Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 4 )

PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA DAN TATABAHASA BAHASA MELAYU


(BMMB 3093)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD ASYRAF BIN MD.YUNUS

NOMBOR KAD
981025065195
PENGENALAN:

INDEK: 2017192340080

PISMP C5 AMBILAN JUN 2017


KELAS:
BAHASA MELAYU (SK)

NAMA
DR.SIMAH BINTI MAMAT
PENSYARAH:

TAJUK: PENULISAN REFLEKTIF

TARIKH
18 MAC 2019
SERAHAN:
TARIKH TERIMA
MAKLUM BALAS:
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
Secara konseptual, Bahan Bantu Belajar (BBB) adalah

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) adalah amat penting bagi guru memastikan penyampaian

maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan

sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan lebih baik

. Menurut

Ahmad Zanzali & Daud (2010) menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan

hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam

proses P&P, bahkan guru perlu menggunakan teknologi dalam proses P&P bagi

meningkat minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta

kaedah tersebut juga merupakan pembelajaran secara interaktif terhadap pelajar.

Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran
yang ditakrifkan sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang
berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun 2002 ). Berdasarkan
definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan
perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu
pengajaran. Seringkali ramai guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini
menyebabkan timbulnya masalah komunikasi guru dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan
ABM adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan
gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya kepada pemahaman para pelajar.
Misalnya untuk menyatakan konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau
gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan
untuk menunjukkan konsep “besar” yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan
perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan lebih bersifat
abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang jelas kepada para
pelajar.

1
Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi
verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi
kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi
juga dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat
pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan. Walaupun
kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada
pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan
guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.

Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar kerana
kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat
tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para
pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan Alat Bantu Mengajar. Ini kerana
murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung
dapat memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi
pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir
proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahan Bantu Mengajar

ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatanmengajar bukan terhad kepada buku-
buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala
benda yang digunakan dalam pengajaranyang melibatkan semua pancaindera melihat,
mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh
murid-murid.Atan Long ( 1981: 179-203 )

membahagikan alat bantu mengajar kepadatiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat


pandangan dan alat pandang-dengar.

2
BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan
pada skrin. Alat-

alat penyampaiannya dinamakan BBM

Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar

Bahan-bahan bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-

1. ABM bukan elektronik iaitu ABM asas seperti papan tulis, buku teks, papan pamer,
buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat , lukisan,
majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad
imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya.

2. ABM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor
LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera
padat audio, komputer, internet dan disket komputer.

3. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam semulajadi seperti
lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Kebaikan Bahan Bantuan Mengajar

3
Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan
penting kearah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan
untuk menarik minat pelajar dalam matapelajaran Matematik. Bahan bantu mengajar
merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar.

Pertama, bahan bantu mengajar juga dikatakan lebih membantu merangsang dunia
pelajar untuk pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbanagan yang
amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran
guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010).

Kedua, penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan


pembelajaran adalah untuk mengetengahkan konsep. Oleh itu, pelajar dapat melihat sendiri
tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan
pengajaran dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk
matapelajaran Matematik, dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran dengan
mudah.

Ketiga, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar.
Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan
bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika
bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran
yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma
(2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong
minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang
menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti
yang dilah dirancang.

Keempat, pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Penggunaan
bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran amat penting. Ini kerana ia dapat
membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Cara
penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya

4
pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan
mereka (Norma,2004) .

Kelima, menurut Norma (2004) juga penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya
memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan
pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran.

Keenam, Saridah (2006) pula menyatakan bahan bantu mengajar Matematik seperti
perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Perisian perisian memberi
peluang kepada pelajar untuk memilih maklumat yang disukai mengikut kebolehan masing-
masing kerana pelajar dapat memilih masa, kandungan serta hala tujupembelajaran dengan
kadar yang cepat. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topic
yang agak sukar.

Ketujuh, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direkacipta seperti jangka sudut khas
dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep dan
penguasaan topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan
menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan
khususnya subtopik putaran (Hamdan, Surizan, 2010).

Rujukan

Ahmad Zanzali, N.A & Daud, N.D (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di

Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y.( 2009). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.

Bentong, Pahang:PTS Pub & Distributor Sd. Bhd.

5
Ahmad, S.T & Tamuri, A.H.(2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan BBM

Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf. Journal Of

Islamic and Arabic Education 2(2).53-64.

Amirudin. M.H. (2009). Kemudahan, Sikap dan Kemahiran Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (TMK) dalam Kalangan Guru-Guru Program Pendidikan

Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia. Tesis Sarjana Pengajian

Pendidikan.

Anuar, A. & Jinggan,N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam

Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Fakulti Pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Che Mohd Noor,C.M.S.Z & Ahmad,A.R. (2015). Kreativiti Guru Dalam

Meningkatkan Kefahaman Dan Penghayatan Sejarah. Fakulti Pendidikan.

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamdan, A.R. & Mohd Yasin,H. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM)

Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah

Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Hassan, N. (2004). Hubungan Antara Penggunaan Bahan bantu Mengajar Dengan

Minat Pelajar Tahun Lima Sekolah Menengah Kem Pengkalan Chepa,

Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris

6
Ilias,M.F.,Husain,K.,Mohd Noh,M.A,Rashed,Z.N. & Abdullah,M.(2016). Sumber

Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah

Bestari. Universiti Teknologi Malaysia. E-Academia Journal. Volume 5

Issue 2

Jaji,J.(2006). Keberkesanan Kaedah Alat Bantu Dalam Pembelajaran Bahasa

Kedua:Analisis Penggunaan Alat Linguaphone. Tesis Ijazah Sarjana, Kuala

Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

Jasmi, K.A, Ilias,M.F,Tamuri,A.H. & Mohd Hamzah,M.I. (2011). Amalan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang

Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and

Arabic Education

Noordin, H.S & Zainal Abiden, N.F .(2010). Tahap Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar.

Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai