Anda di halaman 1dari 1

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar, barisan hakim yang arif

lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasih sekalian.Selamat sejahtera saya
ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
"Pentingnya anak-anak menghormati ibu bapa".

Hadirin sekalian,

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Merekalah orang yang
banyak berjasa kepada kita. Mereka mencurahkan kasih sayang sejak kita di dalam
kandungan lagi. Oleh itu, menghormati mereka dengan sepenuh hati merupakan salah satu
cara kita membalas jasa-jasa mereka.

Anak-anak perlu sedar bahawa ibu bapa banyak berkorban wang ringgit untuk
menyara dan memenuhi keperluan kita. Namun, mereka sekali-kali tidak pernah merungut
tentang kos untuk membesarkan kita selama ini. Betapa zalimnya jika kita tidak menghargai
jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka kepada kita.

Hadirin sekalian,

Ibu bapa telah memberikan pendidikan agama, akhlak dan sahsiah kepada kita.
Mereka juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan kita pendidikan yang
sempurna.Balaslah jasa mereka, apatah lagi apabila kita sudah berjaya menggapai cita-cita.

Selain itu, ibu bapa juga merupakan insan yang paling rapat dengan kita. Sekiranya
kita mempunyai masalah, mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya.Oleh itu,
sayangilah mereka kerana ibu bapa tiada galang gantinya di dunia ini.

Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa. Sebagai anak, kita
perlu mencari keberkatan di dunia dan akhirat. Semuanya dapat diperoleh apabila kita
mendapat restu daripada ibu bapa kita. Marilah kita bersama-sama menghormati ibu bapa
kita.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Anda mungkin juga menyukai