Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang mementingkan pembangunan pendidikan dan


berhasrat dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang seimbang dari semua aspek
perkembangan. Dengan ini, guru, yang digelarkan sebagai pendidik, pengajar dan
pengasuh adalah golongan yang utama bagi pembentukan akhlak dan minda anak murid
selain ibu bapa (Mohamad Roslan, 2019 ; Sofiah, Kamarul & Muhammad, 2016). Guru
adalah pendidik dan pembimbing kepada murid agar mereka boleh mengembangkan
potensi diri dengan holistik dan menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat dan
negara nanti, bak kata pepatah ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ (Siti
Rohani, 2014). Dalam konteks ini, kerjaya guru juga merupakan suatu profesion kerana
semua guru di Malaysia terikat dengan Kod Etika Profesion Perguruan (Khairul Amin, Izzat
Najmi, Syakir Maarif & Rosalina Zafirah, 2014). Selain itu, guru juga perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang mendalam, menguasai kemahiran sehingga mencapai kecekapan dan
kepakaran dalam bidang pendidikan serta memperoleh kebenaran masyarakat untuk
mendidik anak mereka (Ornstein & Levine, 1993 dalam Mohamad Roslan, 2019). Oleh itu,
adalah penting bagi guru untuk menjaga tingkah laku dan imejnya bagi memelihara
profesionalisme profesion diri sebagai seorang guru selain menjadi ‘role model’ kepada
murid-murid di sekolah.

Di Malalaysia, terdapat pelbagai standard, teori atau perundangan telah


dikemukakan sebagai garis panduan kepada para guru bagi menjamin kualiti perguruan dan
pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009) . Antaranya termasuklah Standard
Guru Malaysia (SGM), Kod Etika Perguruan, Falsafah Pendidikan Guru, Peraturan
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam, Akta Pendidikan 1996 dan sebagainya
(Mohamad Roslan, 2019). Namun, sistem pendidikan dan profesion perguruan di negara
kita telah menghadpi pelbagai cabaran kerana guru-guru pada zaman ini semata-mata tidak
mendalami perundangan berkaitan guru serta pendidikan. Mereka telah banyak melanggar
etika profesion sebagai seorang guru dan secara tidak langsung menjejaskan
perkembangan seseorang murid (Nekar Liew, n,d.). Berikut merupakan salah satu berita
atau isu mengenai perbuatan seorang guru tadika yang mengemparkan masyarakat
terutamanya yang dalam bidang pendidikan.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 1
2.0 Latar Belakang Isu : Ringkasan Berita Murid Tadika Dakwa Guru ‘Stapler’ Telinga

Pada 19 Oktober 2019 (Sabtu) yang lalu, suatu kes berkaitan isu etika perguruan telah
berlaku di daerah Kuching Sawarak. Seorang guru tadika yang berumur 26 tahun, wanita,
telah didakwa bahawa dia telah ‘stapler’ telinga muridnya yang berumur empat tahun,
kanak-kanak lelaki.

Kes ini terjadi kerana kanak-kanak lelaki tersebut telah mengatakan bahawa
kecederaan teinga kirinya dilakukan oleh seorang guru apabila waris (penjaga atau ibu bapa
tidak dinyatakan) mendapati telinga kanak-kanak lelaki ini mempunyai kesan darah cedera
sewaktu mengambilnya balik dari tadika pukul 11.30 pagi, 17 Oktober 2019 (Khamis) (sila
rujuk lampiran untuk gambar kecederaan telingan murid lelaki). Dengan ini, pihak polis telah
menangkap guru tadika tersebut setelah menerima laporan daripada waris, iaitu pengadu
kepada kes guru stapler telinga murid ini.

Walau bagaimanapun, menurut Awang Din selaku Ketua Polis Daerah Kuching, kes
ini masih dalam siasatan lanjutan sama ada guru tersebut telah benar-benar mencederakan
telinga muridnya menggunakan stapler serta sama ada perbuatan itu dilakukan dengan
sengaja atau tidak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

3.0 Analisis Tindakan Guru Berdasarkan Kod Etika Perguruan

Profesion perguruan bermatlamat untuk melahirkan insan manusia yang sempurna dan
seimbang dari aspek rohani, emosi, intelek dan jasmaninya. Namun, kelestarian
profesionalisme seseorang guru bukan hanya merangkumi aspek Pedagogical Content
Knowledge (PCK), tetapi juga berasaskan sejauh manakah pemahaman dan penghayatan
guru itu terhadap Kod Etika Perguruan Malaysia serta pengamalannya dalam tugas seharian
(Enddy, 2012).

Kod Etika Perguruan merupakan satu dokumen yang menjadi sebagai garis panduan
atau kod-kod tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh semua guru atau pendidik di Malaysia
bagi menjamin akauntabiliti dalam profesion guru (Mohamad Roslan, 2019). Ia juga penting
dalam menjaga tingkah laku guru-guru dan memastikan semua guru jelas akan
tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan (Nur
Syamimi, 2013). Dengan ini, terdapat empat tanggungjawab utama guru yang dinyatakan

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 2
dalam Kod Etika Perguruan Malaysia, iaitu tanggungjawab terhadap murid, tanggungjawab
terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara serta tanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan (Nurul Zakiiah, 2012).

Berikut merupakan perincian kewajaran tindakan guru tadika ‘stapler’ telinga murid
berdasarkan tanggungjawab-tanggungjawab guru dalam Kod Etika Perguruan.

3.1 Tanggungjawab terhadap Murid

Dalam kod etika, telah digariskan bahawa guru bertanggungjawab untuk lebih
mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain (Mohamad Roslan,
2019). Dengan ini, guru tersebut telah melanggar kod etika kerana dia tidak menitikberatkan
keselamatan murid lelaki tersebut. Malah, dia telah bersikap tidak rasional dengan
mencederakan telinga kiri murid tersebut menggunakan stapler. Sebaliknya, guru tadika itu
harus bercakap baik-baik dengan murid lelaki itu. Dia tidak harus mencederakan murid
dalam apa-apa jua keadaan, lagipun melakukan perbuatan ‘stapler; telinga yang begitu
membahayakan.

Selain itu, guru tersebut juga seharusnya menunjukkan tingkah laku yang baik dan
boleh dijadikan contoh kepada murid, iaitu seperti petuturan yang mesra, sentiasa bertindak
dengan wajar dengan memberi nasihat yang tegas kepada murid daripada memukul atau
melakukan hukuman yang tidak rasional, berhemah tinggi dan sebagainya. Hal ini kerana
Kod Etika Perguruan telah menyatakan bahawa guru perlu menunjukkan satu cara pakaian,
pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid (Lily,
n.d.). Hal ini penting kerana murid yang masih muda dan belum matang akan meniru apa-
apa saja yang dilakukan oleh guru dan orang dewasa, seperti pepatah yang berbunyi ‘guru
kencing berdiri, murid kencing berlari’. Keadaan menjadi lebih buruk jika murid melakukan
perbuatan yang lebih agresif daripada guru apabila mereka dewasa nanti.

Ringkasnya, guru tadika tersebut gagal memenuhi tanggungjawabnya terhadap


murid berdasarkan kod etika.

3.2 Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

Selain murid, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa atau penjaga
kepada murid. Walaupun tiada kenyataan langsung yang menunjukkan guru tadika tersebut
melanggar kod etika terhadap ibu bapa, tetapi perbuatan guru itu secara tidak langsung
turut menjejaskan hubungannya dengan waris murid. Perkara ini boleh dikaitkan dengan
tanggungjawab terhadap ibu bapa yang kedua, iaitu berusaha mewujudkan hubungan

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 3
mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan ibu bapa murid.
Dengan tercetusnya kes ‘stapler’ telinga murid ini, hubungan waris dengan guru tersebut
pasti akan terjejas. Secara tidak langsung, ibu bapa-ibu bapa kepada murid lain mungkin
juga akan hilang keyakinan mereka terhadap guru dan insititut tadika tersebut. Oleh itu,
tanggungawab guru untuk berusaha mewujudkan hubungan mesra dengan ibu bapa tidak
dapat direalisasikan.

Sebenarnya, kes in dapat dielakkan jika situasa berlaku pada sebaliknya, iaitu guru
bertindak wajar semasa memberi hukuman kepada murid seperti memberi nasihat atau
melaporkan masalah murid kepada ibu bapa sebelum melakukan hukuman yang lebih lanjut
dan berat. Hal ini bukan sahaja dapat memenuhi tanggungjawab guru bahawa memberikan
maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana, tetapi juga dapat
menjamin imej profesional guru tersebut dalam kalangan ibu bapa. Selain itu, kolaborasi
juga dapat diwujudkan kerana guru juga akan mendapat info yang lebih lanjut mengenai
masalah dan perkembangan murid tersebut dan seterusnya bekerjsama dengan ibu bapa
bagi mengatasi masalah dan membantu perkembangan anak murid itu (Arra, 2012; Ismail,
2013).

Pendek kata, guru tersebut juga telah melanggar Kod Etika Perguruan dari segi
tanggungjawab terhadap ibu bapa.

3.3 Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara

Berdasarkan Kod Etika Perguruan, guru mempunyai tanggungjawab terhadap


masyarakat dan negara dengan sentiasa berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian yang baik. Dalam hal ini, guru
tadika tersebut tidak memenuhi tanggungjawabnya kerana dia telah melakukan perbuatan
yang tidak boleh diterima oleh masyarakat iaitu mencederakan murid dengan ‘stapler’ dan
melanggar peraturan negara iaitu Seksyen 324 Kanun Kesesakan.

Di samping itu, guru tadika tersebut juga gagal melakukan tanggungjawabnya yang
menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institut
pendidikan dengan masyarakat. Dalam kes guru ‘stapler’ telinga murid ini, guru bukan
sahaja tidak menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara semua pihak, tetapi
merosakkan hubungan persefahaman dan kolaborasi antara dua pihak.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 4
Oleh itu, guru tadika tersebut juga tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap
masyarakat dan negara dengan baik.

3.4 Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan

Bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan, kod
etika telah menggariskan bahawa guru perlu sentiasa mengawasi diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan. Namun, jelaslah bahawa guru tadika dalam
kes ‘stapler’ telinga murid ini telah meruntuhkan imejnya dan nama baik profesion perguruan
pada khalayak masayarakat. Secara tidak langsung, kepercayaan dan keyakinan warga
masyarakat terhadap para guru akan mula berkurang. Mereka akan mula berasa risau akan
akhlak peribadi guru yang mengajar anak mereka dan sama ada anak mereka sentiasa
berada dalam keadaan yang baik, selamat dan sejahtara bawah pengawasan guru di
sekolah.

Justeru, guru tadika itu telah mencemarkan nama baik profesion keguruan dengan
sikapnya yang kurang wajar dan rasional.

4.0 Analisis Tindakan Guru Berdasarkan Akta-akta Perundangan

Pelbagai peraturan dan akta perundangan telah dikeluarkan bagi mengawal tatatertib guru
atau pendidik agar martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke
tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Usaha ini juga penting untuk memastikan para guru
melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab (Muhamad Bukhari,
Muhammad Faizal & Mohd Syamin, n.d.).

Dengan ini, berikut merupakan beberapa akta perundangan atau peraturan yang
boleh dijadikan sebagai panduan dalam perincian analsiis tindakan guru kes ‘stapler’ telinga.

4.1 Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam

Peraturan ini adalah peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota
perkhidmatan awam yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sebagai seorang penjawat awam, guru juga terikat dengan
peraturan ini dan perlu mematuhi garis panduan tatatertib yang ditetapkan (Siti Nazrina,
2015).

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 5
Berdasarkan peraturan ini, semua penjawat awam, termasuk guru hendaklah
menjaga tingkah laku dan perbuatannya supaya nama baik bidang perkhidmatan awam
tersebut tidak terjejas (Rozaini & Sahibul Amin, 2015). Peraturan 4 (2) telah menggariskan
bahawa guru mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab (Ummi & Adda, 2017). Dengan ini,
guru tadika yang mencederakan telinga murid dengan ‘stapler’ telah melanggar peraturan
kerana dia tidak melaksanakan tugas mengajar dan mendidiknya dengan amanah. Dia juga
tidak mengambil inisiatif untuk bersikap jujur terhadap waris. Adalah waris yang sendiri
mengesan kecederaan darah pada bahagian telinga murid lelaki itu dan menanyakannya.

Selain itu, guru tersebut juga berkemungkinan diterima hukuman yang setimpal
dengan kesalahannya. Berdasarkan peraturan ini, pegawai mana yang didapati melakukan
kesalahan atau melanggar peraturan akan diberikan hukuman tatatertib (Peraturan 38)
seperti amaran, denda, turun pangkat, turun gaji, buang kerja dan sebagainya (Mohamad
Roslan, 2019).

4.2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Akta ini merupakan suatu akta untuk memperuntukkan undang-undang bagi


pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Mohamad Roslan, 2019).

Antara perkara-perkara yang dirumuskan dalam akta ini ialah tujuan pendidikan
adalah untuk membolehkan msayarakat menguasai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni
(Mohamad Roslan, 2019). Dalam hal ini, tindakan guru tadika tersebut telah bercanggah
kepada tujuan pendidikan. Tindakan yang kurang rasional itu hanya mencederakan anak
murid tetapi tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada perkembangan ilmu, kemahiran
atau pemupukan nilai murni dalam diri murid. Malah, ia berkemungkin menjadi satu trauma
kepada murid lelaki tersebut.

4.3 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC)

Berdasarkan konvensyen kanak-kanak yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-


bangsa Bersatu (PBB), kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan daripada
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi (Rosnaliza, 2015). Dalam hal ini,
perbuatan guru tadika tersebut telah mencabuli hak kanak-kanak kerana tindakan ‘stapler’
telinga murid merupakan satu jenis penderaan dan keganasan kepada kanak-kanak.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 6
Sehubungan itu, Akta Kanak-kanak 2001 yang merupakan akta penyatuan bagi Akta
Mahkamah Juvana 1947, Akta Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-kanak
1991 turut bertujuan untuk memberi perlindungan kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira keupayaan dan ketidakupayaan mereka, jantina, sosial, ekonomi, kebudayaan,
latar belakang etnik dan agama serta taraf kesihatan (Nurul Atirah, 2013 ; Mohamad
Roslan, 2019). Justeru, tindakan guru yang mengeksploitasi hak kanak-kanak juga telah
melanggar Akta Kanak-kanak 2001 di Malaysia. Dengan ini, guru tadika ini juga
berkemungkinan mendapat hukuman iaitu didenda tidak lebih daripada RM20,000 atau
dipenjarakan 10 tahun atau kedua-dua (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, 2006).

4.4 Kanun Keseksaan (Akta 574)

Seksyen 4 Akta 574 telah menggariskan bahawa kesalahan-kesalahan mengenai


tubuh badan manusia seperti bunuh, cedera, kekerasan jenayah, colek rogol dan
sebagainya adalah kesalahan-kesalahan utama yang terbabit dalam Kanun Keseksaan
(Naim, 2016). Sehubungan ini, cedera yang dimaksudkan juga dinyatakan jelas dalam
Seksyen 324, iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan
senjata atau lain-lain benda yang merbahaya (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang,
2002).

Seperti yang termaktub dalam Akta 574, guru tadika yang bertindak mencederakan
telinga murid dengan senjata ‘stapler’ boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh
yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-
mana dua daripada yang dinyatakan jika telah disiasat benar berlakunya kejadian ‘stapler’
telinga itu (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2002).

5.0 Perbincangan berkaitan Standard Guru Malaysia (SGM)

SGM merupakan satu pernyataan yang telah menggariskan kompetensi profesional


keguruan yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap
kompetensi yang ditetapkan (Keperluan) (Ulak, 2013 ; Mohamad Roslan 2019). Tujuannya
adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 7
pembelajaran dari segi domain diri sendiri, domain profesion dan domain sosial (Mohamad
Roslan, 2019).

Dengan ini, guru seharusnya memiliki ‘towering personality’ dan menjaga budi
bahasa, berintegriti dan berkerampilan dalam profesion perguruan supaya mewujudkan
keharmonian dalam persekiraran sosial (Mohd Saiful Adi, 2010 ; Mohamad Roslan, 2019 ;
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009). Namun, guru tadika dalam kes ‘stapler’ telinga ini
kelihatan tidak menghiraukan SGM dan hanya bertindak terburu-buru atas kegagalan
mengawal emosi diri. Sebaliknya, dia harus sentiasa menghayati profesion ini dan
berpegang teguh pada Falsafah Pendidikan Guru agar mencapai Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) yang dihasratkan oleh kerajaan dan memenuhi kepuasan
kerja diri sendiri.

6.0 Penutup

Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid
selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun
tinggi. Lantaran ini, seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan
mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988 dalam Khairul Amin, Izzat Najmi, Syakir
Maarif & Rosalina Zafirah, 2012)

Dengan ini, tindakan guru tadika tersebut tidak harus dicontohi atau diikuti oleh
mana-mana guru yang lain atau bakal guru yang akan keluar berkhidmat nanti. Malah,
perkara sebegini patut dielakkan supaya standard kualiti guru dapat dijamin dan seterusnya
merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh itu, kita
sebagai seorang guru haruslah mengetahui, memahami dan menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru selain mendalami setiap peraturan
atau akta-akta perundangan yang berkaitan. Selain itu, Kod Etika Perguruan juga hendaklah
sentiasa tertanam dalam diri hati guru dan diamalkan dalam tugas harian supaya hak asasi
anak murid kita dijaga dan diperlihara.

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 8
7.0 Rujukan

Arra, A. (2012). Penglibatan ibu bapa. Didapatkan dari Slideshare:


https://www.slideshare.net/arranaim/penglibatan-ibu-bapa

Enddy, A. (2012). Kod etika perguruan malaysia. Didapatkan dari Blogpost Pendidikan Guru
Baru: http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/kod-etika-perguruan-
malaysia.html

Harian Metro. (2019). Murid tadika dakwa guru “stapler” telinga sampai berdarah.
Didapatkan dari Sensasi Blogpost: https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/murid-
tadika-dakwa-guru-stapler-telinga.html

Ismail Mamat. (2013). Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah. Didapatkan dari
Slideshare: https://www.slideshare.net/ismailmamat16/penglibatan-ibu-bapa-dan-
komuniti-di-prasekolah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2006). Undang-undang


Malaysia cetakan semula-Akta 611 (Akta kanak-kanak 2001). Putrajaya:
Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard guru malaysia (SGM). Putrajaya:


Bahagian Pendidikan Guru, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Khairul Amin Mohd Sham, Izzat Najmi Ibrahim, Syakir Maarif Mastor & Rosalina Zafirah.
(2012). Kod etika profesion keguruan dan bagaimana ia memupuk kepada

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 9
perlaksanaan perkhimatan guru yang kompeten dan berkesan. Didapatkan dari
Slideshare: https://www.slideshare.net/IzzatNajmi/kod-etika-profesion-keguruan

Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2002). Kanun keseksaan (akta 574). Selangor


Darul Ehsan: International Law Book Services.

Lily, Y. (n.d.). Kod etika perguruan. Didapatkan dari Academia:


https://www.academia.edu/8689555/Kod_etika_perguruan

Mohamad Roslan Abd. Razak. (2019). Asas kepemimpinan dan perkembangan profesional
guru. Sungai Petani, Kedah: Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim

Mohd Roji Kawi. (2019). Murid tadika dakwa guru ‘stapler’ telinga. Didapatkan dari Berita
Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/619501/murid-tadika-
dakwa-guru-stapler-telinga

Mohd Saiful Adi. (2010). Towering personality..is it?. Didapatkan dari Blogpost:
http://mohdsaifuladli.blogspot.com/2010/02/towering-personality-is-it.html

Muhamad Bukhari Mat Zain, Muhammad Faizal Abdullah & Mohd Syamin Abdullah. (n.d.).
Guru dan perundangan. Didapatkan dari Academia:
https://www.academia.edu/11180466/guru_dan_perundangan

Naim Almashoori. (2016). Kanun keseksaan (akta 574). Didapatkan dari Slideshare:
https://www.slideshare.net/NaimAlmashoori/kanun-keseksaanakta-574

Nekar Liew. (n.d.). Isu etika guru: isu kesantunan guru. Didapatkan dari Academia:
https://www.academia.edu/28142794/ISU_ETIKA_GURU_ISU_KESANTUNAN_GUR
U

Nur Syamimi Ahmad Othman. (2013). Kod etika keguruan. Didapatkan dari Slideshare:
https://www.slideshare.net/nursyamimiahmadothman/tajuk-kod-etika-keguruan

Nurul Atirah Abd Rahim. (2013). Akta kanak-kanak 2001. Didapatkan dari Slideshare:
https://www.slideshare.net/nurulatirahabdrahim/akta-kanakkanak-2001

Nurul Zakiiah. (2012). Bab 3 etika perguruan. Didapatkan dari Slideshare:


https://www.slideshare.net/NurulZakiiah/bab3etika-perguruan

Rosnaliza. (2015). Hak asasi kanak-kanak. Didapatkan dari Slideshare:


https://www.slideshare.net/Rosnaliza07/k10-hak-asasi-kanak-kanak

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 10
Rozaini Zulkiffle & Sahibul Amin Wardi. (2015). Pembentangan kelakukan dan tatatertib-
guru dan cabaran semasa. Didapatkan dari Slideshare:
https://www.slideshare.net/rzain/pembentangan-kelakuan-dan-tatatertib

Siti Nazrina Na’an. (2015). Bab 2 guru dan perundangan-peraturan dan tatakelakuan dan
tatatertib. Didapatkan dari Blogpost: http://rynnaan.over-blog.com/2015/02/bab-2-
guru-dan-perundangan-5.html

Siti Rohani Abdul Halim. (2014). Guru tidak mematuhi kod etika profesion perguruan.
Didapatkan dari Academia:
https://www.academia.edu/25632747/Profesionalisma_Guru

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini. (2016). Akhlak guru
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam (teacher’s good behaviour in
teaching and learning the islamic education). Jurnal Akademika 86 (2), 31-42

Ulak, M. (2013). Standard guru Malaysia. Didapatkan dari Slideshare:


https://www.slideshare.net/keladibunting/standard-guru-malaysia-17839487

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 11
8.0 Lampiran

Berita kes murid tadika dakwa guru ‘stapler’ telinga dan gambar kecederaan telinga

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 12
Etika Perguruan Malaysia

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 13
EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME
GURU 14
Peraturan 4

Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam

Model Standard Guru Malaysia (SGM)

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 15
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 16
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

EDUP 3083 ASAS KEPEMIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU 17

Anda mungkin juga menyukai