Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-4 Tahun

2020

PERKARA TEKS
1. KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Cik Chang Phui
VIP Yee, pengerusi PIBG SK Tuanku Bainun diiringi oleh Yang
dihormati Encik Chai Min Kim, guru besar SK Tuanku
Bainun, Yang berusaha Cik Chong Jie Xi, penolong kanan
kokurikulum SK Tuanku Bainun, dan saudara Liew Zi Xian,
pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Sukan
Sekolah kali ke-4 Tahun 2020 serta para tetamu kehormat
masuk ke dewan.

2. NYANYIAN Hadirin-hadirat sekalian diminta berdiri untuk nyanyian lagu


LAGU Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang.
NEGARAKU
DAN LAGU Para hadirin, dipersilakan duduk.
PP
3. KATA ALU- Mencari timba si anak dara,
ALUAN Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Salam sejahtera dan selamat datang ke Majlis Penutupan
Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-4 Tahun 2020.
4. DOA Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pembacaan doa
daripada Ustaz Aziem bin Mohd Idris. Dipersilakan.

5. UCAPAN Seterusnya, majlis mempersilakan saudara Liew Zi Xian,


PENGHARGA pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Sukan
AN Sekolah kali ke-4 Tahun 2020 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi jawatankuasa


pengelola atas ucapan beliau sebentar tadi.
6. Penyampaian  Majlis dilanjutkan lagi dengan acara penyampaian
hadiah hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang dihormati Encik Chai Min Kim, guru besar SK
Tuanku Bainun diiringi oleh saudara Liew Zi Xian,
pengerusi jawatankuasa pengelola Kejohanan Sukan
Sekolah kali ke-4 Tahun 2020, untuk menyampaikan
hadiah.
 Olahragawan dimenangi oleh saudara Mok Jing Wei
daripada rumah kuning.
 Para pemenang diminta tinggal sebentar lagi untuk sesi
pergambaran.
 Seterusnya, olahragawati dimenangi oleh saudari Lim
Hui Qi daripada rumah biru.
 Terima kasih diucapkan kepada guru besar kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
 Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita pada saat
yang dinanti-nantikan, majlis mempersilakan Yang
Berbahagia Cik Chang Phui Yee, pengerusi PIBG SK
Tuanku Bainun diiringi oleh Yang Berusaha Cik Chong
Jie Xi, penolong kanan kokurikulum SK Tuanku Bainun
untuk menyampaikan Piala Johan Keseluruhan Sukan
Sekolah kali ke-4 Tahun 2020.
 Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-4
Tahun 2020 diungguli oleh rumah biru. Dipersilakan
ketua rumah biru, Ow En Yin untuk menerima piala.
 Dipersilakan dif-dif kehormat untuk mengambil gambar
dengan para pemenang.
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Cik Chang Phui Yee, kerana sudi
menyampaikan piala dan hadiah kepada para pemenang
dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

7. TAYANGAN Demikianlah sahaja majlis penyampaian piala dan hadiah


VIDEO bagi Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-4 Tahun 2020.
Sekarang, mari kita saksikan tayangan video sepanjang
Kejohanan Sukan SK Tuanku Bainun kali ini.

8. UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian, majlis mempersilakan Yang


PENUTUP Berbahagia Cik Chang Phui Yee, pengerusi PIBG SK
Tuanku Bainun untuk menyampaikan ucapan serta menutup
majlis kita pada petang ini. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih atas ucapan sebentar tadi. 

Diminta Yang Berbahagia Chang Phui Yee untuk berada di


atas pentas buat sementara lagi.

Bagi menggulungkan penghargaan terhadap pengerusi PIBG


SK Tuanku Bainun, Majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada Yang Berbahagia Cik Chang Phui Yee,
pengerusi PIBG SK Tuanku Bainun daripada Yang Berusaha
Cik Chong Jie Xi, penolong kanan kokurikulum SK Tuanku
Bainun, Majlis mempersilakan.

9. LAGU IPG Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada dif-dif


kehormat atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar
tadi.

Seterusnya , para hadirin diminta berdiri untuk nyanyian


Lagu IPGM.

Para hadirin dipersilakan duduk.

10. BERSURAI Tahniah diucapkan kepada pemenang yang berjaya meraih


kemenangan pada kejohanan kali ini, dan kepada yang
tewas, cuba lagi pada masa akan datang.

Kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa pengelola


Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-4 Tahun 2020
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan kejohanan
ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Atas segala kelemahan dan kekurangan sehingga


menimbulkan kesulitan, maaf jua kami pohon. Semoga kita
berjumpa lagi pada masa akan datang.

Mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Cik


Chang Phui Yee, pengerusi PIBG SK Tuanku Bainun dan
diiringi oleh dif-dif kehormat meninggalkan dewan untuk
menikmati jamuan yang disediakan.
(VIP keluar)
Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai