Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain
seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan
melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan
estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,
membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid
dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek
estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan
dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan,
terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Apakah yang anda fahamkan tentang seni visual?


Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti
seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.

Rajah 1.1
Sumber: http://images.google.com/images

OUM
1
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan pengertian pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;
2. menjelaskan matlamat pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;
3. menjelaskan objektif pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;
4. menerangkan pandangan tokoh-tokoh barat tentang seni visual; dan
5. menerangkan pandangan tokoh Timur dan Islam tentang seni visual.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

OUM
2
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.1 PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 1.2: Pelajar sekolah rendah


Sumber: http://www.chungwa.edu.bn/images/enrolment/primary/pri_indexpic2.jpg

Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, anda boleh menyentuh mengenai perasaan
estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu:
(a) menggambar;
(b) membuat rekaan dan corak;
(c) membentuk dan membuat binaan; dan
(d) kraf tradisional.

Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas
sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di
atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya
dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan
didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan
menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL


Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan.

OUM
3
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

1.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL


Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid anda seharusnya dapat:
1. menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam
bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya;
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta
barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual;
6. menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain;
7. menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni
visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan
antarabangsa;
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;
9. menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran
dan kaitan dengan keselesaan hidup; dan
10. menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

1.4 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT TENTANG SENI


VISUAL
Mari kita menghayati pendapat dari tokoh-tokoh barat berikut:

x Plato x Walter Gropius


x Aristotle x Efland dan Chapman
x Pestalozzi x Lansing
x Herbert Read x June McFee
x Frank Cizek x Feldman
x John Dewey

Semasa membaca mengenai pendapat setiap tokoh di bawah ini, cuba


anda catatkan penekaan dan sudut pandangan dalam petikan itu.

OUM
4
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

(a) Plato (427/428 Sebelum Masehi – 347 Sebelum Masehi)

Sumber: http://www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html

Pada pendapat Plato:


x lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran;
x pembaca puisi memainkan perasaan dengan ilham yang diterimanya;
x bahasa persuasif menggunakan unsur persuasif seperti logik, perwatakan dan nilai
moral;
x seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan,
kesejahteraan dan keindahan;
x seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk
membawa kesejahteraan; dan
x seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan
perpaduan.

Pada zaman itu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau
nilai moral, kesejahteraan dan keindahan.

Pada zaman Plato, estetik merupakan satu ilmu yang tersendiri. Dalam bidang seni hari
ini, terdapat seni visual, seni muzik, seni tari, seni puisi, seni silat, seni teater dan lain-lain
lagi. Seni visual adalah bidang yang beri tumpuan kepada tampakan atau penglihatan.
Dibawah seni visual pula adalah bidang yang beri tumpuan kepada tampakan atau
penglihatan. Di bawah seni visual pula bidang seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya.
Apapun bidang itu, soal asal pokoknya berasaskan seni.

OUM
5
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

Rajah 1.3: Bidang Seni kini

Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya, dan puisi dengan konsep
ilhamnya. Plato membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang
melukis gambar objek meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat
objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu. Idea atau konsep objek
tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang diberi oleh tuhan. Maka
lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan ramai
memandang rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa
pelajar teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan).

Mengikut Plato, walaupun cerita dalam puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat
mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca puisi mendapatkan ilham dari
dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi. Maka puisi itu
bukan ilmu mengenai kebenaran.

(b) Aristotle (384 Sebelum Masehi – 322 Sebelum Masehi)

Sumber: http://clendening.kumc.edu/dc/pc/a.html

Pada pendapat Aristotle:


x pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi stuktur bentuk yang
universal kepada benda alam; dan

OUM
6
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

x pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis
dengan stuktur bentuk dalam cerita puisi itu.

Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi menberi stuktur bentuk yang universal kepada
pokok. Dengan stuktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu
adalah baik. Dengan stuktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan
mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang
baik. Aristotle memberi penekanan kepada bentuk dan stuktur sesuatu hasil atau karya.

Sejak awal tahun 1800an, program lukisan linear telah dimulakan untuk kumpulan yang
ingin mencari kerjaya sebagai pelukis. Kaedah melukis mengikut perspektif linear
diperkenalkan untuk tujuan membuat illustrasi dengan kadar yang representatif. Dengan
konsep yang mementingkan pelajaran kemahiran untuk kerjaya, cuma sebilangan orang
sahaja yang berminat mempelajari seni.

(c) Pestalozzi (1746 – 1827)

Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/pestalozzi.html

Pada pendapat Pestalozzi, semua kanak-kanak sepatutnya diberi peluang belajar seni
sama ada berbakat seni atau tidak. Caranya adalah seperti belajar tulisan dan geometri
dan tidak beza dari mata pelajaran lain. Konsep ini memberi penekanan kepada
kepentingan aktiviti mata dan tangan tetapi tidak pada keistimewaan seni yang
membezakannya sebagai satu disiplin tersendiri. Pestalozzi juga percaya bahawa kerja
tangan atau kraftangan mestilah juga diajar dengan menekankan konsep pendidikan
sepanjang hayat (“life-long”) terhadap aktiviti-aktiviti bercorak praktikal.

(d) Herbert Read

Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/herbetread.html

OUM
7
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah
seperti “Education Through Art” dan “History of Moden Art”. Beliau telah menyentuh
tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah
penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian
estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau.
Beliau selalunya mengemukan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut:
x ekspresi diri dan komunikasi;
x pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan
x apresiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.
Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden
dengan hujahan terkenalnya mengenai “Moden Art is as old as man”. Beliau juga
mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia
yang berlainan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui
persefahaman antara bangsa dengan konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal,
Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua negara.
Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi
penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.

Kalau anda berminat, bincangkan mengenai kesan berantai di mana


perpaduan membawa ke kemakmuran, kemakmuran membawa ke
perkembangan ilmu seni dan seterusnya.
Tahukah anda bagaimana kedudukan batik hari ini boleh menjadi alat
perpaduan antarabangsa?

(e) Frank Cizek (1865 – 1946)

Sumber: http://www.aeiou.at/aeiou.encyclop.data.images.c/c505882a.jpg

Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas
dalam pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang
tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian
kanak-kanak perlu diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat
dari pandangan mereka sendiri. Berbeza dari orang dewasa, kanak-kanak mempunyai
impuls kreatif yang tersendiri dan haruslah digalakkan untuk memajukan keindividualan
sendiri mengikut kemampuannya. Kanak-kanak perlu dibebaskan dari kongkongan

OUM
8
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian
diri. Cizek mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan mengembang
mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak boleh
didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni sebagai
suatu pengukuhan. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang
dipaksakan dari kaca mata orang dewasa. Keperluan asasi kanak-kanak dipentingkan dan
kanak-kanak dikatakan adalah suci dan tulen seperti kertas putih. Apabila kanak-kanak
menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang.
Minat belajar dan minat untuk memajukan diri meningkat. Maka kanak-kanak sedia
untuk belajar dan ingin hendak belajar. Kenyataan ini juga telah membawa ke
perkembangan cabang terapeutik seni, cabang kraf untuk kanak-kanak bermasalah dan
seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain.

Sebagai guru, anda perlu menghadapi cabaran baru dan masalah bagaimana
mencetuskan cara untuk memajukan imaginasi kanak-kanak. Banyak masa dan tenaga
diperlukan untuk mengkaji dan mendekati kanak-kanak.

Adakah ini bermaksud guru boleh mengambil kesempatan untuk biar murid
membuat apa sahaja sesuka hati? Mengapa?

(f) John Dewey (1859 – 1952)

Sumber: http://www.bealt.barnard.columbia.edu.amcw.images.html

Dewey membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada
kanak-kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu
fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu
proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi
kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan
fikiran) melalui seni.

OUM
9
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

(g) Walter Gropius (1883 – 1969)

Sumber: http://www.anxo.org/artigos/050600.html

Walter Gropius berpendapat bahawa Seni Visual seharusnya berfungsi dalam memberi
faedah kepada kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius
telah memberi kepentingan prinsip asas reka ke barangan seharian keluaran industri
dengan menyatukan seni, pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai
estetik telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas
elektrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan khas
terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan senireka, seni
komersial dan seni dalam kehidupan seharian.

(h) Efland dan Chapman


Efland dan Chapman berpendapat bahawa:
x seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan
perubahan dalam keperluan ahli masyarakat; dan
x seni sangat bermakna jika kreativiti menjadi unsur yang diutamakan dan
masyarakat menitikberatkan imaginasi yang direalitikan.
Efland juga berpendapat bahawa teori seni seharusnya dipadankan dengan teori
pendidikan yang melibatkan “nature of art” di gabungkan dengan “the nature of
knowledge” disamping “the value and process of teaching”.

(i) Lansing
Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap
dan psikomotor. Oleh itu, seni akan membantu seseorang itu membesar dengan
kekuatan otak kiri (hoki) dan otak kanan (hoka).

OUM
10
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

(j) June McFee

Sumber: http://aad.uoregon.edu/FCKeditor/cffm/custom/images/aad/research/mcfee.gif

McFee menekankan lebih kepada kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat
warisan budaya sesuatu kaum. Bertitik tolak daripada aspek budaya inilah seni akan
diterus dan dikembangkan.

(k) Feldman
Feldman membuat pernyataan yang hampir sama dengan McFee yang menekankan
bahawa seni dan kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan seni kepada
manusia.

1.4.1 Membina Konsep Kendiri Berdasarkan Konsep Seni Visual Barat

(a) Pendidikan Seni Visual seharusnya membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar.
(b) Ia suatu proses untuk mengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan dalam Seni
Visual. Melalui pelbagai teknik yang mereka pelajari, pelajar mula mengukuhkan sikap
kendiri mereka.
(c) Seni seharusnya membantu dan menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya
mereka.
(d) Menghargai dan memulihara seni merupakan pertimbangan yang paling ideal untuk
memartabatkan seni visual secara global.
(e) Menghargai dan menyedari semata-mata juga tidak mencukupi kerana melalui
kesedaran ini murid-murid seharusnya semakin kreatif dan produktif.
(f) Jauh lebih penting diperingkat global, ia membentuk sikap JERI seperti yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menjadi tunjang utama dalam
pemupukan dan pembinaan insan yang literal mengenai Pendidikan Seni Visual.

OUM
11
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

1.5 PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI


VISUAL

Rajah 1.4: Seni Islam


Sumber: photos1.blogger.com/img/11/1288/1024/abstrak.jpg

1.5.1 Muslim

Muslim dalam Kitab Al-Iman menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai ilmu
seni bertemu dengan objek alam semulajadi, akan dapat mencipta suatu karya atau
sekurang-kurangnya dapat menghargai objek tersebut.

Mengikut pandangan Islam, Allah adalah yang maha berkuasa, maha esa dan maha
indah. Segala seni perlu dikaitkan dengan kebaikan. Akhlak dalam ajaran agama adalah
penting. Al-Ghazali menulis mengenai keindahan cinta pada tuhan dan keindahan berada
di sisi tuhan. Tokoh lain yang terkenal adalah seperti Sidi Ghazali, Ibnu Khaldun dan
Yusof al Qardawi.

Cuba anda cari maklumat lanjut mengenai pandangan Islam terhadap seni
dari sumber yang bertauliah.

1.5.2 Membandingkan Pandangan Al-Ghazali dengan Sidi Ghazalba


dari Perspektif Islam

(a) Al-Ghazali
Menurut Al-Gahzali:
x seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah;

OUM
12
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

x seni menuju kepada “Al-Falah“, untuk keredaan Allah dan menghindarkan perkara-
perkara yang dilarang oleh Allah; dan
x seni dijadikan sebagai pemangkin untuk ketaqwaan. Melalui karya seni, sifat
tawaduk akan lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah.
(b) Sidi Ghazalba
Menurut Sidi Ghazalba:
x seni tidak ekses (melampaui batas-batas kesusilaan);
x seni untuk Islam, bertunjangkan dari Allah untuk Allah;
x keindahan yang dihasilkan dari ilham seni seniman bertunjangkan kepada
“mardatillah “; dan
x seni membentuk peribadi muslim ke arah yang lebih mantap dan beriman.

1.6 SEJARAH PERKEMBANGAN SENI VISUAL DAN TOKOH-


TOKOH YANG TERLIBAT
Jadual 1.1: Perkembangan Seni Visual Barat

Media yang Hal benda yang


Zaman / Abad Tokoh-tokoh
digunakan dipaparkan
Zaman Yunani x Polygnotos x fresko x adat istiadat
x Protogenes x mozek x agama
x Zeuxis
x Apelles
Zaman x Leonardo Da Vinci x fresko x kitab suci
‘Renaissance’ x Albrecht Durer x cat tempera x agama Kristian
(abad ke-14 - abad x cat minyak x potret
ke-16) x cat air x peperangan
(abad ke-19 - abad x Paul Cezanne x cat minyak x alam benda
ke- 20) x Vincent Van Gough x cat enamel x pemandangan
Gaya baru: abstrak x Henri Matisse x cat aluminium x lanskap
dan semi abstrak x Pablo Picasso x cat campuran x kegiatan
x Salvador Dali manusia
x Jackson Pollock x konsep karyaan
x Roy Lichtenstein secara tidak
x Victor de Vasarely diduga melalui
x Carl Andre eksperimen
x Has Haacke

Tahukah anda bahawa seni visual berbentuk catan bermula pada zaman Yunani dengan
menggunakan media fresko atau mozek? Hal benda yang dipaparkan ialah peristiwa yang
berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis-pelukisnya terdiri daripada Polygnotos,
Protogenes, Zeuxis dan Apelles.

OUM
13
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

Seni visual seterusnya mengalami zaman kemuncaknya di Eropah pada abad ke-14
hingga abad ke-16. Zaman kemuncak ini berlaku pada Zaman ‘Renaissance’ atau Zaman
Pembaharuan. Media yang digunakan terdiri daripada fresko, cat tempera, cat minyak dan
cat air. Hal benda yang diperkatakan berkisar mengenai kitab suci, agama Kristian, potret
dan peperangan. Pelukis-pelukis yang terkenal pada zaman itu ialah Leonardo Da Vinci
(Itali 1452 – 1519) dan Albrecht Durer (Jerman 1471 – 1528)

Pada abad ke-19 hingga abad ke-20 pula, muncul catan gaya baru iaitu semi abstrak dan
abstrak. Pada masa ini media yang digunakan terdiri daripada cat minyak, cat enamel, cat
aluminium dan cat campuran. Hal benda yang ditampilkan berkaitan dengan alam benda,
pemandangan, lanskap, kegiatan manusia dan konsep karyaan secara tidak diduga
melalui eksperimen. Gaya catan ketika itu dipengaruhi oleh aliran ‘isme’ seperti
Impresionisme, Ekspresionisme, Ekpresionisme Abstrak, Kiubisme, Seni Pop, Seni Op,
Seni Minimal dan Seni Konseptual. Pelukis-pelukis yang terlibat terdiri daripada Paul
Cezanne, Vincent Van Gough, Henri Matisse, Pablo Picasso, Salvador Dali, Jackson
Pollock, Roy Lichtenstein, Victor de Vasarely, Carl Andre dan Has Haacke.

Jadual 1.2:Perkembangan Seni Visual Malaysia

Perkembangan Seni Visual Malaysia


1930-an – 1940-an x Perkembangan seni visual bermula.
x Pendekatan kaedah seni catan easel.
x Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat.
1950-an x Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat.
x Hal benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya,
kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak.
1960-an x Pertembungan stail Timur dan Barat lebih berkembang dan
berdaya saing lagi.
1970-an x Menampilkan banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-
pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat.
1980-an – 1990-an x Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas.
x Kebangkitan seni Islam mempengaruhi peluasan seni visual.

Perkembangan seni visual di Malaysia menyerlah bermula pada tahun 1930-an hingga
1940-an yang memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel dengan mengambil
tema keindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat. Pada tahun 1950-an, berlaku
pertembungan stail Timur dan Barat yang menggunakan hal benda seni potret yang
realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak. Menjelang
tahun 1960-an situasi ini menjadi lebih berkembang dan berdaya saing lagi. Era 1970-an
menampilkan banyak lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis berpendidikan
Barat yang mendokong isme-isme barat seperti Ekspresionisme, Ekspresionisme Abstrak,
Minimal, Pop, Op Dan Realisme. Akhirnya menjelang tahun 1980-an hingga 1990-an,
perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam mempengaruhi
terhadap peluasan seni ini di instiusi pengajian tinggi.

OUM
14
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.7 PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Rajah 1.5
Sumber: http://www.icfdn.org/events/cryland/gallery/images/ch

Seringkali masyarakat merasa risau dan takut anak-anak mereka tidak mengenal huruf
atau nombor sebagai asas membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka juga
seharusnya bimbang kalau anak-anak mereka tidak dapat melibatkan dan menguasai
asas pengamatan tampak menerusi aktiviti seni. Ini akan menghalang kanak-kanak itu
daripada menerima pengalaman tampak yang boleh didapati menerusi interaksi deria
tampak melalui simbol-simbol tampak di sekeliling mereka. Pendidikan Seni Visual
berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria.
Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.

Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria
dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi
kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan
dan penaksiran.

Dalam situasi lain, Eisner (1980) mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan
dengan masalah menggunakan kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya
cuba membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak
membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
Ini adalah keupayaan yang amat diperlukan dalam proses kehidupan mereka.

Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat
meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari
masa ke semasa.

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika


melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam
pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap
objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah
dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang
kritis.

OUM
15
KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPIK 1

Akhir sekali, Fuller dan Pribble (1982) dan Ross (1983), mendapati kanak-kanak boleh
belajar dengan baik dalam melahirkan lukisan-lukisan kartun yang berunsur politik. Contoh
ini dapat membuktikan kemampuan kanak-kanak di dalam membuat keputusan sesuatu
karikatur yang sesuai untuk sesuatu idea secara tampak dan menentukan bagaimana
melakar sifat-sifat fizikal imej karikatur dalam usaha melahirkan pendapatnya.

Kalau anda minat, carilah maklumat lanjut mengenai sekolah seni. Apakah
kelebihannya berbanding dengan sekolah biasa?

RUMUSAN
Dalam topik ini, anda telah didedahkan kepada ruang lingkup dan pandangan tokoh-tokoh
mengenai Pendidikan Seni Visual. Walaupun ruang lingkup ini meluas dan global sifatnya,
kita perlu menumpukan tasawwur Pendidikan Seni Visual sekolah rendah berpandukan
Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran. Anda juga seharusnya dapat
mengenal pasti bidang-bidang kemahiran pendidikan seni visual yang diajar di sekolah
rendah disamping menyerap maklumat dan input-input yang seharusnya disogok kepada
pelajar-pelajar sekolah rendah. Memahami Sukatan Pelajaran dalam Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah memudahkan persediaan anda menjadi bakal guru pendidikan seni
visual sekolah rendah yang mantap.

GLOSARI
Al- Falah — Jalan Allah
Ekses — Melampaui batas/norma/susila
Ekspresi — Luahan idea/perasaan/sentiman
Estetik — Kecantikan
Imaginasi — Gambaran/kerangka imej
Inovatif — Mengubahsuai kepada yang lebih baik dan menarik
Intuisi — Gerak hati, rasa qalbu
Inventif — Merekacipta, merekabentuk, cari dapatan baru
Isme — Aliran/fahaman
Karaktor — Kartun berwatakkan manusia
Mardatillah — Diredhai Allah
Persepsi — Tanggapan/pegertian yang tajam
Persuasive — Meyakinkan
Representatif — Penyataan semula/gambaran semula/penampilan semula

OUM
16
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tawaduk — Merendah diri


Universal — Sejagat, umum

UJIAN 1
Apakah yang anda faham mengenai nilai-nilai estetika? Dengan memilih satu produk
dalam pendidikan seni visual, huraikan bagaimana nilai-nilai estetika dapat diaplikasi
dengan berkesan.

UJIAN 2
Berdasarkan pengurusan grafik di bawah ini cari persamaan dan perbezaan di antara
konsep seni Barat dan seni Islam/Timur

KONSEP SENI TIMUR/ BARAT

PERSAMAAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.

PERBEZAAN

BARAT TIMUR
1. 1.
2. 2.
3. 3.
4. 4.
5. 5.

OUM
17

Anda mungkin juga menyukai