Anda di halaman 1dari 1

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi

bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud


mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini,
sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai
bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan


cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan
menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama
melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau
membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat
dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari
ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi
mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi
ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai
rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini
supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan
yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini
dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya
mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai