Anda di halaman 1dari 3

PENGHARGAAN

Saya mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Encik Zulkefly Bin Jamil selaku penyelaras penyelidikan ini dan kepada pensyarah
penyelia saya juga Encik Zulkefly Bin Jamil yang telah banyak memberikan
bimbangan dan dorongan sepanjang penghasilan kajian tindakan ini. Mereka telah
menunjukkan keprihatinan dan sedia untuk membantu apabila saya menghadapi
masalah dalam perlaksanaan kajian tindakan ini. Segala tunjuk ajar yang diberi
telah membantu saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli
keluarga tercinta saya yang sentiasa memberi sokongan selama ini. Sokongan
moral daripada mereka telah membantu saya menyiapkan tugas ini. Ucapan terima
kasih juga ingin diberikan kepada rakan-rakan yang banyak mebantu saya dengan
berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan kajian ini. Tidak lupa juga penghargaan ini
ditujukan kepada pihak yang membantu saya melaksanakan kajian tindakan ini
secara langsung dan tidak langsung.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang memberi bantuan. Bantuan yang diberi telah membawa kejayaan
kepada saya untuk menghasilkan satu penyelidikan tindakan yang sempurna.
Semoga Allah membalas jasa semuanya.
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid Tahun Lima

meningkatkan penguasaan teknik jalan kaki dengan menggunakan Walking Assist

Mat (WAM). Tinjauan masalah mendapati bahawa terdapat beberapa murid Tahun

Lima menghadapi masalah untuk menguasai teknik jalan kaki dalam acara sukan

olahraga. Oleh itu, penggunaan WAM diharapkan dapat menyelesaikan masalah

tersebut. Data kajian ini dikumpulkan secara triagulasi kaedah iaitu pemerhatian,

temu bual dan ujian. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan WAM

dalam latihan ansur maju yang diberikan selama empat minggu dapat membantu

murid meningkatkan penguasaan teknik jalan kaki dengan sempurna. Dengan

menggunakan kaedah WAM ini murid dapat mengikut garisan di atas puzzlemat

dengan teknik yang betul. WAM ini juga dapat memberi kesan terhadap guru dan

murid kerana dapat peningkatan setiap pemerhatian murid dengan baik dan teknik

jalan kaki semakin sempurna malah memberi keyakinan terhadap murid juga.

Kata kunci: Teknik, penggunaan WAM, penguasaan


ABSTRACT

The action research aims to help the Primary Five students to improve their skills of

master