Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Ciri-Ciri Wacana

Mempunyai
Tujuan

Berlandaskan
Ada Hubungan Penutur
Unsur Susun Atur dengan Pendengar
CIRI-CIRI
WACANA
(Asmah, 1980)
Berdasarkan
Mengandungi Hubungan Penutur
Informasi Baru dalam Masyarakat

Rajah Ciri-Ciri Wacana

Fikirkan

Berpandukan rajah di atas, bolehkah anda huraikan ciri-ciri wacana? Buat


tanggapan anda sendiri dahulu terhadap kelima-lima ciri di atas. Kemudian
bandingkan dengan huriaan di bawah.

1. Wacana Mempunyai Tujuan

Wacana hendaklah mempunyai tujuan, dan tujuan itulah yang menentukan


penggunaan yang dinamakan selenggaraan, seperti pertanyaan atau suruhan,
masing-masing terdiri daripada berbagai-bagai jenis.

Jika tujuan wacana ialah untuk memperoleh keterangan, maka pewujudan


selenggaraannya boleh terdiri daripada ayat tanya. Jika tujuannya ialah untuk
memberikan keterangan, maka yang mungkin timbul ialah ayat penyata atau ayat
retorik. Seterusnya, jika tujuannya untuk menyempurnakan sesuatu perbuatan, maka
ayatnya berkemungkinan ayat suruhan.

2. Wacana Berlandaskan Hubungan Penutur-Pendengar

Tiap-tiap wacana mesti berlandaskan hubungan antara penutur dengan pendengar


dalam bahasa lisan atau penutur dengan pembaca dalam bahasa tulisan. Hubungan
penutur-pendengar atau penulis-pembaca ini bergantung pada informasi yang
dimiliki bersama.

1
Jika besarlah informasi yang dimiliki bersama itu, maka wacana yang berlaku
antara keduanya lebih pendek daripada wacana yang mungkin berlaku jika informasi
milik bersama itu tidak seberapa. Lagi pula hubungan penutur-pendengar atau
penulis-pembaca ini berganding erat dengan konsep wibawa, yakni konsep yang
menunjukkan bahawa seseorang itu, biasanya penutur, dapat menguasai keadaan
yang menimbulkan wacana itu. Jika tidak, ia tidak dapat membuat pertanyaan,
pernyataan atau suruhan.

Pertanyaan tidak akan ditimbulkan jika penutur tahu bahawa pendengarnya


tidak mempunyai informasi yang diperlukannya. Demikian juga, seseorang itu tidak
akan menyuruh orang lain melakukan sesuatu jika dia tidak berkewibawaan untuk
menyuruh orang lain mengerjakannya.

Wacananya pendek.
Gambaran konsep
berwibawa? Fikirkan.

3. Berdasarkan Hubungan Penutur dalam Masyarakat

Selain hubungan penutur dengan pendengar atau penulis dengan pembaca, harus
diberi pertimbangan juga hubungan penutur dalam masyarakat amnya. Dengan ini
maka akan timbul gaya wacana, seperti bersahaja, tak bersahaja, mempunyai kesan
dialek sosial atau geografis, memperlihatkan adanya pantang larang dan
sebagainya. Gaya wacana ini mempengaruhi susunan frasa dalam ayat, susun atur
ayat dan juga kepanjangannya.

4. Ada Unsur Susun Atur

Satu lagi ciri penting bagi wacana ialah adanya unsur susun atur. Dengan perkataan
lain, sesuatu wacana itu boleh disusun atur menurut waktu, tempat, keutamaan,
sebab, akibat dan sebagainya. Ini bererti bahawa ayat-ayat yang terlibat dalam
wacana itu mesti memperlihatkan kesatuan dalam hubungan waktu, tempat dan
sebagainya. Ayat-ayat di bawah ini memperlihatkan kesatuan hubungan sebab
akibat:

Telefon berbunyi. Dia mengangkatnya.

Ayat-ayat itu memasuki satu wacana. Sebaliknya ayat-ayat di bawah ini tidak
memperlihatkan hubungan wacana:

2
Telefon berbunyi. Mesir berperang dengan Israel.

Kesongsangan hubungan waktu dalam ayat yang diturunkan di atas itu tidak
melayakkan ayat itu dianggap sebagai wacana. Tetapi, hubungan-hubungan waktu
dapat dilihat dalam ayat-ayat berikut:

Dia sudah mengantuk. Lalu dia pun menuju ke bilik tidurnya.

Contoh-contoh di atas itu menunjukkan bahawa wacana memerlukan


pengelolaan jalan fikiran yang betul dan ciri ini sangat penting bagi makna yang
ditimbulkan oleh ayat-ayat yang terlibat. Inilah juga salah satu sebab mengapa
sesuatu ayat dalam konteksnya dapat menggambarkan maknanya dengan lebih
jelas jika dibandingkan dengan ayat yang sama dikeluarkan daripada konteksnya.

5. Mengandungi Informasi Baharu

Ayat-ayat yang letaknya berurutan dalam sesuatu wacana memiliki jadual


percakapan yang sama, dan dengan demikian sebahagian daripada informasi
wacana itu dimiliki bersama oleh ayat-ayat itu seperti yang diperlihatkan oleh contoh-
contoh wacana yang diberikan di atas tadi. Sungguhpun demikian, diperlukan juga
supaya tiap-tiap ayat itu mempunyai informasi yang baru yang belum terkandung
dalam ayat-ayat sebelumnya dalam wacana yang sama. Berdasarkan ciri ini, maka
ayat-ayat yang merupakan tautologi tidak boleh dianggap sebagai wacana biasa.
Dengan itu ayat-ayat di bawah ini tidak memasuki satu wacana.

Rumah itu rumah papan. Rumah itu dibuat daripada papan.

Di samping itu, wacana biasa juga tidak boleh memasukkan informasi yang
berlawanan dengan jalan akaliah, atau dengan perkataan lain, yang menunjukkan
adanya kepalsuan akaliah, misalnya:

Rumah papan itu diperbuat daripada batu marmar.

Rujukan Kendiri

1. Sila rujuk Kamus Dewan jika anda tidak memahami maksud perkataan
tautologi.
2. Rujuk buku karangan Ab. Rahman, Yap dan Ab. Rahim (1997: 162)
untuk mendapat maklumat tambahan berkaitan ciri-ciri wacana.
Bandingkan penjelasan mereka tentang ciri-ciri wacana dengan
penjelasan yang terdapat dalam modul ini.

Anda mungkin juga menyukai