bagi medapatkan keputusan yang jitu

Mengaplikasikan kemahiran saintifik dan sikap saintifik semasa menjalankan amali

Persoalan

Apakah kandungan makanan yang terdapat dalam setiap sampel makanan terpilih?

Radas

Tabung uji,tabung didih,rak tabung uji,penyepit,penitis,penunu Bunsen,bikar,silinder


penyukat,lesung dan alu,pemetik api,kertas litmus,spatula

Bahan

Biskut, tembikai, buah kurma, kerang, minyak zaitun, larutan Iodin, larutan Benedict, bahan uji
Milon, etanol, air, asid hidroklorik, serbuk natrium bikarbonat.

Prosedur
A.Ujian Kanji
1. Ekstrakkan biskut dengan menghancurkan menggunakan lesung dan alu dan
tambahkan sedikit air ke dalam lesung.
2. Tuangkan sedikit ekstrak biskut ke dalam tabung uji untuk dijadikan sampel ujian.
3. Titiskan beberapa titisan larutan Iodin ke dalam tabung uji.
4. Perhatikan perubahan pada warna dan rekod ke dalam sebuah jadual.
5. Ulang langkah 1-5 dengan menggunakan sampel makanan yang lain.
B.Ujian Gula Penurun
1. Ekstrakkan tembikai dengan menghancurkan menggunakan lesung dan alu dan
tambahkan sedikit air.
2. Sukat 2ml ekstrak tembikai menggunakan silinder penyukat dan tuang ke dalam tabung
didih.
3. Titiskan 5 titisan larutan Benedict ke dalam tabung didih dan goncangkan tabung didih.
4. Panaskan tabung didih perlahan-lahan menggunakan penunu Bunsen dan goncangkan
kandungannya perlahan-lahan.
5. Perhatikan perubahan warna dalam tabung didih dan rekodkan ke dalam sebuah jadual.
6. Ulang langkah 1-5 menggunakan sampel makanan yang lain.

C.Ujian Gula Bukan Penurun


1. Ekstrakkan isi buah kurma dengan menghancurkan menggunakan lesung dan alu dan
sedikit air ditambah bagi mendapatkan ekstrak isi buah kurma.
2. Sukat 2ml sampel makanan menggunakan silinder penyukat dan tuang ke dalam tabung
didih.
3. Tambahkan 1ml asid hidroklorik ke dalam tabung didih dan goncangkan tabung didih.
4. Panaskan tabung didih perlahan-lahan menggunakan penunu Bunsen dan goncangkan
kandungannya perlahan-lahan supaya tidak melimpah.
5. Biarkan tabung didih beberapa minit untuk menyejuk ke suhu bilik.
6. Masukkan kertas litmus biru ke dalam tabung didih.
7. Tambahkan serbuk natrium bikarbonat sedikit demi sedikit sehingga sehingga kertas
litmus menjadi unggu (pH neutral)
8. Titiskan 5 titis larutan benedict ke dalam tabung didih dan goncangkan tabung didih
perlahan lahan.
9. Panaskan tabung didih perlahan-lahan menggunakan penunu Bunsen.
10. Perhatikan dan rekod perubahan warna dalam tabung didih ke dalam sebuah jadual.
11. Ulang langkah 1-10 menggunakan sampel makanan yang lain.
D.Ujian protein
1. Ekstrakkan kerang dengan melenyek menggunakan lesung dan alu dan tambahkan
sedikit air.
2. Sukat 2ml ekstrak kerang menggunakan silinder penyukat dan tuangkan ke dalam
tabung uji.
3. Campurkan 1ml bahan uji Milon(larutan merkuri dan asid nitrus) ke dalam tabung uji.
4. Didihkan tabung uji menggunakan kukus air selama lima minit.
5. Perhatikan pembentukan mendakan dan rekod ke dalam jadual.
6. Ulang langkah 1-5 menggunakan sampel makanan yang lain.

E.Ujian Lipid (Emulsi)


1. Larutkan sedikit minyak zaitun dalam 2ml etanol dalam tabung uji
2. Campurkan larutan tersebut ke dalam tabung uji lain yang berisi sedikit air.
3. Perhatikan pembentukan emulsi dan rekod ke dalam jadual.
4. Ulang langkah 1-3 mengggunakan sampel makanan yang lain.

Cara pengumpula data


Jenis Ujian Ujian Kanji Ujian Gula Ujian Gula Bukan Ujian Ujian Emulsi
dan Bahan (Larutan Penurun Penurun Protien Lipid (Etanol)
Uji Iodin) (Larutan (Asid Hidroklorik, (Bahan Uji
Benedict) Natrium Milon)
Bikarbonat dan
Larutan Benedict)
Sampel
Makanan
Biskut

Tembikai . . . .
Isi buah
kurma
Kerang

Minyak .
zaitun

Anda mungkin juga menyukai