Anda di halaman 1dari 5

KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

ATRIBUT, SUBATRIBUT DAN TAKRIF SUBATRIBUT HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 3:


PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (CTPS)
ATRIBUT: PENYELESAIAN MASALAH
CTPS1. Kenal Pasti Masalah Proses mengecam dan mengesan sesuatu isu yang boleh menimbulkan masalah atau konflik.
Proses pengasingan atau pemeriksaan dengan teliti sesuatu seperti data yang dikumpul, dicerap atau didapati, untuk dijadikan
CTPS2. Analisis
elemen-elemen kecil untuk membuat keputusan atau interpretasi.
CTPS3. Aplikasi Pelaksanaan terhadap sesuatu idea atau kaedah untuk menyelesaikan masalah.
CTPS4. Sintesis dan Penilaian Penyatuan atau proses kombinasi elemen-elemen kecil untuk dijadikan satu idea, penyelesaian atau sistem baharu.
CTPS5. Membuat Keputusan Proses pemikiran untuk memilih satu penyelesaian daripada beberapa alternatif.
ATRIBUT: KEMAHIRAN SAINTIFIK
CTPS6. Pembentukan Konsep Proses pembentukan idea atau penyelesaian baharu.
CTPS7. Penjanaan Penyelesaian Proses melahirkan penyelesaian baharu atau alternatif
CTPS8. Pelaksanaan Proses menjalankan penyelesaian atau idea sehingga berkesan.
CTPS9. Penilaian dan Pemilihan Proses membuat penilaian dan pemilihan bagi keputusan yang telah dibuat.
CTPS10. Integrasi Proses mengumpulkan elemen-elemen, idea, penyelesaian, orang atau sistem untuk berfungsi bersama.
CTPS11. Pembangunan Proses perkembangan, penambahan atau penambahbaikan hasil atau ekoran daripada sesuatu kejadian.
CTPS12. Ciptaan Tindakan untuk membuat, mencipta, mereka bentuk atau menghasilkan sesuatu yang belum wujud sebelum ini.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 4:
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI (CS)
ATRIBUT: KOMUNIKASI LISAN
CS1. Kejelasan Idea Penyampaian isi yang terang, nyata dan dapat difahami dengan mudah.
CS2. Keyakinan Idea Pembentangan idea yang dilakukan dengan yakin dan menyakinkan.
CS3. Keberkesanan dan Artikulasi Idea yang disampaikan dengan berkesan dan boleh diguna pakai serta dapat menyelesaikan masalah.
Idea
CS4. Kefahaman dan Menjawab Mampu memahami soalan yang diaju dan menjawab dengan tepat.
Soalan
CS5. Kesesuaian Penyampaian Menyesuaikan perkara yang disampaikan dan cara penyampaian di khalayak yang berbeza.
dengan Tahap Khalayak

1
KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

…. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI (CS)


ATRIBUT: KOMUNIKASI BERTULIS
CS6. Kejelasan Penulisan Penulisan yang mematuhi penggunaan tatabahasa yang betul dan dapat menyampaikan maksud dengan tepat.
CS7. Kesinambungan dalam
Penulisan idea yang koheren atau mempunyai keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain agar mudah difahami.
Penulisan
CS8. Penulisan yang Sistematik Penulisan yang mempunyai pendekatan atau kaedah turutan atau susunan yang jelas dan mudah difahami.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 5:
KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN (TS)
KEYAKINAN DIRI
Kebolehan untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk
TS1. Membina Hubungan
mencapai objektif yang sama.
Kemahiran meluahkan perasaan, menerangkan persepsi orang lain terhadap diri, menerima dan memberikan pujian serta
TS2. Ekspresi Diri
menerima dan memberikan maklum balas yang membina.
HORMAT
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif, memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan peserta
TS3. Mendengar dengan Aktif
komunikasi yang mempunyai budaya berlainan.
TS4. Menghormati Orang Lain Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan hak orang lain.
KOMUNIKASI SOSIAL
TS5. Interaksi dengan Orang Lain Kebolehan berbual dan mengekalkan interaksi dengan orang lain.
TS6. Memupuk Hubungan Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
KESEDARAN KENDIRI
TS7. Beretika Kebolehan mengamalkan sikap beretika semasa menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat.
TS8. Kawalan emosi Kemahiran mengawal emosi semasa bersosialisasi.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
TS9. Rasional terhadap Masyarakat Peka akan permasalahan masyarakat dan persekitaran. Kebolehan mengenal dan mengamal sikap rasional terhadap
Pelbagai Budaya masyarakat daripada pelbagai perspektif budaya.
TS10. Sumbangan kepada Bertanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan mampu berperanan sebagai agen
Masyarakat perubahan dalam masyarakat.
KERJA BERPASUKAN
TS11. Membina Hubungan Baik Memberikan kerjasama kepada orang lain.
TS12. Peranan Bersilih Ganti Mampu memegang peranan yang berbeza mengikut keadaan.
TS13. Menghormati dan Menerima
Mendengar dan mengambil kira pandangan pihak lain.
Pendapat
2
KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 6:


PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT (LL)
ATRIBUT: MENCARI DAN MENGURUS PELBAGAI BENTUK MAKLUMAT
LL1. Senarai Rujukan Jumlah senarai rujukan berkaitan dengan tugas yang diberikan
LL2. Relevan Bersesuaian dan berkaitan dengan tugasan yang diberikan
LL3. Optimum Sumber Mengoptimumkan penggunaan pelbagai bentuk rujukan dengan mengoptimumkan pelbagai rujukan.
LL4. Penapisan Maklumat Penapisan - memilih, mengelolakan dan mendapatkan maklumat mengikut senarai rujukan.
LL5. Artikulasi Penzahiran idea secara terang dan berkesan dalam penulisan serta dapat difahami oleh pembaca
LL6. Rujukan Bahan atau sumber keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara sebagai panduan
ATRIBUT: PEMBELAJARAN AUTONOMI
LL7. Penglibatan Diri Tahap penglibatan, keinginan, minat, optimis dan keterlibatan yang dipaparkan bagi mempertingkatkan proses pembelajaran.
LL8. Idea Baharu Mengemukakan pandangan dan pendapat yang tercetus daripada penerokaan kendiri.
Pembelajaran terarah kendiri yang melibatkan pembelajaran yang menghubung kait dengan maklumat baharu tentang konsep
LL9. Pembelajaran Kendiri
dan proses yang lebih tersusun dan lengkap.
ATRIBUT: MINDA INGIN TAHU
Keinginan mencari peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dengan melakukan penerokaan terhadap sesuatu isu dan
LL10. Minat
melaksanakan tugas semampu mungkin.
LL11. Inisiatif Tahap keupayaan yang mempamerkan keinginan seseorang memulakan dan menyelesaikan tugasan.
LL12. Daya Usaha Menunjukkan usaha dalam membuat pencarian maklumat.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 7:
KEMAHIRAN MENGURUS DAN KEUSAHAWANAN (ES)
ATRIBUT: KEMAHIRAN MENGURUS
Proses merancang dan melaksanakan kawalan masa yang digunakan untuk sesuatu aktiviti, terutamanya untuk meningkatkan
ES1. Masa
keberkesanan, kecekapan atau produktiviti.
ES2. Membuat Keputusan Proses pemilihan kepercayaan atau tindakan yang perlu daripada beberapa keberangkalian alternatif.
ES3. Organisasi Idea Menyatakan idea dengan jelas, koheren dan tersusun/teratur.
ES4. Agihan Kerja Agihan tanggungjawab dan kuasa kepada suatu kumpulan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti.
ES5. Motivasi Bermotivasi dan mendorong rakan-rakan lain untuk menyiapkan setiap tugasan dan aktviti.
ATRIBUT: MINDA KEUSAHAWANAN
ES6. Visi Mempunyai wawasan berinovasi bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar.
Mempunyai kesedaran bahawa bagi menjadi seorang usahawan seseorang memerlukan hubungan keusahawanan melalui
ES7. Jaringan
pembentukan pasukan, integriti peribadi, komunikasi dan tawaran yang baik.
ES8. Keterujaan Mempunyai perasaan seronok atau suka dalam menjalankan aktiviti bidang keusahawanan.

3
KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

… KEMAHIRAN MENGURUS DAN KEUSAHAWANAN (ES)


ATRIBUT: KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
ES9. Pengalaman Keusahawanan Pembelajaran yang diperolehi melalui penglibatan dalam aktiviti keusahawanan.
ES10. Pengenalpastian Peluang Proses mencari peluang melaksanakan idea keusahawanan mengikut strategi yang telah dirancang hasil daripada kreativiti ialah
Keusahawanan proses mengumpul menjana idea-idea baharu dan inovasi dalam mengaplikasikan idea kepada amalan.
ES11. Toleransi Risiko Sikap dan kesediaan usahawan dalam mengenal pasti dan mengambil langkah menghadapi risiko.
ES12. Lokus Kawalan Dalaman Sikap percaya bahawa asas kejayaan adalah terletak pada kerja sendiri dan mampu mengawal kehidupan.
ES13. Pencapaian dan Ketabahan Keupayaan meletakkan sasaran yang lebih tinggi dan juga ketabahan dalam menghadapi cabaran.
ES14. Pengurusan Kewangan Keupayaan untuk mengendalikan komponen kewangan dan sumber.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 8:
NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (ET)
NILAI DAN SIKAP
Keperibadian, adab dan kesopanan mengikut nilai-nilai murni dan positif sejagat yang umumnya diterima dan dianggap baik di
ET1. Moral
mata komuniti.
Ciri-ciri asal usul diri seseorang individu seperti adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang
ET2. Jati Diri
keperibadiannya dan menyerlahkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara bangsa.
Sikap yang positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan lebih awal daripada jangkaan yang akan
ET3. Proaktif
berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.
Ciri-ciri perwatakan, perilaku serta kekemasan dan kesesuaian pemakaian dengan suasana dalam interaksi dengan orang lain
ET4. Penampilan
dan dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu tugasan.
ET5. Berdikari Sikap tidak bergantung kepada bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu tugasan.
ET6. Kesukarelaan Sikap suka membantu orang lain dan mengambil berat hal ehwal komuniti untuk kesejahteraan bersama.
ETIKA DAN PROFESIONALISME
ET7. Tanggungjawab Kerja Kewajipan yang dipikul seperti yang ditetapkan dalam skop tugas dan terma rujukan jawatan yang disandang.
ET8. Hubungan Kerja Hubungan dengan rakan sekerja atau dalam sesebuah institusi, kumpulan kerja dan komuniti alam pekerjaan.
ET9. Etika Kerja Sistem peraturan moral atau prinsip-prinsip perilaku yang menjadi amalan di tempat kerja atau persekitaran kerja.
Tahap kejujuran dan bertindak secara lurus dalam mengekal atau mempertahankan prinsip, pegangan dan akauntabilitinya
ET10. Integriti
semasa melaksanakan tugasan.
KEWARGANEGARAAN
ET11. Berfikiran Global Bertindak dan berfikir sebagai warga dunia. Terlibat secara aktif untuk memberi kesan/ impak kepada dunia
ET12. Memahami nilai dan Menggunakan pemahaman tentang budaya sendiri dan orang lain untuk mempertimbangkan isu global yang melibatkan
pandangan Global kepelbagaian nilai dan pandangan.
ET13. Minat terhadap kelestarian Mempunyai pandangan yang bernas berkaitan isu dan kepentingan alam sekitar dan menerapkan perspektif ini ke dalam hasil
alam Sekitar kerja
ET14. Menyelesaikan masalah Kesediaan dan minat yang tinggi dalam menangani masalah dunia sebenar. Membentuk perspektif sendiri untuk menganalisis
dunia sebenar untuk manfaat sesuatu isu.
semua
4
KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 9:


KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN (LS)
KEPIMPINAN
LS1. Pengetahuan dan Kadar pengetahuan dan kefahaman terhadap konsep asas kepimpinan.
Pemahaman Kepimpinan
LS2. Kepimpinan Berkesan Kemampuan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan terhadap diri sendiri dan/atau orang lain.

Disusun oleh: Disemak oleh:

Izuddin bin Muhammed Dr. Nazifah binti Shaik Ismail


Penolong Pengarah, Ketua Penolong Pengarah
Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM