Anda di halaman 1dari 3

Doa Hi-Tea SMKSJ 2019

‫ والصالة‬، ‫الحمد هلل الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا هللا‬
. ‫والسالم على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة وكشف الغمة‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana


telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Majlis Hi-Tea Tahunan SMK Sijangkang Jaya pada
petang ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Berkuasa Melaksanakan


apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan


rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari
yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya
kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa,


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan
majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-
padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan
kami dan juga demi membangunkan dan
memartabatkan sekolah kami di persada arus perdana
kecemerlangan pendidikan negara.

Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir, para


pendidik , kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar di
sekolah ini, agar menjadikan kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat
kami yang utama dan bersama .

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Penyayang,


Dalam kesempatan ini kami memohon kepadaMu Ya
Allah agar Engkau kurniakan kesejahteraan dan
kelapangan kepada Semua Warga SMK Sijangkang
Jaya. Kurniakan Kami semua kekuatan dan kecekalan
untuk terus berbakti kepada Agama, Bangsa dan
Negara.

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka


kuatkanlah kami dan Islam dalam amal kolektif;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka
kurniakanlah kami nikmat kesabaran seumpama
sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;

Ya Allah,
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk
mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami untuk
mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama
kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana
Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat
demikian;

Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik


dan bercerai berai , maka satukanlah hati-hati kami dan
berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu
dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai


pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫والحمد لله رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai