net/publication/323216696
CITATIONS READS
0 1,961
2 authors, including:
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
All content following this page was uploaded by Azlin Norhaini Mansor on 16 February 2018.
1
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Penafian
Sebarang penulisan termasuk pendapat, perbincangan, pandangan dan
rekomendasi yang dilaporkan dalam prosiding ini sepenuhnya daripada
penulis artikel berkenaan dan bukannya dari penganjur seminar. Pihak
Penganjur, editor dan penerbit tidak akan bertanggungjawab di atas
sebarang ganti rugi secara langsung atau tidak langsung atau lain-lain
yang timbul berkaitan artikel tersebut.
2
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
KANDUNGAN
PRAKATA
1
UCAPTAMA 3
KAUNSELING
Kajian Kes: Penerapan Terapi Modifikasi Tingkah Laku Kognitif untuk Klien
Bermasalah Tingkah Laku di Politeknik Mukah 59
Nurul Hidaya Binti Hamli & Jusiah Idang
KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI
3
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
KESIHATAN SOSIAL
Tahap Daya Ingatan Warga Emas Berdasarkan Penglibatan dalam Aktiviti Sosial
Agnis Sombuling, Carmella E. Ading, Chua Bee Seok, Patricia J. Kimong, & Suwaibah 107
Zakaria
Kekangan dan Halangan Mahasiswa/wi OKU di Institusi Pengajian: Satu Kajian Kes
Mohd Arsad Johanis, Aida Syakila Binti Ishak & Ahmad Nazir Mohd Isa 153
Keperluan Intervensi Kerja Sosial Sekolah untuk Menangani Masalah Sosial Pelajar di
Malaysia 178
Nurzaimah Asalal
4
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Impak Pertambahan Beban Tugas Terhadap Tahap Keefisienan Kerja Guru di Sabah
Arzizul Antin & Dg Norizah Binti Ag Kiflee@Dzulkifli 198
Kesan Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran Kerja terhadap
Pencapaian Awal Matematik dalam kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Kebangsaan 216
Connie Cassy Ompok, Vincent Pang, Sporty Chin & Ho Chong Mun
Amalan Kerja Berpasukan dan Komitmen Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Zon
Senadin, Miri 279
Law Sie Kong
Masalah Etnik Minoriti Sabah di Nabawan dalam Menguasai Literasi Aras Tinggi
Mahathir Muhammad Ramli dan Mohamed Yusof Mohd Nor 298
5
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Tingkah Laku Jurulatih Sukan, Kepuasan dan Motivasi Atlit Sekolah Sukan di Sabah
Mohamad Nizam Nazarudin, Chong Swee Le, Zakiah Noordin 338
Komsas, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan I-Think sebagai Kompetensi Pengajaran
Guru Bahasa Melayu
Rozani Ahmad 417
Agihan Tugas oleh Guru Besar dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru SK
Zon Lambir Miri, Sarawak 430
Sudan Sipok & Mohd Izham Mohd Hamzah
Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Prestasi Sekolah di Zon Baram Hilir,
Sarawak
Yeo Pei Chyi & Azlin Norhaini Mansor 439
6
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
The Effectiveness of Solution Focus Brief Therapy in Improving Self Esteem which
Owned by Divorced Women Who Experience Domestic Violence 497
Siti Sarah & Nuraini
Penerimaan Gaya Keibubapaan dalam Kalangan Remaja dan Kesannya Terhadap 509
Perkembangan Kecerdasan Emosi
Abdul Adib Asnawi, Lailawati Madlan @ Endalan & Agnis Sombuling
Penerokaan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa Kelas Sosial Rendah yang Mempunyai Anak-
anak Berpencapaian Rendah
Johari Talib, Maharam Mamat, Maznah Ibrahim & Zulkifli Mohamad 519
Cabaran Membesarkan Anak Kurang Upaya di Luar Bandar dan Pedalaman Sabah
Lineker Takom, Nurul Hudani Md. Nawi, Ferlis Bullare @ Bahari 527
Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa Terhadap Motivasi dan Pencapaian Akademik Murid-
murid Pedalaman negeri Sabah 543
Mohd Hazilye Sakimin @ Adat
7
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
PSIKOLOGI POSITIF
Optimistik, Kecekapan Kendiri Umum dan Afek Positif sebagai peramal Kebahagiaan
Remaja yang Hidup dalam Kemiskinan di Sabah 585
Mahirah Masdin, Balan R.Krishnan & Getrude Cosmas
PSIKOMETRIK
8
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Manfaat Sosioekonomi dan Nelayan Bandar di Kg. Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
Jalihah Md Shah 660
Dwi Peranan (Pemimpin Kesatuan Sekerja dan Pekerja) Faktor yang Mempengaruhi
Burnout dalam Kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja di Sabah 682
Kee.Y.Sabariah Bte Kee Mohd Yussof & Nur Eqillah Ab Samid
Perbandingan Konstruksi Struktur Verbal dalam Ayat Asas Bahasa Perancis dan
Bahasa Melayu 689
Mohd Nor Azan Abdullah & Musirin Mosin
9
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Syukur ke hadrat Allat S.W.T kerana dengan izin-Nya terlaksana Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial
julung kali dianjurkan oleh Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial.
Simposium ini merupakan satu majlis pertemuan di antara para cendekiawan, pakar, penyelidik dan pelajar
bagi membincangkan persoalan ataupun isu. Bertemakan “Psikologi dan Kesejahteraan Insan”, perkongsian
ilmu yang disampaikan dalam simposium ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada semua
kerana kertas kerja yang dibentangkan mempunyai pelbagai subtema seperti kesejahteraan psikologi,
psikologi positif, kesihatan sosial, personaliti dan perbezaan individu, kaunseling, psikologi kanak-kanak dan
keluarga, psikometrik, pendidikan dan pembangunan sosial serta bidang sains sosial dan bahasa.
Bukan itu sahaja, simposium ini adalah sebagai pentas permulaan kepada pelajar prasiswazah dan
pascasiswazah untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka. Kertas kerja yang dihasilkan adalah merupakan
bukti empirikal dan boleh menjadi rujukan kepada orang lain. Pengalaman yang diperoleh daripada
simposium ini juga boleh menjadi batu loncatan untuk peserta meneruskan penyelidikan melalui kerjasama
yang terjalin dengan penyelidik lain.
Psikologi dan kesihatan sosial adalah bidang yang sangat luas dan boleh dikaitkan dengan pelbagai bidang
ilmu. Keserasian dengan ilmu lain menyebabkan bidang ini memberi impak mengikut fungsinya. Keadaan
ini dapat dilihat contohnya melalui program National Blue Ocean Strategic (NBOS) yang memasukkan
elemen psikologi dalam program dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam. Hal ini dapat
menjelaskan kepentingan psikologi dalam pelbagai aspek.
Oleh hal yang demikian, harapan saya kepada semua peserta dalam simposium ini, rebutlah peluang yang
ada melalui jalinan kerjasama dengan peserta lain bagi menghasilkan penyelidikan yang boleh memberi
impak besar khususnya dalam ilmu psikologi dan kesihatan sosial.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menimba ilmu melalui simposium ini kerana ilmu akan membimbing
kita menjadi insan yang sebenar. Bak kata Imam Ghazali, jangan keberatan menjawab “saya tidak tahu” jika
sememangnya kita tidak tahu. Kerana itu, tuntutlah ilmu walau di mana saja kita berada.
Sekian, Wassalam
10
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Kepada seluruh warga fakulti, semoga terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing
sebagai kakitangan akademik dan kakitangan pentadbiran Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Dalam
kesempatan ini, syabas dan tahniah diucapkan terutamanya kepada ahli jawatankuasa yang terlibat secara
langsung dalam penganjuran Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 ini. Simposium yang
berlangsung selama sehari pada 17 Mei 2017 ini adalah bertemakan “Psikologi dan Kesejahteraan Insan”.
Penganjuran Simposium yang julung kali diadakan ini merupakan satu tanda positif kepada Unit
Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial khususnya dalam menyahut cabaran pengurusan tertinggi UMS
dalam menganjurkan program-program keilmuan. Pihak fakulti amat berbangga atas usaha yang ditunjukkan
sikap keperihatinan dan kerjasama yang padu dalam kalangan ahli jawatankuasa SPKS-I 2017 merupakan
tunggak terhadap kejayaan penganjuran simposium ini.
Tujuan penganjuran Simposium ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli
penyelidik, ahli akademik, kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan serta mahasiswa khususnya mahasiswa
Prasiswazah dan Pascasiswazah berkongsi ilmu melalui penyelidikan yang telah dilaksanakan dalam
pelbagai disiplin ilmu.
Dalam simposium yang julung kali diadakan ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 300 orang peserta
terdiri daripada pelbagai Institusi Pengajian Awam dan Swasta, kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta,
orang awam di seluruh Malaysia serta mahasiswa Fakulti Psikologi dan Pendidikan. Pihak pengurusan
tertinggi fakulti mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd.
Harun bin Abdullah kerana sudi merasmikan simposium ini dan syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan
kepada YBrs. Dr. Ferlis Bin Bullare @ Hj. Bahari kerana berjaya menganjurkan simposium yang julung kali
diadakan ini.
11
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas izin dan rahmatNya berjaya menganjurkan “Simposium
Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 (SPKS-I 2017)” buat pertama kali oleh pihak Unit Penyelidikan
Psikologi dan Kesihatan Sosial, FPP, UMS. Untuk makluman, pihak penganjur telah memperoleh sebanyak
121 abstrak berbentuk kertas kerja ilmiah dan kertas kerja konsep. Daripada 121 abstrak tersebut, sebanyak
77 kertas kerja penuh telah diterima untuk dibentang di sesi selari, tiga kertas kerja dibentang oleh
penceramah jemputan di sesi ucaptama dan satu topik disampaikan oleh penceramah jemputan di sesi
ceramah khas. Di samping itu, sebanyak 24 poster turut serta dalam simposium iaitu disertai oleh seramai
Sebanyak sembilan (9) tema telah dipilih berdasarkan isu dan kandungan kertas kertas yang dihantar oleh
pembentang dan ada kaitannya dengan tema utama simposium iaitu “Psikologi dan Kesejahteraan Insan”.
Pihak jawatankuasa simposium yakin kertas kerja yang dibentang dapat meneroka, merungkai dan memberi
pembuktian secara ilmiah dan saintifik mengenai psikologi dan kesejahteraan insan. Pihak kami juga
berharap agar wacana ilmu ini dapat memberi pengetahuan, pemahaman dan kesedaran mengenai
kepentingan dan peranan bidang psikologi dalam membentuk dan menghasilkan kesihatan dan kesejahteraan
insan daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Bagi pihak jawatankuasa simposium, saya merakamkan jutaan terima kasih khususnya kepada YBhg Datuk
Naib Canselor UMS dan Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS atas sokongan dan dorongan yang
diberikan untuk menjayakan simposium ini. Ucapan tahniah dan penghargaan kepada ahli Jawatankuasa
Pelaksana yang dilantik dalam kalangan kakitangan akademik, kakitangan pentadbiran, pelajar
pascasiswazah dan pelajar prasiswazah Fakulti Psikologi dan Pendidikan yang telah bertungkus lumus
memastikan simposium ini dapat berjalan seperti yang dirancang.
Akhir kata, moga simposium ini memberi manfaat dan mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah
SWT. Amin.
12
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Abstrak
PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan agenda yang penting di Malaysia dan telah mengalami pelbagai
perubahan dan reformasi sejak kemerdekaan. Sistem pendidikan dikaji dan ditambahbaik dari
semasa ke semasa supaya selaras dengan era pembangunan bagi menjana pembangunan dan
pembentukan insan yang menyeluruh dan bersepadu.Secara umumnya, matlamat utama pendidikan
di sekolah adalah untuk meningkatkan prestasi proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha
mencapai matlamat, pemimpin sekolah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif.
439
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
amalan kepimpinan instruksional merupakan satu usaha yang berkesan serta memberikan impak
yang besar dalam pembentukan sebuah sekolah yang cemerlang.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan PPPM (2013-2015), Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan semua
sekolah tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi mempunyai guru besar yang berkualiti tinggi. Guru
besar akan dibantu oleh kumpulan kepimpinan pertengahan dengan matlamat pasukan kepimpinan
di sekolah dapat memberi kepimpinan instruksional dan meningkatkan prestasi sekolah secara
keseluruhan. Yusuf K.K N (2008) menjelaskan bahawa sekiranya guru besar telah melengkapkan
diri dengan pengetahuan, kemahiran pengurusan dan kepimpinan instruksional yang cukup, maka
seseorang guru besar akan mampu meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Daresh (2008) dan Azlin (2006) menyatakan kebimbangan yang timbul kerana ramai guru
besar masih merujuk kepada model pengurusan klasik dalam pengurusan sekolah. Mereka lebih
cenderung mengaplikasikan kepimpinan autokratik tanpa mengambil berat kehendak guru dan
mengabaikan peranan untuk menjana insan yang berkualiti bagi pembangunan pendidikan.
Pelbagai kajian lepas (Latip 2006; Umathevi 2015; Juita 2012) telah menunjukkan
hubungan antara gaya kepimpinan instruksional dan prestasi sekolah. Namun begitu, terdapat
beberapa buah sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman Zon Baram Hilir yang belum
mencapai sasaran pencapaian yang tinggi dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Menurut
dapatan ranking sekolah pada tahun 2010 yang dikendalikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti, majoriti sekolah di Zon Baram Hilir mencapai prestasi yang sederhana iaitu mendapat band
3 dan band 4 dalam SKPM 2003. Tambahan lagi, masih kekurangan kajian yang menumpukan
kawasan luar bandar, khasnya di negeri Sabah dan Sarawak. Berdasaran semua situasi dan
persoalan yang dibincangkan, kajian amatlah diperlukan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan
instruksional di kawasan luar bandar atau pedalaman di Sarawak dan hubungannya dengan prestasi
sekolah dalam SKPM 2003. Kajian ini akan mamberi tumpuan kepada sekolah rendah di Zon
Baram Hilir, Daerah Baram. Sekolah-sekolah di Zon Baram Hilir dikategorikan sebagai sekolah
luar bandar atau pedalaman. Semua sekolah di zon ini berjauhan dengan pusat bandar Miri.
Diharapkan hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan
pencapaian sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Objektif
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional guru besar di Zon Baram Hilir, Daerah
Baram, Sarawak dari perspektif guru
2. Mengenal pasti band sekolah rendah di Zon Baram Hilir, Daerah Baram, Sarawak
3. Mengenal pasti hubungan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan prestasi sekolah
440
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Kerangka Konsep
Kerangka Konseptual kajian ini diubahsuai berdasarkan Model Hellinger dan Murphy (1987) dan
prestasi sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2003 Kajian ini
berfokus kepada kepimpinan instruksional guru besar sebagai pembolehubah tidak bersandar.
Kepimpinan intruksional dibahagikan kepada tiga dimensi iaitu Dimensi 1: Menjelaskan dan
mendefinisikan matlamat, Dimensi II: Menguruskan program pengajaran dan Dimensi III:
Mewujudkan iklim pembelajaran sekolah.
Prestasi sekolah yang dijadikan sebagai pembolehubah bersandar merujuk kepada prestasi
sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2003. SKPM 2003 dirangka
pada tahun 2003 dan diperkenalkan mulai tahun 2005. Mulai tahun 2008, SKPM 2003 diisi secara
online dan digunapakai oleh sekolah rendah dan sekolah menengah sehingga sekarang. Kerangka
konsepsual kajian ini ditunjukkan dalam Rajah1.
Kepimpinan Instruksional
Dimensi 1:
Menjelaskan dan
mendefinisikan matlamat
Dimensi 3:
Mewujudkan iklim
pembelajaran sekolah
METODOLOGI KAJIAN
441
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Daerah Baram. Jumlah populasi guru sekolah rendah di Zon Baram Hilir, Sarawak ialah.seramai
215 orang.
Sampel kajian
Menurut Roscoe (1975), sampel yang tepat merujuk kepada bilangan sampel yang dalam
lingkungan 31 hingga 499 orang. Daripada Krejcie & Morgan(1970), bilangan sampel yang perlu
bagi populasi 210 hingga 220 ialah 136 - 140. Sehubungan itu, pengkaji mengambil keputusan
menetapkan bilangan sampel sebanyak 138 orang. Walau bagaimanapun, setiap sekolah dalam
kajian ini mempunyai saiz populasi yang berbeza. Pemilihan guru bagi sekolah yang dipilih sebagai
sampel kajian telah dibuat secara rawak berstrata. Bagi memastikan guru dari setiap sekolah dipilih
sebagai responden, maka penentuan bilangan sampel mengikut sekolah dikira berdasarkan rumusan
kadar yang digunakan oleh Chua (2006).
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrumen soal selidik digunakan sebagai alat pengukur bagi mengumpul data
yang diperlukan. Soalan soal selidik yang digunakan adalah dalam bentuk soalan tertutup. Set soal
selidik merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A
merupakan maklumat demografi responden. Bahagian B merangkumi gaya kepimpinan
instruksional guru besar yang diadaptasi daripada borang soal selidik yang dibentuk oleh Rozaini
(2010). Bahagian C merangkumi prestasi sekolah berdasarkan ranking sekolah dalam SKPM 2003.
Analisis Data
Statistik Deskriptif
Dalam kajian ini, statistik deskriptif digunakan bagi mengenal pasti tahap amalan kepimpinan
instruksional guru besar berasaskan pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan.
Tahap kepimpinan instruksional dianalisis dengan taburan min. Julat skor min dari 1.0 ke 5.0
dibahagikan mengikut lima kumpulan seperti yang dicadangkan oleh Bahagian Perancangan
Pendidikan dan Dasar Pendidikan (2006)
Jadual 1
Tahap Analisis Min
Min Skor Tahap
1.00 – 1.80 Sangat Rendah
1.81 – 2.60 Rendah
2.61 – 3.40 Sederhana
3.41 – 4.20 Tinggi
4.21 – 5.00 Sangat Tinggi
(Sumber: Bahagian Perancangan Pendidikan dan Dasar
Pendidikan, 2006)
442
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Statistik Inferensi
Bagi mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan instruksional dan prestasi sekolah, Ujian
Korelasi Pearson digunakan untuk mendapatkan nilai kolerasi(r).
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden
Bagi analisis demografi, kekerapan dan peratusan digunakan bagi analisis maklumat jantina,
pengalaman mengajar, kelayakan akademik dan umur. Majoriti responden terdiri daripada
perempuan iaitu sebanyak 107 orang (77.5%). Hanya 31 orang(22.5%) responden lelaki daripada
jumlah keseluruhan responden seramai 138 orang. Seterusnya, dari segi taburan umur, majoriti
responden dalam lingkungan umur 21–30 tahun iaitu 75 orang (54.3%). 49 orang responden
(35.5%) terdiri daripada lingkungan umur 31-40 tahun, diikuti dengan 41-50 tahun seramai13 orang
(9.4%). Hanya 1 orang (0.7%) daripada lingkungan 51-60 tahun. Dari segi kelayakan akademik,
responden yang memiliki ijazah sarjana muda menunjukkan kekerapan yang paling tinggi iaitu
seramai 114 orang (82.6%). 16 orang (11.6%) responden memiliki kelayakan diploma/ STPM.
Responden yang berkelayakan SPM ialah seramai 3 orang (2.2%) manakala 5 orang (3.6%)
memiliki kelayakan sarjana. Walau bagaimanapun, tiada responden yang memiliki kelayakan PHD.
78 orang responden (56.5%) berkhidmat selama 1-5 tahun sahaja. Seterusnya 32 orang responden
(23.2%) berkhidmat 6-10 tahun, diikuti dengan 15 orang (10.9%) berkhidmat 11-15tahun. 10 orang
responden (7.2%) berkhidmat selama 16-20 tahun manakala 3 orang responden (2.2%) berkhidmat
selama 21-25 tahun. Tiada responden yang berkhidmat melebihi 26 tahun.
Objektif 1: Tahap Kepimpinan Instruksional Guru Besar Di Zon Baram Hilir, Daerah
Baram, Sarawak Dari Perspektif Guru
Berdasarkan Jadual 2, secara keseluruhannya tahap kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh
guru besar di sekolah rendah di Zon Baram Hilir, Daerah Baram berada pada tahap yang tinggi
(min = 4.145; s.p. = 0.378). Daripada tiga dimensi dalam kepimpinan instruksional, dimensi
menjelaskan dan mendefinisikan matlamat menunjukkan nilai min yang paling tinggi (min = 4.178;
s.p. = 0.403). Dimensi mewujudkan iklim pembelajaran sekolah mempunyai min sebanyak 4.159;
sisihan piawai 0.427. Dimensi menguruskan program pengajaran(min = 4.096; s.p. 0.411)
menunjukkan min yang paling rendah berbanding dengan dimensi yang lain. Ketiga-tiga dimensi
berada pada tahap yang tinggi.
Jadual 2
Tahap Kepimpinan Instruksional Guru Besar Keseluruhan dan Mengikut Dimensi
Dimensi Skor Min Sisihan Piawai Tahap
Menjelaskan dan mendefinisikan 4.178 0.403 Tinggi
matlamat
Menguruskan program pengajaran 4.096 0.411 Tinggi
Mewujudkan iklim pembelajaran 4.159 0.427 Tinggi
sekolah
Jumlah 4.145 0.378 Tinggi
443
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Objektif 2:Band Sekolah Rendah Di Zon Baram Hilir, Daerah Baram, Sarawak Dari
Perspektif Guru
Prestasi sekolah dilihat berdasarkan band sekolah dalam SKPM 2003. Data bagi analisis band
sekolah diperoleh daripada Bahagian C borang soal selidik. Hasil dapatan yang menunjukkan
taburan band sekolah dapat dilihat dalam Jadual 3. Berdasarkan Jadual 3, sebanyak 42.0% sekolah
berada pada band 4. 30.4% sekolah berada pada band 2 manakala 27.5% sekolah berada pada band
3. Tiada sekolah yang mencapai band 1, band 5, band 6, dan band 7 dalam SKPM 2003. Dapatan
ini menunjukkan majoriti (69.5%) sekolah masih berada pada tahap yang sederhana (Band 3-4)
dalam SKPM.
Jadual 3
Prestasi Sekolah Dalam SKPM 2003
Band Kekerapan Peratusan
1 0 0.0%
2 42 30.4%
3 38 27.5%
4 58 42.0%
5 0 0.0%
6 0 0.0%
7 0 0.0%
Jadual 4 turut menunjukkan hubungan amalan kepimpinan instruksional guru besar dengan
prestasi sekolah berdasarkan dimensi. Dimensi menguruskan program pengajaran mempunyai
kekuatan hubungan yang paling tinggi dengan nilai kekuatan korelasi r = 0.415 pada tahap
signifikan 0.000 ( p <0.01), diikuti dengan dimensi mewujudkan iklim pembelajaran sekolah yang
menunjukkan kekuatan korelasi r = 0.407 pada tahap signifikan 0.000 (p < 0.01). Dimensi
menjelaskan dan mendefinisikan matlamat menunjukkan kekuatan hubungan yang pada tahap yang
rendah iaitu tahap korelasi, r = 0.309 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.01).
444
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Jadual 4
Korelasi Pearson Hubungan Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dengan Prestasi
Sekolah dalam SKPM 2003
Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional guru besar dan
hubungannya dengan prestasi sekolah dalam SKPM 2003. Dapatan kajian menunjukkan guru besar
mengamalkan amalan kepimpinan instruksional pada tahap yang tinggi. Dapatan menunjukkan
majoriti sekolah yang kaji berada pada pencapaian band yang sederhana. Dapatan turut
menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan instruksional guru besar dan
prestasi sekolah dalam SKPM 2003. Dapatan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian lepas yang
dijalankan oleh Juita (2012), Latip (2006) dan Loius (2010). Dapatan kajian ini penting kepada
guru besar dalam menambahbaik gaya kepimpinan supaya mampu meningkatkan prestasi sekolah
dalam SKPM.
Kajian ini turut membuahkan dapatan yang menarik iaitu terdapat perbezaan band sekolah
walaupun semua sekolah yang dikaji menunjukkan tahap amalan kepimpinan instruksional yang
tinggi. Dapatan ini selari dengan dapatan Hamiza & Hirwan (2012) yang menunjukkan terdapat
perbezaan hasil pencapaian bagi sekolah yang berprestasi sederhana dan berprestasi tinggi
walaupun kedua-duanya mempunyai tahap amalan kepimpinan yang tinggi. Walau bagaimanapun,
dapatan kajian ini bercanggah dengan dapatan IAB (2010) yang menunjukkan kepimpinan
insruksional akan menghasilkan sekolah yang berprestasi tinggi.
445
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
a) Kajian ini tidak dijalankan secara keseluruhan di Daerah Baram. Oleh itu kajian ini hanya
menggambarkan tahap kepimpinan guru besar di Zon Baram Hilir dan tidak dapat
membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah di zon yang lain. Dicadangkan kajian
lanjutan dijalankan di seluruh Daerah Baram supaya dapat membantu dalam meningkatkan
prestasi sekolah bagi semua sekolah dalam daerah ini.
b) Kajian ini hanya melibatkan persepsi guru. Oleh itu, disyorkan kajian lanjutan dijalankan
untuk mendapatkan persepsi staf sokongan dan guru besar sendiri supaya dapat memberi
gambaran secara lebih tepat dan menyeluruh terhadap amalan instruksional guru besar.
c) Kajian ini hanya melibatkan kajian kuantitatif. Dicadangkan kajian kualitatif turut
dijalankan untuk mengumpul maklumat dalam jangka masa yang lebih panjang supaya
memberi gambaran yang lebih jelas terhadap gaya kepimpinan instruksional di samping
mampu meneliti faktor yang menyumbang kepada perbezaan dalam prestasi sekolah di
samping dapat menghalusi masalah yang dihadapi dalam peningkatan prestasi sekolah.
KESIMPULAN
Walaupun tahap kepimpinan instruksional di Zon Baram Hilir berada pada tahap yang tinggi dan
memberi impak kepada prestasi sekolah tetapi ia bukan satu-satunya faktor yang mempengaruhi
prestasi sekolah. Guru besar sebagai pemimpin di sekolah perlu meneliti dimensi dalam kepimpinan
instruksional supaya bersesuaian dengan situasi sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah.
Sehubungan dengan itu, guru besar perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berbincang dengan semua
warga sekolah dalam memilih dimensi yang sesuai bagi memanfaatkan prestasi sekolah.
Kesimpulannya, amalan kepimpinan instruksional guru besar wajar diamalkan oleh semua
guru besar di Malaysia kerana telah terbukti impaknya kepada kecemerlangan prestasi sekolah.
Walau bagaimanapun, cadangan penambahbaikkan dan kajian lanjutan diperlukan untuk
menambahbaik kajian selanjutnya khususnya dalam kepimpinan instruksional.
RUJUKAN
446
Prosiding Simposium Psikologi dan Kesihatan Sosial-I 2017 |
ISBN 978-967-0582-62-7
17hb Mei 2017 | UPPsiKS, Universiti Malaysia Sabah
website: conferences.cseap.edu.my/spksi2017/
Hamiza, O. & Hirwan, J. (2012). Amalan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan dan sekolah
kurang berkesan. Kertas kerja Seminar Pendidikan Melayu Angtarabangsa.
Jamelaa, B. Bt. A. (2012). Amalan Kepimpinan Instruksional Dan Sikap Terhadap Perubahan
Dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah Di Negeri Pahang. Tesis PHD. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Juita, H. (2012). Kepimpinan instruksional pengetua dan komitmen guru pendidikan Islam di
Sekolah Menengah Daerah Temerloh, Pahang. Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti
Malaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025
Krejcie, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities
Educational And Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota.
30(3):607-610
Latip, M. (2007). Peaksanaan Kepimpinan Pengajaran Di Kalangan Pengetua Sekolah, Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.
Louis, K.S., Dretzke, B., & Wahlstrom, K. (2010). How does leadership affect student
achievement? Results from a national US survey. School Effectivenessand School
Improvement. 21(3) : 315-336.
Mohd Najib, A. G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Ng, Ashley Yoon Mooi. (2010). .Kepimpinan instruksional dan kepimpinan transformational
pegetua-pengetua negeri Perak. Pembentangan kertas 1-2.
Preminary Report Malaysia Education Blueprint (2013-2025). 2011
Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. PTS Publications & Dist. Pahang
Roscoe, J.T. (1975). Fundamental Research Statistics for the Behavioral Sciences. (2ndEd.). New
York: Holt, Rinehart and Winston.
Rozaini. (2010). Amalan Kepimpinan Instruksional Dalam Kalangan Guru Besar di Sekolah
Menengah Cemerlang. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sektor Pengurusan Akademik. (2009). Laporan data pemantauan pengajaran dan pembelajaran
(ADaPP) dan pergerakan guru. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Umathevi, a/p.P., Azlin, N. M. (2015). Amalan Kepimpinan Instruksional Menjana Kecemerlangan
Sebuah Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi di Melaka. ASEAN Comparative Education
Research Conference: 47-62
447