Anda di halaman 1dari 2

Reflektif kajian pengurusan aktiviti di luar bilik kuliah di IPGKTI

Kumpulan kami telah melaksanakan kajian pengurusan aktiviti di luar kuliah di IPGKTI
Seramai 39 orang siswa guru telah melibatkan diri dalam kajian ini. Kami telah menggunakan 4
jenis perwakilan data untuk mewakilkan data yang kami perolehi. Antara jenis perwakilan data
yang kami gunakan ialah carta palang berganda, carta palang, carta paid dan histogram.

Dengan adanya carta palang berganda dan carta palang, kita boleh membuat
perbandingan dalam satu palang yang sama. Kami telah menggubakan carta palang untuk
mengetahui sebab siswa guru tidak melibatkan dirinya dalam aktiviti di luar bilik kuliah
manakala carta palang berganda digunakan untuk membandingkan jantina dan program
penggajian yang diikuti oleh siswa guru. Seterusnya, akmi telah gunakan carta pai untuk
mewakilkan aktiviti yang dilakukan oleh siswa guru. Carta pai mewakili data secara visual
sebagai bahagian pecahan keseluruhan. Dengan ini, kita boleh menganalisis dengan segera
terhadap maklumat yang diperolehi. Akhir sekali, histogram merupakan grafik yang
menampilkan data. Dengan histogram kita dapat lebih mudah pola yang sulit dideteksi dalam
sesuatu jadual yang sederhana.

Sepanjang melakukan kajian, saya juga mengenal pasti pelbagai kelemahan dan kelebihan.
Salah satu kelebihan yang kami terima ialah, dapat mengeratkan hubungan antara satu sama
lain. Semasa membuat kerja kumpulan secara bersama kami juga telah bertukar-tukar
pendapat untuk mempersembahan hasil kajian kita. Selain itu, kami juga telah mempelajari
sesuatu ilmu baru melalui kajian. Sebelum kami tidak pernah menggunakan “excel’ untuk
membuat tugasan matematik. Oleh itu kami juga mempelajari bagaimana caranya untuk
memidahkan data tak terkumpul dalam jenis perwakilan data.

Seterusnya, saya juga memperhatikan beberapa kelemahan semasa kajian dijalankan.


Antaranya, masa yang terlalu padat. kami tidak mempunyai masa untuk menyiapkan kajian ini.
Kami terpaksa mengorbankan aktiviti harian seperti makan, tidur dan sebagainya untuk
melakukan kajian ini. selain itu, saya juga telah menggalami kehilangan maklumat semasa
menjalankan kajian. Kegagalan sistem dan serangan virus boleh menyebabkan kehilangan
maklumat kerana penggunaan aplikasi ini amat berantung kepada DBMS. Saya juga tetrpaksa
utuk menaip bailk hasil kajian saya. Seterusnya, saya mempunyai penguasaan yang rendah
terhadap pengunaan simbol dalam excel.
Terdapat beberapa cara yang saya laksankan untuk mengatasi masalah yang saya hadapi.
Antaranya, saya telah mendapatkan bantuan daripada kawan-kawan untuk mengendalikan
serangan virus dalam computer saya. Mereka juga telah memberi nasihat dan panduan kepada
saya. Dengan pertolongan mereka saya dapat muat turun “antivirus” untuk memperbaiki
komputer. Selepas adanya antivirus, komputer saya dapat berfungsi dengan baik. Selain itu,
kami sekumpulan juga telah membahagikan masanya secara berhemah dan mebahagikan
kerja antara satu sama lain. Hal ini membolehkan menyiapkan kerja yang diberi mengikut
ketetapan masa. Saya juga telah menonton beberapa video dalam youtube untuk mengetahui
yang digunakan dalam excel. Dalam video tersebut pelbagai cara telah diberikan untuk
mewakilkan data dalam excel. Hal ini telah memberi pengajaran yang baru kepada saya dan
membantu saya untuk menyiapkan tugasan dengan baik.

Secara kesimpulanya, tugasan GSA 1072 telah memberi banyak pengajaran secara
langsung mahupun tidak langsung. Setiap masalah perlulah mempunyai penyelesaianya. Kita
perlulah berusaha untuk mendapatkan maklumat yang betul serta tidak mudah putus asa. Saya
juga berharap bahawa kajian ini dapat membawa manfaat kepada para siswa guru.

Anda mungkin juga menyukai