Anda di halaman 1dari 2

https://www.pendidik.com.

my/2018/04/01/cara-terbaik-hapus-lipas/

Isu lipas yang bermaharajalela di dalam kereta adalah masalah yang dialami sebahagian besar pemilik kenderaan. Jika
anda seorang yang mudah ‘lemah lutut’ atau lemah semangat apabila berdepan dengan serangga perosak itu, ia
mungkin boleh mengundang bahaya.

Isu lipas yang bermaharajalela di dalam kereta adalah masalah yang dialami sebahagian besar pemilik kenderaan. Jika
anda seorang yang mudah ‘lemah lutut’ atau lemah semangat apabila berdepan dengan serangga perosak itu, ia
mungkin boleh mengundang bahaya.

Seorang wanita pernah dilaporkan hilang kawalan keretanya lalu merempuh jejantas gara-gara terkejut melihat lipas
semasa dia sedang memandu. Jadi, bagaimana caranya untuk mencegah lipas daripada ‘menumpang’ kereta anda?

Dalam laman sosial terdapat banyak tip yang boleh anda cuba untuk menghalau lipas ataupun serangga-serangga lain
seperti labah-labah, ataupun cicak daripada ‘tinggal’ di dalam kereta anda.

1. Daun Pandan
Daun pandan sering digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma makanan. Ramai yang mempercayai daun
pandan ditakuti oleh lipas disebabkan baunya. Namun seorang Ahli Entimologi Perubatan syarikat Rentokil Singapura, Dr
Chan, petua itu bukanlah cara untuk mencegah lipas secara keseluruhannya.

Kami menggunakan
“Meletakkan cookiessegar
daun pandan untuk bukanlah
memastikan kami memberikan
huraiannya. Lipas pengalaman terbaik di laman
mungkin mengelak webmendekati
daripada kami. Dengan mengklik
daun pandan"Ok"tetapi
di bawah, anda bersetuju dengan kami
melakukannya.
ia tidak akan mati. Lebih-lebih lagi jika daunnya sudah kering, ia boleh menjadi sumber makanan bagi lipas dan
Ok Privacy policy
serangga lain,” kata Dr Chan seperti yang dipetik dari laman Rentokil.
Jika perlu menggunakan daun pandan, pastikan ia daun yang segar dan gantikan dengan yang segar apabila sahaja ia
kering.

2. Lemon dan Minyak Pudina


Satu lagi cara selamat untuk mencegah serangga memasuki kereta dan membuatkan anda menjerit ketakukan adalah
dengan menggunakan kepingan kulit buah lemon dan juga minyak pudina atau ‘peppermint’.

Lipas dan serangga-serangga lain gemar bersembunyi di tempat yang gelap dan dalam sekitaran yang hangat serta
lembab. Oleh itu, cuba mengelap ceruk-ceruk di bawah bahagian bonet atau but kereta sehingga kering setiap kali
selepas hujan atau mencuci kereta. Ini termasuk cermin pada sisi kereta.

Setelah itu anda boleh menyapu minyak pudina di keliling cermin sisi kereta untuk mencegah lipas atau labah-labah
daripada memasuki kereta melaluinya dan bertelur atau bersarang di dalamnya, menurut perkongsian di laman YouTube
Galmatic.

Kepingan kulit buah lemon pula boleh diselitkan pada saluran penghawa dingin. Ia bukan setakat menghalau serangga
malah kereta anda juga akan berbau harum!

3. Guna Hirisan Sabun Buku


Satu lagi cara yang mewujudkan bau harum sekali gus mampu menghalau lipas adalah dengan menggunakan hirisan
sabun. Lipas bernafas pada bahagian perutnya dan ia tidak menggemari bau-bauan yang kuat.

Caranya mudah sahaja. Ambil sebuku sabun, lebih baik jika anda gunakan sabun yang kuat baunya. Potong sabun
kepada saiz yang agak kecil dan taburkannya di sudut di mana terdapat lipas, lapor laman Feedsss.

4. Jangan Makan Dalam Kereta


Apabila anda atau penumpang anda makan di dalam kereta, sedikit sebanyak pasti serbuknya akan bertaburan dan
terjatuh ke lantai. Ini meskipun anda makan dengan cermat. Jika ia tidak segera divakum, ini akan membantu lipas
untuk terus hidup dan membiak dalam kereta.

Pemilik kereta mesti meletakkan tanda perintah No Food di dalam kereta. Langkah itu mungkin sukar memandangkan
ramai orang memilih untuk makan di dalam kereta untuk menjimatkan masa disebabkan jadual yang padat.

Laman Never Pest menasihatkan agar anda mencuba sedaya-upaya untuk makan sebelum menaiki kereta. Sekiranya
terpaksa makan di dalam kereta, pastikan sampah dan serbuk makanan segera dibersihkan.

Sumber Agensi Berita

Kami menggunakan cookies untuk memastikan kami memberikan pengalaman terbaik di laman web kami. Dengan mengklik "Ok" di bawah, anda bersetuju dengan kami
melakukannya.

Ok Privacy policy

Anda mungkin juga menyukai