Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Teks Ucapan: Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Olahraga


Tahunan Kali ke-22 SMK Perantau Damai Tahun 2020
Yang Dihormati, En. Mohd Jafni Bin Hashim, YDP PIBG SMK
Perantau Damai
Yang Berusaha, Tuan Haji Samsuddin Bin Haji Mokhtar, Pengetua
SMK Perantau Damai
Penolong-penolong Kanan, guru-guru, Para AJK PIBG sekolah, Para
ibu bapa dan murid-murid sekalian.
Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnianya, dapat bersama-sama menjayakan
Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Kali ke-22.
Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan juga barisan PIBG
SMK Perantau Damai kerana bertungkus lumus merealisasikan
Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan pada kali ini.
Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa
bersama-sama warga SMK Perantau Damai pada Majlis Perasmian
Penutupan Sukan Olahraga Tahunan Kali ke-22. bagi tahun 2020.
Sidang hadirin yang saya hormati.
Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan
murid-murid yang cergas dari segi fizikal dan mental. Menerusi
latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang
merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu
membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan peraturan dan
secara tidak langsung melahirkan murid yang berhemah tinggi,
bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental
serta mempunyai daya kepimpinan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang
bagi setiap perlawanan,namun perkara yang lebih penting ialah
kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada
murid-murid bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha,
ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada
kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang
berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan,
menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang
tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah
masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling
berkasih sayang.
Kegiatan sukan menjadi satu daripada benteng yang menjadi
penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai
aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan
spiritual, atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat
yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita
mampu membangunkan modal insan yang berkualiti dan insan yang
memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada
masa hadapan
Hadirin yang dikasihi,
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menjayakan Kejohanan
Sukan Olahraga Tahunan SMK Perantau Damai dengan jayanya yang
telah berlangsung selama empat hari, mulai 10 Feb – 14 Feb 2020.
Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat
kejohanan , saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya
janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun
menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan.
Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak
terima kasih dan sekalung tahniah kepada, Pengetua SMK Perantau
Damai, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, AJK PIBG, Guru-guru dan
semua peserta kejohanan dan pihak-pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini. Semoga
kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak kejayaan yang
lebih besar bagi SMK Perantau Damai.
SAYA DENGAN INI MERASMIKAN MAJLIS PENUTUPAN
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-22
SMK PERANTAU DAMAI BAGI TAHUN 2020

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai