Anda di halaman 1dari 7

NAMA: ___________________KELAS:_______ MARKAH : _________

BAHAGIAN A (20 MARKAH)

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 dan 2 berpandukan gambar 1

1. Siew Min berjumpa doktor untuk mendapatkan ________________.

A. terawat B. rawatan C. dirawat D. merawat

2. ________________ sedang mencatat perkara yang diberitahu oleh doktor.

A. Jurusolek B. Juruterbang C. Jururawat D. Jurutera

3. Ramai pengunjung sedang berkelah di ____________ pantai Port Dickson.

A. tepi B. atas C. seberang D. tengah

4. Cikgu Noraini meletakkan sebuah meja di ______________ kelas untuk

dijadikan sudut bacaan.

A. luar B. tepi C. penjuru D. tengah

5. Surat itu sudah saya kirimkan ______________ kakak sejak semalam.

A. terhadap B. untuk C. daripada D. kepada

6. Ayah akan pulang ______________ Singapura petang esok.

A. dari B. kepada C. daripada D. ke

7. “__________, malang sungguh nasib yang menimpa diriku!” kata pemuda itu.

A. Aduhai B. Aduh C. Wah D. Wahai


8. “____________, cantiknya awak berbaju kebaya”, kata Yani kepada Mazlina.

A. Syabas B. Wah C. Hai D. Cis

Soalan 9 berpandukan gambar di bawah.

9. Kai Chun dan kawan-kawannya sedang _____________ di kantin untuk

membeli makanan.

A. berkumpul B. bermain C. bersedia D. beratur

10. Puan Chin memakai ___________ kerana penglihatannya kabur.

A. cermin sisi C. cermin diri

B. cermin mata D. cermin muka

11. Cikgu Lim sentiasa memberi _______ yang berguna kepada murid-muridnya.

A. tunjuk ajar C. tunjuk cara

B. mata pelajaran D. alat tulis

12. Shafiq digelar sebagai ___________ kerana tidak tahu bermain bola sepak.

A. kaki ayam B. kaki bangku C. kaki botol D. kaki lima

13. Suziana seorang murid yang __________ kerana selalu menolong orang lain.

A. berat hati B. buah tangan C. berat tulang D. ringan tulang

14. Walaupun masih __________ bersekolah, adik sudah pandai membaca buku.

A. belum B. sudah C. akan D. sedang


15. Semua murid dibenarkan pulang ______________ Xue Mei yang masih

belum menyiapkan latihan.

A. jika B. kecuali C. walaupun D. atau

Soalan 16 hingga 20 berpandukan petikan yang diberikan.

Baca petikan dengan teliti dan bulatkan jawapan yang sesuai.

Pak Cik Silvarajah seorang yang ringan tulang. Setiap hari dia dan
isterinya bermandi peluh menanam sayur di kebun. Mereka menanam cili,
terung, kacang bendi, sawi, kacang panjang dan bayam.

Pak Cik Silvarajah besar hati kerana anak dan isterinya menolong
menyiram sayuran, mencabut rumput dan membubuh baja.

Dia banyak mendapat wang dari hasil titik peluhnya. Pak Cik Silvarajah
berasa gembira kerana mata pencariannya sebagai pekebun sayur memberikan
hasil yang lumayan.

16. Pak Cik Silvarajah seorang pekebun yang ______________.

A. pemalas B. rajin C. pemalu D. berani

17. Di manakah Pak Cik Silvarajah menanam sayur?

A. Di tepi rumah C. Di hadapan rumah

B. Di belakang rumah D. Di kebun

18. Siapakah yang membantu Pak Cik Silvarajah di kebun?

A. Ibu dan isterinya C. Anak dan isterinya

B. Isterinya dan jirannya D. jiran dan saudaranya

19. Apakah jenis sayur yang ditanam oleh Pak Cik Silvarajah?

A. kacang botol, petola, kacang panjang dan lain-lain

B. cili, terung, kacang panjang, lobak merah dan kangkung

C. terung, sawi, kacang bendi, kacang panjang dan serai

D. sawi, kacang bendi, terung, cili dan bayam


20. Mengapa Pak Cik Silvarajah berasa gembira?

A. Kerana mata pencariannya sebagai pekebun sayur mendatangkan hasil

yang lumayan.

B. Kerana isteri dan anak menolongnya di kebun.

C. Kerana banyak mendapat wang dari hasil titik peluhnya.

D. Kerana mendapat banyak wang.

BAHAGIAN B (30 markah)

21. Garisi kata adjektif yang betul. Kemudian, salin jawapan di tempat yang

disediakan.

Majlis makan kali ini sungguh ________________ (meriah, menyambut)

diserikan dengan persembahan nyanyian klasik. Penyanyi secara solo dan

berduet. Semua tetamu yang hadir ______________ (bergembira, terpesona)

dengan kelunakan suara penyanyi pada malam itu. Penyanyi itu juga sungguh

____________ (pakar, fasih) berbahasa Melayu. Tambahan pula, hidangan

yang disajikan sangat __________________ ( menyelerakan, menceriakan )

dan kena dengan citarasa tetamu yang hadir.

(4 markah)

22. a) Bina soalan berdasarkan jawapan yang diberikan.

Bagaimanakah____________________________________________

______________________________________________________?

Encik Lim menjemput tetamu ke rumahnya dengan menggunakan khidmat


pesanan ringkas.
(2 markah)
b) Tulis dialog yang sesuai bagi perbualan di dalam gambar berikut.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

(2 markah)

Bagai aur _________________________________________________

(2 markah)

23. Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.

Jasa dan pengorbanan guru dalam hidup saya amat besar. Ilmu yang
dicurahkan kepada saya begitu berharga.
Dahulu saya lemah dalam pelajaran. Saya lambat seperti kura-kura
untuk menguasai setiap pelajaran yang diajar oleh guru. Namun, mereka
tidak pernah berputus asa dan sering menasihati saya. Mereka juga
mengajar saya dengan penuh kasih sayang.
Guru memberikan banyak latihan kepada saya. Selain itu, mereka
mengadakan kelas tambahan secara percuma. Usaha mereka menyebabkan
sikap saya berubah. Kini, saya rajin seperti semut. Prestasi pelajaran saya
semakin meningkat. Namun begitu, saya tidak angkuh seperti merak.
Akhirnya, saya telah berjaya mendapat keputusan terbaik dalam
pelajaran. Saya menyambung pelajaran ke universiti. Setelah tamat
pelajaran, saya juga ingin bekerja sebagai guru untuk membimbing murid-
murid saya kelak.

a) Penulis pada masa dahulunya seorang murid yang ______________ dalam


pelajaran.
(1 markah)
b) Bagaimanakah cara guru penulis mengajar?

Guru penulis mengajarnya dengan ______________________________


(2 markah)
c) Apakah yang menyebabkan prestasi pelajaran penulis semakin meningkat?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(3 markah)

d) Berikan tiga bandingan semacam yang terdapat dalam petikan.

i. ______________________________________

ii. ______________________________________

iii. ______________________________________

(3 markah)

24. Jawab soalan berdasarkan petikan yang diberikan.

Kai Chun ialah olahragawan SJKC Kiang Hin. Dia bercita-cita untuk

menjadi Olahragawan Peringkat Negeri. Pada setiap hari, dia mengikuti

program kecergasan yang dikendalikan oleh Cikgu Tan. Kai Chun akan

memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti kecergasan. Aktiviti ini dapat

mengelakkan dirinya daripada mengalami kecederaan ketika latihan.

Pada hari Sabtu, Kai Chun memulakan aktivitinya pada pukul 7.30 pagi.

Kai Chun membuat lompat bintang dan lari ulang-alik. Pada keesokan harinya,

dia berjoging di taman rekreasi. Pada hari Isnin, Kai Chun melakukan aktiviti

berjalan pantas dan naik turun tangga.

a) Kai Chun ialah _____________________ SJKC Kiang Hin.

(1 markah)

b) Apakah yang Kai Chun lakukan sebelum melakukan aktiviti kecergasan?

____________________________________________________

____________________________________________________

______________________________________

(2 markah)
c) Senaraikan tiga daripada aktiviti latihan yang Kai Chun lakukan.

i. _______________________________________

ii. _______________________________________

iii. _______________________________________

(3 markah)

25.
Pokok siantan ditanam di pekan,

Di tepi pandan di pokok lada,

Jaga kesihatan dengan bersukan,

Cergas badan cerdaslah minda

Ikan aya dapat dipukat,

Ikan belida di paya rumbia,

Mari amalkan gaya hidup sihat,

Penyakit tiada hidup ceria.

Ke Kuala Tahan beli keranji,

Singgah di kota beli bidara,

Jaga kebersihan amalan terpuji,

Tentu kita hidup sejahtera.

a) Jagalah kesihatan badan kita dengan cara

_____________________________________

(1 markah)

b) Mengapakah kita harus mengamalkan gaya hidup sihat?

____________________________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

(2 markah)
c) Apakah nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas.

____________________________________________________

____________________________________________________

(2 markah)

Anda mungkin juga menyukai