Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SABAH

KOTA KINABALU CAMPUS

NAMA : NURSHAFIQAH BINTI KHALID

STUDENT ID : 2019878494

GROUP : CTU151A8
Arti kel yang ditulis oleh Che Haslina Abdullah yang bertajuk ‘Pembinaan
Tamadun Islam Seimbang Melalui Psikologi Islam’ membincangkan mengenai
konsep tamadun Islam yang merangkumi pelbagai aspek. Aspek-aspek ini
termasuklah kemurnian akidah, kehalusan akhlak dan kemuncak pencapaian umat Islam
dalam kehidupan. Dalam pada itu , artikel ini juga memperkenalkan kepentingan kesihatan
mental dan jiwa serta penyediaan kaedah psikoterapi dalam Islam .

Dalam artikel ini, dapat dikupaskan bahawa terdapat pendapat-pendapat yang berbeza dari
sudut pandangan tokoh-tokoh terdahulu terhadap konsep tamadun. Di samping itu, psikologi
dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh setiap individu bagi
mengimbangi kesihatan rohani. Konsep psikologi ini sudah lama dipraktikkan sebelum barat
memperkenalkannya pada abad ke-19M. Contohnya, pembangunan klinik-klinik psikiatri.
Konsep psikologi ini merupakan medium pemantapan jiwa umat Islam ke arah kegemilangan
tamadun. Psikologi melalui pendekatan agama ini merupakan kajian empirikal manusia
terhadap spiritual dan dapat didefinisikan sebagai kajian untuk mengenali manusia dari segi
kehendak , spiritual , intelek serta jiwa dan hati. Terdapat 3 prinsip psikologi islam yang perlu
dititikberatkan iaitu secaar teori, kritikal dan berbentuk strategik . Dalam era kemajuan
tekonologi ini , dapat dilihat bahawa tamadun manusia semakin mundur dan hal ini dipercayai
berpunca daripada kedangkalan akal, ketirisan akidah dan kelemahan jiwa sesuatu bangsa. Oleh
hal yang demikian , psikoterapi Islam amat sesuai diaplikasian bagi memulihkan jiwa manusia
daripada kekotoran duniawi. Psikologi islam dipercayai dapat menyembuhkan tekanan mental
dan spiritual berlandaskan syariat Islam. Antara teknik terapi yang berkesan adalah taubat
kepada Allah SWT , perubahan kognitif dan proses pemikiran serta relaksasi minda di siang hari.

Justeru, psikoterapi Islam hendaklah diaplikasikan dalam kehidupan semua umat Islam . Suatu
kaedah kawalan diri dan pembangunan spiritual supaya seseorang dapat memantapkan diri
agar menjadi lebih matang dan mempunyai pegangan perlu diwujudkan. Psikoterapi Islam
hendaklah disarankan kepada para Muslim yang mengalami masalah rohani kerana ia
merupakan proses pemulihan untuk mengalihkan jiwa yang kotor kepada jiwa yang bersih .
Pendekatan pemulihan psikologi patut diketengahkan sebagai usaha yang lebih bersepadu
untuk menangani gejala sosial khususnya dalam kalangan remaja sekarang. Sementara itu, ahli
psikoterapi perlulah lebih berinovasi dan kreatif dalam memberi pendekatan dalam konsep
psikoteraapi ini.

Kesimpulannya, tamadun bukan sahaja dinilai dari segi kemajuan fizikal tetapi juga dari segi
rohani seperti nilai moral yang tinggi , budi pekerti serta intelektual yang tinggi . Sehubungan
dengan itu, pembinaan suatu model psikoterapi Islam dilihat menjadi keperluan mutakhir ini
untuk bersama-sama meningkatkan tamadun Islam. Krisis ketandusan kejiwaan manusia dapat
diatasi jika manusia kembali mempraktikkan ajaran-ajaran Islam. Akhir sekali,
penekananterhadap pembangunan dari sudut spiritual perlu dititikberatkan untuk mengatasi
segala cabaran .

Anda mungkin juga menyukai