Anda di halaman 1dari 9

Kaedah Untuk Mengatasi Masalah Pembuangan Bayi

Individu

Statistic menunjukkan kadar pembuangan bayi di negara kita semakin meningkat


dari setahun ke setahun. Hal ini memeningkan banyak pihak termasuk pemimpin dan
ibu bapa. Perkara ini jika tidak dibendung segera, akan memberi banyak kesan negatif
kepada negara. Suatu tindakan dan keputusan haruslah dibuat segera untuk
mengelakkan masalah ini dari terus berleluasa dan sukar untuk diselesaikan. Selain itu,
pembaziran wang negara juga dapat dielakkan. Hal ini kerana, setiap tahun kerajaan
Malaysia memperuntukkan jutaan ringgit untuk membiayai kos ibu hamil dan anak luar
nikah. Selain itu, pertambahan bilangan anak tak sah taraf juga boleh membawa
kepada kes jenayah seperti rompak, ragut dan sebagainya.

Sebenarnya terdapat banyak pilihan atau kaedah yang boleh digunakan dalam
menyelesaikan permasalahan ini. Walaubagaimanapun untuk mengubah sesuatu
perkara itu haruslah bermula dengan individu itu sendiri. Pertama sekali, setiap orang
hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan didikan agama yang sempurna.
Agama mengajar dan memimpin manusia kearah kesejahteraan dunia dan akhirat.
Oleh itu wajib bagi manusia menuntut ilmu agama. Walaubagaimanapun, bak kata
pepetah arab ‘ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pohon yang tidak berbuah’. Maksudnya
disini segala suruhan yang diajar dalam agama hendaklah diamal dan dipatuhi, bukan
belajar semata-mata tanpa pengamalan. Dalam Islam contohnya, telah mengajar
umatnya supaya menjauhi perbuatan zina. Namun kita lihat pada hari ini, ramai
manusia yang mengaku dirinya beragama islam tetapi tanpa segan silu berpeluk cium
di khalayak ramai. Mereka ini orang belajar agama, tetapi tidak mengamalkan apa yang
disuruh dilarang dalam agama. Maka hasilnya, bayi-bayi kecil yang tidak berdosa
menjadi mangsa hasil kerakusan manusia memenuhi gelojak hawa nafsu.

Perkara kedua yang membawa kepada gejala pembuangan bayi ialah faktor
pemakaian. Pada hari ini berbagai-bagai fesyen wanita yang menjolok mata laris di
pasaran. Hasilnya pemuda-pemuda yang baru menginjak dewasa mula tergoda. Anak-
anak gadis menjadi mangsa. Tak mengapalah, itu dunia mereka. Tetapi bagaimana
dengan benih yang mula bercambah hasil hubungan haram ini? Adakah layak dia
menghuni kaki lima masjid, tempat pembuangan sampah, hutan belukar? Adakah benih
ini tidak layak digelar manusia? Fikir-fikirkanlah. Jangan pula seratus peratus hendak
disalahkan kaum lelaki kerana kononnya meraka tidak pandai mengawal nafsu. Pada
masa yang sama, harus juga melihat kepada orang wanita yang sebagaimana dalam
hadis, nabi ada menyebut. Mafhumnya ‘mereka ini memakai pakaian tetapi
bertelanjang’. Kesimpulannya di sini pakaiaan dan pemakaiaan memainkan peranan
penting dalam meningkatkan hawa nafsu manusia terutamanya sang lelaki.

Kaedah ketiga ialah dengan menjaga perhubungan antara lelaki dan wanita.
Namun kita lihat pada hari ini remaja berlainan gender bergaul bebas tanpa mempeduli
pantang larang agama dan adat. Sebagai contoh berpeleseran di pusat beli belah
dengan bercampur lelaki dan wanita, berdisko, berkaraoke. Apabila insan-insan
berlainan jantina ini bergaul bebas tanpa batasan, maka akan timbul satu keinginan
lain. Iaitu keinginan terhadap seks. Di peringkat ini agak susah bagi sesiapa sahaja
untuk mengelak seandainya iman dan takwa senipis kulit bawang. Waima pak imam
sendiri pun boleh rebah. Kesimpulannya jagalah maruah kita sebagai lelaki mahupun
wanita.

Kaedah terakhir ialah berfikir dahulu baik buruk kesan sesuatu perkara sebelum
mencuba. Bagi wanita yang belum berkahwin apakah kesan yang akan dihadapi
olehnya sekiranya melakukan persetubuhan haram? Kesan terhadap keluarga? Bayi,
kalau-kalau ada? Siapa yang hendak menjaganya? Bagaimana pula kesannya kalau
dia berkahwin terlebih dahulu? Di sini kita dapat lihat segala kesan baik dan buruk
sesuatu perkara. Tidak kiralah kesan jangka masa panjang atau pendek.

Sebenarnya banyak kesan yang akan timbul untuk setiap pilihan di atas. Yang
pertama, melemgkapkan diri dengan ilmu agama. Dengan belajar agama seseorang
akan dapat membentuk pribadi dan sahsiah yang lebih unggul.
Institusi Kekeluargaan

Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk


keperibadian unggul dalam diri anak-anak.

Banyak langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi gejala buang bayi ini.
Setiap institusi kekeluarggan bermula daripada ibu bapa yang bakal mencorak halatuju
kehidupan anak-anak. Maka sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi
pendidikan yang betul kepada anak-anak. Perkara ini termasuklah pendidikan dari segi
agama, pegaulan, adat dan sebagainya. Bak kata pepatah melayu ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’ yang membawa maksud kalau hendak mendidik anak biarlah
bermula dari kecilnya, bukan masuk universiti duhulu baru hendak rotan. Anak-anak
kecil jika diasuh dididik untuk bersembahyang apabila besarnya tidak perlu disuruh lagi.
Hal ini kerana sudah terbiasa dengan tanggungjawab itu. Begitu juga dari segi
pergaulan mereka dengan rakan-rakan, pemakaian, hubungan antara jantina dan
sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung akan akan menyelamatkan mereka
daripada terjebak dengan hubungan seks luar nikah lantas menjauhkan mereka dari
gejala buang bayi.

Langkah kedua, ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak. Dengan


cara ini ibu bapa boleh mengetahui aktiviti dan gerak kerja yang dilakukan anak-anak.
Selain itu ibu bapa juga hendaklah memberi kasih sayang dan perhatian yang
sepenuhnya kepada mereka. Hal ini kerana, apabila seseorang anak itu tidak mendapat
kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa, mereka akan merasa diri mereka tersisih.
Lebih buruk lagi jika mereka mula memeberontak. Ada juga dalam kalangan anak-anak
terutamanya remaja akan mencari ‘kasih sayang’ di luar. Mereka biasanya akan
mencari seseorang yang berlainan jantina untuk menagih dan mencurahkan kasih
sayang. Maka kesempatan ini mudah di ambil peluang oleh iblis dan koncu-koncunnya,
menghasut manusia mencuba aksi yang terlarang. Realitinya jika ibu bapa memberi
perhatian terhadap anak-anak mereka, sekurang-kurangnya ibu bapa dapat tahu segala
rasa yang bergelodak atau masalah yang menimpa anak-anak, namun alasan sibuk
mencari rezeki sering dijadikan sebab untuk tidak mempedulikan perihal zuriat mereka
sendiri. Apakah nilai seorang anak dapat dibeli dengan wang ringgit? Adakah harta
berjuta ringgit itu boleh menggantikan tempat bergantung mereka apabila tua nanti?
Tidak mungkin. Dengan ini sedarlah ibu bapa diluar sana. Jaga dan didiklah anakmu
bagai ‘menatang minyak yang penuh’ kerana mereka pewaris bangsa. Curahlah kasih
sayang senuhnya terhadap mereka. Maka renunglah kata-kata Saidina Abu Bakar yang
berbunyi ‘jika kamu mahu melihat kehebatan sesuatu bangsa, maka lihatlah anak-anak
mudanya’.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa hendaklah mengetahui latar belakang
sahabat-sahabat anak mereka. Hal ini untuk mengelakkan anak-anak berkawan dengan
orang yang tak sepatutnya. Sebagai contoh mat rempit, penagih dadah dan kaki botol.
Adalah tidak sukar untuk menyiasat latar belakang mereka ini. Salah satu kaedahnya
adalah dengan bertanya kepada anak-anak sendiri. Selain itu ahli keluarga juga boleh
berkunjung ke rumah rakan-rakan anak mereka. Dengan ini hubungan silaturrahim
dapat dipupuk. Ahli keluarga juga boleh duduk semeja berbincang tentang bagaimana
cara terbaik menyelesaikan permasalahan remaja, khususnya yang menjurus ke arah
seks bebas dan pembuangan bayi. Namun demikian, pada hari ini ibu bapa seakan
alpa dengan siapa anak-anak mereka berkawan, lebih teruk lagi membiarkan anak-
anak mereka bergaul bebas lelaki dan wanita tanpa ada sedikit rasa ingin menegur.
Malah ada satu kes yang berlaku di negara kita suatu ketika dahulu, yang mana ada
satu pasangan suami isteri ini sanggup membiarkan anak teruna mereka
bersekedudukan di dalam bilik di rumah mereka sendiri. Ibu bapa jenis apakah mereka
ini?

Langkah terakhir yang boleh menjadi panduan kepada ibu bapa ialah mereka
sepatutnya menjadi idola atau contoh yang baik kepada anak-anak. Sebagai contoh jika
ibu bapa hendak menyuruh anak-anak solat lima waktu, merekalah yang sepatutnya
melaksanakan terlebih dahulu. Mana mungkin ibu bapa yang seumur hidupnya tidak
pernah menunaikan solat mahu memaksa anak-anak bersembahyang. Begitu juga dari
aspek didikan moral dan rohani. Ibu bapa sepatutnya menunjukkan contoh tauladan
terbaik buat anak-anak. Hal ini termasuklah dalam aspek ibadah, pergaulan, sahsiah
dan budi pekerti. Malangnya dewasa ini sering kita lihat di dada-dada akhbar,
bagaimana tergamaknya seorang bapa menodai anak gadisnya sendiri, abang merogol
adik, datuk raba cucu dan berbagai-bagai kes lagi yang membuatkan sesiapa saja yang
mendengarnya naik darah. Dimanakah rasa tanggungjawab mereka terhadap
keluarga? Manusia jenis apakah mereka ini? Jikalau atap tempat berlindung sudah
mula runtuh menimpa kepala, dimanakah tempat insan-insan yang lemah seperti anak
gadis ini hendak bernaung. Hal ini sebenarnya tidak lain dan tidak bukan berpunca
daripada kegagalan ibu bapa membentuk pribadi yang unggul dalam diri mereka
sendiri. Jadi tidak hairanlah kalau anak-anak suka mencuri seandai bapa sendiri pecah
amanah, tidak peliklah kalau anak-anak menghisap dadah jikalau bapa sendiri penagih
arak, dan bukan anehlah kalau anak-anak bersekedudukan kalau bapa sendiri kaki
perempuan. Kesimpulannya, ibu bapa menjadi idola paling baik dalam menerapkan
keperibadian dan sahsiah unggul dalam diri anak-anak. Oleh itu, sebagai murabbi,
muaddib dan muallim, seluruh ahli keluarga amnya hendaklah menjadi idola dan contoh
terbaik buat anak-anak yang kian meningkat dewasa dari sehari ke sehari.

Kerajaan

Dalam sesebuah masyarakat atau negara institusi yang terbesar sekali ialah
institusi kerajaan. Institusi ini memainkan peranan paling penting dalam membentuk jati
diri, tingkah laku, fiil perangai, dan sahsiah sebahagian besar rakyatnya. Sebagai
contoh cuba kita bandingkan tahap kebersihan di Kuala Lumpur dan Singapura. Sudah
semestinyalah negara kita jauh ketinggalan dalam aspek ini. Di sini timbul persoalan,
adakah sikap rakyat Singapura sendiri yang pembersih secara semulajadi ataupun
peranan pemerintah yang akhirnya membentuk sikap sebegini dalam masyarakatnya.
Di Singapura, sesiapa yang membuang sampah sesuka hati akan didenda, tetapi tidak
di Malaysia. Di sini bukanlah niat saya ingin membanding-banding negara sendiri
dengan negara jiran, namun peranan pemerintah atau kerajaan itu yang menjadi
maksudnya.

Sebenarnya berbagai-bagai langkah yang boleh dilaksanakan kerajaan dalam


menangani masalah pembuanagan bayi di negara kita. Mnurut statistik, kadar
pasangan yang ditangkap khalwat sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.
Pernahkah kita terfikir apa kaitan masalah khalwat dengan gejala pembuangan bayi
dan mengapa kadar statistik meningkat walaupun kerajaan telah menggiatkan pelbagai
usaha dalam menangkap pasangan yang berkhalwat. Persoalan pertama tadi agak
mudah untuk di jawab kerana apabila si jantan dan betina duduk berdua-duaan di
tempat sunyi takkan sekadar nak berbual kosong atau hanya berpeluk cium? Sudah
semestinya mahu melakukan aksi yang lebih panas lagi. Maka sembilan bulan
kemudian terpaparlah di dada-dada akhbar berkenaan seorang anak manusia
digonggong ibu kucing atau lebih tragic lagi di gilis lori pengangkut sampah.

Persoalan kedua ialah mengapa kadar statistik kes khalwat mengalami


kemajuan yang amat membanggakan sekali walaupun pihak kerajjan dan NGO sudah
berhabis ribuan ringgit bagi menangkap pelaku khalwat. Jawapannya juga agak mudah,
cuma jarang disedari oleh sesiapa termasuklah pemimpin dan bijak pandai. Maka
apabila terkantoinya si jantan dan betina tadi, maka diheretlah mereka ke balai dan
mahkamah. Selang tidak lama, datang seorang penjamin lalu bebaslah mereka dengan
bayaran denda serendah satu hingga tiga ribu setiap seorang. “hari ni kita kantoi,
minggu depan kita cuba lagi, tak pe sayang duit abang banyak. Kalau sekadar dua ribu
tu celah gigi je..” kata seorang usahawan berjaya. Ini pula dialog budak sekolah
tngkatan lima “mak saya kerja cikgu je…..tapi kalau setakat satu ribu tu tak payah
risaulah, okey, lepas periksa ni kita try dekat hotel murah deapan tu pulak ye”. Inilah
akibatnya kalau kerajaan tidak peka tentang denda yang perlu dikenakan terhadap
pelaku khalwat. Denda yang terlalu rendah menyebabkan pasangan sedang bercinta
hilang rasa takut untuk melakukan perbuatan zina. Siapa yang harus dipersalahkan?
Kerajan atau penggubal undang-undang? Walaubagaimanapun saya percaya
seandainya denda dinaikkan sehingga mencecah belasan ribu, bukan saja budak
sekolah yang gerun untuk berkhalwat tetapi segala datuk-datuk dan menteri-menteri
boleh demam. Lebih berkesan lagi sekiranya hukuman rotan dan sebat turut disertakan.
Kesimpulannya di sini dalam menangani segala isu yang berkaitan dengan jenayah
mahupun maksiat, jalan terbaik ialah dengan memberatkan hukuman terhadap pesalah.

Antara tempat-tempat biasa dikunjungi anak-anak muda yang dahagakan hiburan


dan seks ialah di kelab-kelab malam dan disko. Tempat-tempat sebegini biasanya
menjadi pusat untuk berkenalan antara lelaki dan wanita, dan tempat mengatur
pertemuan seterusnya. Disinilah juga tempat untuk berseronok lelaki dan perempuan,
serta tempat meneguk arak. Menurut kajian, kelab malam merupakan antara
penyumbang terbesar kes zina dan buang bayi.Yang menghairankan saya di sini
menagapa kelab-kelab malam terus sahaja dibenarkan beroperasi walhal betapa
banyak kesan buruk akhibat daripada kewujudan tempat-tempat sebegini. Adakah
kerana cukai yang dikenakan memeberi pulangan lumayan kepada Negara, sehingga
kerajaan sanggup melihat semakin ramai anak-anak muda semakin hilang pedoman
hidup? Adakah harga cukai sebuah pusat hiburan itu lebih besar nilainya daripada
kehidupan anak-anak muda yang bakal mencorak pentadbiran negara suatu hari nanti?
Inilah yang perlu sama-sama kita renung dan fikir. Sekali fikir memang cukai pusat
hiburan merupakan satu sumber memperkukuh ekonomi negara, namun pada masa
yang sama kesan negatif hasil kewujudan kelab malam pula, menjadi pembantut
perkembangan ekonomi. Kesan negatif kewejudan kelab malam antaranya ialah
meningkatnya kadar jenayah, kemalangan jalan raya akibat pengggunaan alkohol dan
kerosakan masa depan anak-anak muda. Baru-baru ini saya terbaca sebuah artikel
yang mengatakan kerajaan akan meluluskan lesen untuk kelab-kelab malam beroperasi
dua puluh empat jam, konon-kononnya untuk menarik pelancong asing datang ke
negara kita. Saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan tindakan tersebut.
Walaubagaimanapun sebagai langkah bijak, pihak kerajaan haruslah dengan segera
menghapuskan kelab-kelab malam di negara kita.

Dengan arus teknologi yang semakin canggih sekarang, adalah sesuatu yang
agak mudah untuk sesiapa sahaja mengakses pelbagai maklumat dalam internet.
Malangnya ramai yang menyalahgunakan kemudahan tersebut. Ada diantara mereka
ini, mengakses video klip dan gambar-gambar lucah. Hasilnya mereka mula tertarik
untuk melakukan aksi sebagaimana yang mereka tonton. Peranan kerajaan yang ingin
saya sebut di sini ialah dengan menyekat mana-mana laman web yang berunsur lucah,
seks, supaya ia tidak menjadi tatapan muda-mudi. Keadaan bertambah buruk apabila
pemberian netbook percuma kepada murud-murid dilaksanakan. Sebagaimana pepatah
melayu ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Ramai golongan seperti mereka ini
menggunakan kemudahan tersebut untuk memuat turun video dan gambar lucah.
Cadangan saya di sini ialah kerajaan sepatutnya menarik balik keistimewaan
pemberian netbook percuma tersebut. Hasilnya peruntukan kewangan yang diberi
dalam melaksanaan program tersebut boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
lebih berfaedah seperti program motivasi untuk pelajar dan sebagainya.

Seterusnya, antara faktor utama peningkatan seks bebas di negara kita ialah
berpunca daripada pengaruh filem. Jika kita perhatikan, sebahagian besar filem kita
terutamanya yang bertemakan cinta dan aksi mengandungi banyak unsur-unsur lucah
dan seks. Sebagai contoh filem remp-it, aku masih dara dan cuti-cuti cinta. Itu tidak
dikira lagi filem-filem dari Eropah sana. Raelitinya filem menjadi acuan utama yang
mempengaruhi budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat. Sebagai contoh kita
ambil filem remp-it. Sesiapa yang pernah menonton filem ini, sudah tentu anda masih
ingat segala aksi mendebarkan baik di jalan raya mahupun di atas katil. Bagaimana
pemakaian yang ditonjolkankan watak-watak dalam filem tersebut. Pergaulan. Adab
kesopanan dan budi bahasa. Sedar tidak sedar filem-filem sebegini mula menjadi
budaya dan ikutan masyarakat. Segala adat, pantang larang, agama mula ditinggalkan
kerana takut dianggap kolot. Sebaliknya seks bebas, pemakaian ranggi, perbuatan
biadab mula diterima sebagai budaya orang moden dan dianggap perkara biasa.
Hasilnya bumi Malaysia yang terkenal dengan kesopanan orang-orangnya bakal tinggal
sejarah. Apa kejadahnya semua ini? Adakah kerana ingin mengaut untung lebih, nasib
anak bangsa diperjudikan? Cadangan saya disini, kerajaan hendaklah menubuhkan
badan yang betul-betul berautoriti dalm menapis filem tempatan dan luar Negara.

Kaedah seterunya ialah kerajaan hendaklah menganjurkan banyak seminar,


program, atau ceramah yang berkaitan denagn pencegahan seks bebas dan
pembuangan bayi. Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemuda pemudi
terhadap bahaya dan kesan negatif seks bebas. Mungkin ramai dalam kalangan kita
yang kurang ilmu pengetahuan mereka dalam perkara-perkara seperti ini. Program-
program sedemikian bolehlah dilaksanakan di peringkat sekolah mahupun universiti.

Kaedah seterusnya ialah dengan memberi perlindungan terhadap ibu-ibu hamil


luar nikah. Bukanlah niat kerajaan untuk menggalakkan perempuan-permpuan,
mengandung terlebih dahulu sebelum berkahwin, tetapi dengan tindakan sedemikian
sekurang-kurangnya bayi-bayi dalam kandungan tidak lagi perlu berhujan panas di
dalam semak atau di tangga masjid apabila mereka lahir nanti. Di rumah pelindunagn
ini juga phak berwajib mahupun NGO bolehlah menhulur sumbangan berupa motivasi,
sokongan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ibu hamil ini akan merasakan diri
mereka masih ada harga walaupun telah menjual maruah dan harga diri yang jauh lebih
bernilai. Selain itu badan yang mengurus rumah perlindungan juga boleh menrapkan
unsur-unsur agama dan sahsiah dalam diri ibu-ibu, dengan harapan apabila mereka
keluar nanti mereka sudah betul-betul insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Anda mungkin juga menyukai