Anda di halaman 1dari 7

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL (CONTEKSTUAL TEACHING AND LEARNING)

 Konsep
o Pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan
baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada mereka
dalam kerangka rujukan mereka sendiri
o Ia mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu
berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu
o Membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan
dan menghubungkait
o Ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian
individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
o Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on.
o Konsep yang membantu guru menghubungkan topik yang diajar dengan situasi dunia
sebenar.
o Menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan mengaplikasikannya
dalam kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan komuniti.
o Bertujuan untuk membantu pelajar memahami maksud yang ada dalam bahan pengajaran,
mengaitkan pelajaran dalam konteks kehidupan seharian dengan konteks kehidupan
peribadi, sosial dan budaya.

 Ciri-ciri
o Menghubungkait
 Menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup dan
menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar dan bidang
pekerjaan
 Cth: Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap
cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka
setiap hari.
o Mengalami
 Memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar
 Pelajar aktif membuat ujikaji dan menemui sendiri idea dan fakta
 Cth: Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan
amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di
rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal.
o Mengaplikasi
 Pelajar menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah
 Aplikasi aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau
pekerjaan pada masa akan dating
 Cth: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan
pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak
mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh
menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan
penukaran tayar.
o Bekerjasama
 Pembelajaran dalam konteks perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi
mewujudkan sikap kerjasama
 Individu akan dapat mengenal pasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik,
perbezaan individu dan pelajar memahami aspirasi kumpulan
 Cth: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran
alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama
dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik
disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.
o Memindahkan
 Pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari
jawapan
 Pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi
pembelajaran
 Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem
Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi tiga bersisi 3m, 4m dan 5m
untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

 7 prinsip kelas pembelajaran kontekstual


o Berobjektif
 Guru membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk; bukan sahaja apa
yang mereka harus belajar tetapi mengapa tajuk itu harus dipelajari
o Membina
 Pengetahuan baru dihubungkan kepada pengetahuan sedia ada pelajar supaya
pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama pelajar
o Aplikasi
 Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada aplikasinya dalam peranan
pelajar sekarang dan masa depan sebagai rakyat, pengguna, pekerja, ahli keluarga, ahli
masyarakat yang berguna
o Penyelesaian masalah
 Pelajar digalak menjadikan pembelajaran aktif dengan menggunakan pengetahuan baru
untuk menyelesaikan masalah
o Berpasukan
 pelajar membina semangat berpasukan dan kerjasama apabila bekerja bersama untuk
menyelesaikan masalah
o Penemuan
 pelajar sentiasa digalakkan untuk “cubalah”.
 Mereka dibimbing ke arah menemui pengetahuan baru dan bukan menerimanya secara
pasif.
 Guru membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari jawapan
o Hubungan
 guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi kandungan pelajaran dan konteks,
pengetahuan dan aplikasi satu bidang dengan bidang yang lain.

 Stategi pengajaran
o Objektif
 menerangkan bahawa pada akhir pengajaran, pelajar seharusnya boleh mencapai
objektif yang ditetapkan
o Langkah pembelajaran
 memerlukan proses pengajaran mengikut langkah yang telah digariskan iaitu membaca
teks, ambil bahagian dalam perbincangan kelas dan membuat latihan
o Idea utama
 Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi pelajaran
o Teks
 isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhan

 Langkah pembelajaran
o Induksi set
o Mempelajari kemahiran
o Mempraktikkan kemahiran
o Renungan kembali

 Bagaimana melaksanakan pembelajaran kontekstual


o Motivasi
 Pengenalan
 Isu perbincangan
 Alat bantu mengajar
 bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang
akan dibincangkan
 cth: tayangan video
o Pemahaman
 merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
 Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid
terhadap sesuatu konsep itu.
 Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
o Kemahiran
 Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on
dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on).
 Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan
masalah harian.
 Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan
masalah.
 Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru
mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia
sebagai rujukan.
 Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru
 Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan.
 Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi
sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka
peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.
o Penilaian
 Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut
 Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting.
 Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid.
 Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.
 Penilaian tidak semestinya secara bertulis.
 Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian.
 Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan
dan penyediaan portfolio.
 Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai
petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.

 Penggunaan bahan dalam pembelajaran kontekstual


o Komputer
 untuk menghubungkaitkan secara langsung dengan tempat kerja dan dunia
pembelajaran dan menyediakan motivasi untuk belajar
o Teks
 memperkembangkan lagi pengetahuan, membantu menjelaskan lagi senario, aktiviti,
contoh dan tunjuk cara dalam kelas
o Makmal
 untuk memudahkan kajian kumpulan dan analisis serta gunakan alat yang releven untuk
selesaikan masalah dalam makmal
o Bahan ujian dan penilaian
 penyediaan bahan ujian, kuiz dan soalan latihan. Penilaian melalui kaedah Competency
base Education

Perbandingan Pembelajaran Kontekstual Dengan Pembelajaran Secara Abstrak


Abstrak Kontekstual
Berpusat pada guru Berpusat pada pelajar
Pelajar dinilai berdasarkan fakta dan kemahiran Pelajar dinilai berdasarkan prestasi
yang tertentu
Pengetahuan adalah satu bentuk maklumat Pengetahuan berkembang dan sentiasa dinamik
Pengajaran adalah proses menyampaikan Pengajaran ialah proses membantu pelajar
pengetahuan memperolehi pengetahuan
Bilik darjah adalah terasing daripada dunia Bilik darjah dilengkapi dengan alat elektrik dan
sebenar dikaitkan dengan dunia sebenar
Pelajar belajar sendiri Pelajar belajar secara kumpulan
Bandingan Bilik Darjah
Bilik Darjah Konvesional Bilik Darjah Secara Kontekstual
Memindahkan maklumat Mencari, membina dan mengaplikasikan
maklumat kepada dunia sebenar
Guru berperanan sebagai penyampai maklumat Guru sebagai fasilitator
Hanya guru yang mengetahui jawapan Terdapat lebih banyak jawapan/penyelesaian
yang sesetengahnya guru tidak dapat
menjawab
Perbincangan profil kerjaya tidak diberi Senario kerja dan profil kerjaya sentiasa
penekanan dibincangkan
Pengajaran dihadkan satu, dua atau tiga waktu Waktu anjal diamalkan
Bilangan pelajar sangat besar Bilangan pelajar harus kecil
Murid adalah penerima maklumat yang pasif Murid aktif mencari dan membina maklumat
melalui syarahan dan pembacaan melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan
seharian
Pemikliran biasanya adalah secara teori dan Pemikiran secara penaakulan, penyelesaian
akademik masalah dan membuat keputusan digalakkan
Aktiviti lebih menitik beratkan kemahiran Aktiviti menitikberatkan kemahiran minda dan
minda tangan
Guru yang memutuskan kaedah penilaian Pelajar sendiri menilai dan menguji sendiri
dengan bantuan guru
Isi kandungan: disesuaikan untuk kecerdasan Isi kandungan: disesuaikan untuk kecerdasan
Bahasa dan Matematik pelbagai
Kaedah: syarahan, soal jawab Kaedah: inkuiri, penemuan dan aplikasi
Menguji fakta (Penilaian lazimnya berasaskan Berasaskan pencapaian atau prestasi dan
pen dan pensel) penyelesaian masalah(Penilaian lebih daripada
pen dan pensel, termasuk kerja amali)
Guru merancang segala aktiviti Pelajar dan guru bersama-sama merancang dan
membincangkan aktiviti

 Kepentingan
o Berasaskan maksud kontekstual, mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi
dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka.
o Memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan
masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.
o Menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial,
fizikal, psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diingini
o Membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan
memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya
dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.
o Mencetuskan impak yang mendalam kepada pengalaman dan perkembangan diri pelajar
 Teori
o Konstruktivisme
 Kontruktivisme adalah asas pemikiran (falsafah) pendekatan CTL.
 Pandangan konstruktivisme ialah pelajar membina pengetahuan mereka sendiri melalui
penglibatan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Asas pembelajaran mesti dibungkus ke dalam proses pembinaan daripada menerima
pengetahuan.
 Guru pada asasnya telah menggunakan falsafah ini dalam pembelajaran seharian dan
bentuk terhad, tetapi perlu dibangunkan lebih banyak.
 Strategi dalam pandangan konstruktivisme mengambil keutamaan ke atas berapa banyak
pelajar memperoleh dan mengingat pengetahuan.
 Tugas guru adalah untuk memudahkan proses dengan:
 Membuat pengetahuan yang bermakna dan relevan kepada pelajar.
 Beri pelajar peluang untuk mencari dan melaksanakan idea mereka sendiri.
 Membuat pelajar sedar tentang strategi mereka sendiri untuk pembelajaran.

 Kelebihan
o Murid
 Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
 Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
 Boleh memindahkan kemahiran
 Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
 Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
 Dapat belajar secara kerjasama
 Membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan
amalan
o Guru
 Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
 Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
 Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

 Isu dan Cabaran


o Dalam pemilihan maklumat atau bahan dalam kelas berdasarkan keperluan pelajar,
sedangkan di kelas, tahap keupayaan pelajar bervariasi agar guru mengalami kesukaran
dalam menentukan subjek kerana tahap pencapaian pelajar tidak sama.
o Dalam proses pembelajaran dengan model CTL, ia akan dapat dilihat dengan jelas di kalangan
pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dan pelajar yang kurang berkemampuan,
yang kemudiannya menyebabkan kurang keyakinan diri terhadap pelajar yang kurang
berkeupayaan.
o Bagi pelajar yang ketinggalan dalam proses pembelajaran dengan CTL ini akan terus tertinggal
dan sukar untuk mengejar, kerana dalam model pembelajaran ini, kejayaan pelajar
bergantung pada aktiviti dan usaha mereka sendiri supaya pelajar yang mengikuti setiap
pembelajaran dengan model ini
o Tidak semua pelajar dapat dengan mudah menyesuaikan dan mengembangkan kemampuan
yang dimiliki oleh penggunaan model CTL ini.
o Pengetahuan yang diperoleh oleh setiap pelajar akan berbeza dan tidak seimbang

Anda mungkin juga menyukai