Anda di halaman 1dari 46

GC6033: ISU PENDIDIKAN

SEMASA

LALUAN KERJAYA
DALAM PROFESION
KEGURUAN
MOHD ZAHIR BIN MOHD IDRIS
P 42947
SARJANA PENDIDIKAN (PENTADBIRAN PENDIDIKAN)
SEMESTER 2 SESI 2007/2008
Keguruan Sebagai Satu Profesion
_
 “Mengajar ialah pekerjaan
profesional. Tugas yang dilakukan
oleh guru adalah bersifat
intelektual, memerlukan amalan
pertimbangan yang konsisten,
tidak boleh disamarata atau
dirutinkan, dan menuntut
persediaan yang berpanjangan
melalui pendidikan.”
 Janet A. Weiss (1989,2)
Ciri-ciri Profesion
 proses membuat keputusan berdasarkan
pengetahuan formal yang diperoleh daripada
pendidikan dan amalan yang menyeluruh;
 individu yang bersifat objektif, adil dan tidak
mementingkan diri sendiri;
 tahap perkhidmatan yang diberikan kepada
klien;
 orientasi berasaskan kumpulan (reference-
group orientation);
 struktur kawalan yang jelas (distinctive control
structure); dan
 kod etika yang digubal untuk melindungi
profesion dan klien atau kepentingan awam.
Ciri Profesionalisme
Guru
 tahu cara menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi dalam bidangnya;
 sentiasa terbuka untuk belajar tentang cara
meningkatkan mutu amalannya serta sentiasa
berusaha memperbaiki dirinya;
 sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya
dengan profesional lain dalm bidang keguruan;
dan
 Matlamat kerjaya ialah menghayati prinsip
perkembangan yang berterusan (continuous
development).
(Wan Mohd Zahid Noordin,
2003).
Teori Perkembangan
Guru
 Model perkembangan Berliner
(1995) mentafsir perkembangan
guru sebagai “satu proses menuju
ke arah pembentukan guru untuk
mencapai tahap kepakaran dan
kecemerlangan”
Teori Perkembangan
Guru
 Peringkat perkembangan dalam Model Berliner adalah
seperti berikut:
 Peringkat 1 – Peringkat permulaan atau novice
Guru novis mempelajari fakta dan menimba pengalaman
serta diajar peraturan umum yang dikatakan sesuai untuk
semua konteks;

 Peringkat 2 – Peringkat lebih maju atau advanced


beginner
Guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama dua
atau tiga tahun. Pengalaman dan konteks masalah mula
membimbangi dan mempengaruhi tingkah laku guru;

 Peringkat 3 – Peringkat cekap atau competent


Guru mampu membuat pilihan secara sedar tentang
tindakan, membuat keutamaan dan membuat perancangan.
Berdasarkan pengalaman yang diperoleh, guru menjadi
lebih peka terhadap perkara yang penting atau remeh.
Namun, kemahiran mengajar masih lagi kaku dan tidak
Teori Perkembangan
Guru
 Peringkat 4 – Peringkat mahir atau proficient
Terdiri daripada guru yang berpengalaman mengajar
selama lima tahun. Guru boleh mengesan maklumat yang
wujud dalam semua konteks dan situasi serta mampu
membuat ramalan tentang sesuatu kejadian dengan cepat;
dan

 Peringkat 5 – Peringkat pakar atau expert


Bukan semua guru mampu untuk mencapai tahap ini.
Pengajaran guru adalah lancar dan segala tugas dapat
dilaksanakan dengan mudah.
Sorotan Profesion
Perguruan
 DAHULU:
 guru dianggap insan yang terpilih
yang didatangkan untuk membawa
ilmu dan kemajuan kepada
masyarakat setempat;
 menjadi panduan dan rujukan; dan
 mengajar masyarakat Melayu
berorganisasi dalam bidang sosial
dan arena politik
Sorotan Profesion
Perguruan
 KINI:
 dianggap sebagai profesion
peringkat pertengahan di bawah
profesion profesional yang lain
seperti doktor, jurutera, peguam
dan arkitek;
 anggap tanpa latihan asas masih
boleh menjadi guru sandaran atau
sementara dan ada kalanya lebih
baik dari guru yang sedia ada.
Mengapa profesion keguruan kurang
mendapat tempat sebagai pilihan
kerjaya?

 profesion yang statik, kurang masa


dan peluang terlalu kecil;
 berhadapan dengan berbagai
karenah pelajar yang begitu ramai;
 perlu melayani karenah ibu bapa,
masyarakat, pihak atasan,
kerajaan, pertubuhan dan masalah
peribadi;
Mengapa profesion keguruan kurang
mendapat tempat sebagai pilihan
kerjaya?

 kurang pembelaan sehingga ada


cadangan meletakkan Pegawai Tadbir
dan Diplomatik (PTD) di bahagian
pengurusan samada di sekolah, Pejabat
Pelajaran Daerah ataupun di Jabatan
Pelajaran Negeri;
 wujud profesion lain yang lebih baik
hasil dari sistem pendidikan dan kerja
keras guru yang mengajar; dan
 beban kerja dan kurang insentif yang
diterima.
Statistik mengenai perbandingan
peluang kenaikan pangkat di
kalangan beberapa profesion utama:

 Pendidikan
3.5%
 Jurutera Awam (Kerja Raya)
27.1%
 Pegawai Perubatan 15.1%
 Polis 18.6%
 Pegawai Pertanian
13.4%
 Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%
Cabaran Dalam Profesion
Keguruan

 anggapan bahawa jadual tugas guru


amat mudah dan guru hanya perlu
bekerja setengah hari sahaja dan
mempunyai cuti yang banyak;
 hakikatnya, tugas guru adalah
melangkaui waktu persekolahan.
 guru turut berperanan melaksanakan
tugas berdasarkan arahan dan
keperluan tugas yang lain.
Cabaran Dalam Profesion
Keguruan

 Noriah (1994) : profesion keguruan


merupakan profesion yang tidak
mempunyai pembahagian masa yang jelas;

 Faridah dan Zubaidah (1999):


Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar
tetapi juga melaksanakan kerja
perkeranian dan pentadbiran, menjalankan
aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Cabaran Daripada Pihak
Sekolah
 persaingan akademik dalam kalangan
pentadbir sekolah untuk
mendapatkan pengiktirafan umum;
 masalah kekurangan guru,
kekurangan prasarana dan
kemudahan pengajaran dan
pembelajaran;
 bilangan murid yang ramai dalam
sebuah bilik darjah.
Cabaran Daripada Murid

 karenah murid daripada pelbagai latar


belakang, tahap pencapaian dan
kebolehan;

 memahami serta memenuhi kepelbagaian


murid serta keperluan mereka

 masalah tingkah laku dan disiplin dalam


kalangan murid;
Cabaran Untuk Memenuhi
Harapan dan Jangkaan Ibu
bapa
 kehendak ibu bapa yang mahukan guru
mendidik anak mereka dan membentuk
sahsiah dan keperibadian serta kebolehan
intelektual anak mereka;

 ibu bapa cepat mempersalah dan


mempertikaikan tindakan guru terutama
sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang
kurang disenangi di sekolah yang
melibatkan anak mereka.
Cabaran Untuk Memenuhi
Harapan dan Jangkaan
Negara
 perubahan kurikulum yang bersifat dinamik
selaras dengan keperluan semasa
menuntut guru untuk melakukan
penyesuaian agar segala objektif yang
disasarkan melalui perubahan kurikulum
akan dapat dicapai;

 selaku role model kepada murid, guru


harus mempunyai ciri dan nilai yang boleh
diteladani oleh murid.
Cabaran Untuk Memenuhi
Tuntutan Perubahan
Semasa
 Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dalam
era k-ekonomi iaitu:

 1) menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan


(knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa
bersamanya;

 2) menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang


dibawa oleh era k-ekonomi; dan

 3) menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi


jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang
minima;

 bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai


penyelamat masyarakat.
Cabaran Dalam Diri Guru
Terhadap Profesion
Keguruan
 memotivasikan diri menjadi pendidik
selaras dengan harapan ibu bapa,
masyarakat dan negara;

 bebanan tugas yang menimbulkan


fenomena burn out dalam kalangan
guru, imbuhan kerja yang kurang
menarik dan kekurangan peluang
kenaikan pangkat.
Teori Motivasi Dan
Keperluan

 Herzberg (1987) :Teori Motivator Hygiene


dikenali sebagai teori dua faktor atau dual-
factor theory.

 Set faktor asas hygiene bagi membolehkan


seseorang pekerja berfungsi:

 pertalian antara ketua dengan orang bawahan;


 pertalian antara ketua dengan pihak atasan;
 polisi dan peraturan pentadbiran;
 syarat-syarat kerja; dan
 pengawasan kerja.
Teori Motivasi Dan
Keperluan

 Set faktor motivator sebagai penggerak


atau pendorong kepada pekerja untuk
meningkatkan usaha dan menghasilkan
kerja yang lebih baik:
 pencapaian yang diperolehi;
 pengiktirafan yang diberikan;
 cabaran dan kesan terhadap minat
seseorang;
 tanggungjawab yang dipegang; dan
 peluang kenaikan pangkat.
Teori Motivasi Dan
Keperluan
 Teori ini berpegang kepada beberapa andaian seperti
berikut:

 Pekerja memerlukan keadaan persekitaran yang sesuai


dan selesa bagi mendatangkan rasa kepuasan bekerja;

 Apabila kepuasan persekitaran kerja dicapai, seseorang


pekerja memerlukan faktor tertentu untuk
memotivasikannya bekerja dengan lebih baik, rajin,
cermat dan produktif;

 Motivasi ialah penggerak bagi individu untuk bertindak.


Tindakan yang dibuat adalah berasaskan motif tertentu;

 Manusia bertindak membuat sesuatu kerana didorong


oleh sesuatu kehendak; dan

 Manusia didorong bertindak jika ia berpendapat


tindakannya akan menghasilkan sesuatu yang diingini.
Teori Motivasi Dan
Keperluan
 Abraham Maslow (1954): Hirarki Keperluan Manusia

Keperluan dan Tahap Petunjuk jenis fisiologi dan psikologi

Tahap 5: Pencapaian Pencapaian perkembangan individu yang tertinggi.


kendiri/Self actualization Tahap kreativiti dan perasaan sendiri.

Tahap 4: Keperluan untuk Harga diri – bukti pencapaian, kecekapan dan


Keperluan di dihargai keyakinan. Boleh dihargai oleh orang lain –
tahap tinggi diberi pangkat, penghargaan dan penghayatan

Tahap 3: Keperluan Perhubungan yang memuaskan dengan yang lain.


keanggotaan, dikasihi dan Menganggotai kumpulan tertentu. Memberi dan
aktiviti sosial menerima kasih sayang.
Tahap 2: Keperluan Perlindungan dari bahaya dan ancaman, kebebasan
keselamatan dan ketenteraman dari perasaan takut, runsing dan kacau bilau.
Keperluan terhadap struktur, peraturan undang-
undang, sempadan dan kekukuhan.
Keperluan di
tahap rendah Tahap 1: Berbentuk fisiologi Memenuhi keperluan fisiologi seperti berikut:
Rasa dahaga Rasa tidur
Rasa lapar Bau yang selesa
Keperluan seks Sentuhan
Teori Motivasi Dan
Keperluan
 Impak teori dua faktor Herzberg dan tahap
keperluan yang dipenuhi mengikut teori
keperluan Maslow akan mendorong guru untuk
memajukan dirinya dalam profesion serta
dapat menghasilkan murid yang cemerlang.
Model Analisis Input - Output
Input Proses Output

Guru yang Pelaksanaan Pencapaian murid


bermotivasi (hasil pengajaran dan yang cemerlang,
daripada pemenuhan pembelajaran yang berakhlak mulia dan
tahap teori keperluan berkualiti dan berkemahiran
Maslow dan berkesan selaras dengan
persekitaran, Falsafah Pendidikan
hubungan serta Kebangsaan.
penghargaan yang
diterima mengikut
teori dua faktor
Herzberg)
Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –
2010 (PIPP)

 Dasar meningkatkan kualiti


guru, kerjaya guru dan
kebajikan guru; dan

 memastikan guru yang


berkualiti akan kekal dalam
sistem pendidikan negara
dan kekal berkualiti di
sepanjang tempoh
perkhidmatan
Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –
2010 (PIPP)

 Fokus :

 menambah baik sistem pemilihan


calon guru;
 memantapkan latihan perguruan;
 memantapkan kerjaya guru;
 menambah baik persekitaran
kerja dan kebajikan guru; dan
 memantapkan perancangan dan
pengurusan sumber manusia.
Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –
2010 (PIPP)
Strategi :
 Menambah baik sistem pemilihan calon
guru dengan memperketat syarat dan
kriteria pengambilan calon guru.
 Memantapkan latihan perguruan dengan:
 menaik taraf maktab perguruan

kepada IPG yang menawarkan program


pada peringkat ijazah sarjana muda
pendidikan;
 mereka bentuk serta menggubal

kurikulum IPG secara berpusat dan


mendapat kelulusan Majlis Kurikulum
Pendidikan Guru;
 meningkatkan pemantapan dan

peluasan kursus dan latihan; dan


 memperluas dan meningkatkan aktiviti
Memartabatkan Profesion Keguruan di bawah
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 –
2010 (PIPP)
Strategi :
 Memantapkan kerjaya guru dengan
menambah baik perjawatan guru dan
menambah perjawatan dan peluasan
kenaikan pangkat untuk PPPS di
KPM/JPN/PPD/G.

 Menambah baik persekitaran kerja dan


kebajikan guru dengan menyediakan
persekitaran kerja yang kondusif serta
menempatkan guru mengikut opsyen dan
keperluan.

 Memantapkan perancangan dan


pengurusan sumber manusia dengan
penyediaan mekanisme bekalan guru.
Skim Perkhidmatan Profesion
Keguruan

 Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD)

 Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah
(PPPS).
Skim Perkhidmatan Profesion
Keguruan

 Data guru sehingga 31 Januari


2007:

 198,894 orang guru di 7,621


buah sekolah rendah

 140,988 orang guru di 2,055


buah sekolah menengah.
 Sumber: BPPDP, KPM
Skim Perkhidmatan Profesion
Keguruan

PPP Lepasan Diploma

DGA29 DGA32 DGA34 DGA38

PPP Siswazah

DG41 DG44 DG48 DG52 DG54 JUSA


C
Skim Perkhidmatan Profesion
Keguruan

Amalan dasar:
Guru PPPLD ditugaskan untuk mengajar di
sekolah rendah;
Guru PPPS ditugaskan di sekolah menengah.

 Perubahan Dasar:
inisiatif dan dasar pensiswazahan guru
50% guru siswazah di sekolah rendah
100% guru siswazah di sekolah menengah
menjelang tahun 2010
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan

 Kenaikan pangkat secara time-


based Khas Untuk Penyandang
(KUP);
 Memperluas Konsep Pengetua
Kanan Gred DG52 (KUP) dan
Pengetua Cemerlang Gred
DG54(KUP) serta Pengetua
Cemerlang Gred Jusa C;
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan

 Sehingga bulan Jun 2007, kuota yang


diluluskan bagi jawatan Pengetua
Cemerlang ialah sebanyak 10 jawatan
diperuntukkan untuk gred JUSA C, 200
jawatan untuk gred DG54 dan 400
jawatan untuk gred DG52.

 Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam juga


telah meluluskan lapisan gred baru
DGA38 bagi jawatan Guru Besar
Cemerlang. Dalam tempoh lima tahun
disasarkan sebanyak 1700 jawatan
DGA38 akan diisi.
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan

 Memperluas Konsep Guru


Cemerlang Gred Khas C di
Institut Pendidikan Guru dan
Kolej Matrikulasi Serta
Menambah Kuota Guru
Cemerlang DGA32 dan DGA34
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan


“Guru Cemerlang ialah guru yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran,
dan kepakaran yang tinggi dalam mata
pelajaran khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran. Guru
Cemerlang juga sentiasa berdedikasi
dan bermotivasi dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang
cemerlang secara berterusan.”
 (Petikan daripada Buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang)
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
 Jawatan Pengetua, Penolong Pengetua, Guru
Besar dan Pegawai Pendidikan merupakan
antara jawatan yang tertinggi dalam profesion
keguruan.

 Kenaikan pangkat menjauhkan guru daripada


melibatkan diri dalam pengajaran di bilik
darjah.

 profesion keguruan akan kehilangan guru


pakar yang berdedikasi dalam bidang masing-
masing.

 kenaikan pangkat sebagai Guru Cemerlang


diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang
kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
 Objektif kenaikan pangkat Guru
Cemerlang:

 Memberi pengiktirafan kepada guru


yang cemerlang dalam mata pelajaran
atau bidang pengkhususan masing-
masing;

 Meningkatkan pencapaian kualiti


pengajaran dan pembelajaran (P&P);

 Menjadikan Guru Cemerlang sebagai


role model kepada guru lain;
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan

 Meningkatkan motivasi guru;

 Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan


berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru
Cemerlang;

 Memperluaskan peluang kenaikan pangkat


dalam perkhidmatan pelajaran;

 Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa


perlu meninggalkan tugas mengajar atau
bertukar ke jawatan pentadbiran; dan
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
 Menyediakan peluang untuk guru naik
pangkat ke gred yang lebih tinggi
secara laluan laju (fast track) Khas
Untuk Penyandang (KUP).

 Sehingga bulan Jun 2007, peruntukan


kuota bagi guru cemerlang ialah
sebanyak 24 jawatan untuk gred Khas
C, 100 jawatan untuk gred DG54, 250
jawatan untuk gred DG52, 1000
jawatan untuk gred DG48 dan 4000
jawatan untuk gred DG44. Manakala
bagi Guru Lepasan Diploma pula 800
jawatan untuk gred DGA34 dan 3200
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
 Pelan tindakan KPM di bawah fokus
memantapkan kerjaya guru turut
mengandungi perancangan berikut:

 Menetapkan sekurang-kurang seorang Guru


Cemerlang bagi setiap sekolah menengah
pada gred DG44;

 Mewujudkan gred kenaikan pangkat kepada


Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di
Kementerian Pelajaran Malaysia/Jabatan
Pelajaran Negeri;

 Mewujudkan pelan pembangunan staf, guru


cemerlang dan staf sokongan;
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
 Menyediakan laluan fast track untuk
guru berasaskan merit dan prestasi,
bukan hanya menggunakan kekananan
sebagai asas utama;

 Mewujudkan gred baru Guru Besar


Cemerlang DG41;

 Mewujudkan dasar yang lebih jelas bagi


program pensiswazahan;

 Menyediakan unjuran jangka panjang


bagi program sarjana dan PhD; 43
Pewujudan Perjawatan dan Peluang
Kenaikan Pangkat Dalam Profesion
Keguruan
 Menyediakan kaedah kenaikan pangkat
untuk mempercepatkan KUP pegawai di
KPM/JPN memegang jawatan hakiki
(dalam tempoh 2 tahun);

 Menambah baik norma perjawatan guru


iaitu norma baru 1:1.7 menjelang tahun
2010;

 Menetapkan pemberian elaun kepada


guru tugas-tugas khas; dan

 Mengkaji cuti rehat dan waktu bekerja


Penutup
Skim perkhidmatan keguruan perlu terus
dipertingkatkan bermula daripada aspek
pengambilan, latihan dan penempatan bagi
memastikan guru-guru berpeluang menikmati
skim yang setara atau lebih baik daripada skim
perkhidmatan profesional yang lain.

Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya


profesion keguruan yang lebih menarik akan
meningkatkan persepsi masyarakat terhadap
profesion keguruan, menarik minat individu lain
untuk menyertai profesion ini serta akan dapat
melahir dan mengekalkan guru-guru berkualiti
dan sekali gus memartabatkan profesion
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai